FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama
Durian E-Fiesta menampilkan lebih daripada 220 tawarandurian
KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2020 – Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama denganShopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagiinisiatif baharu, Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmenterhadap agenda digitalisasi dan e-dagangnya.
Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua PengarahFAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutankepada seluruh negara dan pelbagai sektor termasuk sektorpertanian yang tidak terkecuali. Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat menjual hasil segar dansejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah mendorongbanyak pihak termasuk para petani untuk meneroka penjualanatas talian buat julung kalinya. Langkah ini juga selari denganharapan YAB Perdana Menteri agar sektor perniagaan dalambidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya satu trend baharu urusniaga. Oleh demikian, kami bekerjasama denganShopee demi memberi lebih banyak insentif kepada sektorpertanian untuk terus berada di atas talian dan yang lebihpenting lagi, lebih ramai petani akan mendapat manfaatwalaupun selepas PKPP. Kami akan melaksanakan kerjasamaini melalui beberapa siri kempen bertema yang menarikbermula dengan Durian E-Fiesta di Shopee bersempena musimdurian yang sudah tiba."
Durian E-Fiesta di Shopee akan menjadi pameran jualan durian maya pertama di Malaysia. Program ini akan berlangsung dari15 hingga 19 Julai dan menampilkan lebih daripada 220 tawaran, para peminat durian boleh memilih daripada pelbagaijenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, Kampung, dan sebagainya.
Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA danShopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melaluipembiayaan baucar menarik seperti potongan harga RM5 dengan perbelanjaan minimum RM1, potongan harga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 dan banyak lagi. Selainitu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di JualanKilat Shocking Sale pada harga RM10 sahaja ketikaberlangsungnya Durian E-Fiesta.
Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Biasanyatempoh inkubasi untuk penjual dan pengguna adalah yang paling sukar. Pertama sekali, kami perlu memastikan bahawapenjual kekal berada dalam sistem dan perkhidmatan merekaadalah pada tahap yang optima. Pada masa yang sama, kami harus melatih penerimaan pengguna dan membantu merekadalam membiasakan diri untuk membeli hasil segar secara atastalian. Oleh itu, kami amat bersemangat kerana mempunyairakan kerjasama seperti FAMA yang mempunyai pemahamanmendalam tentang ekosistem e-dagang dan bersediabekerjasama dengan kami bagi mendorong digitalisasi sektorpertanian Malaysia. Selain itu, ini merupakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan kerjasama ini memandangkanrakyat Malaysia merupakan penggemar tegar buah durian."
Kedua-dua organisasi ini juga telah mengambil kira para pengguna yang mungkin kurang menggemari Raja Buah. Justeru, Durian E-Fiesta juga akan turut memasarkan buah-buahan pilihan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nenas dan banyak lagi pada kempen tersebut. Edisi pertamakempen ini adalah terhad di Lembah Klang dan bagimemastikan kesegaran buah-buahan, penghantaran akandilakukan pada hari berikutnya setelah pesanan dibuat.
Peniaga buah-buahan, terutamanya peniaga durian, akanmenerima sokongan dan pendedahan pemasaran maksimumsepanjang kempen ini melalui paparan banner dalam aplikasi, laman mikro-khas, push notifications dan banyak lagi.
Adalah difahamkan bahawa objektif FAMA dan Shopee bagikerjasama jangka panjang ini adalah untuk memacu sektorpertanian dalam mencapai kemampanan dalam jangka masa panjang menerusi perniagaan secara dalam talian.
Shopee, dalam pada itu, mendedahkan bahawa lebih daripada 2 tan (2,000kg) durian telah dijual melalui platformnya dalammasa 24 jam setelah diberi pendedahan dalam kempen 6.6 Super Sale pada bulan Jun yang lalu. Kata kunci 'durian' jugamerupakan salah satu perkataan yang paling banyak dicaripengguna di platform tersebut.
Sebagai tambahan kepada Durian E-Fiesta, FAMA juga akanmemberikan baucar kepada pelanggan yang membeli produkdari kedai rasmi mereka di Shopee. Layarihttps://shopee.com.my/agrobazaar_fama untuk menikmatipotongan harga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50 bagi barangan seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.
byk diskaun tu
ReplyDelete