12 June 2013

Kisah Khalifah #Check Up 7 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam sebelum sampai klinik kesihatan simpang kuala tue. dekat sungai petani tetiba jammed, adoiiiii dah la lambat, jammed lagi sahih lagi lambatttt. rupanya ada kereta accident, kereta yang akak (tau akak sebab nampak akak tue terperangkap kat dalam kereta tue,dan orang plus tengah tolong keluarkan dia) tue drive berpusing atas highway. remuk kereta dia, kereta kenari lagi satu pun remuk jugak. padan jammed panjang pagi tue. tatau la sape yang tergelincir sebab pagi tue hujan lebat la jugak. tapi apa yang saya respect driver lori semuanya mengalah duduk bahagian kiri untuk tak lagi jammed kan keadaan. respect la abang lori!! :D dan lagi satu yang buat saya tersenyum dalam jammed tue ada la sorang driver lori nie saja menghimpit ke laluan kecemasan, tinggalkan cukup-cukup untuk penunggang motosikal lalu je, tujuannya nak halang driver kereta yang berotak OKU dari ambik kesempatan guna laluan kecemasan. hahahahaha padan muka diorang. 

sampai klinik 8.30 pagi, dan macam biasa bila dah lambat mestilah dah ramai kat klinik tue. tapi mujurlah saya awal jugak kalau tidak dah kena berdiri pulak, ramai yang kena berdiri sebab tak cukup kerusi. memang ramai dari biasa la semalam. Alhamdulilah berat dengan tekanan darah ok. berat sekarang dah naik 49 kilo tapi masih dibawah kawalan takpe la, janji tak kena tanda merah. ngehngehngeh :p

masa bawak darah ke makmal dalam hati doa banyak-banyak, moga Allah naikkan hb darah saya. Alhamdulilah hb darah dah mula naik. kalau bulan lepas 9.3 tapi bulan nie 10.6 dah ada pertambahan, syukur sangat moga nanti check up seterusnya mampu sampai paras normal. amin. jumpa dokte dia tanya makan vitamin apa untuk tambah darah. saya jawab makan macam-macam. memang pun. dengan Iberet, Shaklee, Jus Pink Guava, Jus Delima, macam-macam lagi la. yang penting kena setiap masa doa moga hb darah kembali normal macam orang lain. insyaAllah bila ada usaha mesti ada ganjaran kan ;)


dan semalam dokte dah suruh mula kira pergerakan baby dan catatkan 10 kali pergerakan dia dalam sehari dekat dalam kotak-kotak jadual kat atas tue. katanya setiap kali rasa baby gerak tick, lepas je baby diam bila dia bergerak lagi tick lagi sekali dan macam tue la seterusnya sampai cukup 10 kali bermula jam 9 pagi. kalau sampai 9 malam tak cukup 10 tick. kena cepat-cepat datang hospital takut baby lemas. ok saya paham dokte. tapi sebenarnya anak kami berdua nie pepagi sebelum sampai ofis dengan sebelum nak tido waktu aktif dia. 

dan mulai semalam bermula la episod check up 2 minggu sekali untuk saya dengan baby. omaiii malasnya tapi apa kan daya, baru saya tau yang check up boleh hari lain selain ahad dengan selasa. ahad selasa tue memang waktu ramai orang sebab hari tue je untuk buat OGTT(ujian kencing manis). jadi untuk mengelakkan kena tunggu lama baik datang hari isnin atau rabu. tapi untuk lagi 2 minggu saya saja ambik hari ahad sebab nak merap dengan suami. ngehngehngeh :p

dan semalam masa check perut, nurse cari jantung baby nak dengar heartbeat dia. susah betul nak cari, lama jugak nurse tue pusing ikut sana ikut sini, akhirnya baru dapat jumpa jantung dia. anak ummi nie nakal la, suka main nyorok-noyorok buat ummi risau. dan memang baby nie kalau selain ummi abi dengan darah daging dia yang pegang dia takkan bergerak. sebelum masuk jumpa nurse kemain lagi sampai bergoyang tangan saya dia main kat dalam. tapi selama nurse ukur, pegang perut dia senyap je kat dalam. 

semalam jugak dapat cucuk ATT yang kedua. adoiiii bisanya sakit sangat, dan lenguhnya sampai ke hari ada lagi. nak tido tindih tangan semalam pun tak boleh. sakit sangat. oh ye, bagi sape yang tatau terutama Kay_are. cucuk ATT untuk ibu hamil nie memang kena ada setiap kali mengandung walaupun masa kecik dulu dah pernah dapat. bezanya untuk mengandung kali pertama kena dua kali cucuk. untuk kandungan seterusnya baru sekali je kena cucuk. 

9 comments:

  1. Alhamdulillah. Naik juga HB yer. Take care sis. Kejap jer 7 bulan kan.

    ReplyDelete
  2. Gi klinik swasta minta penerangan tentang neuroGain. Ke dah mkn vitamin tu? Atau gi je beli kat farmasi. Teruk sgt hb kiera tu. kalau bersalin cukup minggu sempatla nak naikkan hb.. Skrg ni kerap berlaku kelahiran pramatang dan hb kiera tak cukup 'lawa' kot rasanya. Take care

    ReplyDelete
  3. semoga shakira and baby sihat sejahtera :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah HB dah naik...

    kiera nak bagi nampak cantik dan kemas..tick nanti buat ala2 sisik ikan...untuk 1 hari mcm nie / dan esok nya \ mcm nie lak..nanti nampak kemas...dik ilah ajar mcm tu...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dh naik dh hb nya....hoyeyyyyyy

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah hb dah ok juga...

    baby pemalu ye

    ReplyDelete
  7. Bila dah banyak bulan ni mmg seronok bila baby bergerak ni...kadang2 sampai terbenjol siku diakan hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D