20 March 2017

Tayangan Istimewa Didi & Friends

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



kerja abi dorang la ni. dia dulu awal awal tagged dekat facebook. layan jela hahahaha. kalau bab nak menggembirakan anak anak ni memang selalunya abi dorang yang lebih lebih. sebab tu takboleh masuk kedai toys kalau bukan hari gaji. nanti dari kurang duit tetiba boleh pulak terbeli menan. dah la kadang tu menan yang boleh buat beli satu dua kampit beras pulak tu =..=




Alang alang balik Ipoh minggu lepas. ada pulak TGV Cinemas tu dekat sana. boleh la nak lari pi tengok sat. hari jumaat pulak tu. awal pagi. ambik tayangan yang terpaling awal pukul 11.15am dengan harapan orang tak ramai. parking pun senang dekat Jusco tu. kalau hari minggu ke malam ke adoiii payahnya nak dapat parking yang tak jauh kena berjalan ni haaa. kalau boleh turun kereta terus nak masuk pintu jusco je hahahaha. memang sungguh kurang orang, parking pun dekat pintu masuk TGV tu hahahaha puas hati mak korang :p disebabkan anak ada dua orang. makanya dapat la dua bijik belon didi ni haaaa. yang tengok Didi jela dapat. kalau tengok cerita lain tak dapat la gamaknya kot. sebijik dah arwah meletop awal awal lagi hahahaha




bagi kami suami isteri ok la berbaloi la jugak bayar harga tiket. tak ingat la pulak berapa episode didi tu. tapi banyak jugak la. budak budak seronok la layan. dah memang dorang suka kartun. boleh pulak kartun yang sekejap sekejap menyanyi. kejap lagi menyanyi. lagu pulak yang dorang dah hafal lagi la seronok nak layan. budak kecik baby tu pun bila keluar lagu dia dulu berdiri bila keluar ceritanya mula nak manjat sana sini. cuma kami laki bini jela bila dah nak hujung hujung mula menguap. mengantok. hahahahaha 




cuma dekat TGV ni Fateh Uwais dah kena beli tiket sekali. kalau biasa kami tengok MBO dekat Alor Setar dia tak payah tiket. kami berdua je yang kena bayar. untuk tiket dewasa bagi Tayangan Istimewa Didi & Friends ni RM14. kanak kanak besar Fateh Uwais RM9. total RM48 termasuk air dan pop corn. cuma beza untuk Didi ni dia ada kotak pop corn gambar didi tu sekali. pop corn nya sama je rasanya hihihi.



yang bestnya hari jumaat hari tu. kami berempat je dalam Hall wayang tu. hahahahaha. haaaa la pergi time hari orang kerja. waktu office hour pulak tu. nak bajet bajet nak tengok dengan sape kalau bukan tengok anak beranak je hahhahaha.


 

so cadangan saya patut ke tidak pergi tengok Tayangan Istimewa Didi&Friends ni? kalau niat nak menggembirakan hati anak anak boleh la bawak tengok. bukan ke kalau menggembirakan hati anak anak ni akan dimurahkan rezeki lagi nanti. dorang tak bosan pun kalau dorang memang suka tengok Didi. cerita kartun tu yang baru bukan recycle tak silap. selain layan kartun ada jugak banyak benda boleh belajar dari animasi Didi tu sendiri. dan yang penting anak happy boleh menyanyi menari dalam tu. anak anak kan suka tengok tv besarrrrrrrr. jadi umpama macam reward untuk dorang setelah seharian ditinggalkan bila kita keluar bekerja :) hopefully nanti Upin Ipin dapat hasilkan filem fully animasi macam ni untuk anak anak. dan tinggi harapan animasi yang tak menakutkan anak anak :)

6 comments:

  1. wah..syoklah mereka dapat tengok didi n friends

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. best tak?
    macam best je Kira cerita, ni kalau ank zie tau ada didi at cinema mau 44 hari 45 malam berzikr ajak pergi..

    ReplyDelete
  3. orang dewasa kalau stress pun boleh gi tengok ni...hehe

    ReplyDelete
  4. dh tgk time jgak...hrp hr cuti nti dpt la bw aqil p tgk

    ReplyDelete
  5. seronok laaaa bebudak tu.. lama dh tak tgk kt tgv.
    2 kampit beras? memang mahal la tu

    ReplyDelete
  6. Sekali sekala apa slhnye atleast ade jgk masa utk family...
    Bila dlm panggung ada family Kita je automatic rasa mcm kt rumah sndrikn...
    Anak murid Cikna pun sma,nsemua lirik Lagu Didi diaorg hafal tp bila suh hafal surah mulalah t'kebil2...;-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D