Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SUSAH PDPR ONLINE UNIVERSITI???
Bukan kami yang belajar U ni je yang rasa susah. Adik adik, anak anak yang dekat sekolah tu pun rasa susah dan stress belajar pdpr. Fizikal jugak yang lagi best. boleh dengar Cikgu/Lecturer mengajar, boleh tanya direct kalau tak paham, environment dalam kelas dalam sekolah tu pun sebenarnya salah satu buat semangat naik nak belajar.
Seronok lah exam boleh bukak buku.
seronoklah sangattttt, ada satu subjek masa Sem 4, waktu exam boleh di access dari jam 8 Pagi hari ni sampai 8 Pagi esok dateline nya. Mostly yang ambik subjek tu tak tido malam termasuk lah saya.
Duduk depan laptop mula 8 pagi ni buat exam. Berhenti rehat pun solat je dan bagi anak menyusu. Tu pun menyusu sambil riba depan laptop. Makan pun ke laut dalammmm, suami la tolong masak dan letak dalam pinggan bagi dekat kita makan.
Malam tak tido, struggle jawab exam. Karang ayat, analisis ayat. Tu kot first time dalam hidup jawab exam tak tido malam. Esok lepas je submit jawapan exam terus mandi cari katil bantal tidoooo.
Buku?
takde jawapan dalam buku. Semua ayat tu kena karang sendiri, analisis sendiri. Buku tu cuma umum je dan takde jawapan yang boleh copy bulat senget bujur dalam buku tu pun.
Depress sebab belajar pdpr boleh jadi. Tapi kenalah pandai manage diri sendiri. Yang dah kahwin dan anak kecik macam saya ni pun kena pandai manage masa. Anak pun nak pdpr jugak, mana nak tengok pdpr dia. Pdpr kita lagi.
Kena pandai uruskan. Jangan sampai makan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D