Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

15 May 2013

Kisah Khalifah #Cucuk ATT (Kancing Gigi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rini baru masuk ofis, kesihatan sangat tak mengizinkan sejak dua menjak nie. mungkin faktor cuaca kat luar turut mempengaruhi. semalam check up yang untuk kesekian kalinya, baby pun dah masuk usia 6 bulan. semalam punya la ramai orang, biasanya hari selasa tak seramai hari ahad tapi semalam berbeza pulak. redha dan tabah jela.

Alhamdulilah berat dah maintain ok. tak naik mendadak macam bulan lepas dah. syukur tak perlu repeat check tekananan darah dan urine lagi. letih oiii nak berulang ke klinik tiap 2 kali seminggu nie. bukan seminggu, dua minggu lagi tue siap dengan kena buat OGTT lagi tuk tengok ade kencing manis ke tak.


semalam lepas ambik darah, berdebar tunggu result. dapat je result terus mata tala ke HB darah. huwaaaa cam mane boleh lagi turun nie kalau bulan lepas 9.5g bulan nie turun lagi sampai 9.3g. masuk jumpa dokte dia suruh ambik darah lagi hari ahad nie untuk hb analisis, huu ummi redha jela. sebenarnya saya pun tak paham kenapa darah tak boleh nak naik sebab makanan tambahan lain semua saya ambik tapi masih belum cukup lagi. takpe la. kita berserah jela.

semalam lepas check perut dan dengar jantung baby yang sangat laju tue. nurse mintak ke bilik sebelah untuk cucuk ATT, cucuk untuk cegah kancing gigi. untuk ibu yang baru pertama kali hamil kena dua kali cucuk. lagi sekali bulan depan pulak. kata nurse tue tangan akan lenguh sikit. masa dia cucuk tue Ya Allah memang berbisaaaaaa sangat. dan lenguhnya sampai ke hari nie tak hilang lagi mujurlah mintak nurse tue cucuk tangan kanan kalau tidak dah terbatas saya nak buat kerja, ummi kan kidal. balik je dari klinik cepat-cepat tuam, suami pun banyak kali ingatkan. masa tuam dengan bantal panas tue ada la redanya sikit, tido pun alaskan lengan dengan bantal panas kalau tidak menderita la, huuu

semalam saya datang klinik seawal 8 pagi, masa tue klinik dah ramai orang. selesai semuanya tepat jam 1 tengahari time tue kat dalam klinik tinggal dalam dua tiga orang je. ambik kau setengah hari duduk kat klinik, tapi ape pun bersyukurnya tak perlu ke klinik lagi untuk jumpa dokte. sepatutnya 21 mei nie ada appoitment dengan dokte tapi cancel sebab semalam dah jumpa dia. syukur alhamdulilah. sangat malas nak ke klinik lagi, yang utamanya malas nak dengar orang ofis cakap bebukan. yela kang kata kita saja nak mengulat selalu pegi klinik padahal bukannya kita nie suka sangat nak bertenggek kat klinik tue kan.

ade lagi 16 minggu lebih kurang, moga Allah permudahkan segalanya amin. 

11 comments:

Z@i Z@mR33 said...

Alhamdulillah dh ok ckit kn...k.zai ni kena ulang-alik kinik...pstu rini kena thn wad....sadissss

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kami ada member yang siap dapat surat doktor utk bg kebenaran dia masuk lambat opis sbb kena morning sickness yg teruk2...

tapi ada sang lelaki ni siap kutuk lagi kata dia ni kaki ngular...

so baru kami paham situasi ampa dgn kawan kami ni lebih kurang sama..

org lelaki ni xpatut cakap cmtu utk kaum wanita sbb dia dh byk berkorban

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah..semoga dipermudahkan semua nyer :)

MR & MRS MAKMUM said...

alhamdulillah...tp apa yg buat bg hb tu tak naik2 erk

Sunah Sakura said...

aik..orang ofis tu tak pernah mengandung ke?

inche hlovate said...

seram la..asyik amik darah je

seharum kasturi said...

rasa gerun lak nak mengandung . heheheee ...

zulhilmi tempoyak said...

fuhhh... smoga cepat sembuh la na..

hainom OKje said...

Bila mengandung ni.... yang malasnya nak kena check up bagailah.... lagi lagi kalau ada masalah cam okje dulu...darah tinggilah...lagi sadis! Kiera!

نورعيم said...

dulu masa form 3 kena cucuk kancing gigi ni. dpt la rasa mcm mane akak rasa. lenguh yg amat!

kay_are said...

att aku tau.. anti tetanus toxoid kan? ^^ bukan mase kecik dah amek ke? ko ko lari tak nak kne suntik time tu?

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...