Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
bulan lepas. ye ini cerita bulan lepas huhuhuhu. ternampak sign board Boat Noodle masa jenjalan sekitar alor setar ni. tetiba macam wahhhh ada Boat Noodle selama ni duk tengok meleleh ailio dorang makan Boat Noodle dekat keyell nun. nak-nak pulak tengok dia tulis situ "Boat Noodle Halal". lokasi sekitar Jalan Mergong, berdepan sekolah STAR jalan mergong tu haaa. dalam kawasan Long island ape bendanya tah tu. kawasan banggunan kedai yang baru naik. tak ingat pulak kohkohkoh :p. tingkat dua. kena panjat tangga sikit.
menu dan senarai harga yang disediakan. memang dia tulis siap harga dekat menu tu senang nak refer. menu dalam bahasa thai (agaknya) tapi ada la dia tulis nama menu dalam bahasa kita. mudah nak paham hihihi. dan bila dah sedia nak oder sila lah isi dalam form putih kat atas ni haaa. dan serahkan pada petugas yang menjaga di kaunter,
Pulut Ayam. ditakdirkan waktu kami pergi tu tengah ada gangguan bekalan air. jadinya menu yang disediakan agak terhad. air suam pun takde masa hari kejadian. kecuali air mineral yang tersedia di pack. hurmm bagi kami pulut ayam ni FAILED. bukan rasa kurang tapi sebab dah sejuk besi. ayam pun sejuk. pulut pun sejuk. takde rasa suam-suam kuku pun. mungkin salah kami jugak yang letak harapan tinggi macam pulut ayam dekat wang kelian.
pulut ayam yang beli dekat wang kelian balut dalam kertas minyak tu je. sempat lagi kami shopping berejam. masuk kereta baru makan. still panas lagi. tapi pulut ayam yang ini baru dihidang tapi dah sejuk.
The Boat Noodle. pun sama. dah sejuk. masa di hidang ada la rasa suam sikit. sikit. lepas tu langsung sejuk terus. terasa macam kuahnya tak dipanaskan betul-betul. nak tunggu Boat Noodle ni pun makan masa jugak. sempat la habiskan pulut ayam tu dulu baru Boat Noodle nya sampai. lambat tu belakang kira sebab masa tu customer agak ramai. tapi bila sampai sejuk tak panas berasap terus macam kecewa. dari segi rasa takde yang kurang.
gambar gegar. berebut kamera dengan Fateh Uwais. dia pun sibuk nak menangkap jugak =..= antara sebab yang buat kami kurang selesa makan dekat sini.
1) panas. aircond tengok ada sampai empat atau lima. tapi yang menyala cuma dua je rasanya. memang rasa berbahang dan tak selesa. kedai ni di tingkat dua banggunan. takde udara luar yang masuk. agaknya masa hari kejadian hujan, sebab tu owner kurangkan pemasangan aircond mereka. tapi cust nya ramai. bagi kami memang kurang selesa.
2) bau kayu pallet. meja dan kerusi di Boat Noodle pakai kayu pallet. memang cantik saya sendiri suka dengan kerusi meja kayu pallet ni. tapi bila keadaan tertutup macam tu. bau kayu pallet tu menyesakkan hidung. mungkin aliran udara kurang baik agaknya.
3) anak staff/owner yang tak dijaga. mulanya kami ingat budak kecik berjalan-jalan tu anak customer yang makan dekat sana jugak. tapi bila diperhati takde sape pun yang peduli dengan budak kecik tu. ditakdirkan kami duduk dekat tepi pintu keluar. bila pintu tak ditutup mencecet budak kecik tu keluar pintu.
bila dah ada anak dan ada rasa risau dalam hati. automatik tangan ni tarik tangan budak kecik tu dari keluar. yela dah jadi mak-mak ni kan. bawah tu pulak tangga. buatnya budak tu jatuh tangga tak ke naya haaa.
bila dah kami macam beri perhatian pada dia, budak kecik tu pun mai duduk dekat kami. naik kerusi kami duduk dan tangan menggapai2 makanan kami. hati mana yang tak tersentuh bila tengok bebudak nak makan. kami suap dan dia nak lagi.
ceritanya bukan kami kedekut nak bagi makan, bukan kami berkira nak tolong tengok budak tu berkeliaran dekat pintu. tapi rasanya sebagai owner/staff kedai yang bukak dari 4pm-11pm adalah lebih baik tinggalkan anak tu dekat pengasuh sebab tengok memang dorang takde masa yang lebih pun nak tengok budak tu. atau buatkan pagar dalam satu bilik dan tabur la mainan dalam bilik tu supaya keselamatan anak kecik tu lebih terjaga.
buatnya kalau kami ni customer yang cerewet. yang tak suka budak-budak. agaknya macam mana penerimaan kami? atau lebih teruk culik budak tu bawak pegi, orang bukan perasan pun sebab budak tu tak nampak macam takut dekat orang.
servis memang cepat, air pun sampai awal. makanan lambat tu biasa sebab customer pun ramai. rasa memang ada rasa. cuma yang sikit-sikit tu rasanya perlu diperbaiki lagi untuk kemajuan akan datang. maaf bukan niat nak burukkan kedai tu, cuma ini rasa terkilan kami. harapnya pihak pengurusan sana boleh memantapkan lagi pengurusan mereka.
lain orang lain cara penerimaan nya. dan ini pandangan dan pendapat kami sebagai pelanggan. maaf jika ada yang terasa :)
bagus jugak review mcm ni kan atleast ade yg baca boleh dia buat penambahbaikkan.
ReplyDeletetak penah try lagi Boat Noodle kat Alor staq.. tapi makan ni kat kedai gini aircond kena kuatlah kan, kalo tak berpeluh gak.. tak selesa , ye tak?
ReplyDeleteSampai sudah okje tak pernah try boat noodle ni Kiera. Tulah banyak kali jugak baca blog org pasal ni. Tapi belum tergerak hati nak try lagi.
ReplyDeletePergh kalau keadaan panas cenggitu mmg tak selesa nak makan ek.....tambah pulak ada budak budak yang nak kena tolong tengokkan...
Huh....tak kenyang kalau mak tu hihi
kt kl ni pon x pnh pergi lg. hihihi
ReplyDeletealaahai siannya budak tu kan.
xpa next try p cuba lg k
myb mslh air jd dormg kelam kabut kot
setuju sangat2..kita sebagai customer berhak bagi komen..semoga segala kekut=rangan dapat diperbaiki..
ReplyDeleteawatlah kat ipoh tkde.. huhuh
ReplyDeletehai kiera para para sakura! komen pun perlu untuk penambahbaikan ye dak..bila nk blk perak lagii
ReplyDeletemacam menarik ... boat noodle area sini pun kami tak penah try lagi pun ..klu servis ok tak de hal la klu mahal sikit kan
ReplyDeletewahh.. e'in tak penah try lg boat noodle nie..
ReplyDeletedpt mknn sejuk gedi tu fail.trus x rs nk mkn
ReplyDeletetu sebab akak tak suka makan kat luar..kalau tak kena tempatnya..bayar mahal2..tapi tak puas..
ReplyDeleteBila baca review baru tau..klu ikut macam sedap juga makanan tu Kira..tapi tulah dah takde rezeki nak merasa yg sedap kan.. makanan klu dah sejuk mmg kurang lah kick nya..semacam..huhu..
ReplyDeletetang budak tu pula, betul kata Kira patut kena pantau lah..risau bila dibiar berseorangan, kang lain plak jadi nya...huhuhu
lama tak jalan2 aloq star.. kalo p area sana mesti p haji ramlee je la mak CT suka sngt mkan situ..
ReplyDeleteFikir banyak kali juga kalau nak pilih kedai tu...
ReplyDeleteteringin juga nak rasa, dekat area rumah akak ni ada juga, tapi tak pernah sampai pun lagi...
ReplyDeletetakpe apa yang kira tulis ni oklah, mana tahu ada yang baca dan boleh dibuat penambahbaikan, pendapat dari customer perlu diambilkira juga kan, urntuk bertahan lama, mestilah semuanya perlu diambilkira
Huhu kalau tak panas berasap tak syok la nk makan
ReplyDeleteBab ank dia kita lak jd pengasuh lg la x syok, betul juga mesti kita risau budak tu kluar tp tup tup duduk mkn dgn kita la pulak? Haish camne lah dorang ni berniaga bawak ank
HOHoHo.. xsuka tempat makan yg berbau dan panas.. Memang x selesa nak makan..
ReplyDeleteSedapnya tengok makanan tu
ReplyDeletexpenah makan boat noodle ni lg.. lama tak pi aloq staq. huhu
ReplyDelete