21 March 2017

Suami Masuk Ward


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita basi teruk dah ni. Cerita hujung tahun lepas nun. 3 bulan dah basinya kofkofkof. Sebelum decide nak masuk ward. Dua bulan sebulan tu memang suami selalu ngadu sakit dalam perut. Bila datang sakit tu berguling guling dia macam orang sakit nak beranak. Ada masa nampak macam naik gastric. Tapi bila kita kata “abang ni gastric kot” ye ye je nafikan. Katanya bukan dia tak makan. Makan kot. Makan banyak kot. Kot kot. Padahal bila tempat kerja makan ikut dan je. Kalau sempat makan kalau tak sempat petang sat lagi balik rumah baru nak mencari makanan. Ingat orang tatau la tu. Tapi bila kita tanya beria ria nafikan. Takut tembelang pecah nanti kena bebel sampai besok pagi =..= buat perangai tak makan tu bila turun site. Kalau tak pergi site selalu tengahari kami makan sama-sama. Sebab tu bila hari dia kena turun site tu bergelen ailio kita duk pesan jangan lupa makan. Makan ikut masa. Tapi rupanya dia masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Dah dapat sakit baru nak ingat pesan kita ni grrrrrr


Hujung bulan 12 dah tatahan dah la tu sakitnya terus decide nak pergi KMC Kedah. Alang-alang ada medical card baik kita gunakan bila dah sampai waktunya. Lagi pulak kalau masuk hosp swasta proses cepat sikit. Dan boleh datang melawat bila bila masa. Itu pun pergi hosp time hari bekerja. Tinggal anak anak dekat pengasuh. Ambik cuti dan bawak dia pergi KMC. Mulanya dokte suggest lusanya baru buat EndoScopy. Tapi sebab kami pakai medical card. Untuk layak guna medical card syaratnya kena ‘check in’ ward semalam. Jadinya terus mintak dekat dokte buat hari esoknya je. Lagi pun kesian dekat dia bila sakit dekat rumah tu. Kita tak boleh nak tolong. Sekurang2nya kalau dekat ward boleh jugak nurse cucuk ubat tahan sakit dekat dia. dokte pun setuju. Maka boleh la terus proceed. Mujur jugak la saya mintak dokte tahan dia hari tu jugak. Malam sebelum nak tido suami kata sakitnya tak boleh nak tahan sangat. Terus nurse cucuk ubat tahan sakit. Baru dapat tido lena sikit. Kalau tidak malam sebelumnya tu memang langsung dia tak boleh tido. Dekat rumah kita mana la nak boleh cucuk ubat. Makan ubat pun lambat kesan dia.

Sementara nak tunggu boleh masuk ward lama la jugak. Datang pagi tengahari baru boleh masuk ward. Sementara tu jenuh jugak la menahan sakit sementara nak boleh masuk ubatnya. Dokte suggest EndoScopy. Masuk kamera kecik ikut tekak. Dan tengok apa yang ada dalam perut suami. Nak tengok ubat apa yang sepatutnya atau lebih tepat yang special untuk sakit suami saya tu. katanya lagi proses tak sakit dan nanti suami tak sedar langsung lepas bagi ubat tidur. Ok proceed.


Elok hari kejadian Endoscopy berdebar pulak tengok dia pakai uniform OT. Dia pun saya tau berdebar tapi biasa la kena berlagak buat buat relaks hihihihi. Tak lama pun dalam 15 minit je dalam Endo Room. Dokte pun keluar bawak result dan terangkan dekat saya apa yang jadi sebenarnya. Suami cerita. Masuk je dalam Endo Room dokte spray ubat bius dekat lidah. Sedar sedar dokte kejut dia kata habis dah proses EndoScopy. Maksudnya memang bius satu badan la tu. tak sedar langsung.



Tapi yang seramnya tu. lepas nurse tolak masuk dalam ward. Dia tanya kita macam-macam pasal proses tadi. Kita pun siap cerita itu ini. cerita pasal result dan apa yang dokte cadangkan. Lepas tu dia tido balik. Elok bangun dari tido tanya lagi sekali pasal proses tadi. Haaaaa?????? Yang tadi saya cerita pung pang pung pang tu apa? Dia kata langsung tak ingat. Yang dia ingat tadi last dokte spray mulut dia dengan ubat bius. Rupanya ubat bius yang kuat boleh buat kita jadi biol jugak. Mujur biol sekejap je. Cemas dah Ummi FatehFurqan. Dah la anak kecik lagi dua pulak tu. macam-macam dah ada dalam kepala hahahahahaha. Dasar drama queen :p


Rupanya betul la puncanya sebab tak jaga waktu makan dengan betul. Makan ikut aci dan je. Jadi lah gastric. Tapi yang ni gastric nak jadi teruk dah. Dalam perut dah merah keseluruhannya yang menjadikan radang. Lubang dalam perut dia tak grip elok macam orang lain. Puncanya sebab tak jaga makan tula. Solutionnya. Makan ubat yang dokte bekalkan dan wajib jaga waktu makan dengan teratur balik. Kena kurangkan makanan pedas dan berminyak buat sementara waktu. Minum air yang beralkali. Contoh lemon suam. Dan tak bagi ruang dan peluang untuk perut berasa lapar. Bila agak2 berasa pedih2 perut je kena cepat cepat cari makanan. Lagi afdal makan sebelum rasa lapar tu datang. Sekarang ni alhamdulilah tak pernah dah kena sakit dalam perut macam tu lagi. Dan takde dah tahan2 perut sebab nak kejar dateline kerja. Tula dah terhantuk baru nak terngadah. Herrrrrr



Sepanjang masuk ward KMC puas hati lah. Layanan nurse dan dokte ok. Masuk kamera dalam tekak pun tak rasa sakit. Dah lepas proses EndoScopy pun suami kata tekak ok. Takde la rasa macam pedih luka ke apa. Normal sama macam sebelum EndoScopy. Yang paling best makanan dia. siap boleh request chicken chop lah lamb grilled lah. Dah macam masuk hotel pulak. Dah macam bukan makanan orang sakit pulak ekekekeke. Tapi yang tak best satu jela. Takde uniform ward. Kalau saya dulu bersalin hosp gomen kena pakai baju pink. Yang ni pakai baju kita biasa. Rasa macam bukan duduk hosp pulak. Ehhhh hihihihi. Jakun la kejap untuk rakyat marhaen yang macam kami ni. Masuk hosp pun berbekalkan medical card. Tapi tera nak bayar insurans setiap bulan tu berpeluh2 jugak la. Jenuh pejam2 mata nak membayar tiap bulan tu hahahaha




Suami kalau boleh katanya takmo masuk ward lagi. Bukan takmo sebab tak best ke apa. tapi kesian ke anak2. Terabai sikit. Kami dekat Alor Setar ni lone ranjer. Takde sedara mara. Cuma harap ehsan pengasuh anak2 je. Syukur Allah hantarkan dorang sebagai pengasuh anak2. Dah lebih macam mak abah budak2 ni sendiri pun. Bila tau suami masuk ward. Pagi2 lagi mak budak2 ni dah datang rumah nak ambik dorang. Takut saya takdan nak bersiap takdan nak masak bubur suami bila ada dua bala tentera. Petang pulak suruh balik solat mandi dulu baru ambik dorang. Sekurang2nya bila saya teman suami dekat ward time siang saya tak susah hati tinggal dorang. Malam balik la teman anak2 pulak. Pak dia boleh jaga diri sendiri hihihi. Cumanya bila bawak Fateh Uwais melawat abi dia dekat ward petang2 jenuh nak bawak balik rumah pulak. Menangis air mata berambu2 nak lepaskan abi dia. itu pun bersungguh2 ajak abi balik sekali. Tak boleh tido hospital. Sampai la ke saat ni asal lalu tepi KMC je dia pesan siap2 “abi tak boleh tido hosp kena ikut akhi dengan baby dengan ummi balik rumah kita” fobia dia hahahahaha

4 comments:

  1. semoga suami Kiera cepat sembuh ye..pas ni makan kena jaga.bahaya gastrik ni

    ReplyDelete
  2. bahaya tak jaga makan.. awal2 memang tak rasa, lama2 nanti baru rasa..

    ReplyDelete
  3. hahaha2., sapela x sayang abah ., tapi ade mkcik kann., kanns

    ReplyDelete
  4. KMC tu... hahaha. ok alhamdulillah dh baik. biasalah kerja sampai tak ingat waktu lunch sob2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D