01 August 2021

BERBALOI KE SAMBUNG BELAJAR??

 Assalalmualaikum dan Salam Sejahtera


Since ada yang dah tahu saya sambung belajar 3 tahun dekat UiTM Merbok. Bawah tajaan jabatan. Ada yang tanya, berbaloi tak sambung belajar?


Jawapan saya, tengok pada nawaitu dan sebab kenapa kita sambung belajar. 


Hari pertama pendaftaran pelajar 2 Januari 2018. Merasa la Kekasih Gelapku yang hantar, orang lain keluarga dan parents hantarkan. Kemain ko kan hegeh hahahaha

Kalau nawaitu kita memang untuk tambah ilmu untuk diri sendiri. ianya berbaloi. Macam saya gaji jalan full sepanjang belajar, elaun dan segala benefit yang penjawat awam badan berkanun dapat, saya pun dapat sepanjang cuti belajar. Yuran pengajian jabatan tanggung. 


Cuma buku dan kos perjalanan dan segala kos lain tu kena tanggung sendiri. Biasiswa tidak dibenarkan ambil sebab gaji jalan full. 


Berbaloi, cuti sem tak perlu lapor diri masuk kerja dan saya boleh nikmati cuti sem dengan tenang dan senang. Merasa la balik kampung lama. Kalau hari kerja paling lama boleh nak ambik cuti pun seminggu. Tu pun korban la cuti rehat hihihi.


Benda paling malas nak buat adalah tulis isi borang. Kita bagi kat dia jela 
"Abang punya tulisan kan cantik lagi"
kemain ngayat ekekeke

Apa lagi yang berbaloi? boleh fokus pada study semata-mata. Saya fulltime study. Masa dari Ahad sehingga Khamis. sama seperti hari bekerja biasa. Cuma jadual kelas jela beza sikit. ada hari busy fullday ada hari biasa biasa je. Ada hari keluar rumah gelap (subuh) sampai rumah pun gelap (maghrib/isyak)


Saya berulang Alor Setar-Sungai Petani setiap hari waktu tu. Mental koyak selalunya sebab penat berulang, penat duit terbang banyak jela. Nak kata mental koyak masa belajar tu tak sangat. 


Tapi belajar online pdpr koyak jugak la sikit. Yang tu kita cerita next entry pulak lah.


Jadi soalan dia baloi atau tak? Kena check dengan nawaitu kita dulu. Kalau kita memang niat sambung belajar sebab nak naik gred pangkat dengan cepat. Kena betulkan balik niat sebab takut nanti kalau tak capai apa yang kita nak. Masa tu kita akan rasa "tak berbaloi semua pengorbanan aku selama ni"

3 comments:

  1. Salam, betul bergantung pada niat..

    ReplyDelete
  2. Kite salute betul dgn org yg smbung study tu ibu, dgn famili lgi, nk study lagi, fuhh, kental betul..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D