02 April 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Ehhh korang tau tak yang Lazada tengah buat Baby Fair sekarang ni? hari  ni last tau. saya start dari hari rabu hari tu memang sentiasa bukak web lazada. bermula dari 27 March sampai 2 April Lazada buat Big Baby Fair, sehingga 85% diskaun potongan. nak grab kalau-kalau ada barang anak-anak yang tengah murah. sekarang kena bijak berbelanja tau. sempenan Lazada Malaysia Big Baby Fair yang sedang berlangsung sekarang ni. Lazada ada buat contest untuk semua blogger tau. 6 kali hadiah voucher RM500 untuk dimenangi. klik sini untuk penyertaan. senang je. cuma jawab tiga soalan yang Lazada Tanya.

A. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?




Semestinya Drypers lah. saya ni salah sorang Drypers Lovers. sebab yang utama mestilah kerana kualitinya. dari masa anak sulung lagi memang suka pakaikan dorang Drypers. tak kisah la Wee Wee Dry, Pants ataupun Touch. kulit anak-anak saya serasi dengan Drypers. takde rashes, pakai pun selesa. cawat besar dan tak bocor. yang lagi best Drypers boleh kumpul point. point boleh ditukar dengan barang. itu yang bertambah seronok.


B. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?




saya memilih Dugro untuk anak sulung saya Fateh Uwais. Dugro® dirumus dengan lebih lagi DHA*, 15 Vitamin & Mineral serta lcFOS unik, serat untuk para ibu yang sentiasa ingin memberi Si Manja mereka lebih lagi nutrisi. Uwais pun alhamdulilah minum susu dugro tak pernah lagi jadi sembelit yang kuat. cuma waktu awal bertukar ke susu dugro dulu je dia sembelit sikit. mungkin sebab tukar susu. cuma sekarang bila dah besar dah pandai pilih susu takmau dah susu yang lain. Nampak Dugro terus kata "tu susu akhi!!!"

C. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).




Semestinya Swing Slide and Basketball Indoor Mini Playground  menjadi pilihan saya. dah lama aim dengan suami nak belikan anak anak mini playground ni. tapi selalu tahan sebab tengah kumpul duit dan nak tunggu masuk rumah sendiri nanti. sebab utama nak beli untuk diorang. anak-anak memang suka sangat main playground. kadang tu boleh tengok dorang bermain diluar kotak bila datang ke playground. tapi itu lah bila dah ada dua orang anak takut nak bawak anak-anak ke taman tanpa suami. suami pulak ada masanya terpaksa balik lewat, kesian dorang kadang dekat seminggu tak dapat ke playground. nak pulak sekarang musim hujan. petang je hujan. terpaksa postpond ke hari lain. kalau ada sebijik dekat rumah ni sekurang2nya boleh la lepaskan dorang bebas bermain tanpa risau kulit dorang terjangkit dengan bakteria berbahaya dekat luar sana.

jadi korang yang nak join sama contest boleh klik sini sekarang ye. sampai pukul 11.59pm ini tau. dan jangan lupa submit link korang ke email contest@lazada.com.my dengan tittle: Lazada Big Baby Fair Blogger Contest  


7 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D