17 November 2016

BreastMilk Plastic Storage



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Saya pejuang susu ibu!! Cehhhhh hahahahahaha. Tengah tengah boleh breastfeed anak ni memang AKAN banyak cerita pasal anak jela. Pasal segala journey terindah yang boleh dicatat. Nanti nanti bila ternampak pasal link ni entah tahun bila. Mesti akan klik baca dan senyum sorang sorang :D



Saya seorang yang cerewet. Ya diakui cerewet untuk sesetengah benda atau barang. Bab plastic beg susu ni pun cerewet la jugak hihihihi. Selama enam bulan berjuang menyusukan anak dengan susu badan ni. Dah banyak brand plastic susu yang saya beli dan guna. Saya bekerja dan saya perlu pam susu di ofis. Ada masanya guna storage bottle dan selalunnya guna storage plastic bags sebab nak minimumkan space dalam peti sejuk. Mujur abi dorang hadiahkan freezer kecik tu sempena besday bulan lepas lepas. Boleh lah letak banyak2 susu dalam tu. Nak beli segala mak nenek lauk pun tak risau dah. Kalau dulu nak beli ayam ke ikan ke udang ke pun terfikir2 sebab takut tak muat peti beku fridge tu huuuuu.



Autumz



Paling puas hati dengan brand Autumz. Plastic dia keras tebal, dan kalau dirikan plastic pun tegap takde lembik terjatuh kea pa. susu pun tak pernah keluar melimpah lagi. Saya suka beli plastic untuk 12oz terus. Bila beli yang besar terus walaupun sekali pam kadang dapat 5 atau 6oz susu dalam tu tak padat sangat dan dia ada ruang bila kita baringkan dalam peti sejuk. Takde la makan ruang jadinya. Harga yang biasa jumpa dekat kedai barangan bayi RM14.90 untuk 12oz/25paket dan RM14.50 untuk 5oz/25paket







 Bubbles



Yang ini beli sebab ada promotion dengan kad ahli dekat apple baby house. Harga asal lupa berapa tapi kalau ahli dapat lah RM10.50/25paket 12oz. kalau brand yang ini plastic dia lembik. Selalu kalau nak baringkan susu akan check betul2 dekat zip lock dulu. Pernah jugak bila cairkan susu dari keras. Plastic dia bocor. First time tak perasan. Habis melimpah susu dalam peti ais atas bila dia dah cair tu. Terus menangis hemak mengadu nasib dekat somi. Lepas pada tu bila nak defrose susu je mesti letak dalam Tupperware sesiap. Takut susu bocor lagi. Mak ngasuh dorang pun ada mentioned aritu plastic bocor. Huuuuu. yang itu bubbles kotak pink. kalau kotak biru tu plastik dia keras sama macam Autumz. beli borong dekat Lazada. 10 kotak RM108





Fiffy



Yang ni dapat free gift tak silapnya masa beli beg susu dekat manjaku dulu. Masa tu masih menyusukan Fateh Uwais. Tapi sebab susu masa tu tak semeriah sekarang. Plastic susu saya tak guna sangat. Lebih prefer storage bottles je. Yang ini pun okey jugak la. Plastic tak keras macam Autumz tapi masih boleh dikategorikan ok. Cumanya harga dia mahal sikit dari yang lain. Zaman ekonomi sekarang ni harus bijak berbelanja hihihihi.





Tiny Touch



Brand baru. Bubbles dah habis stock aritu. Makanya marilah kita mencari yang lebih murah. Autumz Cuma tinggal 7oz dekat kedai aritu, hemak tak suka beli 7oz nak 12oz terus sebab harga beza takat empat kupang je pun. RM14.90/25paket untuk 12oz. so far Tiny TOuch ni pun ok. plastik keras jugak. tapi tak sekeras plastik autumz. , bila dirikan plastik tak stabil sebab bawah dia macam mana entah. tapi so far tak pernah lah bocor lagi. kalau recycle tatau la boleh ke tidak hihihihi, 


 suka tengok storage bottles Tiny Touch ni. comelllll sangat!!



Storage Bottles



Saya sebenarnya lebih suka pakai botol. Walaupun masa nak beli awal tu lebih mahal dari plastic bags. Tapi botol boleh recycle banyak kali!!! Jimat hahahahaha. Plastic bag kalau ikut dia tulis dekat kotak tak boleh recycle dah. Tapi saya cuba jugak la recycle hahaha. Cuci bersih2 keringkan dan guna pakai balik. Hurmm bocor!!!!! Nanges tepi bahu tok laki lagiiiii. Yang tak bocor Cuma Autumz je itupun tengok nasib jugak. Kalau baringkan plastic tu mesti ada jugak keluar sikit2 dekat zip lock tu. Kalau brand lain. Dia bocor dekat bucu bawah plastic. Hukhukhuk. Cumanya kalau guna botol kena ada ruang yang lebih. Makan ruang sikit. Kalau guna plastic bags ni sekurang2nya kita boleh manage untuk minimakan penggunaan ruang dalam peti sejuk. 






Susu masa dalam pantang yang suami bawak balik alor setar dari ipoh. Masa ni simpan dalam storage botol. Rumah mama takde deep freezer, letak dalam peti beku peti ais dua pintu je. Dua tingkat. Belah bawah penuh dengan susu saya je. Belah atas letak ikan ayam daging segala. Sampai dah takde tempat nak letak dah terpaksa bagi somi bawak balik alor setar jugak. Risau dalam hati tu tersangat lah risau. Takut susu cair dan rosak tengah jalan. Tapi alhamdulilah dah sampai alor setar pun susu masih elok sejuk dan beku lagi. Menangis gembira Ummi FatehFurqan hihihihi. Cara nak bawak susu EBM pulang ke rumah dari rumah kampung. Bahagian bawah polistren box ni letak ais kiub, susu ebm, ais lagi, susu ebm, ais dan jugak ice pack yang duk ada tu. Masa suami saya bawak dari ipoh awal sebelum subuh. Sampai alor setar dalam pukul 8 lebih susu masih elok kondisinya katanya. Alhamdulilah.

10 comments:

  1. dulu pun sy paki plastic storage, senang nak simpn jimat space dlm prizer

    ReplyDelete
  2. iols punya dah berlalu dah
    penat nye lahai buat stok hahaha
    bertabahlah wahai my sahabat

    ReplyDelete
  3. kalau nak beli botol susu nnt boleh lah jenguk2 ke blog saya ye :-)

    ReplyDelete
  4. wah !! lama plak kite tak beli menda menda nih.. anak2 sume dah besar.. hahaha~ kengkadang rindu--

    ReplyDelete
  5. hehehee.. bagus juga kira bt entri ibu2 nanti ada org akan bca bila tiba. ayat xtahan

    ReplyDelete
  6. Perlu basuh dulu tak plastik yg baru nk guna tu?

    ReplyDelete
  7. Boleh guna terus ke or kena basuh dulu sblum guna?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D