Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kerabu kerang ni buat masa mama papa dengan along datang rumah kitorang dulu. dekat kuala kedah ni boleh dikatakan senang jugak la nak dapat kerang segar. cuma besar atau kecik je sizenya. first time sebenarnya buat kerabu kerang tu pun dapat resepi dari ahli group MAHN. memang serius sedappppp sangat. sekali hadap je dah habis hihihi
Resepi Asal: MAHN Group
- Kerang rebus dahulu dan buang cengkerang nya sebelah macam gambar kat atas tu haaaa
- tomato*
- bawang holland*
- daun ketumbar*
- cili padi*
potong dadu semua bahan bertanda *
- tumbuk bawang putih dan cabai besar merah dan hijau
campur semua bahan diatas. gaulkan bersama sos ikan, perahan limau nipis, gula dan garam. gaul sebati kesemuanya dan boleh lah dihidang.
kalau makan kerabu kerang macam tu je pun sedap yakmat. yang penting kerangnya elok dan takde bersampur busuk. ;)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D