27 May 2013

Demam dan Tunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend lepas memang tak kemana pun. menghabiskan masa kat rumah melayan diri yang demam. petang khamis habis keja gagahkan jugak diri drive balik rumah mentua. memang dari awal pagi kat ofis rasa lemah badan. masuk makanan pape memang lepas tue muntah balik. pagi tue ingatkan baby takmau makan ketiow goreng rupanya memang badan ummi yang terlalu panas sampai tak boleh nak terima apa-apa bentuk makanan sekalipun.

suami paksa makan malam tue pun sebab nak bagi ada tenaga, takmau perut kosong. makan la dua tiga suap lepas tue tolak pinggan. naik bilik konon nak rehat-rehat lagi sekali muntah kat situ. huuuu. tak pernah rasa dugaan demam teruk macam nie. memang nangis je. nangis sebab nak keluarkan rasa sakit dan lemah yang ditanggung. sambil tue berkali-kali ingatkan diri. sabar ummi, ummi kena redha, sakit tue kan penghapus dosa-dosa kecik ;(

syukurlah ada suami kat sisi. dari dia balik keja menghadap muka bini dia nie, sekejap-sekejap lap tangan kaki badan, sampai paksa dia tido baru la berhenti mengelap. memang dia pun cukup risau sebab badan saya terlampau panas sampai berbahang. takut nak ke klinik sebab risau kena tahan wad. saya tau demam saya tinggi dan takde air dalam badan. tak nak tidur wad nanti takut tak mampu nak jaga diri sendiri. huuuu. sampai jumaat petang demam surut sikit-sikit. syukurlah dedua kami cuti boleh rehat kat rumah. 


tengahari sabtu kami suami isteri memenuhi jemputan majlis tunang seorang sahabat. Mak KBU, Cik GKSB. sebenarnya masa demam tue cukup risau kalau tak mampu nak datang majlis dia. saya memegang amanah Kak Sue yang kirimkan coklat untuk dibuat hantaran tunang GK. dengan saya punya hantaran lagi. sangat susah hati. berdoa jela masa tue moga dapat kekuatan nak datang majlis dia.

Alhamdulilah Allah perkenankan, walaupun dah agak lambat masa tue. sampai rumah GK cun-cun sekali dengan rombongan pihak lelaki. terus turun kereta masuk hantar hantaran dulu. syukurlah sempat kalau tidak tatau nak kata cam mana. dan syukur semuanya dah selamat pun. cantik kan orang yang bertunang tue, pelamin dia pun sangat cantik dan lagi satu teruja tengok ummi dia yang cantik dan nampak muda tue(eh sebenarnya memang tatau umur ummi dia bape). auchhhhh semua la cantik :p 

selamat bertunang Cik GKSB dan tunang. semoga dipermudahkan urusan kalian berdua untuk melangkah ke destinasi seterusnya. dugaan dan ujian memang banyak menanti dihadapan. sabar tabah dan cekal hadapinya bersama. jangan dengar hasutan yang bukan-bukan tau ;) terima kasih sudi jemput kami suami isteri.


last but not least. mekasih yayang untuk semuanya. terima kasih susah payah jaga ummi, tahan dengan karenah ummi sepanjang ummi tak sihat. ummi tau semua benda ummi mintak abi buatkan ;( terima kasih sebab bersabar dan bertabah dengan ummi. lebiu dear ;)

#walaupun ummi demam, baby tetap aktif tak duduk diam kat dalam. pesan suruh dia main sendiri, ummi tak larat nak layan =.="

11 comments:

  1. sian kira...akk susahkn kira je ~ uwaaa apa pn alhamdulillah dh kebah demam nya....

    ReplyDelete
  2. ya...klau demam ja msti kena thn wad so k.zai pon suami gak la yg dok lap2 bdn jg mlm2...siap lumur air asam jawa kt kepala bg kurang panas...

    Tahniah pd mak KBU :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih la datang wlpn kami panik sebab ampa xsampai lg...

    sekali rupanya nk sampai dgn pihak lelaki keh3...

    ReplyDelete
  4. dah sihat ke sekarang?..jaga kesihatan tau

    ReplyDelete
  5. Selamat bertunang buat mereka. Sweetnya gambar last tu ☺☺

    ReplyDelete
  6. kmi dlu tem preggy pon demam smpai kena tahan wad 2 hari..depa nk masukkan air je~tkot nati air ketuban dlm bdn kurg..lg 1,amalkan minum air kelapa..mmg sgt membantu! ^_^

    ReplyDelete
  7. jaga diri yer dear !

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya okey2 je...
    kuat sungguh akak nie... ^^

    ReplyDelete
  9. sila tunjuk perut tu. nk tengok. heee.

    ReplyDelete
  10. mcm teruk je demam tuh.. fuhh.. selamat ok dah

    ReplyDelete
  11. demam nak manje ngan husben r tu.. =P aku pun nak tumpang ucap tahniah sekali..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D