26 December 2012

Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

huwaaaaaa letihnya. eh jap jap sebelum tue Alhamdulilah dan nak cakap terima kasih kat Cikgu Areef sudi pilih saya sebagai pemenang untuk contest yang ini. nak tengok saya dan suami menang ape. boleh tengok kat sini. terima kasih kat Puan Hidayah kita tue yang sudi bagitau saya dah menang kalau tidak sampai sekarang saya lupa yang saya ada join contest. terok betul lah =.=

jumaat lepas suami balik keja terus kami berdua gerak balik ipoh. sabtu besoknya dah plan satu family nak ke melaka. Alhamdulilah syukur Allah pelihara perjalanan kami semua satu keluarga dari awal sampai melaka sampailah dah balik penang malam semalam. wahhhh sayang terharu la saya kawen dengan awak, saya yang drive awak yang tolong ambik letih saya tue ye kata suami saya yang setia memandu disebelah. mama gelak je kat belakang semalam. hihi :p


kami semua menyewa kat Farisma Homestay Melaka. selesa la jugak. RM700 untuk 4 bilik tidur dan 3 bilik air. cukup-cukup je kami yang ada 4 family kecik nie. hihi. yang bestnya tuk diorang kaum sejenis dengan suami menda alah atas nie la. kat tingkat atas homestay selain ada 3 bilik kami tuk anak dan menantu mama papa nie. ada satu ruang rehat yang dia letak meja pool tue. eh yeke pool? ke snooker? entah la saya pun tatau :p


haaa nampak tak minah dua orang tue sibok kepit Pakcik depa. siap gaduh dengan achik lagi. yela diorang je boleh nak ngepit dah tue bila pulak turn achik???? #TerokBetoiPerangai hahahahaha. macam gitu la bebudak dua orang tue. bila marah lari sekejap jalan berdua. bila orang leka je mai tarik balik tangan pakcik. marah bukan apa sebab dedua nak bergayut kesian pakcik tue letih nak melayan. padahal achik tue dengki mengaku jela hahahahaha :p


antara jambatan yang menarik perhatian saya masa naik bot river cruise tue. untuk sesiapa yang nak datang melaka. kalau nak merasa naik bot nie saya suggest naik time malam. kalau malam disirami dengan cahaya lampu yang menaikkan lagi tempat tue kalau siang nie dia nampak biasa je. macam kami hari tue. kami ambik pakej 3+1=RM20 per person. boleh naik bot, naik monorel dan rasai pengalaman 6D. nak kata pegi banyak tempat tak jugak. tapi nasihat saya sesiapa yang nak melancong ke melaka keluar dari tempat menyewa seawal yang mungkin.

macam kami satu family. setiap hari lepas subuh dalam pukul 7 lebih macam tue dah siap-siap kuar pegi tempat-tempat tue. kalau lambat terperangkap dalam jem dan takde tempat parking. jem kat melaka memang sangat syahdu la. nak pegi tempat yang sepatutnya dua puluh minit boleh makan masa sejam atau lebih kat situ =.= dan berhati-hati memandu kenderaan anda sebab atas jalan banyak jalan berlubang. suggestion saya pada kerajaan melaka tolong la perbaiki jalan yang berlubang tue, paham kenderaan banyak time siang, bayar la lebih sikit kat pekerja buat keja time malam. bandaraya bersejarah memang tumpuan pelancong jadi sepatutnya anda semua bayar harga hasil kesudian kami melancong ke negeri anda. menaikkan ekonomi negeri anda. 

nak tau kenapa melaka sangat jem? satunya memang la time public holiday dan cuti sekolah ramai manusia yang serbu ke sana. lagi satunya pasal traffic light kat sana ambik masa lebih kurang 2 minit untuk tukar ke lampu hijau. boleh bayang tak simpang empat bila dah lama sangat tunggu kat situ jem dia macam mana? letih duduk dalam kereta lagi dari letih merayau ke sana ke sini =.=

tapi saya tak kata melaka tue terok sangat. melaka memang best dengan tempat bersejarah. Zoo melaka yang mengekalkan habitat haiwan. dan macam-macam lagi la. tapi ini cuma pendapat saya. cuma ada beberapa perkara jela yang kurang bestnya. biasalah semua negeri ada lebih dan kurangnya. tak gitu? ;)


jangan mintak ole-ole. ole-ole yang kami beli tuk family belah suami pun boleh tertinggal entah kat mana =.= semalam sampai penang dah sepuluh lebih. tak tahan sangat dah mata nak teman suami drive kat sebelah. dapat je izin boleh tido. memang lelap sampai tak sedar apa dah. sian kat suami. sabar jela dapat isteri macam nie huuuuu....

haaa nampak tak suami saya makin hengsenggg tue eh Kbai!! :p

25 comments:

  1. boleh ke kalo kite nk puji suami puan kiera makin enseng..? keh3..


    syok betul dpt jenjalan dgn fmily..bila nk smpai johor pulak..?

    ReplyDelete
  2. makin berseri muka kieraaa lepas kawen pewiitttttttt

    ReplyDelete
  3. MELAKA MEMANG PUN..LAMPU MERAH DIA LAMA GILA..BOLEH TIDO LAGI.BAK KATA IFFAH TU YANG DIA LEH ON9 KALAU LAMPU MERAH HAHAHA...

    ReplyDelete
  4. waaa..bestnya..percutian family..hihihi.. kita ni tunang je ngan orng melaka..tp belum lg dpt pusing2 kt melaka..hope pas kawin merasa la..hihihi

    ReplyDelete
  5. makin gemokkkk nadh makin gemokkkkk...

    ReplyDelete
  6. melaka kecik, tp pelancong ramai, sbb tu jem. sy sndiri, kalau time cuti (krismas expecially) xkan kuar umah, duk diam2. kalau tak, terase dipinggirkan di negeri sndiri sbb rmai sgt pelancong. haha.

    mmg jem. melaka bnyk jln sehala. tmpt brsejarah pulak spot kat satu tmpt. kalau besarkn jln, kne roboh bangunan. tp, bangunan klasik tu sumber pendapatan. dilema jugak MB melaka. haha

    tp sy rase agi 2-3 taun mungkin akan ade improvement. jemputlah dtg agi..:)

    ReplyDelete
  7. sebok jugak nak datang melaka =P melaka memang jammed melampau weh.. dengan driver2 yang berani tak ingat sukati masuk lane jalan sebelah.. speechless aku..

    ReplyDelete
  8. Chettt chetttt chettt. Mls lyn sunah.

    To mcik : ahahahahaha jeles ng anak anak lettewww :P

    ReplyDelete
  9. patutla lama hilang kan.

    tak kita! nak ole2 jugak! ;p

    kata syg adik kan? ;p

    ReplyDelete
  10. dlu p melaka kitorg jalan kaki ja...dr hotel p a famosa...lebih 3km gak jalan..tp x sedar jauhnya sebab sepanjang jalan ada ja dilihat.. =)

    ReplyDelete
  11. penah p Melaka time CNY...jemmed dia...perrrghhhh...lotih

    ReplyDelete
  12. wahhh bahagianya cik puan kita sorang nih.. hihi.. kita penah ade kakak study dkt Melaka, tapi kita x penah pon g sane melancong or melawat dia. Dia pernah gak citer kt kita pasal bot river cruise tu, mase dia duduk kat sana, pemandangannya tak cantik (dia kata) sebab airnya ada bau lain mcm jeee.. tapi sekarang tak dah kot.. :)

    ReplyDelete
  13. Patut pun lama tak nampak kiera rupanya berjalan awak eh..pegi tak makan kat umbai....ikan bakar... Kalau tak gi lagi mmg belum khatam jalan kat melaka tu...he..he...

    ReplyDelete
  14. abang nadh,

    pakai contact lens ke bang? serius kacak!

    sekian dari saya, pengkapit. kekeke

    ReplyDelete
  15. Tahniah kiera.

    Bestnya. Dah lama tak gi melaka.

    ReplyDelete
  16. melaka tu la yang iffah hadap hari2

    lgi2 kat bangunan merah ngn ayer keroh

    100 lebih mase trafik lite die

    sabo jekla

    ReplyDelete
  17. tahniah mng adiah & mesti best balik kg kan

    ReplyDelete
  18. tahniah menang hadiah.. lepas tu, g jenjalan melaka lagi.. sy dah lama xg jenjalan melaka.. dah lupa kot.. dah kwhwin makin ensem la kan.. huu~~

    ReplyDelete
  19. syoknya dapat travel dengan family. happy family!

    -> ❤ TechKini.com

    ReplyDelete
  20. umah atok sya kat melaka. kat Umbai..

    **untung la inche Abg dah makin hensem..

    ehh kita dah tag akak kiera taw..

    http://akupencintahlovate.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html

    ReplyDelete
  21. Thniah menang contest ^_^

    Wah.Untung la dpt bercuti citan.haha.

    ReplyDelete
  22. awak! awak! kita pun g melaka jugak masa tu. kihkih..

    awak, awak. kita kat sana sakit hati sbb hotel kita duduk tu banyak pengantin baru hanimun kat pantai. sentap rasa jiwa raga. :'( hahahaa

    ReplyDelete
  23. hengseng sungguh!!! hahahah. eh,eh, pergi melaka tak ajak! huhuhuhu. pai aty kannnn. huhuhu. tak pernah pergi g melaka. siyes! lalu jer pernah huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D