31 March 2015

PJJ ke PDM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perkahwinan Jarak Jauh ke Percintaan Depan Mata. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah syukur akhirnya Allah makbulkan doa kami dan doa semua yang pernah mendoakan kami sekeluarga. akhirnya abi pulang ke pangkuan kami, cewahhhhhh hahahahaha :p




suami dah resign dekat kilang lama dia, kat penang sana. dan ambik keputusan untuk tinggal dengan kami berdua dekat sini. Alor Setar Kedah. walaupun ikutkan jarak penang-alor setar tu sejam lebih tapi mampu ke oii nak berulang hari-hari. kopak duit T.T dan bahaya ke keselamatan seorang abi uwais di atas jalan raya. dah lah masa ummi berulang sebelum bersalin dulu setiap minggu mesti terjumpa eksiden atas highway sampai trauma dan fobia rasanya >.<

keputusan yang dibuat bukan mudah. lama kitorang berbincang. lama muhasabah diri. yela dengan komitmen yang sedia ada dan yang akan bertambah macam mana nak tanggung keluarga. dekat alor setar bukan senang nak cari kerja. bukan tak pernah apply mana-mana, bukan jugak memilih tapi mungkin belum rezeki. belum masanya. belum takdirnya.

yang akhirnya Allah bukakan lorong rezeki sedikit demi sedikit. dari hari ke hari Allah akan jawab setiap keraguan kami. sungguh. kami sendiri kadang tersentak bila hati mula keliru tapi Allah hadirkan jawapan. macam mana? contoh terdekat bila diri mula kembali rapat dengan Al Quran. Dia akan jawab melalui tafsir quran yang dibaca. bukan berlagak alim sangat tapi ini pengalaman saya. cuma share pengalaman yang ada. ehhh kau siapa yang Allah asyik nak jawab soklan ko? kadang soklan ni datang dalam diri jugak. Allah tu satunya tuhan yang saya ada, wajib percaya padaNya dan wajib sandarkan seluruh kepercayaan kekuatan pada Dia. dan saya yakin bila kita letakkan seluruh kepercayaan hanya pada Dia takkan Dia tinggalkan kita. satu tapak kita menghampiri seribu langkah Dia berlari ke arah kita, insyaAllah yakinlah!!..

kadang semalamnya kami keliru, mula ragu dengan keputusan. esoknya bila baca quran sekali dengan tafsir nahhh Allah jawab "Maka ingatlah kepada-ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-ku. Wahai orang-orang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar" surah Al Baqarah ayat 152-153. masa tu jugak terus terdiam. Allahhhhh. nikmat Tuhan Mu yang manakah yang engkau dustakan?

jadinya suami kerja ape dekat sini? dia kerja macam-macam. demi menyara keluarga dan dirinya sendiri. insurans, baja, itu antara kerja yang dia sedang buat dan bakal buat. ustaz ada kata. kenapa kita tengok orang bukan islam ada yang kaya dari kita orang islam. sedangkan dorang menyukutukan Allah. kenapa Allah beri nikmat pada mereka? sebab Allah tu Maha Penyayang. Dia bagi lebih pada orang yang usaha lebih. tak kiralah walau siapa orang tu. cuma beri dengan sihat ar rahman atau ar rahim sahaja yang bezanya. jadi kenapa perlu kami takut dan risau kan. usaha lebih mesti Allah bagi lebih. cuma kena kuat dengan tidak je. moga kami sama-sama jadi lebih kuat semangat dan lebih dekat denganNya lepas ni amin amin. 

29 March 2015

Breastpump Medela

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sebenarnya takde perasaan pun review breast pump medela ni. sebab rata-rata mommys mesti kenal brand ni dan mesti tau fungsi dia ape semua. tapi disebabkan ummi is dah kekeringan idea. ahhhh bubuh jela gitewwww :p

saya ni bukanlah anak orang kaya, isteri orang kaya ataupun diri ni kaya sangat nak beli medela. sebab? bagi saya dulu, ini dulu!! sesape yang pilih untuk beli medela sebelum cuba beli produk lain memang orang tu banyak duit huuu. sebab medela ni mahal. masa saya baru bersalin dulu kalau takde seribu plus plus memang jangan harap la engko nak merasa pakai breastpump brand medela ini ye. tapi ada je yang pakai konsep alah membeli menang memakai kan. kalau tidak seorang ummi uwais is memang memegang konsep itu tapi disebakan medela ni terlampau mahal terus macam erm erm...

tapi alangkah menyesalnya seorang ummi uwais kerana? bila dikira kira balik belanja yang dah beli tiga breastpump dulu tu ermmm yang pertama rm80, kedua rm130, ketiga rm250 ke tak silap. ko kira lah dah berapa kerugian yang ditanggung huuu. tapi mujur la yang ketiga tu tak rosak dan dah selamat dijual sebagai pre love. alhamdulilah. takpe la belajar dari pengalaman kan.

dan nasihat saya bagi sesape yang nak beli breastpump sila lah pegi ke kedai tu sendiri berbanding online shop. kecuali kalau korang dah memang pernah try kawan2 punya pam dan nak terus beli online. dipersilakan. oh ye ada jugak kedai yang sediakan khidmat cuba pam dulu. tapi kebanyakannya dorang akan tunjukkan cara guna pam pada bola kecik yang menyerupai tuttttt kita. ok kena cakap berlapik :p

jadi pam ni elok ke tidak? ko rasa kalau dengan harga mahal gitu tak elok lagi? mihmihmih. so far suction dia tak menyakitkan. memang lembut macam baby punya suction. tapi walau lembut susu tetap mencurah keluar. ada dua suction. satu untuk merangsang atau mengurut breast dan lagi satu sesi untuk mengeluarkan susu itu sendiri. untuk sesi mengurut ada 9 level dan untuk mengeluarkan susu ada 7 level. ke saya yang salah kira entah lah hahahahaha. 

free style. kalau tengah kerja dekat ofis pun boleh buat sesi mengepam. macam saya sendiri. takkan hari-hari nak lari masuk surau 3 kali sehari. nanti orang blame kita makan gaji buta kan dah asyik nak pegi mengepam aje. tak mo orang bising mengata mengumpat, kita pam dekat meja sendiri. pasang pam dekat plug dan boleh la biarkan dia buat kerja dia. kita buat kerja kita. orang pun tak perasan sebab bunyi dia tersangatlah perlahan, hampir takde bunyi pun!!. ohh ye pam boleh cucuk dekat plug dan jugak boleh pakai bateri. 4 bijik bateri double A. kalau nak pakai bateri sila lah beli bateri yang boleh cas semula tu. jimat sikit duit ye tak ;)

ada beberapa peraturan penjagaan breastpump medela. pastikan membran ditukar sebulan sekali. membran tu ape? sila rujuk di sini. tapi sepanjang saya beli bulan november tahun lepas sampai march tahun ni tak pernah tukar lagi :p yela dah elok buat ape membazir beli yang baru. sekeping membran tu pun beli pakai duit jugak :p



dan pastikan tiub panjang ni takde masuk air. tapi incase masuk air jugak macam tiub saya ni boleh pasang terbalik. make sure yang berair tak dicucuk pada motor pam. kalau tidak. say goodbye lah pada pam mahal engkorang tu bila motor pam dah di masuki air hikhikhik.

apa lagi ye? takde ape dah kot. kalau ada nanti saya update lain. macam mana pulak ummi uwais boleh terbeli medela ni? sebab masa tu ingatkan Malish tu rosak. itu yang saya kata pentingnya kita beli dekat kedai sebab promoter akan ajar kita dari A-Z pasal pam. rupanya Malish saya aritu cuma kena tukar membran je tapi sebab tatau.... bak kata suami. "memang dah rezeki syg nak pakai medela jugak" alhamdulilah hihihi :p

tapi akan ku juga medela ini dengan baik walaupun nanti lepas dah tak pam susu untuk uwais lagi huuu. dah beli mahal-nahal kena la jaga dengan baik bila tak nak guna. atleast nanti kalau ada rezeki anak kedua kita cuma perlu keluar sikit duit je untuk beli spare part komponen yang baru kan. berapa harganya yang mahal sangat dari tadi membebel tu? 



RM699 tanpa diskaun untuk set asas lengkap breastpump Medela.. huuu mungkin pada orang lain ala enam ratus sembilan puluh sembilan ringgit jeeeeeee. tapi pada saya yang jeeee tu la yang sakit jugak nak membayo nya hahahahaha. ada je orang jual pre love murah tapi masa saya sangat memerlukan hari tu takde pulak nampak orang jual murah-murah huuu. pernah jumpa paling murah medela jenis ni RM499. rajin-rajin tengok ig shop. sana banyak orang jual pre love. selamat menyusukan anak anda hingga dua tahun ;))))))

soklan : pam mahal mempengaruhi ke susu keluar banyak atau sikit?

pendapat saya. ye pengaruh jugak sikit. sebab dulu saya pakai pam pureen. macam semi auto tu. emosi ada sedikit terganggu tambah dengan suction yang kuat dan sakit sikit. jadi bila tak selesa mempengaruhi susu yang saya sedang buat stock. tapi saya tak paksa pulak suruh beli pam mahal-mahal kannn. sebab pam mahal cuma pengaruh dalam 5% macam tu je :p

25 March 2015

Sel Otak Dah Berhubung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

asyik cerita pasal anak diaaaaa je? ehhh biarlah blog kita bukan kacau blog awak punnnn. hewhewhew :p nanti mesti ada yang kata. macam anak dia sorang je yang pandai yang cerdik itu ini. yelahhhh sape lagi nak puji anak tu pandai, comey, baik budi pekerti, hensem, cerdik bla bla bla kalau bukan ummi abi dia ni kannnnnn :p


Alhamdulilah dah besar budak sorang ni. dah jadi kawan bergaduh ummi hari-hari sampai abi terpaksa pesan dekat dia "yayang jangan lah gaduh dengan ummi" kahkahkah "ok kita berdamai" sebut je ayat tu mesti automatik tak jadi marah-marah ummi dah kihkihkih. ummi memang kuat nyakat pun :p

sekarang selain mulut beret sebut itu ini tanya itu ini Fateh Uwais dah makin pandai hubung kaitkan sesuatu dengan persekitaran dia. macam contoh gambar atas tu. dia bukak kaki kerusi dia. sambung panjang-panjang dan jadikan vacum =.= macam mana ummi vacum macam tu la jugak dia vacum rumah. cuma bunyi vacum Fateh Uwais keluar dekat mulut. voooommmmmm voooommmmmm buat macam bunyi vacum ummi. adoiiiinyaaaa dalam pada takut bunyi vacum rupanya otak dia ligat berjalan!!!

kalau nampak sungai terus sebut "ikannn ikannn" awal aritu tak perasan. bila dia sebut banyak kali sambil tunjuk parit tepi bendang tu baru perasan. ohhhh ikannn. alhamdulilah maksudnya dia tau ikan tu duduknya dekat mana. kalau longkang pun dia akan sebut ikan ikan sambil tunjuk. kenapa longkang jugak? sebab longkang rumah kitorang link dengan parit sawah. kadang ikan sesat masuk dalam longkang depan rumah. sejak tu nampak je air dalam longkang duk ikan dia tak habis-habis. tapi air dalam kolah takde pulak dia kata ikan hihihi sebab takde ikan kot dalam kolah tu.

semalam sambil teman ummi dekat dapur dengar bunyi kapal terbang kat atas. "apal bang" duk sebut ayat tu. ummi macam haaaahhhh ape benda pulak dah ni. bila tanya dia ape? apal bang apal bang. kapal terbang? "haaaaa" kata dia. ohhhh tau dah itu bunyi kapal terbang. huuuuu nanges ummi ni, sebak rasa bila anak dah pandai macam-macam. ummi yang cenggenggggggggg :p

banyak lagi perkembangan dia tapi banyak nya ummi dah lupa. hahahaha. sebab tu selalu kalau anak pandai buat pape terus lapor dekat abi. anak dah pandai itu dah pandai ini. bila abi balik. abi pulak eksaited suruh anak buat ape yang dia dah pandai tu. hihihihi. macam tu la kisah keluarga kecik kami. kami biasa tak ambik port sangat pasal orang lain. janji kami bahagia bertiga itu dah lebih dari cukup. alhamdulilah ;)))))

ada jugak orang tanya. bagi makan ape sampai pandai macam ni? ummi paksa dia telan kismis 7 bijik hari-hari!!!!! hahahahahaha takde lah. bebudak ni secara umumnya semuaaaaaaa dilahirkan bijak dan pandai cuma yang beza cara kita asuh dan tajamkan akal diorang. apa yang kita sebut, setiap perlakuan kita, setiap langkah kita dorang perhati dan akan ikut. betul, semua yang Fateh Uwais buat dan sebut semua dari ummi dan abi. iye, semua. kami cikgu pertama dia. sebab tu kami saling mengingatkan. jadi role model yang baik pada anak. jadi role model yang baik pada anak. insyaAllah macam mana acuan begitulah kejadiannya. lagi satu jangan sekat pembelajaran dia. kalau dia buat salah atau makan comot biarkan je dulu, lepas tu bagi dia tengok apa natijahnya bila dia dah buat salah tu. 

macam Uwais nak makan coklat sendiri, saya biarkan. kenapa nak sekat, dia nak belajar. dah makan habis comot mulut dengan baju dia. sibuk duk "omot omot" dekat kita suruh lap mulut dengan tangan dia sebab dia jenis penggeli. lepas pada tu bila nak makan saya kata biar ummi yang suap. adik kan tak suka comot. alhamdulilah buat masa ni dia mendengar kata. saya tau saya ni siaplah nak mengajar orang lain kan. tapi ape yang kita ada sama-sama kita kongsi. sama-sama usaha dan belajar lagi jadi ibu bapa yang baik dan hebat kan?! :) 

23 March 2015

Makanan Yang Masih Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
rinduuuu

sementara ingat ni kita pulun la cerita pasal pantang mantang ye kihkihkih. biasa dengar tak yang lepas habis pantang 44 hari pun ada jenis makanan yang tetap kita masih kena pantang. macam contoh laksa lah yang paling banyak orang sebut kan. antara sebab? risau angin yang datang dari dalam makanan memudaratkan diri ibu yang baru lepas pantang dan bersalin. yela bukan senang dan bukan cepat ibu lepas bersalin ni nak recover balik, kena pelan-pelan lah kan.

ehh dah kenapa ummi uwais ni sibuk dengan pantang dia? mama selalu pesan kat saya, kita ni bukan nak pakai badan sehari dua je tapi seumur hidup. kita ni bukan nak berlaki setahun dua je tapi sampai syurga kalau dengan izin Allah. dan senior opismate selalu pesan. kita ni kalau tak pantang bukan kita nampak esok atau bulan depan tapi bila kita dah 30** nanti. dorang pesan sebab dorang dah rasa sakitnya. dan saya sendiri pun dah rasa sakitnya bila terlanggar pantang dulu huuu. 

masa saya pantang cuaca panas. tak cukup kipas siling. tambah lagi kipas berdiri tu haaa. dah tu malam pulak lari pegi duduk bilik ekon mama papa cumanya angin ekon tak tala ke saya dengan uwais, kitorang pilih untuk tido bawah asalkan dapat sipi-sipi sejuknya ekon tu. tapi saya tatau masa tu, yang rupanya sejuknya tu semua makan diri saya balik. bila uwais dah setahun saya pun dah mula kerja, asal dekat opis je mula la sakit itu ini. sengal-sengal belakang badan, pinggang dengan kaki bila kena ekon. ekon dekat opis kan kuat. badan tatahan. kalau dulu sebelum bersalin elok je badan tahan lasak dengan cuaca sejuk ni. sekarang ermmm padan muka sendiri =.="

Laksa

saya pantang setahun lebih. sebab utama, bunga kantan tu yang bagi angin. maknanya asam pedas ke nasi kerabu ke kena lah pantang jugak sebab ada bunga kantan dalam tu. lagi satu orang kata sebab laksa tu sendiri kena masak dua kali. itu yang tak boleh makan. orang tua-tua lah yang kata ni. benda kalau masak dua kali atau perangat (dipanaskan balik) tak boleh makan. 

Mee

konon ingat mee boleh lah makan dah. saya try masa uwais 4 bulan lebih ke 6 bulan lebih ntah tak ingat. elok je makan mee. malam tu terus sakit-sakit badan sakit urat. padahal rasa sikittttt je pun.

Kangkung dan Kacang Panjang

oder nasi goreng kampung yang terlupa dalam tu mestilah ada dua sayur utama tu kan. tak tunggu lama. elok je beberapa jam terus demam urat. yang ini memang pantang yang paling utama kena saya ingat kemudian hari. paling berbisa untuk seorang ummi uwais huuu

Tembikai Susu

saya tatau yang tembikai susu lagi berbisa dari tembikai merah. opismate tegur masa nampak saya makan buah ni. dia kata tembikai susu ni bisa. tapi dah termakan kan. sengih jela. esoknya tu dah mula sakit urat dekat belakang. besoknya mengadu dekat dia. dia kata "semalam makan ape?" nguuuu tatahan jugak rupanya ye.

merasa jugak istilah 'gemuk' satu masa dulu tu huuuu

seingat saya empat ni jela yang paling saya tatahan. yang lain alhamdulilah bila cuba takde mudarat pada diri. sebab tu selalu saya pesan kawan-kawan dengan adik-adik. kita kena try sikit dulu, baru kita tau apa yang kita tatahan. sebab darah dalam badan kita tak sama. ada orang yang boleh ini, ada yang tak boleh itu. try dan error lah ye :)

tapi semua yang diatas saya makan sekarang ni. haaaa tak lama pun kan kena pantang. pejam celik pejam celik dahhhhh boleh pulun makan balik kihkihkih :p tapi macam entry lepas. cara pantang ni tak sama. ikutlah pada kemampuan dan amalan masing-masing ye tak ;)

22 March 2015

Kan Dah Kata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kan dah kata budak kecik manja ni demam rindu kan abi dia huuu. anak ummi abi dah besar. memang budak kecik ni manja sungguh dengan abi. macam kak Lydia kata kalau dulu dia kecik bila rindu pun tak reti habaq. tapi sekarang dah besar, dah reti cakap, dah reti bagitau rindu abi huuuu. 

Alhamdulilah elok je abi balik jumaat aritu dah mula sejuk betul badan dia. takde dah tengah malam badan panas macam malam2 sebelumnya. sampai ke hari ni alhamdulilah takde dah demam2 lagi wuuuu jenuh la macam ni anak bila abi takde awak demam pulak. menangis ummi ni tau ;'(((((

hikmahnya ummi demam seminggu waktu dia kecik dulu yang dia jadi rapat dengan abi bila abi uruskan hal dia semuanya. dan hikmah nya bila abi pertaruhkan weekend ahad abi untuk mengasuh anak dengan tangan sendiri. Alhamdulilah keputusan kami satu masa dulu Allah permudahkan dan Allah berkati. syukur. takpe la anak, ummi tak kisah awak nak jadi kembar siam busuk masam manja abi sorang pun. sebab, ummi boleh membaking dekat dapur tanpa ada baby bear yang gayut dekat kaki. hewhewhew :p

19 March 2015

Pantang Ummi Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kahkahkah dah setahun setengah pun budak debab sorang tu. baruuuuuu teringat nak cerita. itu pun ingatan dah terkikis sikit-sikit. haila ummi. syok ada blog ni. semua cerita sumbat sini dah macam diary. besok-besok kot kalau nak cari pape search aje. almaklum lah kalau tulis kat buku ke hp ke entah mana letak sudahnya lupa jugak.....

saya pantang dekat rumah mama sendiri. mama yang jaga. tapi mama kata dia ingat pesan arwah opah dulu. kalau boleh pantang yang pertama ni jangan ketat sangat, takut nanti satu hari bila saya kena pantang sendiri dan saya terlanggar pantang jenuh badan merana tanggung sakit. biasanya kalau macam mana pantang yang pertama macam tu jugak la kena pantang untuk anak yang lain nanti kalau Allah izinkan, sebab tu kalau terlanggar pantang yang kedua atau ketiga bahana badannnnn

Makan

bab makan yang boleh longgar nya pun. itu pun takde la boleh bedal benda yang memang dah terjamin berangin macam terong ke atau kacang panjang tu. masa saya dulu mama cuma goreng atau panggang ayam, ikan dan daging. kekadang mama buat gulai masam ikan. ayam tengok jugak setengah orang tatahan, boleh gatal. macam saya alhamdulilah tahan kalau tidak kedip mata aje la tengok orang makan ayam hahahaha.

ikan pun ada jenis. bawal, ikan merah, ikan termenung, ikan jenahak, ikan bilis. yang tu jela pun yang saya ingat. haaaa kan dah kata terlupeeeeee. haishhhh. paling suka makan ikan bilis sangai dengan lada hitam. itu pun setengah orang ikan bilis tatahan, tatahan tu macam mana? bila lepas je kita makan tu akan rasa gatal dekat tettttt tu. haaaa tunggu la lepas pantang pulak baru boleh makan. atau rasa tak sedap badan, rasa lenguh badan sakit urat ke atau demam urat. itu pun petanda badan tatahan dengan satu-satu jenis makanan. bihun pun saya dah mula makan masa dalam pantang.

baby dalam pantang satu masa dulu...

Sayur

pun ada beberapa jenis sayur je. yang paling pebret dan terpaksa rela makan sepanjang pantang. sawi lah kan hahaha sawi celur, sawi masak air, sawi sawi dan sawi aje la hahahahaha. tapi iols tak kisah pun sebab sawi celur cicah sambal tu memang pebret dari dulu cumanya sambal jela kena lupakan masa pantang kan. oh ye mama memang sediakan sayur yang boleh tambah susu je. macam sawi tu lah kan, lagi satu lobak putih tapi lobak putih tak berapa sedap. telan aje la demi khasiatnya. bawang putih pun saya telan demi mengeluarkan angin dalam badan. selalu mama gorengkan sekali bersama ikan bilis, cabai dan bawang besar. kalau nak makan macam tu je memang sampai habis pantang pun idak lah kihkihkih

Air Rebusan

Air rebusan kunyit, halia, 3 biji lada hitam yang ditumbuk, air asam jawa sikit, gula merah atau gula kabung pun sikit je dan secubit garam. dah masak atas api sampai mendidih dan kemudian tapis airnya. yang ini minum cuma tiga hari je, dan satu cawan kecik aje setiap kali minum. tapi peritnya nak telan Allah je yang tau huuu. tapi bila mengenangkan untuk kebaikan diri sendiri dan untuk peredaran darah yang lancar telan jugak lah pun. 

Air rebusan daun sireh. yang ini untuk mencuci bahagian luka miss V. guna air rebusan semulajadi rasanya lebih baik dari guna sabun pencuci yang banyak jual dekat toko-toko jamu kat luar tu. huuuuu pendapat sendiri lah haaaa

Mandi

Selain tu, setiap kali mandi pagi suami atau mama akan sediakan air suam untuk saya, dalam air suam tu kadang ada daun sireh yang dah rebus sekali, untuk bagi segar badan. yela kan masa berjuang lahirkan khalifah kecik tu dah berhabis tenaga. saya takde watter heater jadi kena buat sendiri la air suam tu :p masa petang pulak baru mandi air paip biasa. kalau ikut bidan dia tak bagi mandi basah rambut sepanjang pantang tapi sape tahan oiiii kalau tak cuci rambut @.@

setiap kali mandi atau buang air besar kecik memang kena duduk atas kerusi kecik kat bawah kepit2. mama tak bagi saya mandi berdiri takut bentan katanya. tandas rumah mama papa pulak jenis cangkung. suami beli kan kerusi khas yang boleh duduk dalam tandas tu haaa. legaaaa. haaa la masa pantang mana boleh sesuka hati mencangkung, ke ada yang boleh saya tak pasti lah pulak. 

Mengurut

yang ini memang dah masuk list awal-awal. untuk buang angin dalam badan betulkan urat mana yang terlari atau berselirat. bidan tau la kan kerja dia. lepas berurut memang rasa legaaaa je ringannnn je badan ni. sebelum urut saya alami masalah susah nak buang air besar, jalan pun sakit kat tulang punggung. lepas bidan betulkan tulang punggung, rapatkan baru ok. baru tetiba jadi lawas. katanya sebab saya pernah jatuh masa bujang dulu, tulang tu lari. tapi masa dia rapatkan tu rapat jugak la gigi saya tahan sakit wuuuu. lepas urut susu pun alhamdulilah susu jadi lancar menitik2 mencurahnya. nak nanges rasa tengok susu banyak cenggitu.



Bertungku

untuk lancarkan peredaran darah, untuk keluarkan darah2 beku yang tersangkut dalam rahim tapi nak bertungku pun ada caranya jugak bukan boleh sebarang tungku. alhamdulilah bidan saya aritu ajar cara bertungku yang betul. "kena cangkul korek dia macam ni" sambil ajar kita bertungku. tungku pulak balut dengan daun mengkudu. memang bau dia wangiiiii je.

Keluar Rumah

mama memang tak bagi saya keluar rumah sesuka hati walaupun hanya nak hantar kawan yang melawat kita depan porch rumah. kalau rasa nak tengok matahari tengok aje la dari tingkap rumah. boleh keluar pun masa nak cucuk uwais sebulan aritu dengan check up dekat sepital. selain tu tak payah la merasa nak hirup udara dekat luar. untuk elak dari badan masuk angin dan bentan. tapi nikmatnya bila dapat keluar rumah lepas habis pantang Allah je yang tau hihihi.

saya ni pantang kampung dan ada moden sikit-sikit. ikut cara sendiri kan. cara kita tak sama. saya ni orang perak. orang perak memang pantang nya ketat sikit. tapi takpe lah kan. 44 hari je pun nak pantang nya lepas tu ikut la nak buat macam mana pun ;)))))  

18 March 2015

Demam Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Abi tu BFF Fateh Uwais. Kembar Siam. Abi yang paling baik. Orang yang paling seronok nak ajak main. Manusia yang selalu bagi Fateh Uwais peluang dan ruang bebas meneroka macam-macam. dan yang selalu tegur bila dia buat salah. sebab tu bila Fateh Uwais dah makin besar, makin dia rapat dengan abi.

dalam minggu ni dia dah mula tido peluk abi. habis je susu dekat ummi, golek-golek pegi tido peluk abi. kaki atas perot abi, tangan peluk dada abi, hidung cium ketiak abi =..= sampai abi tu kalau pusing badan sikit memang gedebuk lah jatuh katil punya anak mengimpit sungguh-sungguh.

malam tadi abi 'outstation' dan ummi hari-hari nampak dia terjaga tengah tido bangun turun katil tatau lah dia cari abi ke ape. bila tanya "yayang nak ke mana tu? ummi kat sini" baru dia patah balik dan sambung tido huuuu. 

malam tadi tengah malam rasa badan dia panas sangat. tido pun tak lena. kejap-kejap merengek menangis dapat susu sambung tido balik. demam pulak dah budak ni huuuu. bangun pagi alhamdulilah rasa dah kurang panas. upah bagi tengok gambar abi. abi pulak call pepagi nak cakap dengan anak. seronok kemain haaaa dapat dengar suara abi. senyum sampai telinga. hp tak boleh ummi ambik. 

hari-hari sebut. "abiiii jaaaa" bila pegi dapur cari abi, baru teringat abi takde terus mulut tu sebut "abiii jaaaa" abi kerja. ulang sebut ayat tu lah hari-hari huuuu. sebak hati ummi ni. sabar yayang tak lama lagi insyaAllah. 

*********


17 March 2015

Anak Cina Mana You Bawak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


"eh anak sape u bawak ni?"

"anak i lah!"

"ye meh? macam anak cina lorrr"

kahkahkah selalu je seorang abi uwais tu bara bila berjalan berdua dengan Fateh Uwais. orang selalu ingat dia 'culik' anak chinese mana-mana mihmihmih :p

tapi yang sebenarnya chinese look dari dulu tu abi uwais sendiri, kalau dulu dia kata pernah ada uncle cina sembang kantonis dengan dia. cuma sekarang je dah legam sejak selalu 'main' panas kat site hewhewhew


Alhamdulilah Allah kurniakan kulit yang bersih untuk Fateh Uwais. tak susah nak jaga kulit dia. sabun ape pun balun aje cuma bedak je ada jenis yang dia tatahan. opah memang panggil dia baby korea. baru lahir kulit putih gebus. tatau la nanti dah lagi besar kot reti main panas jadi legam macam abi jugak kan. ehhh :p

tapi perkataan "chinese look!!!" memang selalu lah kitorang dengar bila bawak dia berjalan. tatau lah baka chinese look dia datang dari mana. cuma masa mengandungkan dia memang benci sangat dengan pelakon korea tu, memang benci sangatlah!!! tapi orang takde kata korean look pulakkk hikhikhik jangan orang ingat kitorang culik anak cina mana pulak sudahhhhhh 


*************



WAKIL SAH PruBSN : NADZRI
CONTACT NUMBER : 0124376410

16 March 2015

Roti Bakaq Teloq Meleleh I Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

yang ini ummi punya 
Bread & Egg + Cheese + Sosej
RM4.50

disebabkan ummi ni selalu 'menyanyi' dekat telinga abi uwais teringin roti bakaq teloq meleleh yang orang selalu duk post dalam ig dan pesbuk tu. abi pun tolong tunaikan impian seorang ummi uwais. gitu la hikayat seorang abi uwais. selagi termampu terdaya memang ditunaikan impian yang tersayang. bukan ummi je yang dia sayang okeyyyyyyy

abi oder
Double Bread + Single Beef + Egg 
RM4.50

Lokasi dekat AgroMart Jabatan Pertanian Jalan Kuala Kedah berdepan dengan SK Telok Kechai Kuala Kedah. kedai yang kami pegi ni bukak pagi sampai petang tak silap. pegi semalam dah petang lepas habis waktu kerja alhamdulilah bukak lagi. selalu kalau lalu mesti dah tutup. memana kedai pun macam tu. kalau lalu dekat depan kedai dia boleh nampak ada banyak banner yang dia letak tepi jalan, dan kedai dia memang tepi jalan je.


ada 18 menu semuanya. bukan je ada roti bakaq ada sekali bubur bermacam jenis. bubur berlauk pun ada. kalau rasa tak suka atau tak kenyang makan roti boleh oder  bubur pulak ye. roti bakar memang dia buat fresh form dapur dekat situ je. presentation bak kata suami memang kelasssss, susah lah nak dapat makanan yang sama sebijik macam dalam gambar ni. harga pun masih mampu poket.

simple menu Fateh Uwais punya 
Original Bread + Egg
RM2.50

tapi Fateh Uwais tak berapa suka makan. satu nya dia tak suka telur, dan dia tak suka sos serta mayonis yang dia rasa menggelikan bila masuk dalam mulut tu. huuuu dalam banyak-banyak makanan memang jangan lah bagi benda sos atau cheese yang cair-cair ni memang dia luah balik punya. tapi ummi takde pilihan dah bubur pun dia takmo makan sekarang ni. oder la jugak roti dekat dia yang akhirnya abi jugak terpaksa habiskan. huuuu 

roti memang sedap semuanya. cuma kalau saya dengan suami memang boleh makan satu set sorang je. makan lebih-lebih terus muak rasa nak keluar balik je semua. mungkin sebab mayonis dia terlampau banyak dan kami bukan penggemar mayonis sangat. tapi puji la tukang masak dia tak kedekut mayonis dan tak kedekut sos. overall memang sedap cuma tu la macam kata tadi tak boleh makan lebih dari satu set. saya bagi 4/5 bintang bintang berkerdipan hihihihhii. 

12 March 2015

Indoor Activites

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


disebabkan abi dah janji "yayang tido dulu, nanti lagi dua jam yayang bangun abi bawak pegi main. sekarang panas lagi" dan memang tepat 2 jam yayang kecik abi tu pun bangun =.=" elok je keluar rumah tikk tikk tikk hujan turun sikit-sikit dan makin lebat wuuuu. abi dah pandang ummi, ummi pandang abi. anak dah hepy dah sebab dah janji sobsssss.

abi kata jom kita pusing dulu, sebab dah keluar ni karang bebai pulak budak ni. dan alhamdulilah kerana cerdiknya akal yang Allah beri ke Fateh Uwais. bila dia sendiri tengok air hujan dekat cermin kereta dan abi kata, "hujan ni kita tak boleh main dekat luar, nanti abi bawak main dekat tesco boleh?" Fateh Uwais angguk-angguk dan tak bebai dah sebab janji tak mampu ditepati masa tu huuuuu. dia ni pesen ummi, kalau dah janji tu sila lah penuhi kalau tidak mesti dalam hati memberontak serupa ape je. baik jangan menabur janji, buat seprais itu lebih baik. abi dah kenal dah kot wife dengan anak dia punya perangai.


ke Aeon Alor Setar je. dekat food court sana ada playground yang agak selesa dan seronok jugaklah untuk seorang Fateh Uwais main main dan main. kemain lagi abi kata dekat setengah jam jugak la dia main. nak pulak jumpa kawan sebaya dia kemain lagi lumba sape panjat dulu, sape turun dulu. anak ummi dah besarrrrrrrr.


cuak la tu. ummi abi suka buli dia. masuk duit dalam kereta bunyi-bunyi ni. seorang Fateh Uwais memang kaku tak bergerak bila kereta tu gerak-gerak. nak pulak kalau jenis gerak banyak sangat, goncang atas bawah ke, muka terus pucat. kahkahkah. abi kata pernah satu masa sampai dia melompat turun sebab takut sangat kereta tu gerak-gerak kuat sangat. kihkihkih


musim cuaca panas ni kalau boleh memang taknak bawak dia berjemur sangat. risau. kita yang dewasa ni pun rasa panas membahang tatau nak cerita. ini kan pulak budak kecik macam dorang ni. tapi alhamdulilah Fateh Uwais jenis kuat minum air masak. kalau tidak risau jugak kot dia ter hydrate ke ape ke huuuu. moga dijauhkan lah amin

11 March 2015

Tambah Hayat Kredit Telefon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Info asal dari Kak Adish Shida. bila dah ada dua number telefon. eh silap tiga pun haaa, kemain kan seorang ummi uwais. hewhewhew. salah satu number mesti jarang pakai tapi bila nak terminated macam sayang sebab dah lama guna dan ada benefit lain kan. macam saya number celcom memang selalu guna. wassap wechat call mesej memang aktif dekat situ jela. digi hanya untuk internet, dekat rumah digi jela yang paling laju pun sekarang ni. itu pun bila malam dah mula macam siput oink oink., yang terpaling jarang guna adalah maxis. 

tapi maxis ada gunanya jugak contoh untuk kejut suami bangun tido bila dia 'utstation' sana nun atau kalau nak call sekejap sekejap sekadar bertanya "nak beli ape?" bukan tak boleh guna celcom tapi sebab pakej celcom saya 28sen/5minit jadi rugi lah kan kalau sekadar nak sebut "abang bangun" kemudian letak. huuuu jatuh 28sen hari-hari. rugi tauuuu. tu belum lagi call sekadar nak tanya benda kecik-kecik yang cakap nya sekadar seminit tu aje. dah kalau cakap seminit tapi call berkali-kali sehari kira sendiri kerugian yang terpaksa ummi tanggung. di zaman gst ni semua benda kena jimat oiiiii. 

tepek gambo budak gebu umur 11 bulan satu masa dahulu ekekekekeke :p

ehhh panjang pulak intro :p jadi selalu lah terjadi kredit terlebih untuk number meksis saya. terjadilah berlambak-lambak  kredit dalam tu tapi tempoh dah habis lama dah. penyelesaian. kita beli hayat dia yang baru. caranya?

untuk pengguna Maxis

  • taip *100#
  • pilih 6, Akaun Saya
  • pilih 2, beli Validity
  • pilih 1 atau 2 terpulang pada masing2
  • 1 RM8 untuk 90 hari
  • 2 RM33 untuk 365 hari
sila buat pilihan yang bijak ye....

untuk pengguna Celcom

  • taip *118#
  • pilih 9, Akaun Saya
  • pilih 3, Perkhidmatan Lain
  • pilih 3, Tempoh Sah Kredit
  • pilih 2 atau 3 terpulang pada masing2
  • 2 RM30 untuk setahun
  • 3 RM50 untuk dua tahun
cumanya kalau Celcom kena ada sekurangnya RM30 setiap bulan selama 6 bulan selepas aktif. kalau tidak service hayat yang dibeli akan di terminated secara automatik, kalau Maxis takde ye kawan-kawan. 

untuk manusia yang macam saya ni boleh la beli hayat kredit ni, jarang nak guna telefon. orang dah kawen dah beranak weiii mana nya nak bergayut cakap telefon je. kecuali telefon mama hari-hari itupun takde la berejam2 lamanya. jadi kredit pun lambat la habis. 

ohh ye untuk pertanyaan lain sila call maxis atau celcom center ye. pengetahuan saya setakat yang saya tulis ni sahaja. tambah hayat ni bermaksud kita beli, bayar dan bukan percuma semata-mata jadi selepas beli hayat yang baru memang kredit akan ditolak dari baki akaun anda. nanti kot la ada yang terkejut ehh dah kenapa baki kredit aku tinggal sikit ni. jangan gelak!! sebab memang ada soklan yang keluar macam ni =.= tapinya memang ada syarat jugak nak beli hayat ni. macam celcom MIL tak boleh buat sebab MIL pakai pakej student universiti tu haaaaa. pakej lain wallahualam :) 

**terhasilnya entry sebab ummi selalu terlupa step by step haaaa bila nak renew baru kihkihkih

10 March 2015

TriGold EyeCare Tu Ape?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


susah hati sangat sekarang ni. power rabun semakin naik dan naik. last tukar lense masa mengadungkan Fateh Uwais dulu, dan bila mata dah tersangat sakit, setiap kali bila drive pagi matahari menyucuk mata terus mengadu dekat suami nak tukar spec lah, dan bila tukar spec aritu optometric kata rabun belah kanan dah naik jadi 250 belah kiri maintain macam sebelum ni 200. aduhhhh patut la bila pakai spec lama rasa sangat tak selesa. 

kalau dekat rumah memang biasanya free spec sebab rasa macam arghhhh aku takmo la pakai spec lagi, rimas pulak haaa dah dekat ofis pakai spec dekat rumah lagi. nak pakai lense seriau pulak nak cucuk-cucuk mata tu huuu. 



Jumpa produk baru dari Legacy Secret. Trigold Eye care. okey tak salah mencuba kan, kita try dulu mana nak tau berkesan ye tak. 


PRODUCT INFO TRIGOLD EYECARE (minuman kesihatan untuk masalah rabun mata, silau mata, penglihatan kabur dan sebagainya)




Kegunaan/Khasiat :
Membantu mencerahkan penglihatan mata.
Mempunyai kandungan antioksida yang tinggi.
Melindungi mata dari sinaran yang tidak elok.
Mengurangkan masalah rabun mata dan silau
Mencantikkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.




Cara guna : 1 sudu besar, 2 kali sehari selepas makan.




tapi sebab rabun saya agak kuat, saya makan dua sudu besar sekali makan. dua kali sehari. alhamdulilah bila free spec dekat rumah takde la rasa macam tak selesa, kalau tidak tu dekat rumah adakala kena jugak pakai spec bila mata mula rasa pedih dan berair. huuuu. bila mata kena cucuk matahari pun alhamdulilah takde terus berair lagi. dan lagi satu takde rasa macam mata kering. those yang pernah mengalami akan tau macam mana rasa mata kering tu. rasa macam dalam mata ada pasir. bila gonyoh2 keluar taik mata hewhewhew.



inilah matahari cucuk mata yang saya pulun cerita dari tadi tu

disebabkan rabun saya yang agak kuat, mungkin lambat sikit dia nak recover, kena consume botol selanjutnya, insyaAllah akan ada kesannya nanti. Allah jua lah yang menyembuhkan setiap sakit dan ujian yang diturunkanNya. jangan lupa selawat dan doa dulu sebelum minum ye. harga pun tak mahal sangat RM45 setiap botol dan boleh dibeli dari sini





Formulasi
1. Lutein 1.00
2. Ekstrak Bilberry 1.00
3. Ekstrak Sunflower seed 1.00
4. Ekstrak Carrot 1.00
5. Ekstrak Tomato 1.00
6. Ekstrak Broccoli 1.00
7. Ekstrak Elderberry 1.00
8. Ekstrak Apple 1.00
9. Lain-lain 92.00








Isi Kandungan:


Lutein berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan, mencegah katarak mata dan memperkuatkan retina.


Ekstrak Bilberry digunakan mengatasi gangguan pembuluh darah dan penyakit mata karena mengandung zat aktif yang disebut antosianosida atau lebih dikenal dengan antioksidan.


Ekstrak Sunflower Seed merupakan sumber yang sangat baik dari vitamin E dan bertindak sebagai antioksidan.


Ekstrak Lobak merah berfungsi untuk mencerahkan penglihatan mata disamping membantu menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan, menormalkan metabolisme.


Ekstrak Tomato bertindak untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.


Ekstrak Brokoli mempunyai beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C, K, dan mineral seperti kalsium juga zat besi bertindak menjaga kesihatan mata.


Ekstrak Elderberry berfungsi merawat mata yang kabur.


Ekstrak Apple berfungsi memberikan kesihatan pada mata dan penglihatan.






FAQ
===


Menyusu bayi boleh minum .?
==================
- Boleh tiada masalah, kandungan Trigold ini selamat untuk bayi dan juga ibu. herba dan buah- buahan sahaja


Mengandung boleh minum .?
==================
- Boleh tiada masalah, kandungan Trigold ini selamat untuk bayi dan juga ibu. herba dan buah- buahan sahaja




Sebotol boleh tahan berapa lama. ?
=======================
-Sebotol boleh tahan 10-12 hari bergantung pada penggunaan. Jika masalah teruk, saranan ambil 4sudu sehari,2x pagi sebelum makan dan 2x malam sebelum tidur.




Kalau Power tinggi boleh sembuh ke ?
=======================
- Jika power tinggi sangat kena consume lama sikit disamping jalani latihan fokus mata setiap hari Untuk yg power kecil, InsyaAllah mmg nampak kesan.




Trigold Eyecare khusus untuk :
Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata Mencantik dan Melembabkan mata yang lesu Sesuai untuk Masalah mata berair Melegakan masalah gatal mata ( resdung ) Hilangkan masalah mata kering sembuhkan masalah mata merah Pulihkan masalah Rabun malam








HARGA :
Sebotol RM45/49ss (Normal EXclude postage)
3 botol RM135/140ss (Normal EXclude postage)
PROMOSI : 3 BOTOL RM120/130SS




PAGES : Ubati Masalah Rabun Mata - TriGold Eyecare
https://www.facebook.com/LegacySecretTrading?ref=br_tf

Video
Testimonial:
https://www.youtube.com/watch?v=gMHIvggrErQ

Testimonial:
https://www.youtube.com/watch?v=LUHKYsR6UxM

ikon trigold :
https://www.youtube.com/watch?v=3WrS95I65Dg

instagram: @ubat mata
hashtag: #trigoldeyecare