Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

03 December 2014

E-Pump Malish Bermasalah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


E-Pump Malish Single

Saya beli Breastpump Malish ni bulan June tahun ni. Belum pun cukup setahun. Alhamdulilah suction dia ok, bateri tahan lama, nak guna dia pun mudah je tapi ada satu masalah Malish yang saya tak boleh tahan. komponen corong pam dia. selalu bermasalah. tatau apa masalah dia, bila lepas cuci bukak semua komponen esoknya nak pam dekat office mesti tak boleh sedut keluar susu, takde rasa suction dia maksud saya. padahal masa beli dulu ok je. hurmm


Head Pump Malish
penyelesaiannya. saya kena bukak semua komponen kat atas, dan pasang satu satu balik semula sampai complete. kalau takde suction jugak saya akan ulang buat sampai suction dia berfungsi. larat ke ko kadang sampai dekat enam belas kali duk bukak pasang balik, emosi jangan cakap lah pulak. dah bengang tahap ape je sebab tak mau mau. dah kalau perasaan emosi muncul sedikit sebanyak dia akan ganggu produktiviti susu. kalau nak susu lancar dan mencurah-curah masa mengepam diri kena tenang, relaks, tak kalut. tapi dah kalau marah-marah dekat pump yang tak mau fungsi dengan baik tu tak ke produktiviti susu ummi terjejas T_T


Membran (getah kecil putih)
Membran yang dah mula kena ganti

Membran yang baru (rapat)

rupanya ada sebab yang suction takde. jawapan dia MEMBRAN. sila rujuk gambar pertama di atas. memana jenis pump electrik yang ada membran ni memang takkan ada suction sekiranya membran dah lama pakai dan renggang seperti gambar ke dua. untuk Pump Jenis Malish 3 bulan sekali wajib tukar. saya dulu beli dekat online, biasanya kalau kita beli online mana la ada penerangan secara terperinci berbanding kita beli kat kedai kan. bezanya nak tau membran kita yang bermasalah atau tidak bila takde suction. rujuk gambar kedua dan ketiga. 


  
Oh ye satu lagi tips sebelum pasang komponen pump, pastikan komponen bebas dari air. maksudnya lepas je basuh cuci bersih sila keringkan ia supaya ia berfungsi dengan baik dan cergas. dan satu lagi tips yang baru dapat hasil berjalan keliling blog orang lain. lepas je kita pump dekat office boleh simpan terus corong pam tersebut dalam beg susu kita ye, tak perlu basuh sehingga sesi kedua atau ketiga. namun!! ada namunnya, hanya boleh bertahan selama 24 jam. lepas 24 jam dah tak boleh guna pakai sekiranya belum di cuci bersih menggunakan sabunnnn. kenapa? sebab susu ibu itu sendiri ada bakteria baik yang terkandung dalamnya. jadi kalau dekat office takde la masalah nak tunggu corong kering apa nya kan. jelas? kalau tak jelas sila kemukakan ye. ehehehe :p 


dan satu lagi yang penting. untuk memasang headpump. pastikan muncung corong berdepan dengan kita, membran menghadap ke kanan atau ke kiri kita. sory gambar tak clear. kenapa ntah wuuuuu. 

ok berbalik ke Breast Pump Malish, dalam bulan ni entah kenapa pump Malish tu banyak buat perangai, siap cakap dekat abi kata dapat bonus nanti nak beli Medela. sebab geram punya pasal. tak memasal pulak dia buat perangai teruk-teruk adoiiiii. Akhirnya isnin awal November lepas, Malish langsung tak berfungsi. motor ok, tapi suction non hadooo. dekat setengah jam bukak pasang bukak pasang sampai jari pun naik melecet. stress takyah cerita la kan. pulun wassap abi ngadu itu ini, last sekali abi kata ambik duit pergi kedai beli Medela. adoiiii berpinar kepala bila ingat harga Medela tapinya sehingga hari ni Medela la yang paling win antara semua pump. alah membeli menang memakai kata orang. hurmmmm

dalam entry lepas ada saya mention kata pergi center Malish dekat Saujana Utama Sg Buluh, bukan Segamat, segamat tu johor nun. silap tempat hahahaha. dan bila diorang check rupanya hanya membran dia yang bermasalah seperti yang saya duk membebel sakan kat atas nun. membran tu cuma berharga RM10 sahaja. mana nak cari? boleh call center Malish, mungkin diorang boleh pos kan kepada anda. atau kalau terdesak sangat cuba beli membran Autumnz dan pakai pada Malish. semalam saya cuba cari dekat kedai barangan bayi, dan sales girl tolong carikan yang paling sesuai pada head pump malish. tak mahal. dua keping membrane RM10. jimat kan? janji senang cari dan boleh masuk.



::SOLD OUT::

dan hari ini saya nak let go Malish Single saya, masa dia bermasalah aritu dan tak sempat hantar ke Center suami suruh beli pump lain dulu, yela sanggup ke nak tahan bengkak susu sementara tunggu pump dekat center dia T_T

RM180 exclude postage

*suction lembut dan tak bising
*anti back flow
*guna cuma 5 bulan
*masih ada dalam warranty sehingga 16 June 2015
*takde masalah cuma kena ganti membrane baru 3 bulan sekali

FREE : HeadPump + Membrane (New)

berminat? boleh wassap saya 0194942450

9 comments:

Hafizin Jamil said...

lelaki tak guna sangat benda ni kak. nak bagi kat isteri pun, isteri tak ada lagi. ehehe

Siti Sharini said...

alahai..so sekarang pakai medela freestyle yerr,,takperlah tu rezeki anak kan dapat susu umi dia banyak2 hihi..

Zai Zamree said...

nti yg 2nd nk kena bguru dgn kira la bab2 bnda ni....hihihi...x pndai

Izwa Kamaruddin said...

selamat menjual.

Aretikz said...

Bini saya pakai manual saja.. takut katanya yg pakai karan ni.. huhu..

juicy X said...

B.pump klo slh psg mmg xda suction.kmi pn pnah gnti getah avent tu..tp rosak atas silap sdri huuu..

cik Anggur said...

dok cari membran tu tak jmpa2 stress toi sib baik ada pam satu lg

Aryan azra said...

akak setakat ni guna yg manual je

QasehnyaRania said...

ala dh sold out.
ciksu x guna apa apa pon.just diect bf j
tp teringin juga nk guna pam.ramai kak sepupu suruh pam juga.ssu ciksu alhamdulillah la, risau takut bengkak susu. masa dlm pantang jadi..perrgghhh sampai demam la..


a’aa.. pasai segamat tu bru nk tnya dlm entry lps tu. jauh tu kira pergi.terpikir juga mesti kira salah taip kot.
kan betul hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...