19 September 2012

Moga DipermudahkanNya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


betul jugak kan apa yang Solihin Zubir tue kata. sebab selalu je kita doa "semoga urusan saya dipermudahkanNya" tapi sebaliknya bukan semua tapi ada segelintir yang tak cuba permudahkan urusan orang lain. sebagai contoh yang paling dekat dengan saya baru je jadi dalam beberapa minggu nie.

semalam ramai calon baru lapor diri kat opis saya nie. minggu lepas diorang call tanya penempatan depa. jawapan EO (executive officer) lapor diri dulu baru tau penempatan kat mana. apa yang jadi isu nya kat sini. boleh dikatakan depa nie semua bukan asal dari kedah. ada yang dari pahang, kelantan, johor, terengganu dan lain-lain.

dan semalam kecoh bila parents risaukan mana anak-anak diorang nak tido. yela rumah sewa takde lagi tak kan nak tido bawah jambatan kot. nak cari rumah sewa awal takut pulak kalau kena anta ke kawasan mana-mananya dah jadi satu hal lain pulak. mama saya pun risau masa saya lapor diri kat sini dulu tapi nasib baiknya saya sebab penempatan saya memang kat Ibu Pejabat Kedah jadi rumah pun boleh la cari awal sebelum datang sini.

apa yang saya pelik pihak pentadbiran opis saya nie kenapa tak decide awal-awal mana nak letakkan diorang tue. kalau keputusan awal keluar boleh la diorang cari rumah sewa awal-awal sebelum datang sebab rata-rata takde sape yang ada sedara mara sepupu sepapat yang boleh mintak tumpang berteduh barang sekejap. takde la risau hati orang tua diorang tue. bukan ke memudahkan urusan orang lain tue.

mungkin sekarang nie awak tak berada kat tempat diorang yang tengah susah tue. tapi satu hari nanti bila awak pun ada kat situasi yang lebih kurang sama baru awak sedar salah yang awak pernah buat dulu tue. sekarang nie Allah bayar cash jer. awak mudahkan urusan orang lain hari nie insyaAllah DIA akan permudahkan urusan awak pulak di lain hari. 

11 comments:

  1. kite mudahkan kerja orang

    org mudahkan kerja kite kan

    ReplyDelete
  2. aah kan kira. kita jer asyik mintak dipermudahkan urusan tapi tak pernah pk pun nak mudahkan urusan orang lain. hurm...

    ReplyDelete
  3. aku memahami sgt2 diorg tu. sebab aku pun dlm situasi tu skg. tatau mana penempatan. bantainye deme letak kat ceruk, jenuh aku. :(

    ReplyDelete
  4. hahah betul sgt tu ^^
    apa salahnya kalau kita memudahkan urusan org lain, kalau asyik nk selfish je akhirnya org pun akan berlaku selfish juga dgn kita kan? ;)

    ReplyDelete
  5. seolah2 turut merasai apa yang depa nie rasa...3 tahun lalu temankan adik lapor diri kat JKN Perak..penempatan klinik mana tatau lagi...nasib baik dapat klinik yang ada qrts.kalau x de jenuh nak mencari..huhu

    ReplyDelete
  6. tapi kan ada org ni nak mudahkan bab die je..tang org lain die lupe nak tolongkan ..


    ye dak..

    tu sbb ada org jenis suka amek mudah :)

    ReplyDelete
  7. slalunya org x pk bab org len...asal lps diri sndiri sudah

    ReplyDelete
  8. betul2.. setuju.. kalau kita pun selalu bantu untuk mudah kan urusan orang lain. insyaAllah urusan kita pun akan sentiasa dipermudahkan =)

    ReplyDelete
  9. mesti la mak ayah risau. tmbh pulak kalau ank perempuan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D