Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sabtu lepas, 27 Januari 2018 saya sempat singgah makan di Us Pizza Malaysia Bukit Mertajam Pulau Pinang. Baru je bukak sekitar disember tahun lepas. berkonsepkan western food. tapi more to pizza. cuma apa yang bestnya dekat Us Pizza ni topping dia. special topping dan korang boleh pilih nak topping apa, crust pizza pun boleh pilih jugak. apa yang membezakan Us Pizza dan pizza tempatan lain, doh dan isi dalam pizza tu sendiri. doh Us Pizza memang lembutttt sangat even pizza yang kitorang tapau bawak balik makan dah 11 malam still lembut lagi dan tak liat. isi dia jangan cakap lah, memang penuh. oh ye kalau korang kurang masa nak ke kedai korang boleh juga order online. kot nak buat suprise untuk birthday atau event apa-apa ke kan. haaa lagi satu yang penting ianya halal ye.
haaaaa banyak ke tidak pilihan dia??? banyak kannn siap ada pizza telo masin, pizza durian pizza cheese boat pun ada. kerlas kau. ehh bukan nama je yang hebat tau. rasa dia pun hebat jugak
Yang ini nama dia Italian Aloha Chicken. macam yang korang boleh nampak dalam gambar isi ayam penuh atas pizza. sedapnyaaaa terliur pulak tengok gambar pizza sendiri. lapaq huwaaaaaa
Yang warna macam shinning ni antaranya yang terbaru di Us Pizza Malaysia BM. saya rasa sempena Chinese New Year yang tak lama lagi ni. Salted Egg Pizza. atauuu Pizza telur masin. terkejut? ye saya pun terkejut masa staff bagitau pizza telo masin. tapi serius takde langsung rasa telo masin rasa sedapp dan unik je. serius yang ini memang sedap sangat. suami tanya memang ada daun kari ke atas pizza ni? haaaa ni lagi satu keunikan Us Pizza. dorang bawak citarasa rakyat malaysia ke dalam pizza buatan dorang. Unikkan? bukan je unik malah sedap!!!!
Atas ni dua tarikan terbaru di Us Pizza Malaysia BM. Pretzza dan juga Pizzburger yang dihidangkan bersama Puttanesca Sauce. yang ini pun sedapnyaaaaa tatau nak gambarkan. tambah bila makan bersama Puttanesca Sauce. memang gandingan yang sesuai sangat. nak lagi best? korang akan dapat Pizza Cutter percuma dengan setiap pembelian dari PizzArt Menu. Pretzza dan Pizzburger antara yang ada dalam PizzArt Menu. memang comel tau pizza cutter dia. warna pun cantik sangat.
Kenapa nama Pretzza? disebabkan gabungan doh pretzel dan juga doh pizza tu sendiri. tengok dia punya bentuk pun macam pretzel kan. isi dalam Pretzza ni pulak isi ikan salmon!!! memang sedap yakmat. rasa yang sempurna dan memang sedap lah. takde melainkan tak sedap hahaha. kalau tak sedap takkan kita share ye dok? hihihi
The Pizzburger. kalau korang perasan burger ni yang special dorang buat sendiri dan isi burger dibalut terus dalam doh roti. seketul tergolek golek hihihi. isi dia tebal sangat. ada lapisan ayam salai dan juga cheese yang banyak. apa yang best lagi patty pizzburger tak muak dan ada kenyal kenyal macam mana ntah nak describe tapi memang sedap sangat lah. paling tak boleh move on dengan Pizzburger ni lah. my favourite hihihi
Hari ahad hari tu juga ada Eating Challenge, korang bayang lah dah makan pizza tu sekali pretzza lepas tu dorang kata kena lawan makan Pizzburger pulak dalam masa 3 minit. hoiiiii sengkak. hahahaha. saya menang jugak. menang nombor dua dari belakang hahahaha. pemenang pertama Thinesh. well done Thinesh, congratulations. jenuh suruh dia makan pelan pelan tapi dia cuma gelak gelak je hihihi
Dari sebijik burger mampu makan 1/4 je kot hahahaha. tapi ok la dapat jugak hadiah saguhati hahahaha. balance Pizzburger yang tinggal dorang timbang dan pemenang ditentukan berdasarkan berat Pizzburger yang tinggal
Untuk pengetahuan korang, Us Pizza menggunakan bahan primary untuk doh pizza dorang. antaranya ada barangan dari Anchor. rata kalau bakers ni mesti tau kelebihan menggunakan Anchor Butter dalam pembuatan kek dan doh roti atau pizza. memang kejadiannya lembut, sedap dan menaikkan aroma yang harummmmm sangat. no wonder lah kesemua pizza yang dihasilkan Us Pizza sedap dan lembut.
Thank you so much Us Pizza Malaysia Bukit Mertajam dan Anchor untuk kenangan dan rasa yang sedap dan memuaskan perut kami hari ahad lepas. Hopefully your business will go ahead and success
sedap pizza us ni..happening kan
ReplyDeletesedappp nyerrrrrr pizza!
ReplyDeletedah lama tak melawati kawan2 blog yg dlu tahun 2010.. haha
ReplyDeleteWay cool! Some extremely valid points! I appreciate you
ReplyDeletewriting this post plus the rest of the site is very good.