18 October 2016

Tips Pengurusan Stok Susu EBM Di Tempat Kerja



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 nyawa no 1 ummi bila dekat ofis ni. sanggup call somi suruh hantarkan jugak2 bila tertinggal dekat rumah

Alhamdulilah bermula kembali episode pam susu dekat ofis. Baru je berhenti august tahun lepas. Allah bagi peluang lagi sekali tahun ni. Syukur sangat. Dan lebih bersyukur + happy Furqan Uqbah belum lagi campur susu FM. Errrr tak kata lah formula milk tu tak bagus. Sedangkan Fateh Uwais sendiri memang minum fm sampai sekarang ni. Cumanya saya sendiri ada target dan impian sendiri. Kalau boleh kalau Allah murahkan rezeki nak susukan Furqan Uqbah secara eksklusif dengan susu ibu sampai la umur dia dua tahun nanti. Moga Allah permudahkan amin amin.

Fateh Uwais dulu masa tu ilmu pasal breastfeeding ni tak banyak macam sekarang. Tapi tetap jugak lah dah terbuka minda tu pasal bf. Memang dah niat kalau boleh nak susukan dia sampai dua tahun jugak. Alhamdulilah dua tahun sebulan Fateh Uwais menyusu dengan saya cumanya tak secara eksklusif. Campur dengan fm jugak. Masa tu pun susu tak meriah macam sekarang. Sekarang alhamdulilah memang meriah sangat. Nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? Huhuhu

 bawah plastik susu ada ice pack

Dulu saya tatau tapi lepas Kak Suraya kawan blogger bagitau pasal perkakas pam baruuuu la saya rasa lagi mudah. Kalau dulu setiap kali lepas pam mesti basuh sesiap perkakas dia. Kalau tiga kali pam dekat opis tiga kali jugak la saya basuh perkakas dia. Memang rasa macam alaaaa leceh nya. Penat nak berulang basuh tiap kali tu. Kan perkakas dia kecik molek je haaaa. Tapi yang sebenarnya boleh je simpan perkakas pam tu lepas guna. Simpan dalam peti ais pantry atau letak ais pek dalam beg simpan stok susu macam saya buat kat atas tu. Lepas guna terus simpan dalam tempat sejuk. Yang penting kena sejuk. Untuk elak bacteria dari membiak dalam perkakas pam tu haaaa. Bila dah letak dalam tempat sejuk memang bacteria takde peluang nak membiak lagi. Bila dah balik kerja dah habis sesi pam baruuuuu basuh perkakas pam tu bersih2 dan keringkan. Esok ulang lagi rutin yang sama.


Stok susu pulak kalau dulu saya simpan dalam peti sejuk ofis sementara nak tunggu balik. Tapi sekarang simpan dalam beg susu jugak. Sama je, kena ada ice pack. Terpulang samada nak letak satu atau dua ice pack. Saya letak satu je. Tu pun alhamdulilah sejuk sampai balik. Keluarkan dari peti beku pukul 7.30am sampai rumah 5.30pm alhamdulilah sejuk lagi ice pack nya. alhamdulilah walau dengan hanya simpan dalam beg susu dan ada sepaket ice susu badan masih dalam kondisi elok dan sejuk sampailah dah sampai dekat rumah petang nanti. cumanya kalau dekat pantry ofis ada peti sejuk dan nak tumpang simpan pun boleh je takde masalah. ini cuma lah inisiatif lain selain peti sejuk :)


Gambar awal tu saya simpan susu pukul 10am. 12 tengahari dah betul2 sejuk susunya macam kita simpan dalam peti ais. Cuma tak beku jela lagi. Kalau beku tak payah dah la beli peti ais lagi kofkofkof :p sampai rumah boleh terus simpan dalam peti beku. Tetap jangka hayat dia kekal sampai 3 bulan dari tarikh pam bila susu dah beku. Sape yang ada freezer ikan tu lagi untung. Jangka hayat susu boleh pergi sampai 6 bulan selagi dia duduk dalam tu. Boleh dah buat stok untuk baby 6 bulan nanti hihihi. insyaAllah ada rezeki nak beli jugak. Tengah menabung semata nak beli freezer hihihi.

Tips untuk kekalkan momentum penghasilan susu. Disiplinkan diri pam susu ikut masa yang sama setiap hari. Macam saya. 9.30am, 12.30pm, dan 3.30pm sesi waktu pam susu dekat ofis. Memang setiap hari waktu tu adalah waktu mengepam. Jadinya minda akan faham dan set terus otak susu kena keluar waktu tu. Bila cuti pun kita akan rasa susu  ‘masuk’ bila dah sampai waktu2 yang biasa kita pam tu ;)

Good luck momies semua. Selamat meneruskan perjuangan dalam memberi susu badan untuk anak-anak. Moga Allah banyakkan susu kita untuk anak2 dan permudahkan urusan kita semua amin amin ;)


7 comments:

  1. yg kecik tu menyusu lagi..tp stok mmg xbuat dah..penatlah buat tp enjoy moment lah hehe

    ReplyDelete
  2. suka baca pengalaman ibu2 yg sanggup bekorban apa shj demi menuntut tanggungjawab dan emmenuhi hak anak2 untuk menyusu penuh...tebaik ! respect!

    ReplyDelete
  3. menyusu itu indah...menyusu itu mudah ~...chaiyokkkkk

    ReplyDelete
  4. heheheh.. rajin kira bwk ke ofis ye. skrg dh mudah nk pam. alhamdulillah susu bdn byk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D