23 April 2017

Ayam Masak Halia | Pressure Cooker Kenwood

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

10 April 2017


dah lama saya praktik guna pakai pressure cooker sebenarnya. sejak hujung tahun lepas dah beli pakai pressure cooker ni. memang mudah sangat. terutama yang ada anak kecik baby suka merap macam saya. hari kerja pun senang je. kadang balik kerja kalut buat itu ini, ada hari terlupa nak defrost stok bahan basah. masuk je semua bahan dalam PC, kadang ayam atau daging yang masih beku tu pun saya masuk sekali dalam PC. set kan menu dan tunggu je siap. tak payah dah nak tumis tumis tunggu dekat dapur. sementara tunggu makan malam siap masak boleh buat kerja lain. kemas dapur atau lipat baju yang segunung tu. ehhhhh ahahahaha. hari sabtu lepas pun sama. kalut balik dari Penang sampai rumah Fateh Uwais zikir lapar dah. bawak keluar daging beku beku tu. gaul je dengan ramuan sup daging, tambah air. masuk dalam pressure cooker. 15 minit siap sup daging lembut dah boleh makan hewhewhew 

macam semalam balik kerja ajak suami ke kedai RM2. dah janji dengan anak teruna sorang tu nak pergi kedai RM2 cari mainan dia. mainan dia sekarang memang banyak yang dari kedai RM2 je. kalau rosak pun ummi abi takde sakit hati sangat. entah apa perangai ntah sekarang ni suka sangat baling mainan. bila Tanya kenapa baling mainan? "akhi kan otomen, akhi tengah lawan raksasa ni" grrrrrr kalau mak ko jadi raksasa kot ko pulak baling nanti nya

balik dah pukul 7 masa tu. kalut la sebab tak masak lagi sobssss. ayam pun tak elok lembut lagi sebab pagi sebelum kerja lupa nak bawak naik atas(bukan peti beku) fikir punya fikir. masak ayam halia jela. masuk je dalam PC. cepat sikit masak mihmihmih. hiris segala halia bawang. masuk bawang besar, bawang putih, halia yang saya dah siap blend masa weekend, masuk lagi ramuan yang lain, buh terus ayam beku tu tadi. set menu dia tunggu dalam 20 minit. 



taraaaaa siap dah ayam masak halia Ummi FatehFurqan. ayam lembut sangat. suap Furqan makan pun tak risau sebab isi dia memang lembut sangat. lembut macam ayam kukus tu haaaa. makan memang bersih la tulang tulang tu. orang kata memang lerai la isi ayam dari tulang nya hihihi. dan makanan sihat sebab tak guna minyak. minyak yang ada tu dari lemak ayam tu sendiri.

Resepi Ayam Masak Halia

bahan-bahannya. kuantiti sila agak-agak

ayam
halia dihiris
bawang besar dihiris
bawang besar, bawang putih dan halia diblend
sos tiram
serbuk lada hitam
garam
gula

cara-caranya bagi Pengguna Pressure Cooker Kenwood

gaul kesemua bahan diatas dan tekan menu 'chicken' tunggu dalam 20 minit dan nanti boleh dimakan bersama nasi panas. ya!!! semudah itu. hanya gaulkan ramuan bersama ayam, tekan button dan tunggu siap untuk dihidangkan.

saya beli Pressure Cooker Kenwood ni dengan harga RM270 tapi kena tunggu lama sikit baru dapat sebab pre order. jadi korang yang kalau teringin jugak tu boleh WhatsApp dekat sini www.wasap.my/60194942450    



18 April 2017

Kerana Menyesal | Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

korang mak mak pak pak ni mesti pernah menyesal sebab tak turutkan sesuatu kehendak anak kan? contoh macam kitorang ni haaaa. rabu lepas ke Aman Central mencari barang. sekali Fateh Uwais jenguk jenguk bawah(first floor) Nampak ada satu kawasan yang penuh dengan belon. ala ala macam theme park la. ada balon yang diorang buat jadi Dinasour sekali. dah namanya bebudak mesti la ada perasaan teringin kan. tapi disebabkan waktu tu dah 9.30pm orang pun nak tutup kedai masing masing. maka kami buat janji dengan dia "akhi sekarang dah malam. orang nak tutup kedai. kalau akhi main sekarang, akhi dapat main sekejap je. nanti ummi abi cuti. ummi abi bawak akhi dating sini. kita main dekat dinasour besar tu ye?" dan alhamdulilah Fateh Uwais jenis boleh dibawak berunding. perjanjian pun termeterai.

Req nak tangkap gambar dekat sini. tapi taknak buat muka elok grrrrr

sabtu baru ni kami pun ke Aman Central balik. mencari Dinasour belon besar. sekali tempat tu kosong!!! terus terdiam kami laki bini. nak sedapkan hati sampai ke hujung bangunan kami cari tapi tetap tak jumpa dah Dinasour belon besar. dah habis rupanya. dah takde dah benda tu. ralatnya rasa hati. lebih ralat sebab dia boleh bersabar tunggu dan tak merengek dari hari rabu sampai membawak ke hari sabtu. bila kata ummi abi tukar bawak ke library boleh? "boleh boleh. takpe ummi takpe abi. akhi tak marah pun" sobsssss ummi abi serius rasa ralat walau anak dah senyum meleret boleh main sambil membaca dalam library.

Library ni best. kalis bunyi. ada ekon baby tido pun lena je dalam ekon sambil tunggu akhi dia 'study' tapinya terjaga sebab bunyi bising. bukan sebab budak2 kecik ni bising tapi sebab ada tiga orang minah umur 15 tahun macam tu gelak kuat2 main2 dalam tu



disebabkan library dekat dengan station ktm. dan Fateh Uwais pun selalu Tanya bila abi nak bawak dia naik keretapi. Abi pun lelaju ajak naik komuter ke Padang Besar, nak ganti balik janji yang tak dapat ditunai awal tadinya tu. padang besar la yang jauh sikit pun. takkan nak naik dari Alor Setar ke Anak Bukit je kot hihihihi. dah sampai ke padang besar boleh la jugak mencari baju seluar dorang barang sehelai dua. mihmihmih




kemain seronok budak sorang tu dapat naik keretapi hajat hati dia. lama dah teringin nak naik keretapi tu. tapi ummi abi selalu tak dapat curi masa. kalau ada masa pun duit tak berapa nak banyak. alhamdulilah ada rezeki sikit, dapat la naik keretapi nya. walaupun duit habis lebih dari yang ditarget, badan letih, kaki sakit sampai krem tapi betulkan niat balik. niat nak bagi anak-anak happy. moga Allah gantikan dengan ganti yang lebih baik untuk kami nanti. moga Allah makbulkan ;) amin  

11 April 2017

Tips Berpuasa Ketika Pantang Di Bulan Puasa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau anak sulung Fateh Uwais dulu puasa time pregnant. Dengan anak kedua Furqan Uqbah pantang dalam bulan puasa pulakkkk. Adooiii salah timing kofkofkof :p takde la dah rezeki nak pantang time bulan ramadhan yang mulia. Harung jela makkkkk hihihihi


Awal ramadhan 2016 mula masa tu saya baru 24 hari pantang. Sebelum bersalin lagi dah termenung menung tengok calendar nanti time puasa masa tu pantang. Jenuh la kena ganti puasa banyak banyak. Masa Uwais dulu dapat puasa penuh sebulan. Adik baby pulak takkan puasa sebulan kena ganti nanti. Nanges tepi bahu suami sobsobsob itu pun ada jugak doa doa kot baby nak keluar awal dua minggu ke.  Takde nya. Sehari awal due je dia keluar. Due 14 May baby keluar 13 May. Ok la tu dia ambik hati ummi. Awal dari due keluar. Awal sehari =..=
Tapi ada jugak niat kalau darah nifas habis awal sebelum habisnya pantang 44 hari nak cuba jugak puasa. Nak kuatkan semangat cuba puasa. Sebab tak nak ganti banyak hari tu huuuu. Alhamdulilah Allah dengar kot doa hambanya yang selalu memintak mintak ni. Darah nifas kering awal. Seronok tergedik gedik dah time tu hahahahaha. Tapi mama dan suami  setiap masa pesan kalau tak larat jangan paksa diri puasa. Diberi kelonggaran untuk orang pantang ni dalam bulan puasa walau dah wajib solat. Ok ok. insyaAllah I will
Setiap pagi tak pernah missed bangun sahur. Walau kadang time sahur tu baby pun bangun sekali tapi tetap makan sahur dengan berselera. Tetap ambik makanan berat dan minum susu kurma badam. Malam sebelum tido saya dah rendam badam siap2. Kadang tu buat susu kurma badam siap siap sebelum tido. Simpan peti besoknya panaskan sekejap. Memang wajib minum susu tu setiap kali sahur dan setiap kali berbuka. Sebab saya menyusu badan. Dan masa tu pulak pantang. Jadinya badan perlukan lebih tenaga. Kalau tak ambik yang berat berat time sahur takut nanti siang hari letih pulak. Yang lagi best bila minum susu badam kurma susu jadi lebih pekat. Baby pun cepat kenyang bila menyusu. Takde la nak merap dekat kita lama sangat.
Rezeki pulak banyak bila menyusu badan anak kedua ni. Dalam seminggu awal pantang saya dah mula buat stock susu tanpa sengaja tu. Jadinya stock susu yang ada saya top up bagi baby bila dah petang. Biasanya waktu pagi dengan tengahari elok lagi cergas. Tapi bila mai petang pukul 4 lebih ummi dah mula lembik nak terkulai. Jadinya baby ummi bagi susu EBM dalam botol. Kalau bagi direct lagi badan rasa lembik tak boleh jalan. Terus bersyukur masa tu ada stock EBM. Bila puasa dan direct feeding anak kalau nampak anak macam pelik je tak macam selalu kena bukak puasa. Sebab anak yang menyusu badan sepenuhnya ni bergantung pada khasiat susu mak. Kadang bila puasa memang ganggu produce susu. Susu jadi cair sikit atau mungkin kuantiti susu tu berkurang bergantung pada pemakanan si ibu ketika dalam bulan puasa tu sendiri. Jadinya kalau ibu yang ada stock EBM boleh bagi anak menyusu botol. Kalau takde stock dan masih risaukan kesihatan anak. Boleh bukak puasa tapi nanti masa ganti puasa kena banyar sekali fidyah nya. Seingat saya kalau bukak puasa kerana risaukan diri dan anak kena banyar fidyah dan ganti balik puasa tu. Kalau berbuka puasa kerana risaukan kesihatan diri je tak payah bayar fidyah. Cuma kena ganti puasa je. Betulkan kalau saya silap
Sama jugak kalau puasa masa pregnant. Puasa dalam pantang kena kurangkan aktiviti. Nama lagi masih dalam pantang. Cuma duduk rumah je. Bawak bawak rehat banyak sikit. Tak payah nak aktif sangat. Ada je yang dalam pantang sidai kain baju sendiri. Tambah pulak kalau pantang sendiri ni. Kurangkan aktiviti sidai kain tengah panas. Buat semua tu lepas berbuka nanti. Atau awal awal lepas sahur.


Waktu berbuka pun penting. Ambik makanan berat. Minum susu. Banyakkan minum air kosong. Atau air akar. Ganti balik sumber tenaga yang dah hilang masa puasa tadi. Saya memang ambik nasi. Nasi orang dalam pantang. Tapi nasi tu lebih sikit kuantitinya. Kurma pun kena makan walau tak berapa suka makan kurma. Lauk pulak  yang sedap dan berkhasiat. Barulah ada selera nak makan banyak hihihi. Macam saya boleh makan ayam dan daging. Mama buat ayam bakar, daging black paper, senang cerita yang sedap sedap dan sesuai untuk orang dalam pantang makan. Nanti agak2 dah lepas isyak. Saya akan makan lagi. Kali ni ringan sikit la. Makan kuih ke biskut cicah milo ke.  Buah ke. Janji sebelum tido ada lagi benda makan yang masuk dalam perut. Top up lagi sumber tenaga untuk hari esoknya.
Mind set benda yang positif je. Dan kuatkan semangat. Banyak kan doa dekat Allah moga dia bagi peluang dan bagi sihat tubuh badan untuk kita puasa walaupun masih dalam pantang. Dengan sape lagi kita nak mintak selain Dia kan. Mintak je banyak-banyak. insyaAllah Dia mesti bagi J
Rasanya itu jela tips saya yang saya sendiri amalkan masa pantang tahun 2016 yang lepas. Masa tu dapat la puasa 18 hari dan ganti puasa 12 hari. 12 hari pun rasa jenuhnyaaaaa nak habiskan. Tambah pulak menyusu badan ni memang sentiasa rasa lapar. Nak pulak bila baru lepas sesi bonding dengan anak atau lepas sesi pam susu dekat ofis. Perut terus rasa memulas mulas lapar. Kalau tak makan rasa macam nak jalan seret lutut. Tapi alhamdulilah sikit sikit habis jugak gantinya.

05 April 2017

Cara Tukar Barang Di Zalora

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Dah lama nak buat entry ni tapi asyik tertangguh je. macam busy je tapi tak busy tara mana pun. pffftttttt. dapat voucher Zalora RM50. jadi la cukup untuk hunting sepasang kasut baru. beli kasut yang atas tu. berkenan tengok. memang target nak beli kasut baru sebab kasut yang sedia ada ni dah mula makan diri. lama dah pun sejak mengandungkan Fateh Uwais lagi haaaa. saya memang jenis macam ni. kalau kasut akan pakai yang satu tu je sampai la dah tak muat atau makan diri sendiri. ada pilihan kasut lain pun tetap kasut yang satu itu jadi keutamaan. sebab tu Fateh Uwais pun perangai gitu. kalau beli selipar tiga empat pasang. sepasang tu jugak yang dia ulang pakai sampai tak boleh pakai dah. yang balance lagi dua pasang buat penuh duduk dalam kereta brrrrrrr. sekarang dah tau perangai anak macam gitu memang sepasang tu je ummi beli, dah tak muat baru tukar beli baru. jimat.


alkisahnya kasut yang beli dekat Zalora ketat. salah tengok size. alaaaaa sedih dah. baru ingat cewi nak pakai pergi kerja hahahaha. proses delivery agak cepat la jugak. delivery masa beli pun cepat. masa return tukar pun cepat. alhamdulilah Allah permudahkan. masa dapat kotak kasut Nampak dah ada borang return. siap bertulis alamat ke tempat yang sepatutnya nak dihantar. bagus. tak payah susah susah cari dan tulis dah. cuma kena isi form nak tukar kasut size apa dan atas reason apa nak exchange & return tu.

dah selesai isi borang. masukkan balik kasut dan kotak dalam plastic delivery yang diorang hantar. seal elok elok. dan terus ke pejabat pos yang berdekatan. sebelum pos Tanya kerani dulu boleh tak nak pos barang return ke Zalora? nanti kerani tu akan proseskan untuk korang. yang penting ia nya percuma. tak perlu bayar kos postage tak kisah untuk return ke diorang ataupun diorang ganti kan yang baru untuk kita. kedua2nya tiada kos postage. tapi korang ke return balik dalam masa 30 hari tau. ohh ye masa dapat kasut tu awal awal sila gunting plastic elok elok. sebab plastic tu ada dua bahagian gam. satu lagi simpan untuk korang return balik in case tak muat atau barang rosak.



macam saya hari tu saya buat dua kaedah. isi borang manual dan jugak online. kalau takde kertas macam saya dekat atas tu pun takpe jangan risau. cuma perlu login semula di web zalora. klik my account dan cari menu "Exchange & Return" nanti dia akan keluar pop up macam dekat atas tu. cara pertukaran barang zalora. ikut step by step ye 


select item yang korang nak tukar tu. pilih lah samada korang nak tukar barang atau nak return balik barang tu. kalau kasut korang nak tukar size. pilih la size yang baru. save and continue


isi alamat dan details yang dorang mintak. klik Submit returns


last sekali dia akan keluar arahan ini balik. boleh dah bungkus barang korang kemas kemas dan hantar ke pejabat pos semula. ingat ye korang ada masa tiga hari je untuk pulangkan semula ke pejabat pos yang berdekatan. tiga hari selepas submit online di web Zalora

mudah je. semudah ABC. dan yang penting. ye ianya PERCUMA dan diyakini selamat. saya dah pun dapat kasut ganti yang baru. tapi tula spesies tak boleh beli kasut atau baju online. size ok. muat pakai. tapi tetap tak selesa. rasa sakit dekat belakang kaki bila pakai kasut tu. jadinya pakai la semula kasut yang dari pregnant Fateh Uwais tu.


ini la kasut yang saya setia hampir empat tahun tu. nak kena ke Al Ikhsan jugak la ni cari kasut baru sobssss. alah membeli menang memakai kata orang. walau kasut tu dulu beli harga ratus ratus tapi empat tahun dah pakai. puas hati. sebelum kasut pink ni. ada satu lagi kasut spesies ini jugak. warna hijau putih. yang itu pun dah makan diri baru tukar ke warna merah jambu ni haaa. dah terbekenan dan rasa selesa sangat pakai flat puma ni haaa. tak licin dan sesuai pakai dengan semua jenis baju. skirt dan seluar pun sesuai digayakan. heran apa kalau baju warna hijau kasut pink pun. aku pakai jugak hahahaha

02 April 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Ehhh korang tau tak yang Lazada tengah buat Baby Fair sekarang ni? hari  ni last tau. saya start dari hari rabu hari tu memang sentiasa bukak web lazada. bermula dari 27 March sampai 2 April Lazada buat Big Baby Fair, sehingga 85% diskaun potongan. nak grab kalau-kalau ada barang anak-anak yang tengah murah. sekarang kena bijak berbelanja tau. sempenan Lazada Malaysia Big Baby Fair yang sedang berlangsung sekarang ni. Lazada ada buat contest untuk semua blogger tau. 6 kali hadiah voucher RM500 untuk dimenangi. klik sini untuk penyertaan. senang je. cuma jawab tiga soalan yang Lazada Tanya.

A. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?




Semestinya Drypers lah. saya ni salah sorang Drypers Lovers. sebab yang utama mestilah kerana kualitinya. dari masa anak sulung lagi memang suka pakaikan dorang Drypers. tak kisah la Wee Wee Dry, Pants ataupun Touch. kulit anak-anak saya serasi dengan Drypers. takde rashes, pakai pun selesa. cawat besar dan tak bocor. yang lagi best Drypers boleh kumpul point. point boleh ditukar dengan barang. itu yang bertambah seronok.


B. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?




saya memilih Dugro untuk anak sulung saya Fateh Uwais. Dugro® dirumus dengan lebih lagi DHA*, 15 Vitamin & Mineral serta lcFOS unik, serat untuk para ibu yang sentiasa ingin memberi Si Manja mereka lebih lagi nutrisi. Uwais pun alhamdulilah minum susu dugro tak pernah lagi jadi sembelit yang kuat. cuma waktu awal bertukar ke susu dugro dulu je dia sembelit sikit. mungkin sebab tukar susu. cuma sekarang bila dah besar dah pandai pilih susu takmau dah susu yang lain. Nampak Dugro terus kata "tu susu akhi!!!"

C. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).




Semestinya Swing Slide and Basketball Indoor Mini Playground  menjadi pilihan saya. dah lama aim dengan suami nak belikan anak anak mini playground ni. tapi selalu tahan sebab tengah kumpul duit dan nak tunggu masuk rumah sendiri nanti. sebab utama nak beli untuk diorang. anak-anak memang suka sangat main playground. kadang tu boleh tengok dorang bermain diluar kotak bila datang ke playground. tapi itu lah bila dah ada dua orang anak takut nak bawak anak-anak ke taman tanpa suami. suami pulak ada masanya terpaksa balik lewat, kesian dorang kadang dekat seminggu tak dapat ke playground. nak pulak sekarang musim hujan. petang je hujan. terpaksa postpond ke hari lain. kalau ada sebijik dekat rumah ni sekurang2nya boleh la lepaskan dorang bebas bermain tanpa risau kulit dorang terjangkit dengan bakteria berbahaya dekat luar sana.

jadi korang yang nak join sama contest boleh klik sini sekarang ye. sampai pukul 11.59pm ini tau. dan jangan lupa submit link korang ke email contest@lazada.com.my dengan tittle: Lazada Big Baby Fair Blogger Contest