Assalamualaikum Dan
Salam Sejahtera
Perkara
yang paling penting dalam hidup seorang ummi FatehFurqan bilamana tau diri
mengandung bawak satu nyawa dalam rahim. Memilih nama yang terbaik untuk anak
yang baru lahir. Dari mengandung sulung memang dah ready dua nama. Satu nama
lelaki satu lagi perempuan. Buat masa sekarang simpan kemas2 dulu nama untuk
heroin. Tapi kot kot sampai masanya nama bertukar tatau la pulak ekekekeke
Memang
saja pilih nama bermula huruf F. nama saya mula huruf N. dulu masa sekolah bila
time nak tunggu turn selalu rasa lama. Dari A nak ke N tu rasa lamaaaaaa
sangat. Bila masuk dewan exam pun sama. Orang lain dah kemana hala. Kita baru
nak kena panggil nama. Terus takmo letak nama anak yang hujung abjad. Nak pilih
A. macam biasa sangat. Kita buat luar biasa sikit ambik F. kihkihkih. Sebab
Fateh Uwais dah FU. Makanya adiknya pun kena FU barulah synchronise kakakakaka
:p
FURQAN
Membawa
maksud yang dapat membezakan antara hak
dan batil. Inspired dari Surah Al Furqan sendiri. Disebabkan nama Fateh tu
sendiri adalah salah satu dari surah dalam Al Quran jugak (Al Fatihah) makanya
ummi cuba sedaya mungkin cari nama adik baby berdasarkan dari surah Al Quran
jugak. Ummi takut nanti bila dorang besar masing2 pertikai kenapa nama akhi ada
dalam salah satu surah Al Quran tapi nama baby tak. Ko tengok ummi ko fikir
punya lah jauh ke depan sesiap dah hahahaha
UQBAH
Membawa
maksud Seorang qari alim. Penghafaz Al
Quran dan panglima perang. Inspired dari nama Uqbah Bin ‘Amir Al Juhani. Yang
mana meninggalkan ‘harta dunia’ dan berlari menemui Rasulullah untuk mencari ‘harta
akhirat’ jugak menjadi “Radif Rasulullah” (Boncengan Rasulullah). Belajar
membaca Al Quran dari Rasulullah SAW sendiri sehingga menjadi Qari Alim yang
merdu alunannya ketika membacakan Al Quran, Ahli hadits, Ahli Fiqh. Uqbah Bin ‘Amir
Al Juhani jugak salah seorang panglima perang yang sangat mahir memanah. Turut
berperang bersama Rasulullah SAW dalam perang uhud dan perang2 selepas pada tu.
Kalau
tengok pada maksud nama anak2 yang ummi bagi pada Fateh Uwais dan Furqan Uqbah. Memang
berat namanya. Masa diorang berdua baru lahir memang diorang sukaaaaa sangat
menangis. Menangis yang sampai tatau nak pujuk macam mana lagi. Menangis yang
tatau punca samada kembung ke, ape ke. Bila ‘berubat kampung’ kebanyakkan nya
akan kata nama dorang ni ‘berat’ untuk diorang bawak masa umur baby2 tu huuuu.
Ummi
yang sebenarnya nak bagi nama yang baik untuk anak2. Tak terfikir pulak berat
ke tidak. Yang fikir masa tu nak bagi nama yang baik. Maksud yang baik. Dengan doa
dan harapan bila orang panggil nama tu sekaligus mendoakan anak2 ummi dengan
maksud yang ada pada nama tersebut. Pernah jugak baca memberi nama yang baik
untuk anak yang bakal lahir salah satu sunnah yang dituntut bagi setiap ibu
bapa. Ummi hanya berusaha jadi yang terbaik hukhukhuk. Sekaligus mendoakan moga
keperibadian anak2 ummi walau tak semua tapi sedikit sebanyak tercalit peribadi
yang baik dari maksud2 nama yang baik ituuuuu.
Furqan
Uqbah = Seorang Qari Alim yang dapat membezakan antara hak dan batil
Maksud
nama Fateh Uwais dan inspired namanya dulu pernah tulis dalam entry ni.
Jujurnya nama anak-anak ni saya yang cari dan namakan. Suami memang bagi
peluang untuk saya namakan anak-anak. Takde jadi tragedi berebut nak namakan
anak. Hihihihi. Cuma Fateh je yang dia bagi. Sebab terpaut dengan peribadi
Sultan Muhammad Al Fateh. Ummi pun sama. Terpaut lepas baca kisah Sultan
Muhammad Al Fateh. Samalah macam terpaut lepas baca kisah Uwais Al-Qarni dan Uqbah
Bin ‘Amir Al Juhani.
subhanallah indahnya nama2 anak.Untung baby2 dpt ibu solehah cmnie ^_^
ReplyDeleteMemang tanggungjawab kita sebagai ibubapa memberi nama yang baik untuk anak-anak. Macam akak ni suka nama yang pendek jadi senang nak menyebut. Nasib baik anak lelaki. Kalau anak perempuan nak juga akak namakan yang panjang sikit ^_^
ReplyDeletealhamdulilah semoga menjadi insan yang soleh
ReplyDeleteSalam... nama yang indah tu. Bagus sngat
ReplyDeletesedap nama furqan =)
ReplyDeleteyg penting makna pun baik.
semoga furqan uqbah membesar dgn baik dan menjadi anak yg soleh ye syg..
ReplyDeleteAsslmkm kira. Btl, nk bg nma ank ni mmng nk la yng terbaik kn. Wlpun mcm2 nma yng best2 blh dibubuh, tp klau xde mksd yng bgus pn x blh juga kn..
ReplyDeleteSedap nama baby.
ReplyDeleteMmg betul tu Kiera... tanggungjawab kita ibu bapak ni bagi nama yg baik baik utk anak anak. Supaya setiap panggilan tu menjadi doa buat mereka.
ReplyDeletePandai Kiera pilih nama....sedap sedap semuanya
hahaha..tetib ateringt mcm mana boleh pilih nama bussaina dulu.....
ReplyDeletesedapnyaaa nama.. hehehe. lps ni kalau heroin kena FU jugak
ReplyDeleteMak saya pun terfikir nak bagi nama Furqan tapi akhirnya dia memberi nama Furquan walaupun begitu saya hidup bahagia dan senyuman tak pernah hilang dari muka saya #kenapa
ReplyDelete