15 October 2017

Happy 8th Years Anniversary Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



dalam tak sedar dah 8 tahun saya disini. di LPP dan di negeri jelapang padi. banyak suka duka. ujian dan dugaan. semua tu mematangkan dan mendewasakan diri sendiri. dari bujang yang tatau pape. sampai lah sekarang dah anak dua. alhamdulilah bila merantau banyak yang saya belajar. jauh perjalanan indah pengalaman orang kata. ye betul banyak sangat pengalaman. syukur saya yang terpilih melalui pengalaman tu yang akhirnya saya menjadi lebih kuat waktu sekarang

saya bekerja dengan manusia. jadi sedikit sebanyak saya dah tau nak berkomunikasi dengan orang lain. menjaga perasaan mereka dan kadang meneka situasi yang mereka lalui masa tu. dan dalam pada yang sama saya juga dah kenal siapa kawan, siapa sahabat, dan siapa jugak yang rajin menikan dari belakang. tapi sokay lah kan. kita kawan kawan je. dah tau kawan tu rajin hulur pisau takkan kita senang senang nak bagi belakang suruh tikam ye tak? mihmihmih

jadi selamanya ke nak duduk negeri jelapang padi ni? ermmm entah tatau lah lagi masa akan datang macam mananya. sebab ada satu perancangan yang besar sedang dirancangkan. moga saya kuat melalu fasa itu dan berjaya dengan cemerlang. selepas daripada itu dimana pun saya berada saya doa moga saya masih kekal menjadi Nur Syakira yang sama seperti sekarang ini dan tidak berubah sebaliknya. pray for me ;)

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D