26 February 2015

Cameron Highlands - Jem Strawberi Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


"gaaaaaaa" kata Fateh Uwais bila orang kira satu dua sebelum ambik gambar hihihihi. 

pergi dua hari semalam je tapi cerita seminggu tak habis lagi kahkahkah :p biarkan dia. janji besok-besok kot lagi tiga tahun pulak nak sampai CH takde la lupa ingatan lagi kannnnn :p

seorang ummi uwais bukan lah penggemar strawberi atau apa saja yang berkaitan dengannya setakat makan sikit-sikit tu boleh la. strawberi coklat pun tak suka, tatau la apa yang sedapnya makan strawberi dengan coklat. dah pernah cuba tapi tak masuk dengan tekak. strawberi cicah garam jugak yang menang kat hati ni haaa. masa mengandung uwais dulu sampai sanggup bawak garam dari rumah semata nak cicah strawberi dengan garam kat atas nun haaa. hahahahaha. jenuh!!!

dan sebab dua tahun lepas pernah jumpa jem strawberi yang sedap dekat Cameron, tahun ni ajak suami cari jugak-jugak tempat jem strawberi yang sama. jenuh la korek-korek otak ni nak ingat tempat tu kat mana. syukur Allah mudahkan proses pengorekkan otak mihmihmih :p bukan mudah nak jumpa jem strawberi yang sedap. selalu sangat jumpa yang manis terlampau, masam terlampau.




Jem Strawberi jenama Al-Mashoor memang sedap elok lalu kat tekak seorang ummi uwais ni haaa. lagi satu pasal terpikat dengan packaging dorang. yang kecik-kecik tu beli 5 bijik dengan harga RM10 dan yang besar sikit 3 botol RM10 jugak. saja takmo beli yang besar. beli kecik cenonet macam tu senang nak bawak ke ofis. dan nak makan pun boleh feeling2 comel. kahkahkah. nak bagi jiran tetangga pun elok dengan bajet yang ada dalam purse ye dak? ekekekeke. lagi pun tau dah peel diri sendiri kalau beli botol besar entah bila pulak nak habisnya nanti. ohoiiiii ummi  BARU ada jiran tetangga ok walaupun duduk situ dah dekat tiga tahun pfttttttt


lokasi sama macam tempat mee kari yang masih sedap itu. dalam padang golf brincang gamaknya. atau pun kome boleh google aje Taman Agro Al-Mashoor. tak pun call aje no tu tanya lokasi kedainya dimana ;) sebotol jem strawberi ummi dah selamat dihadap dalam masa sehari hewhewhew :p

**Eima kata dekat dalam Kampung Sedia. Boleh lalu ikut jalan aparment Iris. atau cari je signboard Kampung Sedia ;)

8 comments:

  1. yg ni mmg akk penah mkn sbb kakak p beli beli bok balik...ratah cmtu je oiiiiiiiiiii sedap gila !!!!

    ReplyDelete
  2. gaaaaa!! he he..saya peninglah nak naik cameron..mungkin masa p hari tu masa perut pun masuk angin tak selesa kan.rasa mcm tobat xmo p dah..unless boleh naik heli tiba2 dah sampai atas mungkin boleh consider haha

    ReplyDelete
  3. YES KAT SINI NAMA DIA KAMPUNG SEDIA. AL MASHOOR NI BYK CAWANGAN KAT CH NUUU. KAMI X LALU JEM SO X PENAH TRY LG JEM STROBERI NI

    ReplyDelete
  4. Kami pun singgah ari tu...besh jg tp x beli jem....

    ReplyDelete
  5. kampung sedia tu tahu.blh la nnti.
    biras planning nak pergi bln 5 nti dgn fil ;)

    wah.mmg sddappp lettew.dh selesai sebotol

    ReplyDelete
  6. jejak cameron ni 4 tahun yg lepas,lama dah tu tak ke sana,wah ada jem yg sedap,kalau pergi boleh la akak mencari nanti,bila nak pegi pun taktau la hahaha

    ReplyDelete
  7. Okje makan jugak strawbery ni....bolehlah ....
    Tapi tak terasa pulak nak beli jem stroberi....hihi...Nantilah nak test jugak kalau gi CH....Aiskrim stroberi beli tak?

    ReplyDelete
  8. jem strawberri.. eemm.. dak Kakak sorang je yang suka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D