Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hari nie 10 Disember 2012. kalau sebulan yang lepas tarikh nie hari yang paling sibuk dalam hidup saya dan hari yang paling bahagia. perjalanan saya dan Pakcik Imam yang dimulakan dengan majlis khatam quran, majlis akad nikah yang diawalkan, solat sunat berdua yang seterusnya batal air sembahyang yang hanya ada saya dan dia. menggeletar nak salam tangan suami walaupun dalam bilik tue hanya ada saya dan dia. eh awak semua confius ek? saya pun lupa yang saya tak cerita habis perjalanan hari akad nikah saya.
sabtu 10.11.12 dalam pukul 9 pagi macam tue kumpulan marhaban sampai kat rumah mama papa. untuk majlis khatam quran jugak marhaban untuk anak kecik saya. Afiq Danial. Alhamdulilah bacaan lancar walau ada sangkut kat satu dua surah. khamis atau rabu malam tak silap mak mentua kakak datang rumah check bacaan saya, Alhamdulilah masa majlis takde la sangkut banyak. habis awal tapi makcik tue kata banyak masa lagi dia dan kumpulan sambung bermarhaban sampai pukul 12. habis je doa lepas khatam saya terus lari masuk bilik nak siap pulak untuk akad nikah. janji dengan kadi dalam pukul 11.30 macam tue untuk majlis akad.
12.04pm waktu yang dirakamkan oleh Fadil. saya dan pakcik imam selamat diijab kabulkan. macam yang saya dengan dia janji. dia mintak izin mama papa, mama ayah dan ahli keluarga kami untuk kami berdua solat sunat bersama. saya dan dia ditinggalkan dalam bilik pengantin untuk menyelesaikan hajat yang dah lama disimpan, melakukan solat sunat bersama sebaik selesai ijab dan kabul kami. solat pertama berimamkan suami. sepanjang solat saya menangis, lagi sebak bila dengar doa yang dipohon suami bersama air mata kesyukurannya. air mata pertama yang saya lihat dari diri seorang suami saya.
kata Maksu "nanti lepas abis solat kome berdua batal air sembahyang sesama kome dulu" sebaik selesai berdoa, suami pusing dan saya sambut huluran tangan suami. Ya Allah sebaknya rasa, menggigil tangan bersalam dengan seorang lelaki yang halal untuk saya. air mata toksah kira la kan. laju je turun. keluar bilik dedua mata merah. hihihi
keluar bilik dan sesi menyerah mas kawin jugak menyarung cincin tanda batal air sembahyang. padahal memang dah batal pun lah :p ada permintaan yang mintak suami kiss dahi saya. tapi maaflah memang perjanjian kami berdua, takde moment kiss yang boleh dirakam oleh sesiapa pun. biarlah moment tue hanya disaksikan oleh Allah, para malaikat, dia dan jugak saya. seboleh mungkin kami nak menjaga redha Allah. dan Alhamdulilah segala yang kami hajati terlaksana walau ada satu dua menda yang tak dapat dicapai. nak pujuk hati sendiri. tak dapat buat semua at least yang wajib tue kita dapat syukur Alhamdulilah.
majlis akad nikah kami dah petang baru selesai tak silap. terima kasih pada kengkawan yang sudi datang time nikah walaupun ada yang tak dapat datang time walimah. kehadiran awak semua dah cukup menggembirakan saya. :) dan hari nie 10.12.2012 cukup sebulan saya dan dia menjalani perjalanan rumah tangga. ramai yang kata baru-baru lagi memang la semua manis tunggu lama sikit. itu kata orang la. tapi impian saya dan suami nak membuktikan apa yang mereka kata tue salah. insyaAllah saya yakin selagi kita jaga hubungan dengan Dia Yang Maha Esa, pasti Dia akan jaga hubungan kita sesama manusia jugak. hati-hati manusia kuncinya ada pada Dia. insyaAllah saya dan suami akan berusaha ke arah itu.
buat awak yang bernama suami. selamat ulang bulan pertama. semoga kebahagiaan dan kasih sayang yang bertaut antara kita akan berpanjangan hingga ke taman-taman syurga. dan saya yakin nak ke sana kita jugak kena persiapkan diri ke arah sana. semoga saya dan awak sama-sama saling mengingatkan antara satu sama lain, insyaAllah. terima kasih atas segalanya. atas layanan awak. atas sikap sabar awak. atas keprihatinan awak. dan atas segalanya yang tak terucap. terima kasih sayang ;)
terima kasih pada sahabat-sahabat kengkawan dan kakak yang wish tahniah atas sebulan ulang tahun kami. terima kasih ;)
suami saya sangat segak masa nikah ritu. dan hari-hari nampak dia makin segak. nak cakap tue jer Kbai :p
slmt ulang bulan pertama la puan kiera..
ReplyDeletekih2.. tamak, dah tahun nk bulan.. :p
moga slmt untk ulang tahun pulak nanti..
tym nikah kami peyod....wuuuuuuuuuuu~
ReplyDeleteselamat ulangtahun bulan pertama ye kak..
ReplyDeletemoment yg indah mcm tu..
Sweet nya moment solat sunat berdua tu.
ReplyDeleteSelamay ulang tahun bulan yg pertama ☺☺
Ulang bulan suda. Apa da tahun bulan. :P
ReplyDeleteinsyaAllah. aku yakin percintaan korang yang halal ni akan semakin mekar dan mekar dan wangi dan wangi malau usia makin mencemburui. aku yakin pada kasih sayang korang berdua. :)
ReplyDeletewah iffah lupe lak da sbulan
ReplyDeletekejam kan?
totaly basi da ni
selamat ulangtahun pertama utk kiera dan nadh...sedih x dpat saksi majlis akad korang ber2..
ReplyDeleteeh pasal gambar tu akka lawak je la..hahaha
comellah akak nie tau...
ReplyDeletehehe... tahniah lagi dan lagi... ^^
untunglah..untunglah..huu..
ReplyDeleteAmin...moga apa yg dihajati dimakbulkan oleh-Nya...
ReplyDeleteperkenankanlah ya Allah........ :')
ReplyDeletesuka la buat ayat sweet dia tu.
ReplyDeleteSelamat ulangtahun yg kesebulan Kiera!
ReplyDeletewaaaa...bestnyaaa.....sweet!!!!!!!! =)
ReplyDeletebanyak r ko nye ulang bulan.. sesuka ati je letak term sendiri.. =__= ape pun semoga ko ngan bro nadzri berjaya membuktikan kata2 orang tu salah eh? moga bahagia sampai syurga.. amin.. =)
ReplyDeletekejap je masa berlalu kan..dah sebulan kiera menjadi isteri orng.. btul la kiera, orng selalu kata cmtu..baru kwin semua elok..tnggu dah bertahun..T__T sedih dgr..tp kita pun nti nak bktikan selamanya akn mnis dlm hdup kmi ber-2..insyaAllah jika dgn izinnya.. :)
ReplyDeletekenangan yg takan dapat dilupakan..betul tak?
ReplyDelete