29 May 2013

Kisah Khalifah #Mini Playground

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

memang dari awal lagi saya dengan suami dah bercita-cita nak bina mini playground untuk anak-anak bila dah ada rumah sendiri nanti. siap dah berangan kat site mana, itu dan ini walaupun bayang rumah sendiri belum nampak pun lagi :p tapi lepas dengar dan baca pengalaman kawan-kawan, kami berdua macam perlu berfikir banyak kali lagi sebelum nak membina tue.


kisahnya sebab kami berdua sama-sama berkerjaya, jadinya takut bila petang tak sempat nak bawak anak-anak keluar bermain. jadinya nak adakan persekitaran yang seronok dalam rumah sendiri. supaya diorang seronok duduk dalam rumah. tapi bila dengar pengalaman kawan. 

dalam rumah dorang memang lengkap dengan mini playground, ada tablets(itu biasakan) dan memang rumahku syurgaku la. tapi bila balik kampung tak sampai sehari dan mengamuk nak balik rumah sendiri. tak mau duduk kampung. sampai je kat rumah terus tuju ke mini playground yang ada kat dalam rumah. dan yang lagi sorang pulak. bila anak dah seronok tido dalam bilik berhawa dingin, jadi gelisah menangis tak tentu arah bila kena tido dalam bilik di kampung yang cuma ada kipas siling.

saya pun cerita dengan suami. saja nak berkongsi cerita. kata suami "susah jugak kalau ada macam-macam dalam rumah, jadinya bila dorang pegi rumah sesape yang takde 'permainan' dorang kat rumah sendiri, mungkin tue jadi penyebab dorang memberontak". hurm ada betulnya kan. selesa dengan rumah sendiri tue memang betul sebab kita pun lagi selesa bila ada dalam rumah sendiri. 

tapi dulu kita boleh je duduk diam pergi rumah sesape pun. bawak ke mana pun tak berkutik, terima je apa yang ada. itu pun kalau ada. hurm mungkin ummi dengan abi kena tukar plan. hanya ada mini library dan ajar anak-anak susah sikit, bukan kedekut tapi supaya pandai menghargai kehidupan akan datang.

15 comments:

  1. betul tu..kdg2 anak2 perlu diajar supaya bersusah2 sikit,bkn kita kedekut tp sbg satu pembelajaran jg utk anak2 ni

    ReplyDelete
  2. Bagus juga ada mini playground ni..
    tapi klu sy lagi prefer nak wat library kecik tu...mesti best, biasakan anak dgn buku dr kecil lg..:)

    ReplyDelete
  3. sederhana itu lebih indah.. :)

    ReplyDelete
  4. Ya btl....ajar susah ckit...abg dokter k.zai wlaupon mampu tp dia ajar anak2 dia susahnya nk dpt satu2 bnda...Alhamdulillah...anak2 dia bl blk kmpg tdo dlm pns pon mcm x kisah

    ReplyDelete
  5. ibu bapa kita dulu membesarkan kita seadanya . alhamdulillah kita boleh membesar dgn baik dan dengar kata ... besederhana tu lebih baik . yg ptg macam mana kita mendidik minda dan jiwa mereka tentang kehidupan dan iman ...

    ReplyDelete
  6. Betul juga tu kan. Ada pro & con nya juga. Tapi dari kecik ni lah kita nak kena ajar hidup secara sederhana.

    ReplyDelete
  7. kena fikir habis2lah sebelum beli.. maaf lambatterjah, busy sgt2 lately

    ReplyDelete
  8. rasanya betul kot apa yang kak Kiera fikir tu... kalau OE pun OE akan fikir macam tu sebab tengok pengalaman orang lain. tak salah rasanya biar anak rasa susah sikit asalkan die pandai nak menghargai sesuatu nanti, inshaAllah.

    p/s: dah lamenye tak datang sini... hehe... ^^

    ReplyDelete
  9. betul tu..nanti dia bebai bila balik kg or pegi umah sesapa yang xde mainan spt di umah nya...

    ReplyDelete
  10. xde mainan xpe lagi. takut mengamuk xtahan panas la. kang habis dia amuk. hhe.

    bagus3 buat mini library. org pn kalau ade rumah sndiri mmg akan buat satu bilik khas utk library. #berangan

    hikhik.

    ReplyDelete
  11. Ada logiknya juga kiera....sebagai ibu bapa kita nk anak anak lebih selesa dpd kita dulu....tp bagus jugak idea kiera tu....biar diaorg belajar susah!

    ReplyDelete
  12. budak2 sekarang ni lain.. kecik2 pun dah reti gune galaxy note.. kalah aku.. tapi tanye konda kondi langsung tak tau.. +__+ tapi aku pun lagi prefer umah sendiri dari umah nenek or sedare2 lain.. ^^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D