02 July 2014

Fateh Uwais #10 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 10th Month, Alhamdulilah

cepatnya masa berlalu. kejap je dah 10 bulan anak teruna sorang tu. lagi dua bulan je nak cukup setahun. oh adik ummi akan rindukan masa-masa baby awak nanti adik. sebenarnya Fateh Uwais tu cukup berkenan orang panggil dia adik. kat rumah pengasuh adik. dekat rumah tokma adik. dekat rumah opah pun adik jugak. dah memang adik pun jangan pulak tanya bila nak jadi abang, pukkkk kang haaaa hihihihi. 10 bulan ni macam-macam akal dah boleh dapat.

Alhamdulilah dah boleh mula menapak lima enam langkah. dia pesen ummi tak boleh orang suruh-suruh. kalau kami suruh dia jalan, cepat aje dia duduk balik, merangkak lelaju. kalau buat tatau dekat dia, buat-buat tak heran dengan dia boleh nampak dia menapak sikit-sikit. haishhhh perangai ummi sangatttttttt awak ni :p

pandai panjat tangga!!!! haaaa ini bahaya. bukan satu anak tangga pulak tu. sampai beranak-anak tangga dia boleh panjat. siap panggil orang kat atas suruh turun lagi. amboiiiiii. takde sape pun ajar dia panjat tangga. mulanya dia panjat kotak-kotak saya dekat dalam bilik kami. lepas tu dia jadi syok pulak panjat tangga rumah tokma, kalau orang dapat tangkap dia mula menangis jerit-jerit macam kena pukul. pasal dia tau dia nak kena bebel dengan ummi abi kejap lagi. haishhh tak boleh ralit langsung dengan budak kecik tu.


muncung mulut sepanjang masa. mana belajar pun tatau. ntah-ntah sebab dia selalu tengok ummi muncung2 mulut bila nak tunjuk benda dekat dia. adehhhhh baby ni jangan la ikut kelaku tak elok ummi :p tapiii comel sangat mulut dia tu. sape lah lagi nak puji anak sendiri kalau bukan ummi yang melahirkannyaaaa hahahahaha :p

dah pandai jeles bila ummi kiss baby lain. saja la ambik sepupu dia dulu. dukung, gomoi. dia pulak atas wan dia. kelam kabut orang tu tarik-tarik ummi marah kiss baby lain. dukung je takpe tapi jangannn kiss. marah beno nampaknya. kalau dia atas abi takpe boleh kiss. amboiiiii

10 comments:

  1. uwais kedekut ummi....kalo dia kena ciomm ngan org lain ummi dia tak de kedekut pn kannnnnn

    ReplyDelete
  2. Aqil pon kami mmg panggil dia adik.klau pnggil adik laju ja dia kalih

    ReplyDelete
  3. meh nak kiss banyak-banyak!hehehe..

    ReplyDelete
  4. Tahniah..xlama.lg cukul setahun daaa

    ReplyDelete
  5. Betullah kiera mmg mcm pau hehe....gebus....
    Tapikan kiera budak mmg pantng jumpa tangga ....tah apa yg dia seronok agaknya...thrilllah sgt agaknya hehe

    ReplyDelete
  6. Kejap jer kan. Sapa lah ajar buat duck face tu. Comel ☺☺

    ReplyDelete
  7. hai adik. achik is miss yuuu banyak2

    ReplyDelete
  8. alolo.. sekejap je kan.. serius geram tau tgk fateh ni.. sedap je badan dia. kalau dpt dukung ni.. haaa, tau la..

    mau dgn org tak ni?
    selain kaum kerabat n mak pengasuh dia ?

    ReplyDelete
  9. alahai dah pandai buat mulut muncung!comel sgt....:-)

    ReplyDelete
  10. sekejap je masa berlalu...anak akak yg kecik tu 22hb ni dah 11bln...aktif juga tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D