18 September 2012

Kistot : Hanya Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

perkarangan Masjid Usuludin kampung Cempaka dipenuhi sanak saudara dan rakan taulan kedua pasangan raja sehari. masing-masing berwajah ceria meraikan hari bahagia kedua pasangan pengantin. 

Sah!! kata tok kadi. terpamer wajah lega diraut muka pengantin lelaki. menitik juga air mata si pengantin perempuan, kalimah syukur dipanjatkan pada Yang Esa. akad sudah diangkat maka bermula lah saat kedua mereka memegang tanggungjawab suami dan isteri.

Rahimi hanya memandang dari jauh kedua pengantin berjalan berpegangan tangan. Erat sekali. senyuman bahagia terpamer di wajah mereka yang berseri. Dia benci melihat wajah-wajah itu. pisau rainbow disimpan kemas di dalam poket. 

"tak kan ada sesiapa pun yang boleh miliki kau selain aku Salina" Rahimi mula berjalan mendekati majlis persandingan dihadapannya. dia berpura-pura tersenyum menghampiri kedua mempelai.

Izwan tak selesa bila lelaki yang baru memperkenalkan diri sebentar tadi berada dekat dengan isterinya. bukan dia cemburu tapi seperti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. hatinya tidak sedap.

"Allahuakbar" memancut darah keluar dari perut Salina. sakitnya hanya Allah yang tahu. tangannya lekas berpaut pada suaminya. Izwan kaget dia terkejut. Jemari isterinya yang berinai merah bercampur dengan pekatnya darah yang keluar.

Rahimi berundur setapak demi setapak sebelum orang ramai cepat menangkap dirinya. majlis yang meriah dengan hilai tawa tadi bertukar riuh rendah. masing-masing keliru apa yang sedang terjadi. Salina sedang bertarung nyawa. Rahimi memandang dari jauh sambil air mata mula merembes keluar. Jarinya yang dipenuhi darah meraup rambutnya ke belakang. 

"apa yang aku dah buat nie" siren polis mula memasuki kawasan perkarangan kejadian. orang ramai mula berkerumun membuat tafsiran yang tersendiri.

*****

Hilai tawa Rahimi mula kedengaran semakin kuat dan kuat. gambar yang dipegang sedari tadi sudah renyuk namun masih kelihatan senyuman bahagia dia dan Salina. 

Salina memutuskan hubungan mereka kerana sikap cemburu buta Rahimi. Salina tidak boleh bergaul dengan sesiapa walau rakan perempuan nya sendiri. Rahimi menetapkan Salina hanya untuk dia. hanya untuk dia.

TAMAT

kistot : kisah kontot ;)

10 comments:

  1. wahhh menakutkan sekali cerita ni, eh bukan.. kistot ni..

    ReplyDelete
  2. ending yg scary ler !

    ReplyDelete
  3. gelak guling. terasa macam cerita dalam tv plak. kihkih

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu rasanyaaaa dia neh ada skizifrenia neh! hehehe pepandai aku menilik laaaakkk huhuhu

    ReplyDelete
  5. apelah citer macam tahun 60-an guna parang bagai.. sekarang tahun 2012 guna acid je.. tak pun guna minyak tanah..pastu bako hidup..lepas dah siap bako terus wat lauk makan beramai2,,hoho

    ReplyDelete
  6. huh...kijam tol rahimi..
    tapi jgnlah ade realiti..sian tau...

    ReplyDelete
  7. err.. tak hepi r pulak ending cite kali ni.. ish ish.. psiko2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D