Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rehat kejap cerita Terengganu, nanti sambung balik. Balik penang bulan dua yang lepas sempat la jugak meloloskan diri ke Poliklinik Dr Marina dekat Seberang Jaya tu hihihihi. masa tu dah 27 minggu. dah sesuai untuk scan 4D baby dalam perut :) waktu yang afdal kalau nak scan baby bila dah masuk 6 hingga ke 7 bulan. masa tu baby belum besar sangat lagi size dia. masih ada ruang untuk tengok pergerakan dan bentuk muka dia. kalau 7 bulan lebih ke 8 bulan ruang dalam perut dah sempit. nak tengok muka dia dengan jelas memang susah. sebab saya pernah scan masa dekat 8 bulan masa Fateh Uwais dalam perut aritu. masa tu ada problem sikit kena scan.
sebelum hari kejadian ada la jugak telefon Poliklinik Dr Marina. Tanya kot sekarang kena buat appointment kalau nak scan. sebab sekarang memang ramaiiiii sangat yang gunakan khidmat Poliklinik Dr Marina tu. kami memang biasa refer ke Dr Marina tu sendiri je. sebab selesa dan Dr Marina sendiri dokte O&G jadi lebih mudah bagi kami. kalau pergi hari biasa lambat-lambat sikit memang pecah peluh jugak la nak tunggu giliran. macam sabtu baru ni singgah beli vitamin Uwais hari sabtu. dalam klinik penuh patient tunggu giliran. nak beli ubat pun jadi ambik masa sikit jugak. tu baru nak beli ubat kalau nak masuk jumpa dokte? pengsannnn hihihihi
tapi tumpang bangga dengan kejayaan Poliklinik Dr Marina. sekarang dah ramai orang kenal klinik dia, ingat lagi dia cakap aritu "doakan kejayaan klinik saya, dan terima kasih support klinik saya" :) very the humble lah dokte nya. still kenal Uwais sampai sekarang.
mana cerita 4D nya? hahahaha. masa call pekerja klinik tu dia kata Jumaat tutup. kami pun cuti weekend jumaat sabtu je. makanya hari sabtu jela yang boleh nak pergi scan nya pun. tak perlu appointment. cuma bawak buku pink kita tu dan DATANG AWAL. ye sila datang awal untuk mengelakkan que yang panjang. macam kami rumah dekat sangat dengan klinik tu. pukul 9 Sonographer dah datang, pukul 8.50 pagi kami dah keluar dari rumah mil hihihi. masa sampai Sonographer tak datang lagi. kami orang pertama yang sampai kihkihkih. tak kisah. dari nak tunggu giliran lama.
kalau dulu scan dan check patient Dr Marina yang buat. tapi sekarang dorang dah ada Sonographer (perempuan) untuk mencepatkan lagi masa dan mengurangkan masa menunggu patient. untuk makluman setiap kali proses scan 4D mengambil masa 30 minit termasuk proses burn cd dan cetak gambar sekali. sebab tu kena datang awal. bayangkan kalau sorang scan dah 30 minit. kalau ada tiga que depan kita dah sejam lebih nak kena tunggu. ummi uwais is tak suka menunggu, jadi baik keluar awal2 hewhewhew.
sekarang sampai bulan Disember nanti dorang ada promosi RM80 untuk scan 4D. memang terpaling murah nak banding dengan tempat lain. tempat lain scan hitam putih pun dah RM60-RM80. macam kami aritu tambah lagi RM20 untuk scan details. details ni dia scan sekali aliran darah, denyutan jantung, baby ada kurang sempurna atau tidak(cacat), kedudukan baby tu betul ke tidak, tali pusat dia, uri. memang details la pasal baby dalam tu kita boleh tau selain boleh tengok bentuk muka dan jantina dia. memang rasa berbaloi sangat dengan bayaran RM100 tu.
Alhamdulilah adik baby Uwais semuanya sempurna, jantina je tatau lagi ;) masa kami scan dia tido. dok kejut2 pun gerak sikit2 menguap dan tido balik. grrrrr. Fateh Uwais bukan nak tengok sangat pun adik dia. lebih pada risau tengok dokte scan ummi dia. sibuk mulut tu Tanya. ummi sakit tak? ummi tak pape pape ke? ummi ok ke tu abi? siap dia sekali baring atas katil tu sebelah ummi dia sebab risau teramat. budak tu memang bukan boleh tengok ummi abi dia sakit. dia yang risau lebih. ni nanti time bersalin dengan tangan cucuk masuk air tu tatau la nak bayang tahap risau dia tu ntah macam mana hihihi.
Lokasi Poliklinik Dr Marina berdekatan Masjid Sembilang sebelah DLima. no telefon yang boleh dihubungi 04-398 2848. tutup setiap hari jumaat.
**sekarang dah ada no giliran untuk scan dekat sana. datang bawak buku pink. daftar nama. kalau terlalu ramai patient tunggu giliran. dorang akan bagi angka no giliran untuk kita. boleh la keluar ambik angin cuci mata dulu sementara nombor tu nak sampai. rasanya bila dah hampir dengan angka giliran kita staff klinik akan call mintak datang segera.
**sekarang dah ada no giliran untuk scan dekat sana. datang bawak buku pink. daftar nama. kalau terlalu ramai patient tunggu giliran. dorang akan bagi angka no giliran untuk kita. boleh la keluar ambik angin cuci mata dulu sementara nombor tu nak sampai. rasanya bila dah hampir dengan angka giliran kita staff klinik akan call mintak datang segera.
Kalau kat Kuantan famous Klinik scan 4D klinik W.Y Ko. Harga pown bawah RM100 tak mahal mane. And service memang tip top. ☺
ReplyDeletecomel nyer adik uwais! hah ni yang tak sabar nak tunggu adik baby keluar nie ;)
ReplyDeletesekali pandang mcm muka si akhi dia je..
ReplyDeletewah.. alhamdulillah baby sehat.. sebaya laa nanti.. hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah, belum tahu jantina ye, 4D nampak terangkan macam rindu pula.masa Fadya pun 4D. Biasa tak nampak dah dapat agak jantinanya heee saja gurau KS :)
ReplyDeleteDah scan 4D nilah citer dia. Untunglah mengandung zaman yg serba canggih ni Kiera. Dpt tgk clear muka baby dlm perut.
ReplyDeleteEloklah dtg cepat Kiera dpd menunggu lama nanti
semoga dipermudahkan semua kira amin
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh take care yer dik
ReplyDeletesubhanallah...moga kiera n bakal baby selamat n sihat..amin
ReplyDeletealhamdulillah baby sihat.. dkat jelah seberang jaya. kalau lah dh ada baby sendiri mai situ jelah :P
ReplyDelete