22 November 2016

Krisis Air Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Tiga minggu sejak awal November lepas lagi haaa. weekend tetiba air takde keluar setitik pun dari pili. ingatkan sekejap jela takde airnya. tapi membawak sampai ke hari ni. bila siang memang langsung takde air yang keluar walau setitik sekalipun. stress sangat stress. 

kalau sebelum ni bila weekend tu memang tekanan air tersangat sangatlah perlahan tapi still ada lagi keluar dari pili. masih lagi boleh nak basuh basuh tangan. cuci pinggan mangkuk. basuh ayam ikan segala. tapi sekarang tidak lagiiiii. saya bangun cuci pinggan mangkuk pukul 3 pagi. yeeeeee 3 pagi semata nak duduk dekat sinki. dengan mata payah nak bukak. tapi demi kesenangan mata dan perut serta kesejahteraan rumahtangga terpaksa korbankan waktu tido malam. walaupun tido malam tak nyenyak macam dulu sejak ada anak kecik menyusu badan. moga suami menghargai pengorbanan ini dan hadiahkan seutas gelang emas. ehhhh ahahahahahaha :p

kalau dulu memang set jam pukul 3 pagi untuk pasang plug mesin kain. waktu macam tu kalau dulu memang air sangat laju. kalau nak mesin kain auto time pagi pagi tu bermimpi jela. mesin kain memang tengah pagi. tapi lepas tu biar je kain tu jalan basuh sendiri. iols sambung tido, tapi sekarang tidak lagi. nak basuh baju mesin boleh basuh baju yang warnanya gelap je. kalau baju putih dengan baju anak-anak bawak ke dobi jela ceritanya. air sangat kotor. baju putih boleh jadi kuning sebab air karat!!!! kalau mandi tu memang jadi gatal gatal kulit. selalunya saya biar je yang karat tu jatuh bawah dulu. macam air kopi yang serdak jatuh bawah tu. kita minum yang atas je kan? haaa ibarat macam tula. saya mandi air yang atas je. kalau dah berkocak dengan air karat bawah tu kena bilas lain pulak dengan air elok. tak larat nak bergaru sampai naik bijik bijik.

hari hari kena tahan air. kalau tak tahan air alamat takde la air nak mandi. tangki pun dia tak boleh nak naik dah. kalau dulu boleh jugak la dengar air naik dekat tangki. sekarang hurmmm bila nasib baik dapat lah mandi air dari tangki. nasib tak baik tu yang hari-hari kena tahan air dekat sinki untuk mandi, mencebok, basuh tangan, basuh segala perkakas barang nak masak. tahan air pun bangun pukul 4 noksssss. sambil tunggu air penuh sambil iron baju baju kerja. letih. letihhhhh sangat!!

masak pun masa tiga hari awal takde air dulu boleh la nak makan luar hari-hari. tapi bila kami berdua dedua kerja. balik rumah memang kalau boleh nak makan masak sendiri. cemuih orang utara kata. cemuih nak makan makanan luar hari-hari pagi tengahari malam. nak tak nak tu yang boleh masak je. tapi cuci pinggan mangkuk periuk belanga semua tengah pagi karang. adoiiiii. entah la sampai bila tatau.

call SADA tanya dan bagitau pasal masalah air ni. katanya tekanan dari tangki air sada sendiri rendah dan dorang sendiri tatau sampai bila masalah ni nak selesai. hishhhhh geram!!!!

3 comments:

  1. tapi klu nk mkn kat luar pun tak lalu haiisshh sbb depa pun tak dak air juga kot .... mcm kes air selangor ari tu ... mmg tak la nak memasak bila keadaan xde air ni ...kami terpaksa keluar dr kawasan selangor ... ke negeri berdekatan untuk makan ... nilai jiran selangor .... tp klu mcm korg kedah ni ... besaq dan luas ... pyh tu nk pi cari kawasan yg ada air ..
    semua kawasan ke xde air ??

    ReplyDelete
  2. MEmang mencabar betul kalau keperluan asasi seperti air ni tak ada. Nak mandi dan masak pun sangat susah.

    Kadang kadang terbayang, orang kat padang pasir tu lagilah kan. Air susah nak cari. Macam mana lah mereka pakai air

    ReplyDelete
  3. kesiannya kira.. dh mcm krisis air selangor pula. mmg air kena tapis mcm tu biar karat2 trun kalau tak gatal bdn, air msk dlm badan jd lain kang

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D