07 December 2016

Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Tempat baru yang best dan tengah viral dalam negeri Perak ni haaaa. Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh, Perak. kalau sebelum ni bila nak ke Mydin Meru Ipoh akan lalu ronbot mydin tu mesti tertanya2 projek apa la yang dorang nak buat ni. Nampak macam besar projeknya. Ronbot pun besar. Suami pernah bagitau nampak macam dorang buat pentas dekat situ. Kalau korang dari highway utara boleh nampak Maeps Ipoh dekat sebelah kiri. Haaaa Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh, Perak area situ lah!!! Maju dah tempat tu. Kalau dulu penuh dengan hutan je huuuu



 
Pertengahan bulan November dulu baruuu lah dorang bukak untuk orang ramai. Best tempat dia. macam port lepak untuk pernduduk ipoh dan sekitarnya. Cantikkkk sangat. Sesuai untuk segenap lapisan manusia duduk melepak dekat situ. Ada taman tema air untuk bebudak main. Siap air jatuh-jatuh macam dekat taman tema yang sebenar tu haaaa. Lagi best sebab ia nya percuma!!!!! Playground pun besar, trek jogging pun ada. Silap hari bulan nanti ambang merdeka pun sambut dekat situ jugak. Tengok pada keadaan pentas tu macam bolehhh je. 



Amanjaya Convention Centre Casuarina@Meru, Ipoh ni lebih cantik kalau datang waktu malam. Baru nampak lampu warna warni bertaburan. Wet playground pun bukak time malam dengan warna pelangi yang cantik. Tapi agak tak sesuai sikit lah nak bagi bebudak mandi malam. Takut selsema atau demam pulak nanti nya. Tapi kitorang hari tu sampai sampai je terus Fateh Uwais pergi main air yang jatuh dekat pintu masuk tu. Ummi abi terus terkedu terkelu lidah. Belum sempat bukak mulut nak pesan dia dah main air dulu

 
Lepas tu baru terketar ketar ngadu sejuk sejuk =..= haaa la baru je keluar kereta ber aircond. Baru je sampai ipoh. Dia terus terjah air. Dah alang alang main air ummi abi pun kasi can lah main dekat wet playground. Sekali sekala bagi anak merasa mandi malam. Sebelum sebelum ni tak pernah izinkan pun. Riuh playground tu dengan suara bebudak.



Furqan Uqbah abi dia bagi merasa celup celup kaki rasa air je. itu pun seronok tergedik gedik dah budak tu



Wet playground ni ada waktu je dia bukak air terjun terjun tu. Kalau petang dari pukul 6pm-7pm pukul 7pm dorang berhenti sat untuk rehat dan solat maghrib. Nanti pukul 8pm dorang bukak balik sampai lah pukul 10pm. Air terjun terjun ni ada waktu je yang bukak. Bukan 24hours boleh tengok air tu jatuh. Dan yang lebih bagus nya. Dekat wet playground ni ada security guard. Yang saya perasan dekat 4 orang security guard yang jaga kawasan ni. Kalau ada yang masuk kawasan air berselipar atau berkasut nanti nyaring la wisel dorang bunyi suruh tanggalkan kasut. Bagi saya bagus la tindakan tu.


security guard double F.U tengah perati anak2 dia main hihi




Tapi yang tak bestnya. Bila waktu dorang off air terjun terjun pukul 7pm dan suruh kosongkan wet playground ada pengunjung yang terpinga terpinga dan mempersoal tindakan tu. For me. Korang ni takde adab ke? Tak reti yang waktu senja tu waktu untuk duduk dekat rumah solat maghrib. Kalau mak bapak saya dan orang tua tua dulu waktu senja tu memang tak bagi langsung keluar rumah. Kena duduk diam diam dalam rumah pintu tingkap tutup. Dorang memang takkan bagi bebudak main dalam wet playground tanpa pengawasan security guard. Jadi sila take note waktu operasi dorang.



Bab air dekat wet playground mungkin tak sebersih air dekat taman tema air sana. Nama lagi benda percuma jadi sila mind set sesiap terima seadanya apa yang orang sediakan. Kofkofkof. Lagi satu nak pesan ni. Kalau ke taman tema air atau pantai atau sungai tempat public ni mohon jangan pakai seluar putih bagi orang dewasa. Tak kira lah lelaki atau perempuan. Malu hoiiii tengok seluar dalam korang yang macam-macam kaler tu. Bila terambik gambar korang dah nak kena edit pulak. Nanti semacam bukak aib orang pulak nantinya. Sila jaga adab bila berada di tempat awam. Lain lah kalau korang berendam dalam private pool kan heeeeee ;D



Jadinya kalau korang orang ipoh atau alang alang lalu highway utara sila lajak dan turun exit Jelapang. Pergi waktu malam best!!! Cuma harapan saya sekiranya satu hari nanti ada peniaga yang menjual makanan atau apa jenis perniagaan pun mohon jaga kebersihan. Pengunjung pun sila jaga kebersihan. Macam mana korang nak rumah korang bersih, sila jaga tempat awam pun bersih macam tu. Rajin rajinkan tangan buang sampah dalam tong sampah yang disediakan. Kalau tak jumpa tong sampah sila simpan dalam beg sendiri atau poket sendiri. Nanti dah jumpa tong sampah sila buang dalam tu ;)




4 comments:

  1. rmainya org...percumakan...hat kena seringgit kt BM tu pon rmai ya amat

    ReplyDelete
  2. waa.. tak pernah tau pun.. nanti boleh singgah plak.. kakak suka Ipoh.. dok berangan selalu nak menetap kat sana.. hahahah~ alasan.. sebab nasik ganja sedap.. makan hari hari pun tak pe..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaaaa! Budak-budak gembira kalau jumpa air. Tak pernah lagi tengok dorang nangis kalau g tempat camni. Hihi

    ReplyDelete
  4. Tadi pun baca kat blog pasal ni. Seronoklah noh orang Ipoh dan sekitarnya dapat melenjan kat sini. Bebudaklah yg best ye Kiera.... dapat berkubang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D