pantang anak kedua yang paling rasa mencabar sangat. balik dari hospital malam tu dia dah start buat perangai. menangis tak berhenti. mulanya ingat sebab susu tak keluar lancar. dia lapar. kan hari tu susu ummi tersumbat. tapi lepas urut susu. susu dah meriah. pun sama menangis tak berhenti. paling best dia menangis start mahgrib sampai la pukul 11 ke 12 malam. MENANGIS TAK BERHENTI dan HARI HARI ye. sampai merah merah keras badan dia menangis tu. time siang ok. sampai atok dia kata "macam bukan dia yang menangis semalam tu" macam macam cara la kami buat.
mula ingat kembung perut. picit itu ini. jaga makan semua. sebab menyusu badan. pun sama tetap menangis jugak. bila maghrib je mula lah susah hati sebab itu lah time dia nak mula menangis nya pun. kesian ke mama papa dan family lain. semua orang pun tak boleh tido bila time dia menangis tu. lepas je 11 atau 12 malam dia diam dan tido sampai ke pagi esoknya. bila menangis tu sumbat la apa pun. tak jalan punya. kadang nak boleh diamnya bagi gigit jari kita =..= bagi pacifier dia takmo. pandai pulak tu tolak.
angin pasang. pergi berubat dekat sungai siput. pakcik tu kata memang ada angin pasang. tapi baru nak jadi. berubat dengan pakcik tu sekali. alhamdulilah Nampak ada surutnya. dan tak pernah jadi lagi lepas daripada tu sampai sekarang. tapi ummi kena pantang betik. baby pun tak boleh makan betik. tapi baby tetap menangis bila time maghrib.
paling ummi takut bila bawak ke klinik untuk cucuk sebulan. dalam hati dah doa banyak banyak jangan la anak menangis. masa tu pulak pergi dengan pakngah dorang. abi nya kerja. kan masa tu pantang dekat Ipoh. opah dorang pulak kena tunggu dekat rumah. Fateh Uwais dorang tak boleh handle kalau bawak ke klinik sekali. budak aktif tu abi dia je boleh handle huuuu. sekali ummi pergi toilet nak test urine baby tinggal dekat nurse. balik dari toilet dengar baby menangis tak berhenti sampai tersedu sedu. sahhhh Furqan Uqbah yang menangis tu. semua orang tengok. tebal jugak la muka tapi apa boleh buat. jenuh nak pujuk bagi diam. lepas pada tu rasa tobat takmo pergi klinik sendiri lagi dah huuuuuu
nak jadi cerita anak kedua ni ada pulak jaundice. bila time nak cucuk ambik darah tu Allah tuhan je tau macam mana perasaan dengar anak menangis dan nak pujuk anak tu bagi diam. sebab anak kita bukan menangis sikit sikit macam baby baru lahir lain. menangis menjerit sampai tersedu sedan. sampai selop la orang utara panggil. orang keliling memang tengok pelik ke kita dah. mujur la jaundice nya sikit je dan detect pun masa hari ke 9. jadi tak lama sangat kena berulang klinik.
berubat dengan bapak sedara saya pun tak jalan jugak. takut Furqan Uqbah ternampak makhluk halus yang kita tak boleh Nampak ni. tapi katanya tak. dia ok je. takde kena gangguan makhluk halus ke apa.
bidan yang mengurut bagi petua suruh ambik air kolah masjid time malam lepas isyak. time sunyi sunyi. dan mandikan baby. dengan niat. moga baby boleh senyap sunyi macam sunyinya masjid waktu malam hari. punnn sama tak menjadi jugak.
last sekali berubat dengan Ustaz Hussin dekat kampong tu. Ustaz tu cuma pandai baca baca ayat Al Quran je dekat air. bagi mandi bagi baby minum sikit. alhamdulilah dengan Ustaz Hussin tula baru menjadi. baruuuuuuuu lah baby tak menangis lagi dah. baru lah rasa macam keadaan kembali normal dan boleh berpantang dengan tenang. itupun masa lagi seminggu dua nak habis pantang. bayangkan mula dari hari ke tiga pantang sampai lagi seminggu nak habis pantang baru baby Furqan Uqbah diam dan tak menangis dah. kalau tidak tu sepanjang malam dia menangis setiap hari. mujur family dan suami banyak tolong. kalau ummi sendiri entah la jadi macam mana. huuuuuu
sepanjang pantang kedua ni memang ummi banyak berjalan keluar rumah. kalau dengan anak sulung dulu duduk rumah je tak kemana. keluar pun cuma pergi klinik. saya pantang ketat. pantang kampong. memang pantang mama saya kalau keluar rumah time pantang ni haaaa. time pantang yang kedua terpaksa keluar rumah nak berubat anak. kalau tak ikut sekali buatnya tengah jalan budak tu menangis nak sumbat dengan apa. sebab susu badan. botol memang tak jalannya kalau time dia buat perangai menangis tu haaaa
tapi setiap kali pergi berubat. semua pun cakap benda yang sama. Nama anak berat. maksudnya macam nama yang kami bagi untuk anak tu berat untuk dia bawak masa baby born tu haaa. Fateh Uwais dulu pun sama. jadinya kata mereka nak kekalkan nama tu boleh. tapi masa baby born kecik kecik tu panggil dengan panggilan lain. contohnya 'baby' elakkan dari panggil nama dia yang betul. nanti bila dah besar sikit baru panggil nama dia sendiri. ummi redha. mungkin sebab memang nama dorang ni dalam maksudnya dan berat jugak maksudnya maka ummi redha. janji nama tu tetap kekal nama dorang sampai ke besar. masa baby2 ni panggil baby pun takpeeeeee. hihihihii.
nama dorang bukan saje saje saya bagi dan pilih. bukan nak nama yang lain dari lain. bukan nak nama yang sedap disebut sahaja. saya cari dan pilih maksud yang baik. dengan harapan dan doa bilamana setiap kali nama dorang dipanggil. sekaligus mendoakan diri dorang sendiri. itu niat sebenar Ummi FatehFurqan. hanya itu sahaja.
cuma yang bagusnya bila dia menangis sampai merah merah muka badan dia tu. badan dia cepat keras. leher pun dalam pantang dah kerasnya. badan memang takde lembik lembik susah nak dukung macam baby born lain. jadinya mudah untuk orang lain dukung dan mengasuh dia kejap sebab tak lembik. orang pun tak takut nak dukung hihihi.
cuma yang bagusnya bila dia menangis sampai merah merah muka badan dia tu. badan dia cepat keras. leher pun dalam pantang dah kerasnya. badan memang takde lembik lembik susah nak dukung macam baby born lain. jadinya mudah untuk orang lain dukung dan mengasuh dia kejap sebab tak lembik. orang pun tak takut nak dukung hihihi.
Fateh Uwais = Pemberian pertama. Fateh dari Sultan Muhammad Al Fateh. Uwais dari Uwais Al Qarni. rasanya ramai yang kenal dengan ikon islam ni kan? nama Uwais Al Qarni dan Sultan Al Fateh dah viral sekarang ni. ramai parents yang bagi anak dorang dengan dua nama ni
Furqan Uqbah = Qari alim yang dapat membezakan antara hak dan batil. Furqan dari surah Al Furqan. Uqbah dari Uqbah Bin ‘Amir Al Juhani. Seorang qari alim juga penghafaz Al Quran dan seorang panglima perang.
Sebagai ibu, risau jugak bila tengok baby menangis macam tu. Alhamdulillah dah ok sekarang.
ReplyDeleteSedap nama anak anak Kiera. Moga mereka membesar dengan akhlak tokoh tokoh Islam.
ReplyDeleteAnak hakak tak de yg kena sawan tangis Kiera jadinya tak taulah nak komen macam mana. Tapi ngeri jugaklah ek kalau baby nangis maghrib maghrib... bingung jadinya kita kan
alhamdulillah, baby dah okay.. memang risau betul kalau nangis tak benti nak-nak time maghrib.. otak dah pk kena ganggu je.. huhu
ReplyDeletep/s: kite tak boleh makan laksa ke kak? alaaaa e'in tak tahu..
agak common jgak, baby 'buat perangai' masa berpantang je. dah habis pantang, automatik ok. orang kata berubah bulan (ye ke?)
ReplyDeletetahniah atas kesabaran sepanjang tempoh berpantang...
ReplyDeleteHakak tak pernah ada experience baby menangis mlm. Kalau dah baby menangis meraung kita mak ni pun bingung jugak jadinya ye Kiera.
ReplyDeleteLogik jugak diaorg ckp berat nama tu Kiera. Hakak pun rasa macam tu....mcm gagah perkasa gitu
kesiannya kira pantang tak betol2.. alhamdulillah ok dh.
ReplyDeletepenah org ckp pilih nama anak pun kena hati2. huu nasib kecik2 kurang nangis mcm furqan.
nk panggil apa ni baby ke? haha
Sis.. ustaz hussain tu tgl di area ipoh ke? Kalau sis ada number ustaz hussain blh bg pd saya? Ni number saya
ReplyDelete0185728403 adilah