27 March 2017

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Allah. Rasulullah S.A.W. hari jumaat lepas baru je berpeluang ke Muzium Kedah. sama-sama ambik peluang melihat dengan mata sendiri Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A. ohhh ye mana yang belum tau lagi. sekarang ni sedang berlangsung Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A di Muzium Kedah. bermula dari 20 March itu hari sampai lah 19 April 2017 ni nanti. ramai jugak pengunjung yang datang, masuk ke hari ni dah cecah 13 ribu lebih orang. Subhanallah ramainya. memang terkejut sangat. minggu lepas masa awal pembukaan ada la lalu depan Muzium Kedah sementara on the way keluar lunch. ramainyaaaaaaa orang. parking penuh!!!!! kagum sekejap hihihhi




bukan orang Kedah je yang tak lepaskan peluang tau. yang dari Kuantan, puchong, yang jauh jauh pun turut sama tak lepaskan peluang. yela peluang bukan selalu datang kan. rasanya ada yang balik dari LIMA Langkawi pun singgah ambik peluang sekali rasanya ni. nak nak pulak minggu lepas baru je lepas cuti sekolah kan. sambil jalan-jalan sambil ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A ;)


korang jangan tatau ada Cabutan Bertuah di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA. Setiap pengunjung ke 1,000 - Sehelai tshirt. Pengunjung ke 10,000 - Sehelai tshirt dan Al Quran Digital dan yang paling best pengunjung ke 100,000 - Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang. Ada yang dah dapat tau. Gambar atas tu buktinya. Jadi nya sebelum korang masuk ke dalam Muzium nanti baca la doa sikit-sikit. Kot korang antara yang bertuah tu. dapat pakej Umrah bestnyaaaaaaaaaa. Masa kami pi hari tu bertembung la jugak dengan pengunjung yang ke 10 000. Seronok dia.

RAMBUT RASULULLAH S.A.W
dari helaian rambut Rasulullah S.A.W. yang jelas dan nyata terdapat 27 koleksi di muzium dan orang dari keturunan sahabat yang diturunkan pada setiap generasi dan dari keturunan Baginda sendiri. terdapat di india, mesir, turki, Syria, mekkah, Madinah dan di Uzbekistan
suka baca dan tengok kata-kata ni :)

Harga tiket agak berbaloi la jugak. Walaupun nampak agak pricey sikit. Tapi berbaloi dengan usaha pihak berkenaan yang menjaga dan simpan segala tinggalan Nabi dan Sahabatnya. Ingat senang ke nak menjaga dan menyimpan tu. belum lagi takut ada pihak tak bertanggungjawab yang menyalah gunakan semua Artifak tu. yela sekarang kan ada je yang pasang setanggi puja puja tu. kami dimaklumkan masa Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A diadakan di Melaka aritu. Ada pihak tak bertanggungjawab yang bakar setanggi dalam tempat pameran. Allah takutnyaaaa. Boleh dapatkan tiket di www.tamadunislam.com. Beli tiket online sesiap. Mudah kerja. Nanti tak payah dah nak beratur panjang beli tiket. Beli online nanti sampai sana terus boleh masuk jimat masa.

Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang

PENUTUP MAKAM RASULULLAH S.A.W.

Bila dah masuk ke dalam pameran terus rasa emosi. Emosi tengok semua tinggalan Nabi tu. masa pegang penutup Makam ni lagi la terasa emosi. Tatau nak cakap emosi macam mana. Mungkin sebab Nabi yang kita sayang. Walau tak pernah berjumpa tapi rasa cinta dan sayang tu ada untuk Baginda. Tambah pulak bila pihak penganjur sentiasa alunkan zikir, selawat dan salam serta lagu nasyid sepanjang pameran berlangsung lagi la rasa perasaan tu menusuk ke tangkai hati. Korang cuba pergi. Bila sampai dekat sudut tempat Artifak Baginda Rasulullah mesti akan emosi. Bukan saya je blogger El Darwena pun akui benda yang sama.



Sedikit panduan kalau nak ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A sila elakkan pergi waktu cuti hari minggu. Jumaat sabtu ahad. Tiga hari ni memang crowded sangat. Tambah yang bawak anak kecik macam kami ni. Jenuh nak kepung anak satu hal. Takut anak hilang satu hal. Jadi tak focus nak tengok dan hayati Pameran Artifaknya. Jadi kalau nak pergi dan hayati dengan tenang dan aman sila pergi dari hari isnin hingga khamis. Waktu hari bekerja disini. Jangan risau pameran bukak dari pukul 10 pagi sampai 10 malam tau. Tapi kalau nak kesini hari jumaat dari jam 12.30 tengahari dah tutup untuk rehat solat jumaat. Nanti 2.30 petang baru diorang bukak balik.

kalau dah sampai sudut ni maksudnya dah sampai pintu keluar ye kawan kawan

Dan lagi panduan kalau ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A tiket per entrance nya. Jadi kalau dah melepasi pintu keluar tak boleh masuk balik untuk ulang tengok pameran. Kena beli tiket lain pulak. Jadi untuk elak perkara yang tak diingini. Sila pusing tengok pameran sampai puas. Sebelum masuk pameran buang segala hajat sesiap dekat luar. Pameran hanya berlangsung di dalam dewan yang bertutup.

Nampak yang dalam kantung tu? yang tu sebenarnya butir beras tau. ada sebutir je. yang tulisan tu sebenarnya salah satu surah Al Quran. cuba teka surah apa. takde hadiah disediakan ekekekeke :p

Nampak barisan gerai belakang tu? haaaa selain pameran dalam dewan ada jugak gerai jualan dekat luar Muzium Kedah. ada memanah, jualan baju dan banyak lagi. tapi sayangnya lupa nak ambik gambar kejadian. bukan tu jela. nak selfie anak beranak pun lupa terus. adoiiii cam mana ntah benda penting macam tu pun boleh lupa :p gambo budak kecik ni je yang banyak. sekarang dia tengah gila kamera. banyak la muka elok. kalau tidak tu muka ntah apa apa je yang di buatnya.

Kalau korang nak tau lagi pasal Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A boleh klik link yang saya share dekat bawah ni. Jangan lepaskan peluang yang tak selalu datang ni tau!!! tak seronok kalau saya cerita semua dalam ni. korang datang sendiri dan hayati segala tinggalan Baginda disini ye ;)




7 comments:

  1. Allahumasollialamuhammad..
    Rindu kepada junjungan nabi kita kan KS..
    Bila da peluang macam ni elok lah kita kunjung.

    ReplyDelete
  2. bestnye kak.. kat jb bile laa dorang nak buat macamnie.. teringin nak pegi..

    ReplyDelete
  3. kira... kiranya byknya x artifak dlm tu?

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik pameran sebegini..
    -org Kedah-

    ReplyDelete
  5. bulan lepas masa wak smpi muzium kedah ni blom ada pameran artifak rasulullah nih., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D