31 March 2011

kerana kau, aku jadi minang jiwang III

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada encik yang aku tak tau nama
Semalam abah dengan umi senyum2 kat aku lepas diorang abis siram bunga
Aku pelik kenapa dengan abah n umi tersayang nie
Semalam jugak abah ada cakap
“uminya tak lama lagi meriah la rumah kita nie”

Kepada encik yang aku tak tau nama
Abah kata hujung bulan nie aku akan dinikahkan
Abah kata lagi aku dah cukup dewasa untuk menjadi seorang isteri
Abah kata lagi abah akan serahkan anak dia dekat seorang lelaki yang dia yakin boleh memimpin aku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku sedih, kerana aku telah memberi hatiku pada kau
Aku sedih, kerana aku mengimpikan kau menjadi imam solatku
Aku sedih, kerana aku mengharapkan kau yang menjadi papa kepada zuriatku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Doakan aku bahagia disamping bakal suamiku kelak…….
Dan aku mendoakan kebahagiaan kau juga…..












1..2..3..4

Satu... kasih yg abadi 
Tiada tandingi dia yang satu 

hanya ALLAH S.W.T yang akan bersama kita tak kira susah atau senang...
ALLAH amat malu untuk tidak mengabulkan permintaan hambaNYA...

Dua... sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga kasihnya ibu 

tempat yang paling selamat untuk mengadu segala hal, meminta segala pendapat.. adalah seorang yang bergelar ibu,mama,umi,mak,mummy

Tiga... lapar dan dahaga 
Rela berpayahan setianya ayah 

seorang yang tak mengenal erti lelah dan payah, pasti berkorban apa saje untuk keluarga tercinta, pasti memberi tangan nye disaat kita mungkin tersungkur...

Empat... mudah kau ketemu 
Berhati selalu beza antara 
Kasih dan kekasih

pasti ALLAH menemukan kita dengan seseorang yang terbaek untuk kita..
sesungguhnya DIA telah merencanakan kesempurnaan untuk kita...



p/s :: aku ske dengar lagu nie....

30 March 2011

kerana kau, aku jadi minang jiwang.. 2

Assalamualaikum

kepada encik yang aku tak tau nama
dah berhari2 aku tak dapat tengok muka kau
abah macam tau2 gerak geri aku tiap kali aku nak siram bunga umi kat luar
abah selalu senyum2 perli kat aku

kepada encik yang aku tak tau nama
kini aku hanya boleh curi2 tengok kau dari celah langsir bilik aku
aku tertanya2 kenapa kau tak nak memulakan perkenalan kita?
padahal aku tau kau jugak selalu memerhatikan aku
sungguh, aku malu untuk memulakan perkenalan kita
bukan kah itu fitrah seorang perempuan?

kepada encik yang aku tak tau nama
kini, aku hanya mampu berdoa agar ALLAH memberi petunjuk ke atas arah perkenalan kita
setelah berhari2 aku tak dapat menatap wajah kau,,,
aneh, ade satu perasaan laen yang hadir..
boleh kah kau menyatakan apakah perasaan itu?





29 March 2011

wanita syurga yang mendapat kiriman salam dari ALLAH S.W.T

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].


Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha.. wanita syurga yang amat dikagumi. isteri yang amat disayangi rasulullah S.A.W.. 


Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.  Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) . 


“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]


aku terkedu, terharu dan termengalir air mata saat mendengar berita Allah S.W.T menyampaikan salam melalui malaikat jibril a.s kepada saidatina khadijah... mulia nya peribadi saidatina khadijah.... 


Ya Allah.. Engkau bantulah sucikan hati kami, minda kami, pertuturan kami, tingkah laku kami.. sesungguhnya kami tidak mahu terlepas dari mendiami syurga Mu yang indah disana.. ampunilah dosa-dosa kami juga dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui... Amin Ya Rabbal Alamin..


sumber : hizbut tahrir


28 March 2011

gathering kami blogger utagha

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

walaupun dah lewat dua hari tapi still nak post entry pasal gath hari tue...hohoho

Tempat kejadian :: tanjung asam, pulau pinang
Hari kejadian :: ahad, 26 mac 2011
Motif kejadian :: gathering kami blogger utagha

Perjalanan ahad lepas mmg mencabar keimanan dan kesabaran kami semua, sementara tunggu liza, nora, kak ciput and munet dari perlis hujan turun lebat yang amat,,,

Tunggu kak shida, ady soleh, wany, anith shaha shan and anith abil shan, kat pendang

Jumpa papa khai and family, isma, elly, and ciklie di tol sg. Dua untuk diambil oleh nadh, nazli, onie, Erika, dan tantia bulat di hospital seberang jaya.

Seterusnya berkumpul di usm penang.. ok ramai sgt sampai aku tak tau nak tag kat sape… sory guys…. Taip kbu jela erk.. .semua termasuk sekali….

Dalam hati jenuh doa bagi la ujan berenti sekejap,,, lancarkan lah majlis kami, berkhatilah majlis kami… tapi rezeki kami hari tue, dapat je khemah sewa terus ujan trun selebatnye…


Sesi membukus hadiah oleh antara geng perempuan kbu… x ingat nama depa sape…hehe


Kesian kat adik2 dari umah ank yatim tue datang dalam hujan, makan dalam hujan tak dapat nak beramah mesra sangat… yang kiri aku tue anak yatim nye,, nama nye raihana.. yang sebelah kanan tue ifah….


Sumbangan untuk anak2 yatim 










thanks kat semua yang sudi melayan budak garang nie...
best kawan dengan korang semua...
semoga persahabatan kite kekal selamanya...
amin.......

24 March 2011

kerana kau, aku jadi minang jiwang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semalam aku berkesempatan lagi untuk menatap wajahnya “si jiran baru aku”
Entah kenapa ada sesuatu yang seakan menarik aku untuk terus merenung setiap inci diwajahnya… nie kalau dapat tau dik umi, mau aku kene qiamulai baca kitab2 suci 7 hari 7 malam dalam bilik bacaan tue…

Kepada encik yang aku tak tau name…
Entah mengapa aku seakan tidak dapat berganjak dari merenungmu…
Entah megapa dunia seakan berhenti berputar saat aku melihat kelibatmu…
Entah mengapa engkau yang bisa meruntuhkan tembok kekebalan ku terhadap insan bergelar lelaki nie..

Kepada encik yang aku tak tau name..
Disini aku berdoa agar kau terus menetap disitu agar aku terus rajin menyiram bunga umi sambil melihat wajahmu
Disini aku berdoa agar tayar motor kau terus pancit agar aku dapat melihat kerut2 diwajahmu sambil bibir tak berapa nak comel mu membebel2 itu dan ini…

Kepada encik yang aku tak tau name…..
Kenapa lah aku rase macam terlalu jiwang apabila kau muncul dalam taman dirumah aku nie sehinggakan aku “si hati kebal” boleh menulis poem nie untuk kau…

“yaya… cukup2 lah tue,, dari yaya dok mengadap laptop tue adalah lebih afdal yaya turun tolong umi masak nie ha,,, “

Kepada encik yang aku tak tau name….
Besok aku sambung tengok kau lagi
Mane tau besok aku ade idea nak buat poem untuk kau lagi…..


23 March 2011

siapa diri ini

Kini,
aku disini,
dilemparkan setelah aku berkorban harta dan nyawa
setelah aku berkorban menahan herdik dan cacian seluruh insan didunia

kini,
aku disini,
dihumban ke dunia ciptaan mereka yang tidak tahu membalas jasa
lupakah mereka siapa yang melahirkan mereka
lupakah mereka siapa yang berhempas pulas demi kejayaan mereka

kini,
aku disini,
hanya mengutus doa pada ilahi
agar mereka diberi petunjuk untuk sedar siapa insan tua ini
agar mereka punya kesempatan untuk mendengar rintihan hati ini
agar hati mereka tidak lagi sekelam tasik chini
agar dosa mereka kepadaku bisa aku ampuni


22 March 2011

dia telah pergi

Assalamualaikum......

entry balasan lagi... hihihihi

aku jatuh terduduk tika perkhabaran itu sampai ke telinga ku....
mengapa engkau kejam meninggalkan ku saat aku sedang berbahagia bersamamu....
sungguh,, telah ku hiasi kek coklat kesukaan mu dengan cinta yang penuh dihatiku...
mengapa engkau tidak menunggu ku barang sesaat....
sungguh aku terkilan...

Ya Allah.....
ampunilah segala dosa nya...
tempatkan dirinya bersama umatmu yang soleh dan bertaqwa....
jauhkan dia dari azab api neraka
iziznkan dia menjadi penghuni tetap di syurgamu yang indah disana

sayang.....
biarpun saat ini jasad mu telah pergi namun hati ini masih setia bersama mu...
jika engkau ingin melihat ku bahagia...
izinkan aku berbahagia bersama kenangan kita...
tidak tegar untukku melupakan dan memusnahkan  ia...
semoga kau berbahagia disana...

kepada yang tak berapa nak paham ape yang aku mencocet rujuk di setiap tajuk di bawah mengikut urutan :-






tidak tegar....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Balasan dari entry frame and lense

Walau sejuta cacian kau berikan padaku
Walau selautan amarah kau lemparkan padaku
Aku tahu, itu hanyalah luaran mu….
Aku tahu dalam hatimu kau teramat menyayangiku….

Lupakah dikau bahawa aku telah bersumpah bahawa cintaku hanya untuk mu?
Mungkin engkau sudah melupakannya tapi tidak aku….
Hanya kuasa tuhan yang bisa meruntuhkan tembok kesetiaanku kepada mu….
Aku disini untuk menemani mu, memberi sedikit kekuatan untukmu bersandar…
Jangan pergi tinggalkan aku……..


Aku dah jumpe pakwe baru

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


psss korang korang.. aku nak gitau aku dah ade pakwe baru,,,,
bukan MA,,, tapi yang laen lah....

yang baru nie memang buat jantung,hati aku melompat-lompat la tiap kali tengok renungan matanya...
siap pakwe baru aku nie keluar kat tv lagi...

kalau korang tak nak kenal dengan die sekalipown aku still nak tempek gambo die dalam nie

~
~
~
~
~
~
~

tadaaaaaaaa ~ ~

nama :: boboiboy
kekuatan :: petir, tanah dan angin

pakwe aku nie dibantu oleh kawan2 die yang laen.....

ok meyh aku kenalkan satu persatu

lelaki baju kuning tue

name :: gupal
kekuatan :: menukar sesuatu benda kepada bentuk laen

yang pakai tudung

name :: yaya
kekuatan :: boleh terbang dan akan menjadi agresif bila allien depan mata

yang perempuan lagi sorang tue

nama :: ying
kekuatan :: boleh berlari laju


yang nie pulak tok kepada pakwe aku tue

name :: tok aba
keistimewaan :: pandai buat kopi dan ada "tok aba's kopitime"

aku memang dah jatuh jantung la dengan boboi boy...
korang tunggu depan tv tiap hari ahad pukul 7.00 malam....
lagi pasal pakwe aku kat sini dan sini dan jugak sini

ade sape2 nak bagi patung muka pakwe aku nie kat aku tak? hohohohohoho


21 March 2011

Bile Otak Kiri Dan Otak Kanan Sibok Nak Bergadoh

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Assalamualaikum… otak kiri dengan otak kanan korang pernah gadoh tak? Otak2 aku nie selalu beno gadoh2 manje, sampai aku dah naek pening nak melayan nye…

Contoh :-
Situasi ::Bila aku sebok belek muka aku kat cermin

Otak kiri :: udah2 ler tue belek nye, same jer ketebalan kulit pipi ko tue…

Otak kanan :: ko comey  ok je kiera pipi ko tue, xde cacat cela pown

Otak kiri :: ape kate ko ikut saranan MA, lempang tiap2 pagi sampai ketebalan die berkurang…

Otak kanan :: cari penyakit la tue, ape ko ingat pipi die tue roti arab, roti canai nak lempang2 nak uli2…. Dah2 kiera baek ko maintain comey macam tue jer..

Otak kiri :: klu maintain mcm tue kang nak pakai shawl x cantik pulak, dah la kau tue mmg x cantik

Otak kanan :: boleh pakai inner pe, blh kuruskan ketebalan pipi die tue

Mulut aku :: eeeeeeee korang nie blh diam x? asyik nak gaduh sesame sendiri  jer padahal korang tue tuan nye aku jugak….

Lastly, aku tutup lampu, tarik selimut.. selamat malam dunia…… 
zZzZzZzZzZzZzZ

sumber :: mr. google 

16 March 2011

aku masuk paper lah!!

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


korang... aku masuk paper lah....
usah nak membohong la kiera oiii...
ape lak bohong, betol la aku masuk paper

tak caya tengok gambo bwh nie


nie gambo die

yang nie pown

nie jugak

betol la mane ade ko masuk paper,, dah terang lagi bersuluh-suluh
aku kan salah sorang ahli group kami blogger utagha?
jadinye bila KBU masuk paper,maka aku and kawan2 laen pown masuk paper la jugak
aci la tue kan?
hahahahahahaha

Gambo ihsan dari cik eva 

betol lah, aku tak tipu kan?

saya sayang mama

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


dengan ini aku telah menjerumuskan diri aku ke dalam contest inche muhammad hairie hakimi a.k.a tuan punye blog the road not taken.

hairie buat contest pasal mama!!!!
and aku amatlah rajin kalau pasal parents nie...hihihi




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

" mama doakan kamu x dapat plkn tue nanti.."

kata2 mama mase tengah excited nak pergi plkn

"mama harap anak mama dapat berfikir dengan tenang dan jgn ikut perasaan ye? anggap itu cuma dugaan.. mama yakin dan pasti ada hikmah disebaliknya.. insyaallah.."

mase nie aku tengah down gila pasal satu problem yang amat memberi kesan kat aku.

"tukar la balik sini, mama xde kawan nak ajak bersembang, ajak bergaduh kat rumah nie.."

mase nie lak mama tengah pujuk aku suruh tukar balik perak

"mama sayang anak mama sampai mama mati.."

saat aku tulis entry nie mata aku pown dah kabur, bukan sebab aku rabun..
yang pasti saat semua kata2 tue dikeluarkan pastinya air mata aku berjujuran turun menyembah bumi, sungguh mama lah harta paling tak ternilai yang aku miliki kini..

mama... ya sayang mama sangat, andai Allah menguji kesakitan untuk mama, doa  ya balik kanlah kesakitan tue dekat ya. mama jangan nangis, ya x sanggup nak tengok air mata mama. 

doa aku moga Allah ampunkan semua dosa mama aku, jauhkan mama dari semua kesusahan dan kesakitan, berikan mama kegembiraan dan keberkhatan hidup yang tak terperi..

hairie kate kene tag 2 orang :-

15 March 2011

kenapa kene pakai cermin mata?


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

aku ke? aku ke insan bertuah yang terpilih kena pakai cermin mata nie?

sebab aku harus/wajib/perlu pakai cermin mata :-

~ aku rabun jauh, even org tue dok meja ujung sane sikit pown dah xleh nampak kalau die senyum ke ape ke

~ tgk lappy kene dekat2

~ drive kereta kalau x pakai mau aku langgar kereta depan

kenapa aku tak nak pakai cermin mata :-

~ rimas

aku takut pakai contact lenses, kwn aku kata ade yang dah pernah buta pakai benda alah tue...
alaaaa macam mane nie...
ade sape2 blh suggest pe yang patut aku buat?

meraikan follower!!!


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

walimatul urus..
eh bukan2 yang tue lambat lagi...

pagi nie bukak jer bog tengok.....

~
~
~
~


follower dah menjejak angka 100 lah...wahhhh mak teruja nyah....
baru 100 pown nk bising 1 dunia ke? hello bia lah, kalau boleh setiap follower tue aku nak raikan, tapi tak sempat jer.. tettttttt

siapa yang baek ati jadi follower tue?
meyh tengok headblog die

tadaaa

nick name blog :: 6 september~~
yang best pasal cikin :: pandai make up....

ape lagi.. gi terjah sekarang.. sekarang tau!!!


14 March 2011

akak nie buat cheese tart sedap....

Assalamualaikum....

hye sye kiera'sakura, disini saya ingin memperkenalkan sorang akak yang cantik manis, pandai masak, pandai buat cheese tar, kek coklat and macam2 lagi lah... ape? nak ngorat? kirim salam la ye, die dah sah menjadi isteri kepada suami die... hehehe

ok xmo membebel banyak, jom usya blog akak zuhaiza nie....
Cepat2 tempah pastu kite share same2 erk... hehehe




exclusive vlog bersama mat gebu

Assalamualaikum...


confirm korang semua kenal kan?
mesti teruja nak tengok macam mane la rupa sebenarnye inche mat gebu nie kan? 
serius,,, aku memang teruja!!!!

klik kat sini tau


13 March 2011

rugi kalau x beli 1

Assalamualaikum....

ade mase lagi nie, boleh lagi update 1 entry baru nie...
kami blogger utagha....
nak letak link tapi xtau cam mane..huhuhu
anda kenal dengan kelab ini?
bagi blogger yang dok area perlis, kedah, penang mahupun perak...
jom join kbu nie... dapat gak kenal blogger2 yang berhampiran tempat anda...hihihi

26hb mac nie ade gathering besar-besaran....
nak tau maklumat lanjut.. klik kat sini

klik kat sini kalau nak tempah baju lak

yang nie dari depan t-shirt kbu

yang nie lak dari belakang...

** komuniti ditukarkan kepada kami

cepat2.. tempah skang sebelum tengahari besok... cepat tau!!!!!

"aku terima nikahnya....."

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



“aku terima nikahnya……”

Kini aku telah selamat menjadi suri dihati suamiku yang aku nikahi tanpa rasa cinta, Ya Allah kau bukakanlah hatiku untuk mencintai suamiku, berikanlah kebahagiaan dalam rumahtangga kami, lindungilah kami dari hasutan syaitan yang boleh meruntuhkan tembok keimanan kami. Amin Ya Rabbal Alamin

“kalau awk tak cintakan abg pown, tolong la jangan paksa abg mencintai wanita laen, tolong la jangan paksa abg bernikah dengan dia, susah ke awk nak faham abg hanya cintakan awk sorang?”

Kata-kata suamiku sewaktu aku mengusulkan padanya agar dia bernikah dengan syuhada,

Syuhada :: gadis yang kini hanya mengira hari hidupnya akibat sakit barah otak,

“kak, syu x mintak akak berkongsi suami dgn syu. Akak ade dgn syu waktu syu susah dan senang pown syu dah bersyukur kak. Tolong jangan paksa abg im kak, syu xnak runtuhkan rumahtangga akak”

Ye, syuhada x pernah meminta aku berkongsi suami dengannye, aku yang terlampau sayangkan padanya, aku hanya ingin syuhada merasa sedikit kebahgiaan yang suamiku berikan padaku. Syuhada jugak berhak merasainya. Namun aku lupa akan takdir tuhan, sekiranya Dia x mengizinkan sesuatu itu terjadi maka tidak terjadi lah ia.

Kini suamiku hilang membawa diri, ye salahku kerna aku yang memaksa die membuat perkara yang paling tidak ingin die lakukan..

“abang.. maafkan saya, saya tau salah saya, saya yang tak pernah menghargai abg, saya tau abg banyak berkorban untuk saya, saya menyesal, skang saya dah tau sape abg dihati saya, baliklah abg”

Rintihku sambil mencium baju suamiku, kalau suamiku ade depan adakah aku akan memeluk suamiku seperti aku memeluk baju nye kini?

“abg… balik lah”

“abg x pergi mane2 pown sayang. Abg sentiasa ade kat sini, xkan sanggup abg jauh dgn syg. Syg nyawa abg, jgn bg idea mengarut tue lagi ye, abg xdpt trima idea tue, abg hanya cintakan syg”

Alhamdulilah kebahagiaan masih bersama kami, aku bersyukur kerna masih diberi kesempatan untuk mencintai suami ku, Ya Allah aku bersyukur padamu kerna memberi suami yang terbaek untukku. Lingkarkanlah dirinya dengan keberkhatan Mu Ya Allah. Agar suamiku bisa memimpin aku dan anak kami ke jalan yang Engkau redhai.. Amin Ya Rabbal Alamin.