Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
kalau dulu masa Mira, sahabat saya mula menjadi isteri orang. kami yang lain menangis teresak-esak masa nak tinggalkan dia kat rumah suami dia. gaya menangis macam lepas tue tak jumpa dah =.= tapi sebenarnya menangis sebab lepas saat tue nanti mesti akan ada jarak antara kami bertiga. bertiga maksud saya bersama Liza. kami tiga orang sahabat yang sangat rapat masa sekolah dulu.
setahun lepas tue Liza pulak menyusul mendirikan rumah tangga. jugak saya menitiskan air mata saat dia diijab kabulkan. ye saya menjadi saksi dan menitiskan air mata saat melihat dua sahabat sah menjadi isteri orang. sebak tentunya kerana sahabat yang disayang, sahabat tempat bermain, sahabat yang menjadi kekuatan satu masa dulu kini menjadi hak orang lain. menangis kegembiraan jugak kesyukuran kerana akhirnya mereka sudah punya imam yang setia berada dibelakang. saat tue saya mula terfikir nanti bila tibanya giliran saya siapa pula yang akan meneman hari bahagia saya.
Mira sudah punya keluarga, Liza jugak sudah punya keluarga pasti mereka punya batas waktu untuk menemani saya. oh ye dulu saya memang ramai kawan tapi kekurangan sahabat. kerana saya dulu spesies yang susah nak rapat dengan orang luar, susah mempercayai mereka yang belum benar dikenali. setelah mereka berdua berumah tangga baru saya belajar rapat dengan kengkawan lain. Alhamdulilah hari demi hari semakin ramai sahabat yang Allah kirimkan buat saya. sahabat yang selalu ada dengan saya. Alhamdulilah syukur Ya Allah.
walimah saya hari tue. saya susah hati sape yang akan teman saya? tapi saya yakin ramai sahabat saya kat luar sana yang sentiasa ada disamping saya. Mastura awalnya lagi dah cakap dia nak ambik cuti panjang untuk walimah saya dan dia buktikan. Cik GKSB jugak kata nak datang awal sebab nak menyaksikan hari bahagia saya dan dia buktikan. Iffah jugak sanggup ketepikan dilema demi bersama dengan kakak dia yang sorang nie dan juga dia buktikan. Ruzz selalu dia cakap dia spend masa dua hari untuk walimah saya dan memang sungguh dia buktikan. sahabat saya yang lain jugak buktikan yang ikatan mereka antara saya sangat utuh sampai sanggup datang dari jauh. luangkan masa untuk saya. melepak kat rumah tunggu sampai habis makan beradab saya bersama suami. sangat terkejut bila sahabat dan teman yang kita tak sangka akan datang tetiba tersenyum menunggu kita depan pintu bilik dan depan pintu rumah.
Allah besarnya kasih sayangMu. dari yang sedikit akhirnya diberikan saya ramai sahabat dibelakang. sangat bersyukur dan gembira. kalau nak tau kenapa saya menangis masa walimah. sebab saya terlampau gembira dan bersyukur ada sahabat,kawan,kakak,adik dan abang macam awak semua. sungguh tak tipu. sape yang tak terharu bila ada yang sanggup bersusah demi kita. doa saya moga awak semua sentiasa berada bawah rahmat Allah dan diberikan kebahagiaan yang berganda buat awak semua Amin.
konon nak letak banyak gambar yang ala-ala ku pujuk hatimu tapi external tertinggal rumah mentua gambar yang nie jela yang ada dalam lappy pun. *mesti Iffah tak jadi terharu kan? kihkihkih :p
i was thinking the same thing..sahabat2 saya ramai d semenanjung..semuanya dah mnjadi isteri org....sapa lah akan datang ke majlis sy nanti...dh la buat kt sabah =(
ReplyDeletemaaf, kerana tak mampu buktikan apa2...
ReplyDeletejuga macam kiera...satu persatu sahabat da mendirikan rumah tangga, bila diorang da pergi, baru sedar diri sudah tak punya sahabat lagi...mungkin kerana macam kiera juga, susah nak rapat dengan orang lain...kalau ada pun, jauh sangat [macam iffah - kalau dia rasa dia sahabat la (ayat mintak penampar ipah kalo dia baca ni)]...jadi lepas ni, kalo kawen pun, tak mengharap sangat ramai akan datang, sebab tempat sendiri pun jauh sangat2...
ni gerenti pak cik imam kamu bahan kalo dia pun baca...ggrrrrrrrrrrr
Oooo kakak abg adk kawan ja lah. X tengkiu sy yek?!. Tgu la blik unh. Nk ugut ng kucen. Nguahahaha
ReplyDeleteKiera..... 2 sahabat yg pergi, Allah gantikan dgn yg lain....adilkan....
ReplyDeleteApa pun sahabat sejati adalah sahabat yg berada bersama-sama kita dikala susah dan senang!
Kiera..... 2 sahabat yg pergi, Allah gantikan dgn yg lain....adilkan....
ReplyDeleteApa pun sahabat sejati adalah sahabat yg berada bersama-sama kita dikala susah dan senang!
syahdu. saya tak dapat banyangkan rasnya saat itu. bila saat itu tiba, baru saya merasa.
ReplyDeletesahabat yang baik itu akan sentiasa bersama.
ok, sy nak jadi adik akak sampai bila2. dan maaf tak dpt buktikan yg org ni adik akak :(
ReplyDelete#tapi akak memang cengeng pun :p
digantikan yg lebih baik.. sy pun tak tahulah nanti sape teman nanti kan.. eh2
ReplyDeletehaha..tak sempat pula nak ke walimah kak ni..kalau tak boleh masuk dalam entry akak juga.. :D
ReplyDeletekau mg kuat nangis! stress aku tau. bila kau nangis, sah-sah air mata aku nak join sekali. tapi sebab si keding tu ada, so aku tepis2 air mata aku jgn ikut ko.hahaha
ReplyDelete* sedih gak ko dah kawen.aku dah taleh nk ngegada dah. tp aku tau, ko sentiasa doakan aku kan? :)
betul la tu... Sahabat ain xde lagi yang berkahwin jadi ain tak tau cane rasanya. (or ain memang xde bestfren betul-betul) hehe :p
ReplyDeletedapat nampak aura nyakat bro nadzri makin terserlah dekat atas tu.. ape pun bagus r ramai kawan yang datang memeriahkan majlis ari tu.. =)
ReplyDeletekak kiera: amboih asik2 letak gamba iffah. rindula tu. mls nk ngaku kan? lalalala
ReplyDeletesunah: yu jngn nk mintak penampa ai lak ye hahaha
ruzz: amboi kate aku keding. nmpak aura jeles di situ
#apesal iffh komen cm entry ni iffah y punye haha
seronok dapat sahabat yg senitiasa aada disisi mcm tu kan..
ReplyDeletesemoga persahabatan itu terus berkekalan
akak pun alami pengalaman yang sama..sahabat, adik, kakak, sepupu..nangis...dengan kiera pun nangis...
ReplyDeletebahkan bukan bila majlis nikah je nangis..bila dah lama x jumpa..bila dah jumpa nak berpisah sebak je rasa...
tacink gambar akak xde
still terharu walaupun tak byk gmbr..harap2 nanti sya punya majlis pun akan ramai juga sahabt yg datg..
ReplyDelete*berangan dulu :)
bestnye... harapnye OE pun macam tu nanti... hehe.. ^^
ReplyDeletesanggup datang sini berkali2 nak cek iffah da komen ke tak...tadaaa...ari ni cek balik, dia da komen...bahahahahahhah...
ReplyDeletememang macam entri iffah dah...
hai kak shida!
;,)
ReplyDeletebestnye kawen!! hehehe.. *tp xabes belajar lagi~~
ReplyDeleteHuh , Sorry xsampai ke majlis kenduri Kiera. Walaupapun harap tak putus kawan walaupun hanya sekadar di alam maya sahaja pertemuan persahabatan ni.
ReplyDeletekita pun kawan awak jugak! dah lupa erk??? mentang2 sekang neh saya asyik hilang jerk mcm chipsmore! hhuhuhuhu. sihat ke kira?? cm ner? sekang?? okeh ker?? :)
ReplyDeleteerti persahabatan :)
ReplyDeletesaya dah update :)
IFFAH : siapa plak cakap kau keding ni? aku cakap pakcik muncet aku la si keding tu. bukan kau. perasan ye? hahaha
ReplyDelete#ruzz kfine ruzz aku malu di situ hahaha
ReplyDeletepakcik ko boncet, xkeding okehhh
#sunah kah3 sanggup yu dtg smula...hahaha ai memang gila komen
sunah..akak pun datang check jugak tengok da x tuan punya blog balas komen iffah..xde pun.hahhaa..
ReplyDeletehaiii sunah...
akak plak rasa mcm entry kita je sebab kita datang jengok banyak kali hahaha
maaf tuan entry
:( sy x hadir
ReplyDelete