27 November 2014

Ziarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad lepas 23hb kami ada jemputan kenduri dekat Kuala Selangor. alang-alang nak ke belah selatan sana, kami suami isteri pun pakat la nak menziarah kawan-kawan mana yang tak pernah dapat jumpa Fateh Uwais. dah alang-alang kan. sabtu pagi lepas je gerak dari rumah mama dekat ipoh terus singgah Slim River jumpa Abah Kay_Are Fateh Uwais. lupa pulak nak tangkap gambo dah sibuk menangkap budak kecik sorang tu panjat turun meja. awal-awal tu kemain haaa behave, malu-malu kucing duduk atas riba abah KR dia tapi lepas 10 minit, dah warm up katanya kot. kemain lagi buat rumah tu macam rumah dia =.= thanks to KR dan family yang sudi layan kami bertiga, hidangkan nasi lemak yang sedap :)))))

dalam tengahari gerak terus ke Tanjung Malim, dekat aje. jumpa ex boss suami yang dah lama tak bersua muka. "kami ni tengok anak ko membesar dalam pesbuk jela" sedih beno haaa ayat ngehngehngeh. konon lepas solat zohor nak terus ke rumah mak ayah ex boss itu tapinya terjumpa pulak kat gerai area situ. ada pulak playground, kakak abang rajin pulak melayan dia, terkekeh ketawa seronok sampai tak nak balik la pulak, pandai pulak tu pergi bagi tangan dekat uncle sebab tak nak balik =.= alhamdulilah lepas jugak hajat dorang sekeluarga nak bersua muka melayan budak kenit sorang tu. dan lupa jugak nak ambik gambo :p ohh ye mee kuah situ memang sangat sedap, orang yang tak gemo makan mee kuah pun hirup licin, ummi letewww sape lah lagi :p

lepak Tanjung Malim pun dah sampai tiga lebih, terus kami ke Segamat. nak mencari center Malish Baby. nak menganto breast pump saya yang takde suction itu. cari punya cari rupanya kedai tu bukan nama Malish Baby =.= mujur la jadi bijak sikit pergi cari nombor kedai kalau tidak mau sampai minggu depan pun tak jumpa. bila call takde pulak dorang mention nama kedai tu sebenarnya apa. hurmmm takpe la janji breast pump dah selamat hantar sementara ada warranty lagi. 



dan lepas tu terus ke Shah Alam, rumah family pengasuh yang MIL mengasuh dulu. kitorang dah jadi rapat. sama la macam kami suami isteri dengan family mak mengasuh Uwais hihihi. sampai dekat sana jumpa kakak-kakak kemain lagi Uwais jadi cekgu besar. ajar kakak dengan adik panjat rak berlubang. kemain pulak tu petak bawah tak layan, yang petak belah atas jugak nak dipanjat. main tangga usah kira la, berdiri atas anak-anak tangga pulak tu. nak tercirit ummi ni tengok kelaku awak tu tau takkkk. ummi ni dah la ada penyakit fobia tengok anak buat benda-benda pelik =.=


pinjam topi pak ngah sekejap yeeee

dan malamnya kami bermalam di rumah sepupu suami, Kota Puteri. dekat dengan Kuala Selangor. besok pepaginya nak jumpa dengan kakak yang jauh dimata dan dirindui sebelum pergi kenduri. tak payah la kalut bangun awal pagi kalau dah tido area yang dekat situ ehehehehe. dekat rumah pakngah ni pun sama. keja naik turun tangga. bila pakngah acah-acah marah tau pulak menyorok dalam perot abi adoyaiiiiii


Kak Ipah kita yang dirindui, ini la dia nya kakak pertama yang saya menumpang kasih masa awal-awal datang kedah dulu, tumpang kereta dia pergi ofis, tumpang kereta dia masa balik kampung takde tiket, yang mencarikan rumah sewa pertama dulu, memang banyak la saya terhutang budi dengan kakak ipah yang seorang ini. nama dia best Nur Zatul Iffah Zaimi. ehehehehe. mulanya sampai situ Fateh Uwais tido, yela memang time dia tido pun. ada la dekat sejam budak kenit ni pun bangun. terus sengih merata, macam orang mamai pun ada mihmihmih :p dan kerana cik epa layan dia tengok cat, terus hari-hari mintak cat kat telefon. "nak encett, nak catttt" hewhewhew. thanks kak belanja makan.


adoiiii sakit hati kita tengok gambo itu. tapi nak buat macam mana, redha jela dah nama pun mintak tolong tangkapkan gambo. mujur lah ada gambo selfie dengan pengantin sobssss. alhamdulilah tujuan dan niat utama kami sekeluarga travel ke Selangor tercapai. nak tengok Kak Elly kita ni bersanding dengan suami tercinta pilihan hati. kira doakan moga Kak Elly dan suami berbahagia sampaiiii syurga, dikurniakan zuriat yang soleh solehah, diberkati perjalanan rumah tangga. menu kenduri sangatlah sedap. menu jawa kooo. paling win pencuci mulut tu. jambu batu dengan apa ntah. tapi memang sedap. gambo? takde pasal lupa hahahahaha :p


terima kasih pada semua kengkawan ummi abi yang sudi luangkan sikit masa jumpa kami, jumpa Fateh Uwais. memain mengasuh dia, dukung budak 10.5 kilo tu. gomol sana sini, jaga dia. terima kasih semua. insyaAllah ada rezeki, ada masa nanti kita jumpa lagi. misi 2015, ke Johor ke kita? insyaAllah :))))))

26 November 2014

Bebear Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tula dia nya bebear abi. abi cuti kemain lagi dia melekap dengan abi. makan mandi main semua dengan abi. sembang baca buku pun dengan abi. sampaikan abi nak mandi pun boleh dia menangis menjerit macam kena rotan =.= 

ummi ni konon nak la susukan dia sementara abi mandi, bila abi depan mata dia kemain berlagak lagi dengan ummi, takmo susu, nak main dengan abi. tapinya sampai abi langsung tak boleh bergerak jauh sikit dari pandangan mata dia, terus menangis meratap hiba merangkak pergi pintu bilik air, suruh abi keluar jugak-jugak grrrrr betoi

abi kena ambik, dukung pujuk, geli-geli perot sikit dan dia baring beralaskan lengan abi sambil menyusu ummi baruuuuu la muka ada senyum manis nyot nyot susu =.= kalau ummi pulak yang volunteer jadi tukang pujuk alamat lagi kuat la menyebai nya sampai ummi pun bebai sekali Ehh!! :p

tapi mujur la bila hari abi takde Fateh Uwais seorang ni tak bebai cari abi, mungkin dia pun paham. dan saja jadi bebear abi, bergantung dekat kaki, sangkut dekat perot abi, bila abi cuti sebab dia tau itu aje masa yang ada dengan abi. anak lahhh anak.

20 November 2014

Abi's First Bridge Run

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok kita tiru tajuk entry abi :p ahad lepas ummi TERPAKSA approve permohonan cuti abi dari menjaga anak. yela kan setiap hari ahad hari Uwais bersama abi sampai ummi tak boleh mencelah =.= ok ok ekceli bukan terpaksa tu, ummi memang ikhlas bagi abi join Penang Bridge Run ahad lepas. yela sekali sekala kena lagi bagi dia berdunia dengan persekitaran luar tanpa kami. ehh sebenarnya kalau event tu tak jatuh hari ahad, ummi dengan baby mesti dah sibuk mengikut jugak tu. sebab ummi kerja je hari tu, kalau tidak mesti kami berdua dah jadi tukang sorak abi hewhewhew :p

yang ini anak punya kata abi, juara Futsal dulu. ok ummi redhaaaaa, anak dapat piala abi. ummi redhaaaaaa :p

alhamdulilah suami asal nak buat ape, pergi mana tak pernah membelakangkan isteri dia, walau kami duduk jauh tapi asal dia nak keluar ke mana hatta gunting rambut kedai auntie kat depan jalan pun dia akan wassap bagitau. eh eh jangan la salah faham. ummi ni tak mengongkong la, tapi sebab mungkin kitorang dah terbiasa macam tu. ala setakat wassap seketoi dua nak bagitau ke mana bukan gaduh kena bayar beratus ringgit pun kannn. terima kasih suami yang selalu ingat kat isteri tercinta ni :p

ok ok berbalik ke pangkal jalan. dah lama suami kata nak join Penang Bridge Run, saya ni asal benda tu tak mendorong pada yang negatif, saya mesti sokong. siap masa dia tengah gigih berlatih boleh hadiahkan kasut lari lagi. beli yang kaler striking supaya bila ummi dengan anak teman abi jogging boleh cam dari jauh kasut abi, abi yang mana satu. perangai sangat kannnn hahhahahaha :p

matlamatnya nak habiskan 10 kilometer dalam masa satu jam setengah. hadiahnya seutas medal. eh betoi ke seutas tu? lantak kan nya :p setiap hari gigih berjogging dekat PISA sana nun, setiap hari mesti dia update berapa round boleh lari, macam ummi la yang update setiap kali pump dapat berapa aunz. pemangkin semangat katanya :p ehh melalut lagi. 

abi declare ini hadiah untuk ummi, jadi Fateh Uwais mohon tengok aje medal ni nanti. ummi punya!!! kehkehkeh :p

pendek ceritanya abi berjaya habiskan 10 kilometer dalam masa satu jam 20 minit. alhamdulilah ummi tumpang bangga dan hepy untuk abi. dan yang bagus nya selain tu badan abi dah mula fit dan sihat. siap mak mengasuh Uwais tegur lagi kata abi dah kurus. kalau ummi yang dengar dah kembang hidung, abi apatah lagi kan hewhewhew :p

tahniah abi sayang, moga lepas ni abi terus kuat semangat nak teruskan aktiviti kesukanan abi. nanti dah pindah sini abi mesti boleh lagi fit. yela dah hari2 bersenam kejar Fateh Uwais :p

19 November 2014

Handphone Ummi Rosak!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alkisahnya anak teruna sorang tu memang suka sangat 'makan' telefon. antara sebab yang dia paling suka nak makan kalau dia dah rasa tinted telefon. dia akan cuba koyakkan tinted sedaya upaya setiap hari. koyak menggunankan mulut yang sedihnya T.T

kalau lama dulu, telefon sony ummi dah jadi mangsa. yang akhirnya ummi hadiahkan telefon tersebut pada dia. tapi disebabkan dia tau takde lampu yang keluar dari telefon tersebut. akhirnya dia pandang sepi je sony ummi.

minggu lepas samsung abi pulak jadi mangsa. abi mengadu kata telefon abi short tak boleh on dah lepas anak gigit, ummi dah sakit kepala masa tu. dah la itu je telefon abi yang boleh buat jadi broadband. kalau rosak double sakit kepala lah ummi. ummi suruh abi timbus telefon tu dalam tong beras. petang ummi balik kerja abi kata tak boleh cas lagi. muka abi dah keruh. ummi ambik telefon abi, simpan dalam plastik ikat dan timbus lagi sekali dalam tong beras. warning kat abi jangan ambik sampai esok pagi. paginya abi wassap dari ofis kata telefon abi dah sihat balik. alhamdulilah legaaaaa ummi ni.


tengok ape jadi T_T

pulak dah minggu ni, anak kembali tabiat makan telefon =,= bila ummi nak cas telefon tengok tak boleh masuk cas. eh eh dah kenapa ni? bukak cover belakang. mak aiiiiii penuh dengan air liur awak je ye Fateh Uwais grrrrr. terus lap dan bubuh dalam tong beras seharian plus plus. alhamdulilah kembali sihat dan boleh cas. kalau tidak berpinau gak kepala mata ummi abi nak membeli telefon baru dah la breast pump pun rosak masa ni jugak adoyaiiiii. haaa pasal breast pump Malish tu nanti ummi buat entry lain ye. nak kena ke center dulu tanya ape masalah dia. hurmmmm

makanya ibu ibu bapak bapak sekalian, kiranya telefon kome dah dimakan anak dengan jayanya. cuba dulu simpan telefon dalam plastik, ikat kemas-kemas dan timbus dalam tong beras seharian semalam. insyaAllah akan kembali ok, kalau tak ok jugak sila sediakan berkeping-keping not lima puluh atau seratus. ngehngehngeh :p

18 November 2014

Dua Jam Tiga Puluh Minit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam pukul 5.17pm kakak mengasuh Uwais mesej, anak mak mengasuh dia la. bagitau kata dorang nak bawak adik (Fateh Uwais) pergi hantar kawan-kawan dia yang datang bercuti ke sini balik naik KTM. ohhh ok. ummi pun relaks jela. sebab selalu paling lewat pun ummi ambik dia dari rumah mak pukul 5.50pm lepas selesai ummi mandi solat. biasa la PJJ kan, mak dia memang hari-hari suruh ummi settle diri dulu baru ambik dia.

pukul 6pm pun ummi relaks lagi. boleh settle basuh baju dalam mesin lagi. bila part nak makan nasi dah mula rasa sunyi. sungguh sunyiiiii sangat takde budak kecik Fateh Uwais tu dalam rumah. selalunya kalau ummi sidai kain pun dia akan mengekorrrr je, ummi kibas kain dia pun kibas kain. kalau ummi duduk bersila makan, dia duduk bersila depan ummi sebut "nanak nanak" nak nasi sekali. bila anak takde, ohhh ummi sunyiiii sampai kena bukak video-video anak la buat ceria suasana, tapi masih hampa sobssss



sepanjang itu jugak duk mesej abi tak berenti. bosan la itu la ini la. bertabah aje abi melayan hihihihi. akhirnya bila jam dah 7.30pm ummi tak betah duduk. rasa nak meleleh dah air mata rindu anak sobsss. ummi mesej kakak dia tanya ada kat mana dah, lambat lagi ke nak balik. teruk beno perangai ummi kan sobsssss

balik je anak, terus dia menyelak-nyelak tudung cari susu. rindu letewwww. memang peel dia kalau balik keja sampai je rumah terus cari susu dia dulu. tapinya kejap aje, nampak moto mak sibuk nak naik lagi =.= alhamdulilah mak kata dia baik bila bawak berjalan, cumanya jenuh nak kejar dia berlari. saya tak risau pun pasal tau mak tu bukan senang-senang nak lepas dia merata. kalau jiran nak mai dukung dia pun mak tak mudah nak bagi. 

dan ummi memang tak boleh duduk lama kalau takde anak ummi depan mata. huuuu. takde abi boleh bertabah lagi, takde anak ummi dah separa mereng sobsssss

16 November 2014

Merajuk!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kami suami isteri ni memang suka mengusik Fateh Uwais tu. baik abi baik ummi, dedua perangai sama naik. mihmihmih :p tapi!!! sekarang pun Fateh Uwais dah pandai mengusik ummi. duduk atas abi, bila ummi hulur tangan nak ambik terus paling muka sambil mulut berbunyi lagi. yang syoknya bibir senyum. dalam hati gamaknya dia kata yeayyyyy padan muka ummi T.T



dan sekarang ni kami berdua lagi suka usik dia, saja je peluk abi dia kekuat lepas tu panggil dia "baby tengok ni ummi peluk abi, abi tak peluk baby, werksssss" terus budak kecik sorang tu tinggal segala barang dia, baring atas lantai. kalau dia dalam bilik sekali dengan kami terus menonong keluar bilik, muka mencuka, bibir cebik baring atas lantai. merajuk letewwww hahahahahaha. seronok tengok muka dia marah merajuk. pebret ummi tu mihmihmih.

"pegi pujuk balik anak ummi tu sape suruh menyakat" abi la selalu tukang pujuk balik dia. hihihihi :p kalau nak peluk kena peluk bertiga baru muka ada hepy banyak. perangai sungguh!!! tapinya selalu tu kalau abi yang peluk ummi dia kurang nak heran. kalau abi dia yang kena peluk kemain lagi marah kita ni haaaa. i is sadddddddddddddd :p

besar dah anak ummi abi ni, kejap je masa berjalan. dah reti bermain dengan emosi sekarang ni. yang pastinya awak tetap anak manja kesayangan ummi abi. sikit pun tak kurang bezanya kasih sayang kami ke awak wahai Fateh Uwais, pemberian pertama kami dari Allah.


13 November 2014

Breastfeeding Journey : Semangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah masih diberi rezeki dan kesempatan untuk menyusukan si budak bijak Fateh Uwais ini. siapalah lagi nak puji anak sendiri melainkan ummi nya ini kahkahkah :p Alhamdulilah dah setahun dua bulan plus plus rezeki anak kami menyusu badan. moga Allah terus banyakkan susu ummi, kekalkan semangat ummi, tabahkan hati ummi. amin

ada masa dan ketika nya perasaan dan semangat ni memang jatuh merudum. tambah bila susu tengah drop. mula lah perkataan negatif datang menghasut. "tak payah pam lagi la" "bagi anak susu fm lah" "balik nanti je baru direct lah" dan macam-macam lagi yang terpaksa ditepis hari demi hari. oh ye kata-kata tu datang dan dihasut oleh diri sendiri bukan orang lain. makanya semangat dan ketabahan utamanya kena datang dari dalam diri sendiri dan bila mengenangkan anakanda Fateh Uwais yang seorang itu. memang tak sampai hati nak bagi dia FM. kalau awal dulu menitik-nitik air mata jatuh bila dia minum FM. tapi apa kan daya waktu tu rezeki tak sebanyak sekarang, dan tak secerdik waktu ni. ye ibu ibu dah jadi ibu ilmu kena cari setiap hari bukan tunggu orang datang suap kt ko je ye. 

bila semangat mengepam mula hilang, selain muhasabah diri. manusia pertama tempat saya mengadu adalah SUAMI. alhamdulilah dapat suami yang memahami isteri dia, yang sama-sama belajar pasal breastfeed, yang sama-sama menceduk ilmu sana sini cara nak banyakkan susu dan uruskan emosi diri. suami lah yang banyak bagi kata semangat, yang kuatkan semangat saat semangat diri sendiri mula jatuh dan menjauhhhhh. terima kasih suami.

Alhamdulilah selama Fateh Uwais menyusu badan jarang sekali dia dapat sakit. bila ditakdirkan dia demam pun, dia masih ada semangat dan tenaga yang sikit untuk bangun bermain bila saya selalu susukan dia. alhamdulilah nikmat rezeki yang Allah pinjamkan buat kami sekeluarga. eh ini bukan saya compare dengan sesape atau pada siapa yang bagi anak FM. ini cuma pemerhatian saya pada Fateh Uwais tersayang je. maafkan diri ini andai ada yang berkecil hati.

cumanya apa yang saya tahu dan yakin. setiap parents sedang dan akan berusaha bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka. biarlah tulang terbengkok, lutut terkalih asalkan yang terbaik untuk anak-anak kan? dan itu juga lah yang dilakukan mama papa saya dulu. ohhhh tetiba rasa nak nanges ;'))))

12 November 2014

Muzium Padi Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



perginya dah lama tapi baru teringat nak masuk entry kakaka :p disebabkan ummi pernah sebut dekat abi teringin nak pegi Muzium Padi, last pergi masa form 5 ke form 4 dulu ntah. makanya bila ada hari lapang, abi pun tunaikan lah permintaan seorang ummi ini. terletak di Gunung Keriang Kedah, beroperasi setiap hari dari jam 9am hingga 5pm. cas bayaran masuk, dewasa RM5. kanak-kanak @ berpakaian seragam RM2. 

apa yang ada? ada tiga tingkat. tingkat bawah sekali menempatkan alatan-alatan tradisional dan moden yang digunakan di sawah padi, dan segala kegiatan yang boleh dilakukan pesawah. macam contoh, tahan jerat burung ke, tangkap ikan ke etc. masa ni Fateh Uwais tido, jadinya kami cuba berjalan sambil belajar saja lah, malas nak berhenti posing itu ini hihihi.

tingkat dua galeri lukisan dinding, jugak aktiviti pertanian padi dari zaman batu dulu kala sampai lah ke zaman sekarang ni. ada jugak tayangan info mengenai pertanian padi yang dijalankan di sini. (tak tangkap gambo)



tingkat tiga. ini yang paling istimewa. ada lukisan dinding 3D disepenuh dinding. kita cuma perlu duduk di atas kerusi yang disediakan dan pelantar akan bergerak sendiri, membawa kita menyaksikan pemandangan negeri kedah. ada gunung keriang, kampung orang, sawah padi, macam-macam lahhh. kalau duduk situ menikmati dengan tenang memang terasa macam kita duduk dekat balkoni hotel dan yang depan mata kita tu adalah pemandangan yang sebenar. hebat orang yang menghasilkan lukisan tu, hebat lagi Allah yang mengurniakan nikmat itu pada mereka :)

sekitar kawasan tangga pulak diorang reka bentuk macam dalam gua. siap ada bunyi-bunyi suspen macam dalam gua betoi. siap ada bunyi titisan2 air lagi tu. Fateh Uwais mula-mula nak naik peluk abi sekuat hati, bila nak turun dia pulak seksaited lebih =.="


dekat luar banggunan muzium ada la macam-macam artifak yang boleh jadi port tangkap gambo. tapi sebab masa kami keluar tu hujan dah turun. makanya kita masuk Nurul Iman cecepat aje la :))))))

11 November 2014

Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



minggu lepas, minggu tak sihat, minggu memenatkan, minggu menguji dengan macam-macam ujian dari Allah. Alhamdulilah syukur Allah masih ingat pada kami dan uji kami macam-macam. senyummmm :)

rabu 29 Oktober 2014 lepas. maghrib tetiba badan Fateh Uwais jadi panas. adoiiii demam pulak dah. tengah tido terjaga menangis merengek. bila bukak lampu tengok badan dia dah menggeletar. Allahuakbar kenapa pulak anak. call lagi abi. sebelum tu dah call bagitau anak demam. kali ni call nak bagi tau anak menggeletar? kenapa tak terus bawak klinik. oiiii aku panik, ko boleh bayang tak duduk rumah hanya anak dan diri sendiri. suami takde. boleh bayang tak? ok teruskan.

suami kata bawak anak ke klinik, ajak mak mengasuh uwais teman. mujur lah pun rumah mak dia dekat. kat luar hujan lebat dengan kilat. anak pulak menangis menjerit tak nak keluar rumah, dia nak tidur sedangkan suhu badan dia dah 39.5 darjah celcius. serius menangis rasanya nak bawak kereta tengah-tengah hujan lebat kilat tu. mujur ada mak dia teman kat belakang kalau tidak memang mau pecah takungan mata ummi T.T kalau nak tunggu suami balik dari penang ke alor setar baru nak bawak anak ke klinik, takut nanti ummi akan menyesal seumur hidup kalau jadi pape kat anak. moga dijauhkan lah amin.

ke klinik dokte kata dia demam tapi suhu tak setinggi dekat rumah tadi. yela tadi masa dia menggeletar ummi dah bagi makan ubat sesiap. mungkin itu yang suhu dia turun. alhamdulilah. dapat ubat, balik rumah dan rehat. sepanjang malam kerja dia merengek menangis dan merap. memang tido atas badan atas tangan je. naik kebas sakit-sakit lengan ummi anak tido berbantalkan lengan. takpe la nak janji awak selesa.

esok paginya abi datang ke sini. alhamdulilah anak tengok je muka abi dia terus melompat-lompat seronok, muka ada senyum. tapi senyum yang kelat bagi kami. dia masih cuba berikan senyuman pada abi walaupun dia tak larat. nangesssss T.T abi beri peluang ummi tido sekejap hari tu, sementara abi mengasuh anak. syukur alhamdulilah abi cuti dan datang sini. sekurangnya takde la ummi jadi zombi bila anak asyik nak melekattttt je. dan bila ada abi anak jadi bersemangat nak main walau sekejap-sekejap dia akan datang merap dekat saya bila keadaan badan dia mula lemah. 

khamis suami sambung cuti lagi memandangkan cuti saya pun dah tinggal sehari je untuk tahun sobssss. cepat nya habis? hanya orang yg paham pjj je akan tau ke mana hala tujunya cuti tahunan yang ada. ok sambung pasal anak. tido malam semalamnya pun sama, panas nya naik balik. merengek menangis serba tak kena saya tengok dia. kesian sungguh sebab dia nak bagitau tapi tak reti. cuma reti zahirkan perasaan tu dengan menangis dan menangis dan menangis ;'((((((

hari ahad dalam 10 lebih macam tu suami call katanya anak bangun tido terus menangis terok-terok tak nak berhenti, saya agak dia mimpi ngeri masa tido tu. dan bila saya kata "yayang cuma mimpi je, semua tu mimpi takde pape" dengar la dia berhenti menangis sekejap dan sambung balik =.= dan alhamdulilah ahad petang dia dah mula recoved betul dari demam. cumanya nampak muka dan badannya letih dan tak bermaya lagi. sekejap lagi baring. sekejap lagi merap. dan rentetan dari itu ummi pun jadi tak bersemangat nak update blog. huuuu. moga anak ummi Fateh Uwais sentiasa sihat, ceria bersemangat macam selalu amin amin.

10 November 2014

10.11.12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dan hari ni 10.11.14 dua tahun dah berlalu. Alhamdulilah syukur sangat dah dua tahun kami melayari baitul muslim kami berdua. hari demi hari makin banyak yang sama-sama pelajari dalam ujian rumah tangga kami.

sungguh la bagai dikata 5 tahun pertama, biasanya rumah tangga ni akan diuji dengan kewangan. dan kami sedang melaluinya. perit? ye memang perit tapi alhamdulilah berkat sabar, usaha dan berdoa setiap hari. kami yakin dan pasti yang Allah tak pernah memulangkan yang kosong pada tangan kita yang berdoa setiap hari. bagi yang faham situasi kami, alhamdulilah dan terima kasih. bagi yang tak boleh nak faham, takpe la mungkin mereka tak pernah ada dalam situasi kami. kami maafkan. 

bersyukur punya keluarga yang selalu ada dibelakang untuk kami menumpang bersandar. kalau takde mereka mungkin jugak kami dah jatuh terduduk siap terbaring lagi kot ehehehehe :p dan sesungguhnya terima kasih suami yang masih setia disebelah, tak berganjak walau sebesar mana ujian yang diberi, setia menemani dan menghargai setiap hari setiap waktu. terima kasih Allah meminjamkan dia untuk saya.


dia, lelaki ketiga dalam hidup yang saya respect. tak pernah berkira tenaga nak membantu meringankan kerja rumah, pinggan yang sebijik dia makan, dia reti basuh sendiri. tak pernah lagi saya tengok dia tinggalkan pinggan makan dia dalam sinki meskipun saya ada, kecuali bila saya kata tinggalkan nanti syg basuh. dia jugak lelaki yang tak pernah berkira nak kendong anak dekat pasar tanpa ditemani saya, membeli keperluan barang rumah. yang tak pernah merungut membasuh bontot anak walau saya ada disitu. yang tak segan silu membeli kotex untuk isteri yang dalam pantang. kalau nak disenaraikan memang tak tersenarai, lagi karang orang muntah pulak kata saya melebih-lebih :p jujurnya bersyukur dijodohkan dengan dia, Nadzri. seorang lelaki yang sangat saya sayang dan cinta. insyaAllah mudah-mudahan biarlah berkekalan hingga ke syurga amin amin.


dan bersyukur jugak dalam kami melayari baitul muslim kami, dihadirkan si khalifah kecil Fateh Uwais yang cukup lengkap serba serbi, sempurna takde cacat cela, bijak pandai dan comel macam ummi. kahkahkah :p bila dengar azan, terus rukuk solat. bila dengan ayat Al Quran terus berhenti dan tadah tangan. alhamdulilah. moga Fateh Uwais terus sematkan kemas-kemas Allah dan hati dan diri sayang ummi sampai bebila amin amin.