24 April 2011

Tak Mau Berpisah Dengan Dia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saat Aku Terasa Diri Kekosongan Kau Hadir Mengisi Ruang
Saat Aku Kehilangan Kau Hadir Memberi Semangat
Saat Aku Terdampar Keseorangan Kau Hadir Menghulur Bantuan
Saat Aku Kesepian Kau Hadir Mengubat Kedukaan

Kini Kau Bukan Hanya Datang Ketika Duka Tetapi Juga Ketika Bahagia
Kini Hari Ku Lebih Indah Dengan Ada Dirimu
Tak Lengkap Hari Ku Tanpa Berbicara Dan Bersentuhan Denganmu
Semoga Aku Tidak Pernah Lupa Akan Hadirnya Dirimu
Semoga Aku Terus Setia Bersamamu
Semoga Kalian Juga Mendapat Syafaat Darinya
Syukur Ya Allah Kau Mengurniakan Al-Quran Nur Karim Buat Diriku
Sesungguhnya Engkau Amat Menyayangiku…


21 April 2011

kirin selama perak , syakira yaakub, nadh zher ee dan encik angah kini bukan lagi geng....

assalamualaikum...

ada ke yang terkejut dengan tajuk entry tue? 
kalau tak de pown tak pe....

ye, kini kirin selama perak, syakira yaakub, nadh zher ee dan encik angah kini bukan lagi geng tapi kami kembar....
lagi sekali ye KEMBAR (hambik kau siap bold + capslock lagi tue, hahahaha)
mengapa tetiba dari geng tukar menjadi kembar kerana kami tak nak ada yang salah faham mengenai status kami tue, (chewah dah macam atris lak tetiba,, hohoho)
kami takut ada orang kata kami pilih bulu/kedaerahan pulak (ingat bulu ayam ke nak pilih2)
jadi kembar pasti akan protect kembar die tak kire situasi ape pown....
dan kami kembar yang suka membuli... hahahahaha

jadi kami nak mohon ampun dan maaf sekiranya sebelum ini, masa kini atau akan datang kami ade buat salah atau terguris hati dan sanubari korang semua...
tengok tue kira dah mintak maaf siap2 untuk akan datang sekali...
sesungguhnya yang buruk itu pasti dari kami si kembar 4 nie...




sekian melaporkan berita....

tingkatkan tahap kesabaran

Assalamualaikum...

semoga korang semua sihat dan berada dalam lingkungan keberkhatan Ilahi..
 whole this week adalah minggu yang menguji tahap kesabaran dan iman kira
kata seseorang, makin kita nak dekat dengan Allah makin hebat Dia uji kita
kira pandang semua yang terjadi kat kira nie sebagai ujian dari Dia..
kawan2 doakan kira sabar dan redha mengahadapi setiap ujian nie...
kadang2 kira jugak tak terlepas dari sifat amarah 

dan seseorang ada berpesan
Allah akan uji seseorang mengikut tahap keimanan dia. lagi kuat dia,lagi dekat dia dgn Allah, makin kuatlah ujian dia, dan barangsiapa yang jadikan ujian tu untuk dia makin kuat, makin erat dengan sejadah, makin lunak dengan zikir, makin rapat dengan Al-Quran, dialah yang beruntung...

pesanan untuk kira dan untuk semua agar kita same2 jadi orang beruntung....
terima kasih dekat seseorang tue atas pesanan yang diberi

pada sesiapa yang kira pernah buat salah tue kira mohon maaf....
kadang2 kira tak sedar tindakan kira tue mengundang amarah korang..
mohon maaf sekali lagi...

pesanan penaja :: cik2 dan abg2 yang bekerja dikaunter atau front liner sesebuah organisasi, pasaraya mahupun syarikat atau ape2 jela tolong la senyum dan ucapkan terima kasih.... faham korang penat kerja sehari suntuk tapi kerja tue kan ibadah.. lakukan ibadah dengan hati yang ikhlas...


SEKIAN.....

YANG BAEK TUE DARI ALLAH DAN YANG BURUK KESALAHAN DIRI SENDIRI....

20 April 2011

Aku Ingin Berubah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


alhamdulilah akhirnya datang jugak idea nak join contest aima

bismilahirahmanirahim...

Jika dulu,
Aku dipanggil “sutun”
Dipandang hina oleh mereka
Ibu selalu menangis mengenangkan nasib aku
Salahkah aku lahir ke dunia?
Salahkah ibu dengan hadirnya aku
Bukan pintaku untuk menjadi lembut sebegini

Aku masih lelaki
Masih mampu membantu ibu membanting tulang
Juga punya sekeping hati yang rapuh
Mahu memberi kebahagiaan buat ibu
Meskipun sejuta cacian dilemparkan padaku aku tahu Allah sentiasa bersama denganku

Aku ingin berubah
Ingin memberi sedikit senyuman buat ibu
Mahu mereka mengubah pandangan padaku
Ye, aku perlu berubah

Kini ,
Aku berdiri tegap bersama iman dan kejayaan yang Allah berikan untukku
Ibu tersenyum bahagia denganku
Kalian mengapa tunduk pabila berjalan dihadapanku?
Dongaklah untuk melihat aku yang kalian hinakan dulu
Pandanglah aku kelak aku akan menghulur ukhwah buat kalian
Kita manusia yang sama hina di pandangan-Nya
Berubah lah, berusaha berdoa dan bertawakal padanya
Sesungguhnya Dia tetap bersama kita walau duka mahupun bahagia…

sekian.... bagi sesiapa yang berminat nak join contest nie sila kunjungi laman muslimah optimis... 


19 April 2011

Mahu Jadi Geng Kirin Selama Perak & Syakira Yaakub?




Kami Blogger Utagha


Assalamualaikum warga Kami Blogger Utagha dan semua blogger.Ramai orang cemburu dengan keakraban Kirin Selama Perak dan Syakira Yaakub di KBU dan ada juga yang ingin menjadi "GENG" kami.HAHA..Setelah berbincang di meja bulat,kami ingin wat segmen bersama..:)


Ini syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi setiap blogger yang join.:)

1-Buat entri KHAS yang bertajuk "DOUBLE "K" GENG PALING SEMPOI"
2-Follow blog kedua-dua Double "K"..
3-Letak gambar gabungan dua header tu sebagai ganti "kad matrix"..
4-Senaraikan sebab kenapa nak geng ngan Double "K".
5-Bonus bagi sesiapa yang tau trade mark kami atau bahasa cerpen nye "slogan"
6-Tinggalkan link anda dientri ini untuk diupdate kelak..

p/s:ini hanya segmen yang tiada kena mengena yang hidop atau sudah meninggal dunia..Harap Maklum.:)

17 April 2011

satu entry masuk semua cerita sekali

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

apsal aku rasa aku teramat la bz 2 minggu lepas dah mengalahkan ahli politik lak.. kalau tak update entry pasal kegiatan 2 minggu lepas rase tak best lak..
1..2.. mula

picnic kami blogger utagha di bukit wang, jitra

suka gambar nie,, masing2 hepy

tak celuih...hohohoho

date :: 1 april 2011
tempat :: bukit wang jitra, bowling (lupa dah name mall tue) hihihi

kursus pengurusan perhubungan pelanggan


dalam banyak2 potret teka mane satu syakira yaakub.. hehehe

date :: 3-7 april 2011
tempat :: intan wilayah utara (intura)

gathering blogger perak

 first time jumpa korang semua...terasa satu family.. terima kasih kat semua yang join...

 cik2 dan puan BPians
pakcik2 BPians.... hahahaha

date :: 10 april 2011
tempat :: taman rekreasi gunung lang

mohon maaf terlambat update entry...
walau siapa pun kita, walau apa jua latar belakang kita harap persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya....

14 April 2011

kami blogger utagha!!!!


Assalamualikum....

kami nak habaq, kami dah lama jadi geng KBU nie...
tapi baru la update entry nie... sory na GKSB... sekeh kaki kami sat sbb kami lupa.. hehehe

saya dengan ini melaporkan saya berasal dari ipoh,perak
kerja kat alor setar,kedah....



GKSB tak kata pown suruh letak gambaq hat nie, tapi kami nak letak gak... hohohohoho
ampa approve tak kami jadi geng KBU nie? hahahahaha

kami nak bagitau nie, kami sayang ampa suma geng KBU....
terima kasih sudi kawan dengan kami...
ampa memang best....
sekian....

kirin selama perak.. nie untuk ko

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kata seorang sahabat

“aku tak akan bagitau sape2 kalau aku masuk hospital”

“kalau aku mati aku nak ko datang selama tengok aku, aku nak ko buat satu entry khas untuk aku “perginya kirin selama perak

Ko nak tau? Mase aku baca mesej ko nie nak jer aku terbang pergi selama tue pijak kaki ko kuat2, berus otak ko dgn berus gigi,,, eeeeee aku benci ko cakap macam tue.. memang la mati tue pasti tapi ko dah buat aku tacing sekarang nie….

Dari aku buat entry tue baek aku buat entry macam nie.. at least ko boleh baca, boleh jugak ko terharu dengan aku( hahaha), boleh jugak ko tau aku tak suka ko cakap macam tue.. kalau aku buat entry yang ko mintak tue bukan ko blh baca pown..

Terima kasih, ko dah jadi sahabat aku yang aku rasa betol2 sahabat aku. Aku mintak maaf kes yang satu tue, x pasal2 ko sangkut sekali. Tapi aku bersyukur ada sahabat macam ko. Aku rasa ada seseorang yang akan sokong aku walau apa pown yang jadi kat aku.. doa aku semoga yang terbaek untuk ko, semoga persahabatan kita kekal selamanya… terima kasih kirin selama perak….


letter untuk dia.....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

INI KISAH AKU DAN DIA
BUKAN KISAH COKLAT DAN STRAWBERY
BUKAN JUGA KISAH ALI BABA DAN PENYAMUN
TAPI KISAH JALINAN PERSAHABATAN ANTARA AKU DAN DIA

BUKAN SAHAJA KETIKA SENANG TAPI KETIKA SUSAH DIA ADA BERSAMA AKU
MESKIPUN PERKENALAN INI BARU SAHAJA BERMULA NAMUN ADA SESUATU YANG MEMBUATKAN AKU SELESA BERSAMA DIA
DIE TEMAN DIWAKTU AKU KETAWA, DIA JUGA TEMAN DIWAKTU AKU BERDUKA

Mastura….
Saya dah mula rindukan awak…
Rindu waktu kita beli kuih, keluar lunch, merayau same2,bergelak tawa berdua…
Awak sahabat pertama saya kat sini,
Dengan awak saya boleh cerita semuanya.
Dengan awak saya boleh ketawa dengan riangnya,
Awak setia menemani saya disaat saya perlukan kekuatan.

Saya doakan yang terbaek untuk awak juga untuk persahabatan ini
Doa saya moga awak sentiasa dibawah payung Ilahi, diberi kesihatan yang baek, dimurahkan rezeki, diberi keberkhatan sepanjang awak diberi peluang menghirup kenikmatan dunia, semoga awak juga menjadi penghuni syurga kelak
Saya doakan juga awak mendapat seseorang yang awak impikan

Saya bersyukur punya seorang sahabat seperti awak,
Semoga persahabatan ini berkekalan….
Saya sayang awak….


ini la sahabat saya
cik mastura (sedang mencari seseorang yang boleh menjaga die sehingga syurga,hihihi)

04 April 2011

kerana kau, aku jadi minang jiwang V

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada encik yang aku tak tau nama
Terima kasih kerna memilih aku sebagai suri dihatimu
Terima kasih kerna memberi kebahagiaan kepadaku
Terima kasih kerna mengizinkan aku mengisi ruang kosong dihatimu
Terima kasih kerna memberi aku peluang untuk melahirkan zuriatmu

Kepada encik yang aku tak tau nama
Semoga mahligai yang kita bina akan terus mekar dan mewangi
Semoga kita bisa menjadi mama dan papa yang terbaek untuk zuriat ini
Semoga Allah sentiasa memberi keberkhatan dan keredhaan ke atas pertalian ini

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku bahagia disampingmu
Aku akan terus setia bersamamu
Aku bersyukur atas apa yang Allah tetapkan untukku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Kini namamu bertakhta dihatiku….
Bahagiakan aku, pimpinlah daku, ajarilah aku…
Cintaku hanya untukmu….

“sayang, ceritalah kisah ummu salamah pulak, baby rindu nak dengar suara papa die”











** kepada yang follow cerita,blog, yang tolong komen... ira nak ucapkan trima kasih ye... balik dari kursus nanti ira reply balik sape2 yang komen tue... trima kasih.. assalamualaikum...

03 April 2011

kerana kau, aku jadi minang jiwang IV

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada encik yang aku tak tau nama
Hari nie rumah aku meriah dengan sanak saudara dan jiran tetangga yang datang berkunjung
Hari nie umi dan abah aku tersenyum sepanjang hari
Hari nie aku akan ditunangkan
Hari nie jugak hari pernikahan aku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku mengharapkan keajaiban agar kau datang menghentikan pernikahan ini
Hampir seminggu aku tak Nampak kelibat kau
Tadi mama tunangku baru lepas menyarungkan cincin tunang kami
Kini tok kadi sedang memberi pesanan buat bakal suamiku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku kini sah bergelar isteri kepada suamiku
Aku menangis kerana aku takut tidak dapat memberi cinta kepada suamiku
Ya Allah bantulah aku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku menangis saat suamiku menyarung cincin pernikahan kami di jari manisku
Aku menangis saat suamiku mencium dahiku
Aku menangis saat aku terpandang akan wajah suamiku
Besarnya kuasamu Ya Allah

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku bersyukur atas apa yang terjadi
Aku bersyukur menjadi seorang isteri hari nie
Aku bersyukur kerna impian akan termakbul tak lama lagi
Aku bersyukur kerna kau adalah suamiku….










** kepada yang follow cerita,blog, yang tolong komen... ira nak ucapkan trima kasih ye... balik dari kursus nanti ira reply balik sape2 yang komen tue... trima kasih.. assalamualaikum...