11 April 2017

Tips Berpuasa Ketika Pantang Di Bulan Puasa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau anak sulung Fateh Uwais dulu puasa time pregnant. Dengan anak kedua Furqan Uqbah pantang dalam bulan puasa pulakkkk. Adooiii salah timing kofkofkof :p takde la dah rezeki nak pantang time bulan ramadhan yang mulia. Harung jela makkkkk hihihihi


Awal ramadhan 2016 mula masa tu saya baru 24 hari pantang. Sebelum bersalin lagi dah termenung menung tengok calendar nanti time puasa masa tu pantang. Jenuh la kena ganti puasa banyak banyak. Masa Uwais dulu dapat puasa penuh sebulan. Adik baby pulak takkan puasa sebulan kena ganti nanti. Nanges tepi bahu suami sobsobsob itu pun ada jugak doa doa kot baby nak keluar awal dua minggu ke.  Takde nya. Sehari awal due je dia keluar. Due 14 May baby keluar 13 May. Ok la tu dia ambik hati ummi. Awal dari due keluar. Awal sehari =..=
Tapi ada jugak niat kalau darah nifas habis awal sebelum habisnya pantang 44 hari nak cuba jugak puasa. Nak kuatkan semangat cuba puasa. Sebab tak nak ganti banyak hari tu huuuu. Alhamdulilah Allah dengar kot doa hambanya yang selalu memintak mintak ni. Darah nifas kering awal. Seronok tergedik gedik dah time tu hahahahaha. Tapi mama dan suami  setiap masa pesan kalau tak larat jangan paksa diri puasa. Diberi kelonggaran untuk orang pantang ni dalam bulan puasa walau dah wajib solat. Ok ok. insyaAllah I will
Setiap pagi tak pernah missed bangun sahur. Walau kadang time sahur tu baby pun bangun sekali tapi tetap makan sahur dengan berselera. Tetap ambik makanan berat dan minum susu kurma badam. Malam sebelum tido saya dah rendam badam siap2. Kadang tu buat susu kurma badam siap siap sebelum tido. Simpan peti besoknya panaskan sekejap. Memang wajib minum susu tu setiap kali sahur dan setiap kali berbuka. Sebab saya menyusu badan. Dan masa tu pulak pantang. Jadinya badan perlukan lebih tenaga. Kalau tak ambik yang berat berat time sahur takut nanti siang hari letih pulak. Yang lagi best bila minum susu badam kurma susu jadi lebih pekat. Baby pun cepat kenyang bila menyusu. Takde la nak merap dekat kita lama sangat.
Rezeki pulak banyak bila menyusu badan anak kedua ni. Dalam seminggu awal pantang saya dah mula buat stock susu tanpa sengaja tu. Jadinya stock susu yang ada saya top up bagi baby bila dah petang. Biasanya waktu pagi dengan tengahari elok lagi cergas. Tapi bila mai petang pukul 4 lebih ummi dah mula lembik nak terkulai. Jadinya baby ummi bagi susu EBM dalam botol. Kalau bagi direct lagi badan rasa lembik tak boleh jalan. Terus bersyukur masa tu ada stock EBM. Bila puasa dan direct feeding anak kalau nampak anak macam pelik je tak macam selalu kena bukak puasa. Sebab anak yang menyusu badan sepenuhnya ni bergantung pada khasiat susu mak. Kadang bila puasa memang ganggu produce susu. Susu jadi cair sikit atau mungkin kuantiti susu tu berkurang bergantung pada pemakanan si ibu ketika dalam bulan puasa tu sendiri. Jadinya kalau ibu yang ada stock EBM boleh bagi anak menyusu botol. Kalau takde stock dan masih risaukan kesihatan anak. Boleh bukak puasa tapi nanti masa ganti puasa kena banyar sekali fidyah nya. Seingat saya kalau bukak puasa kerana risaukan diri dan anak kena banyar fidyah dan ganti balik puasa tu. Kalau berbuka puasa kerana risaukan kesihatan diri je tak payah bayar fidyah. Cuma kena ganti puasa je. Betulkan kalau saya silap
Sama jugak kalau puasa masa pregnant. Puasa dalam pantang kena kurangkan aktiviti. Nama lagi masih dalam pantang. Cuma duduk rumah je. Bawak bawak rehat banyak sikit. Tak payah nak aktif sangat. Ada je yang dalam pantang sidai kain baju sendiri. Tambah pulak kalau pantang sendiri ni. Kurangkan aktiviti sidai kain tengah panas. Buat semua tu lepas berbuka nanti. Atau awal awal lepas sahur.


Waktu berbuka pun penting. Ambik makanan berat. Minum susu. Banyakkan minum air kosong. Atau air akar. Ganti balik sumber tenaga yang dah hilang masa puasa tadi. Saya memang ambik nasi. Nasi orang dalam pantang. Tapi nasi tu lebih sikit kuantitinya. Kurma pun kena makan walau tak berapa suka makan kurma. Lauk pulak  yang sedap dan berkhasiat. Barulah ada selera nak makan banyak hihihi. Macam saya boleh makan ayam dan daging. Mama buat ayam bakar, daging black paper, senang cerita yang sedap sedap dan sesuai untuk orang dalam pantang makan. Nanti agak2 dah lepas isyak. Saya akan makan lagi. Kali ni ringan sikit la. Makan kuih ke biskut cicah milo ke.  Buah ke. Janji sebelum tido ada lagi benda makan yang masuk dalam perut. Top up lagi sumber tenaga untuk hari esoknya.
Mind set benda yang positif je. Dan kuatkan semangat. Banyak kan doa dekat Allah moga dia bagi peluang dan bagi sihat tubuh badan untuk kita puasa walaupun masih dalam pantang. Dengan sape lagi kita nak mintak selain Dia kan. Mintak je banyak-banyak. insyaAllah Dia mesti bagi J
Rasanya itu jela tips saya yang saya sendiri amalkan masa pantang tahun 2016 yang lepas. Masa tu dapat la puasa 18 hari dan ganti puasa 12 hari. 12 hari pun rasa jenuhnyaaaaa nak habiskan. Tambah pulak menyusu badan ni memang sentiasa rasa lapar. Nak pulak bila baru lepas sesi bonding dengan anak atau lepas sesi pam susu dekat ofis. Perut terus rasa memulas mulas lapar. Kalau tak makan rasa macam nak jalan seret lutut. Tapi alhamdulilah sikit sikit habis jugak gantinya.

9 comments:

  1. Perkongsian yang bagus bagi orang lain kan..agak struggle sikit tapi boleh je lepas ;)

    ReplyDelete
  2. masih brpeluang lagi rasa kelaparan & keletihan tu

    ReplyDelete
  3. Yang ganti puasa tak sampai seminggu pun rasa macam nak seret kaki juga inikan pulak ganti puasa banyak macam ni.

    Akak tak pernah ada pengalaman berpantang masa bulan puasa. Pantang masa raya adalah. Lagilah alahai, semua tak dapat makan. Pakai kain batik lagi masa raya. Ekslusif sangat tau!

    ReplyDelete
  4. kena simpan tips ni.. kot2 nnt berguna bila ada anak..

    ReplyDelete
  5. skrg dah rejab.. ramadhan dh x beberapa hari je lagi..

    ReplyDelete
  6. pengkongsian yang bagus ni...

    ReplyDelete
  7. lg 2 minggu saja... uhhhh habis dh ganti

    ReplyDelete
  8. Bila baca cerita ini sama situasi dengan sy 2017 baby 1st dpt puasa sepenuhnya... 7hb/4/2020 2nd baby 44hari habis pada puasa ke 27hari pada bulan mei.. Jadi sekarang baru nak start puasa baru je pantang dalam 2 minggu and darah nifas masih ade sikit lagi.. Harap2 darah nifas habis secepat mungkin jadi bole lah puasa sikit

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D