19 August 2021

Maksud nama Faiha Ulya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Anak dah masuk 2 tahun lebih pun. Tapi takpe la kan kalau kongsi maksud nama sekarang pun hihihi. 


Faiha Ulya bin Nadzri - Bauan yang wangi dari syurga yang paling tinggi


Faiha bermaksud bauan yang wangi dari syurga

Ulya pula bermaksud paling tinggi


Faiha Ulya

Pernah ternampak maksud nama ni dalam buku erti nama anak. Tapi ada jugak yang tulis Faiha ni maksudnya "Banyak Kelebihan" wallahualam


Nama Faiha Ulya dipilih sebab rasakan dia anugerah Allah yang turun dari syurga yang paling tinggi. Kehadiran dia dalam rahim pun tanpa diketahui. Secara jujurnya kami suami isteri memang gunakan kaedah perancang keluarga. Sebab masa tu saya sambung belajar. Dan takde terfikir nak tambah anak sebab takut tak boleh fokus pada anak baby pulak. Takut dia terabai.


Yela masa tu memang rasa macam struggle sangat study. Nak siapkan assignment, nak pergi kelas. Balik rumah pun selalu lambat. Nak susukan anak, pam susu. Takut sangat terabaikan anak anak.


Tapi yela kan kadang kalau kita menolak sangat, Allah mesti bagi waktu tu. Untuk uji kita. Jujur cakap memang sangat tak bersedia masa tau dia ada. Sebab kita memang merancang kan. Tapi tula kita terlupa. "Kun Fa Ya Kun" kalau Aku kata jadi maka jadilah ia. Walaupun rancang macam mana sekali pun.


Alhamdulilah suami banyak support, banyak jaga, sebulan anak dalam rahim baru saya bagitau family members yang lain. Bukan menidakkan kehadiran anak tapi untuk gain moral dan semangat diri sendiri dulu. Nak pulak masa mengandungkan dia saya memang alah teruk sangat.



Tapi tula Allah nak pujuk hati tu. Dia hadirkan anak perempuan untuk kami. Anak perempuan yang memang kami tunggu2 sangat kehadiran dia. Allah tu baik kan. 


Kerana rasa yang dia ni hadiah dari Allah yang datang dari syurga paling tinggi. Kami sepakat berikan nama tu pada dia. 


lagi pun dua anak memang nama pangkal F dan U. Makanya anak ketiga pun berikan pangkal nama yang sama. barulah boleh jadi Abi Ummi Triple F.U hihihihi. 

2 comments:

  1. Semoga Faiha Ulya terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Comei nama Faiha Ulya dengan maksud yang baik juga. Semoga sentiasa menyenangkan hati mak ayah je, Faiha Ulya :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D