01 July 2014

Dilema Nak Botolkan Susu Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pagi ni baru lepas baca komen Puan Neesa, ibu si bambam omey Sheila Amina. katanya dia dilema nak bagi Sheila menyusu dalam botol susu. saya faham apa yang dia rasa sekarang. sebetulnya saya sendiri pernah ada dalam situasi dia. rasa bersalah yang amat nak bagi Uwais menyusu dalam botol susu. sebolehnya nak direct BF ke dia sepanjang masa. tapi kalah dengan tuntutan kerja. saya wanita yang berkerja mana mungkin saya punya banyak masa nak balik menyusukan anak dirumah. nak pulak anak duduk dirumah pengasuh takkan sepanjang masa saya nak ganggu mereka dirumah. lagi pula jarak office dengan rumah pengasuh bukannya dekat. melainkan pam susu di office dan bekalkan susu ke rumah pengasuh. itu yang terbaik. 

sebaiknya bagi wanita yang berkerjaya mahupun suri rumah. ajarlah anak dengan menyusu botol. saya cuba senaraikan baiknya bila kita mengajar anak lebih awal menyusu botol

1) Ajal Maut Ditangan Allah

kenapa ini yang pertama? sebab kita tak tau bila masa nyawa kita akan ditarik Allah. boleh jadi hari ini, esok atau lusa. kes berlaku pada sahabat saya sendiri. umur baru 30-an, anak yang paling kecil usianya baru 6 atau 7 bulan. cuba bayang kalau arwah tak ajar anaknya menyusu botol macam mana nasib anak tu sendiri? sedih kan.

2) Mudahkan Pengasuh

pernah pengasuh Uwais cerita. ada sorang anak yang dia mengasuh dulu. ibu dia langsung tak ajar susu botol. first time nak menyusu botol dan dirumah pengasuh. hari yang pertama kalut pengasuh nak ajar dia menyusu, si baby dah menangis menjerit lapar. sebelah tangan pangku baby yang baru nak belajar berbotol dan sebelah lagi tangan memasak. sungguh kita bayar pada pengasuh tapi pengasuh jugak ada tuntutan tanggungjawab dia sendiri pada keluarga dia. jadi apa salah memudahkan urusan orang lain, orang yang memudahkan urusan orang lain nescaya Allah akan mudahkan urusannya pula. insyaAllah.

3) Ringankan Beban Si Ibu

kalau anak dah biasa belajar berbotol. mudah pulak si ayah menyusukan anak nanti. takde la si ibu terkejar-kejar nak potong bawang dekat dapur anak pulak menjerit lapar kat depan. ada botol, boleh lah ayah tolong-tolong mengasuh anak ye tak.

4) Tahu Setakat Mana Keperluan Anak

maksudnya bila kita dah mula bagi anak menyusu botol, makanya kita tau setakat mana dia boleh habiskan susu sekali minum. macam Uwais awal dulu dia cuma boleh minum takat 2oz sahaja, kalau bagi lebih memang tak habis. sekarang dah boleh minum sampai 4oz kalau cuba bagi 5oz memang dia takkan boleh habiskan. jadinya takde la membazir nanti kan ;)

 Fateh Uwais kami sejak dah boleh mula makan dulu lebih selesa minum air masak dalam cawan, alhamdulilah

itu antara kebaikannya.tapi saya pasti antara kerisauan atau dilema para ibu

1) Lupa Pada Susu Badan

saya tahu kadang ibu dilema nak bagi botol takut anak takmau direct bf sebab lambat susu tu keluar berbanding botol yang lebih cepat. tapi percayalah anak tetap mahu direct bila nampak ibu dia dah ada depan mata. macam Uwais lepas je saya ambik dia balik. benda pertama yang dia akan cari. susu. walaupun pengasuh kata dia baru lepas menyusu tapi dia tetap akan cari. sebab? rindu dan bau badan ibu itu sendiri.

2) Selesa Dengan Puting Botol

dan lagi satu takut anak lupa bentuk nipple ibu tu sendiri. sekarang dah banyak brand susu yang menyerupai nipple ibu. Tommy Tippee , Tomo Como, macam-macam lah. cuma tinggal kita aje nak servey mana yang baik untuk anak.

3) Ketagih Pada Botol

dan lagi satu takut anak lambat berpisah dengan botol susu. ada kanak-kanak yang sampai masuk sekolah pun masih berbotol susu. takpe kita asuh perlahan-lahan tukar botol susu dengan cawan pegang. insyaAllah lama-lama nanti mesti diorang malu sendiri nak heret botol kemana-mana lagi.

tapi apa pun pilihan ditangan masing-masing. kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak kita kan ;) 

11 comments:

  1. teringt botol como tomo tu...uwaaaaaaaaaaaaaa moga Allah murahkn rezeki ank nnti

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan
    singgah pagi....lama rasanya sy x blog walking
    hari ini ada peluang so singgah jap =)

    ReplyDelete
  3. Bab x menyusahkan pengasuh tu sgt lah betul. Byk kes ank asik menangis sbb x reti dan x mau puting botol sbb nk direct dr ibu. Menangis satu hal. Seksa ank satu hal. Menyusahkan pengasuh pun satu hal.

    ReplyDelete
  4. kwn kak hr tu hr nk anta umah pengasuh br nk ajar anak susu botol.hntr shari pstu trus pengasuh kata xnk sbb dia asik nangis.xmo minum susu melalui botol wlaupon susu botol tu susu perahan mak dia

    ReplyDelete
  5. Betul tu wlpun kita bagi anak minum guna btl pun dia mst nak direct jugak...Asiah plak tengah dilema nak ceraikan susu anak ni...huhu,

    ReplyDelete
  6. eee..kamu ni fateh uwais..kenapa comel sgt niiiiii..

    ReplyDelete
  7. kan.ada pro n kontranya.
    memang dlm dilema ni..
    smga dipermudahkan ye

    *kira, ciksu xda microwave, so, tak pasti la. rasanya boleh kot.just setting time je la. kalau oven panaskan dlu dlm 10 m.. kemdian bakar je la ayam tu. dalam 25m.

    ** utk bihun singapore tu kan, ciksu selalunya. mcm skrg ciksu jst guna sejenis je bawang. guna bwang putih. tumbuk dgn lada hitam. tumis keduanya smpai bawang kekuningan.pecahkan telur. kacau bg sebati.masukkan air biar mendidih. kalau nk letak ayam ke udng ke. boleh la letak masa ni. karrot, kubis yg di racik halus, masukkan bihun.kemdian masukkan lada sulah atau lada putih. ciksu lebih suka lada sulah.garam +gula sikit. pandai2 adjust rasa.

    ReplyDelete
  8. Umar.minum botol takat 5bln ja.sjk kmi ada umag x bg botol lngsung.tp dia alhamdulillah ok.dia plk mcm rindu dgn botol, p kidnap botol kakyong dia :p

    ReplyDelete
  9. Betul kiera cakap tu....elok ajar le susu botol masa dlm pantng tu...kedian pengasuh tu nak handle

    ReplyDelete
  10. Kalau surirumah sepenuh masa tak der masalah kot direct feeding. Tapi bagi ibu berkerjaya ni memang kena ajar botol. Seeloknya 2 minggu sebelum naik kerja tu dah di ajar minum botol. Kalau awal2 nanti takut baby keliru puting. Langsung tak nak BF nanti.

    ReplyDelete
  11. mcm akak selalu ckp dgn anak masa nak ke taska tu,hari pertama akak dah pesan,mama keje..jadi kena minum guna botol...hehehe mujur anak faham sbb kata pengasuh elok je dia minum guna botol,pd hal sblm tu akak tak ajar pun

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D