Assalamualaikum Dan
Salam Sejahtera
AMARAN : INI ENTRY
JUJUR IKHLAS. BUKAN IKLAN BERBAYAR
Mengandung
kedua ni tekad nak amalkan jamu bersalin dengan sistematik dan berdisiplin.
Masa anak sulung dulu beli set bersalin Afiat. Kes terpengaruh kakak2 dulu
pakai set bersalin tu hewhewhew. Tapi sayangnya tak semua item dalam set
bersalin Afiat tu yang saya pakai. Buang macam tu je. Terasa sangat membazir
walaupun satu set tu murah berbanding Nona Roguy. Set bersalin Afiat tahun 2013
saya beli dengan harga RM99. Jujur nya rasa membazir sangat beli set bersalin
tu aritu huhuhu.
Bila
anak kedua dah pasang niat nak gunakan set bersalin Nona Roguy. Walau
hakikatnya tau satu set tu mahal huhuhu. Mahal la bagi rakyat marhaen macam kami
ni. Survey harga kebanyakannya RM3++ kumpul duit pelan2 lah cenggini hihihi.
Ada satu hari ternampak iklan dekat FB. RM250 satu set. Ohoiiii murah banyak
lah tu. Teruslah beli. Beli pun masa hujung April. Cukup2 risau kot terbersalin
awal masa tu sebab takde set bersalin lagi hewhewhew.
So
far pakai set bersalin Nona Roguy alhamdulilah puas hati sangat. Buat sementara
waktu ni semua item dalam tu saya guna. Minyak berbanika dan Air uncang
herbanika tu paling best. Minyak dah habis guna masa dalam pantang. Krim barut
ada sikit lagi. Pakai jimat2 hahahaha. Minyak herbanika boleh sapu dekat luka
eposotomi dan titis atas pad. Memang bau minyak herba yang sedapppp je. Luka
pun cepat sembuh. Darah nifas pun cepat kering tak macam pantang sulung dulu.
Saya pantang dalam bulan ramadhan tapi disebabkan darah nifas kering awal dan
badan pun rasa sihat, tak ganggu kilang susu(bf anak) makanya ambik keputusan
untuk berpuasa sama walaupun masih dalam pantang ;)
Phytonatal
tu pun besttttt sangat. Sampai sekarang amalkan lagi makan Phytonatal dan air
herbanika tu haaa. Badan rasa ringan sikit tak letih yang terlampau ketara.
Masa pantang sulung dulu memang rasa letih badan tak larat sangat. Asal menyusu
baby je mesti saya pun tertido. Tapi pantang anak kedua ni badan cergas. Tak
cepat letih makanya takde la episode tertido selalu tu. Sesekali ada la
hahahaha
Yang
paling best memang hari2 membuang je. Takde la kena sembelit ke ape ke. Tapi!!
Makan Phytonatal kena banyak minum air. Bukan air masak tu (dalam pantang kata orang tak elok minum air masak banyak, dah habis pantang boleh). Tapi air herbanika
tu haaa. Minum air herba tu berbotol2 pun takpe hihihi. Masa dalam pantang
memang berpeluh sakan. Saje buat eksperimen aritu. Kalau makan Phytonatal dan
air herba memang peluh lencun keluar. Peluh yang buat badan rasa sihat. Tapi
bila tak ambik dedua tu. Peluh keluar tak banyak. Berbeza sangat. Sape yang
pernah amalkan mesti tau perbezaan yang saya tengah pulun cerita ni ekekekeke.
Yang paling best time merebus air herba tu bau harummm je satu rumah. Mama
keluar bilik tanya “kamu masak ape ni?” hihihihi. Dalam bentuk uncang teh tu.
Cuma tambahkan air satu liter dan rebus la sampai air tukar kaler keruh. Boleh
je tambah madu sikit kalau rasa payau. Tak tambah pun takpe. Minum suam memang
syahdu sangat. Tapi bila dah masuk kerja saya simpan dalam botol biasa je. Dah
sejuk. Layan jela minumnya. Termos tertinggal dekat kampung aritu sobsss. Haaaa
lagi satu. Uncang herbanika ni boleh recycle sampai la air dia tak tukar kaler
keruh dah. habis penggunaan lah maksudnya tu. sekarang bila dah masuk kerja. still amalkan lagi. rendam je uncang dalam air panas. habis air herba sulam pulak dengan air kosong. kalau nak ulang minum air herba just rendam balik je uncang tadi dalam air panas.
Herbanika
lulur guna masa sebelum nak mandi. Sental segala kekotoran daki yang melekat
dekat badan. Bau dia pun besttttt tapinya ada la tinggal kesan kuning2 dekat
lantai bilik air. Uwais takmo mandi dah dalam bilik air depan bila nampak kesan
kuning2 dengan kesan uncang cuci yang saya dah guna tu. Dia ingat entah ape2
nya gamaknya kehkehkeh. Kesan yang saya nampak memang tanggal la daki yang ada
terutama celah2 tu haaa. Pakai jimat2 jugak yang ni hahaha. Elok habis pantang.
Habis lah sebotol Herbanika Lulur. Ada lagi satu. Pakai lulur ni pun peluh
sihat keluar. Bila tak pakai peluh yang keluar tak rasa sama macam peluh pakai
lulur.
Last
sekali uncang cuci herbanika. Uncang ni tambah dengan garam dalam air suam.
Buat mandi dan buat cuci luka. Salah satu sebab luka cepat sembuh pun bila
basuh dengan air uncang ni haaaa. Badan memang rasa segar. Tak payah la mama
dan suami susah payah nak kutip segala daun dekat pokok lagi. Rendam je.
Senang. Kadang bila dorang sibuk pun saya boleh je buat sendiri. Sampai habis
pantang ada lagi uncang ni. Sebab dia boleh recycle sampai lah uncang tu kering
takde isi dah(sebab rendam picit2 dalam air suam)
So far memang berpuas hati sangat2 pakai set
bersalin Nona Roguy. Kalaupun item dalam tu tak habis guna dalam pantang. Boleh
je sambung pakai lepas habis pantang. Khasiat dia berpanjangan. Dan yang
sebenarnya memang kena maintain kan khasiat tu sampai bebila selagi mampu nak
beli hahahahaha :p
Tangkap
gambar VCO dengan Shaklee sekali konon nak review lah sekali. Bila tengok dah
panjang gini. Lenkali pulak lah review hewhewhew
nahhh gigihhhhhhhh cerita satu satu..phiewww kita tak pakai pun mana2 produk sebab tak sempat pun ye..ade pun beli loose.
ReplyDeletenice share.
ReplyDeletewah info yg sgt berguna..ehem ehem
ReplyDeleteteringin nk try akar tu
ReplyDeletemahal sikit pon ok kira janji bagus hehehe. ada good feedback ni.
ReplyDelete