20 February 2023

Kdrama Review | W- Two World Apart

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

W- Two World Apart

Cast W- Two World Apart

Released : 2016
Genres : RomanceComedy, Action, Thriller, Fantasy


Dulu masa kecik bila baca komik selalu ada perasaan. Macam mana la kalau watak dalam komik ni hidup. Mesti dia sedih macam ni, atau kalau lah dia tau seterusnya akan jadi macam gini gini. Dengan tengok kdrama tajuk W ni apa yang pernah fikir masa kecik dulu dapat tengok dalam drama hahahahaha





Memang best lah cerita ni. Saya bukan jenis suka tengok genre thriller ni tapi seronok layan. Ada suspend, ada happy, ada marah, ada sedih, ada belaka la semua emosi tu. Watak Lee Jong Suk dalam drama ni adalah watak hero dalam komik W tapi bila luar komik (dalam dunia sebenar) nampak handsome segak macam lukisan. Macam mana ntah nak describe rasa tu. Tapi puas la tengok susunan jalan cerita dan watak2


Jalan cerita tersusun dan boleh senang faham. Waktu tengok watak pembunuh misteri kejar dan nak bunuh pelukis komik dan hero memang rasa suspend sama. 




W- Two World mengisahkan kisah seorang pelukis yang melukis komik untuk isi masa lapang dan sebagai sumber pendapatan. Tapi tanpa dia sedar rupanya dunia komik yang dia lukis tu sebenarnya wujud dekat dunia sebelah. Apa saja yang dia lukis terjadi di dunia komik. Watak hero Kang Cheol yang paling tersiksa sebab dia rasa macam ada orang yang atur hidup dia untuk jadi sekian sekian. Cari punya cari akhirnya dia terjumpa jalan macam mana nak akses dunia sebenar. 





Dari situ lah terjadi macam2 perkara sampai lah pelukis dan anak pelukis (heroin/Yeon Joo) ditarik ke dunia komik. Demi nak selamatkan keadaan Kang Cheol minta Yeon Joo lukis seperti apa yang dorang rancang untuk betulkan balik keadaan. Sampai lah satu masa pelukis sebenar komik, ayah Yeon Joo korbankan diri dia dengan mati di dunia komik untuk betulkan semula keadaan sebab? pembunuh bersiri dalam komik keluar ke dunia sebenar dan mula bunuh orang awam yang tak bersalah. 


Bukan thriller semata adalah unsur romantic, persahabatan dan lain2. Worth it untuk layan dan tengok. Best!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D