Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sorang sahabat, GKSB nie haaa mintak buat entry apa yang perlu dan tak perlu masa walimah saya dulu. dia mintak saya cerita hari tue. tapi ibu ngandung nie kan mana dia nak ingat satu-satu benda secara on the spot *alasan* hahahaha. saya tolong share apa yang saya ingat jela ek. kalau ritu letak check list keperluan barang bayi baru lahir. hari nie nak share check list keperluan walimatul urus pulak. kira macam recall balik la. kalau ada yang tertinggal jangan marah tau!!! ok ini check list selepas awak dah bertunang atau dah merisik dan dah nak memikirkan pasal walimah pulak.
awas. entry nie panjangggg sangat sebab malas nak pecahkan jadi dua entry. kalau malas nak baca skip kan aje. tak terasa hati pun ehehehe :p
Tetapkan tarikh perkahwinan
ini yang palinggggg penting sekali. kalau takde tarikh awak tak boleh nak budget berapa bulan lagi yang ada untuk awak settlekan semua persiapan. lepas dah bertunang tue boleh dah fikir bila nak buat kenduri. bukannya sebab eksaited atau dah gatal sangat. tapi perlu tahu, persiapan untuk buat kenduri ambik masa yang sangat panjang dan perlu plan yang rapi dan tersusun. kalau tidak akan ada pembaziran yang berlaku. lain la kalau awak tue banyak duit dan nanti nak upah weeding planner je. yang itu lagi dua bulan nak kawen baru fikir pun boleh.
Kursus Pra Perkahwinan
lepas dapat je tarikh terus daftar kursus kawen. untuk permohonan nikah sijil kursus kawen yang paling penting. tapi harus diingat tanyakan dulu pusat kursus samada sijil itu sah untuk seumur hidup atau tidak. yela kita mana tau apa akan jadi akan datang. jadi dah pergi kursus tue biarlah berbaloi dengan masa dan wang yang dikeluarkan. cari sijil yang sah untuk seumur hidup (walaupun pakai sijil hanya seumur hidup sekali :p)
Ujian Saringan HIV Untuk Permohonan NIkah
yang ini memang wajib buat. kalau takde sijil kursus kawen, takde keputusan ujian HIV lambat lagi la awak boleh nikah nya. tapi keputusan ujian hanya sah 6 bulan tak silap saya sebelum tarikh nikah. ada jugak sesetengah hospital yang hanya sah 3 bulan sebelum tarikh nikah. apa-apa pun call dulu hospital tanya berapa bulan sah ujian HIV tersebut dan tanya waktu mana saja yang boleh buat ujian. nanti takde la bazir masa ye idak?
Permohonan Nikah
90 HARI sebelum tarikh nikah dah kena apply permohonan bernikah dari pejabat agama negeri masing-masing. untuk pihak lelaki dalam seminggu macam tue tempoh proses dia. jadi pandai-pandai la nak budget bila awak perlu buat ye. ada saya ceritakan lebih details pasal permohonan nikah kat sini. pegi baca :)
ok dah selesai semua untuk nikah. boleh la fokuskan ke hal majlis pulak. sebab apa-apa pun nikah yang penting kan. tak nikah macam mana nak bergambar dalam majlis kan hikhikhik.
Baju Pengantin, Make Up, Mandi Susu, Jurufoto, Dewan Majlis, Katering, Khemah Pengantin, Pelamin
semua tue kena booking awal-awal. nak pulak kalau tarikh majlis awak tue tarikh 'hot' macam raya cina, atau time public holiday. tetapkan majlis nak buat dimana. kalau kata dewan, cari dewan yang dekat dengan rumah dan mudah untuk orang datang. sebab sesetengah tempat dewan kan terhad. nanti kalau tak booking awal-awal orang lain pulak yang dapat dulu. tapi kalau nak buat kat rumah jangan lupa servey dan booking pakej khemah yang mengikut budget. kalau tidak takut nanti khemah abis, kena buat tema garden pulak, picnic dibawah pokok. ehehe
dah dapat dewan. kalau nak pakai katering, servey pakej mana yang tak cekik darah dan sedap. dan yang penting. pakej tue tak buatkan tuan rumah pening kepala makanan tak cukup. ada yang saya pernah hadir kenduri. pukul 1 lebih makanan dah habis, katering dah susun tray. sedangkan itu waktu kemuncak orang datang majlis. tapi tuan rumah kena jugak beringat panggil tetamu biarlah bersesuaian dengan budget ketering. jangan pulak bayar katering untuk 1000 orang tapi jemput tetamu lebih 2000 itu jerat diri sendiri namanya.
tak salah servey baju pengantin awal-awal. takut nanti kalau lambat sangat orang lain dah booking tinggal kat awak baju yang dah lama dan orang dah guna pakai banyak kali. kalau nak ambik pakej servey elok-elok dulu. setengah butik letakkan harga tak berpatutan dengan apa yang kita dapat.
untuk make up sebolehnya cari mak andam yang datang make up awak dekat rumah. sebolehnya hari walimah nanti pengantin duduk dirumah sahaja. tak payah nak penat bekejar ke sana sini. dan cari mak andam yang make up cantik jangan nanti hasilnya tak memuaskan hati.
mandi susu pun perlu untuk bakal pengantin. spa muka semua tue la. raja sehari kan. perlulah nampak seperti raja sehari. sekali seumur hidup. untuk kecantikan diri sendiri dan bakal suami jugak ;)
pelamin ambik yang simple tapi sweet. bagi saya tak perlu bazir duit hanya pada pelamin. bagi saya lagi baik budget yang tinggi untuk pelamin tue digunakan pada katering. bagi orang makan. pelamin orang boleh tengok aje ;) atau kalau kreatif boleh DIY sendiri pelamin. banyak belog yang buat tutorial macam mana nak deco pelamin yang simple tapi nampak sweet. tapi terpulang pada individu. terpulang pada budget dan keinginan bakal pengantin. macam saya, deco pelamin sendiri. ada ceritanya kat sini.
Jurufoto sebolehnya ambik diluar pakej butik. lebih murah sebenarnya. mengikut pengalaman abang angkat saya. kalau dengan butik sebenarnya butik upah jurufoto harga yang lebih rendah dari dia berikan pada kita. kat pesbuk ada banyak jurufoto dan group jurufoto. tinggal nak teliti, bertanya dan pilih sahaja. macam saya. adik ipar memang jurufoto. jadi takde masalah la. syukur hihi.
Homestay
perlu untuk bagi keluarga pihak lelaki tempat bertangkak(sementara menunggu majlis), tempat pihak mereka nak merehatkan diri dan bersiap sebelum datang ke majlis. bagi mereka keselesaan. itu kalau pihak sebelah sana datang dari jauh la. tapi kalau taman sebelah lorong je. tak perlu pun takpe kot. hihi
Kad Kahwin
yang ini pun kena servey mana kedai yang tawarkan pakej murah dan berpatutan. kira nak murah je kannnn, PERLU lah!!! nak kenduri oiii bukan pakai duit sikit, kenalah pandai-pandai plan budget sendiri. kalau tidak nanti ada yang boleh jatuh muflis kalau tak pandai nak buat budget sendiri. macam saya dulu kad kawen 2 bulan sebelum kenduri. tapi tengok pada tempoh berapa lama kedai tue perlukan untuk hasilkan kad awak. perlu ingat dalam tempoh sebulan sebelum walimah kad dah kena ada kat tangan awak. dalam tempoh 3 minggu sebelum atau 4 minggu waktu untuk family awak jemput tetamunya, dan awak sendiri perlukan tempoh 2 minggu sebelum majlis untuk pos ke tetamu-tetamu. jadi bagi saya 2 bulan sebelum tue molek dah la.
Goodies atau buah tangan untuk tetamu
bagi yang kreatif nak DIY sendiri goodies, lepas tunang dah boleh mula proses DIY. yela bukan sikit kuantitinya. kalau nak pakai 1000 unit at least takde la awak pecah kepala fikir goodies tak siap lagi walhal majlis dah sangat dekat. kalau buat awal-awal sekurangnya awak tak perlu terlalu rushing kan.
bagi yang nak tempah. perlu jugak booking awal. untuk memudahkan pihak kedai. bagi dia tempoh jugak. nanti takde la sebab dia nak terkejar tarikh kita, barang yang dapat pulak tak elok. tak salah mudahkan urusan orang lain, akhirnya nanti urusan kita jugak dipermudah.
Hantaran
dalam 4 atau 3 bulan sebelum elok lah dah mula beli barang hantaran. bila ada barangnya dah boleh la mula fikir decoration macam mana nak buat. 2 bulan sebelum majlis dah boleh mula deco hantaran sendiri. lepas tue dah boleh fikir untuk urusan yang lain pulak. tapi kalau nak hantar tempah je. sebulan sebelum pun boleh beli. kedai kan pakar tentu diorang boleh siapkan dalam tempoh singkat.
Cincin nikah
eh lupa pulak pasal nie ehehehe. yang ini mesti masing-masing tak lupa dan tau bila masa yang sesuai nak beli. kalau dah ada tarikh nikah tue. nak pulak time harga emas tengah turun, tak perlu tunggu lagi. beli je terus walau ada lagi 9 bulan sebelum harinya. kalau tidak rugi.
kalau nak cari cincin nikah untuk pengantin lelaki. saya sarankan cari yang perak/silver atau pun platinium. tapi platinium mahal sangat, saya dulu mampu beli perak je. heyy jangan lupa Nabi pun pakai cincin perak tau. kalau emas putih atau ape ntah lagi satu namanya tue. ada saduran emas sikit. haram lelaki islam pakai. hanya perak dan platinium je yang takde saduran emas.
Decoration bilik pengantin
ada yang kata tak perlu lah. tapi bagi saya perlu. itu kamar untuk bakal pengantin. permulaan tempat antara suami dan isteri. permulaan tempat untuk permulaan rumah tangga kita. percayalah awak memerlukan bilik yang tenang, selesa dan cantik setelah berpenat lelah membuat persiapan dan menghadapi walimah. tak perlu tempah mahal-mahal. cukup untuk diri awak sendiri rasa selesa. itu dah memadai.
Cuci gigi
ada yang terlupa hal nie. masukkan dalam list awak. supaya nanti awak tak rasa malu nak tersenyum pamerkan gigi yang cantik semasa bergambar. lagi satu niat lakukannya untuk suami. supaya bau nafas anda tidak menganggu hidung dia. dan untuk pengantin perempuan. mana tau bunting pelamin pulak kan. nanti masa dentist check gigi masa mengandung takde la rasa segan nak kata aaaaaa depan dia. cuci gigi tujuan utamanya untuk membersihkan kekotoran dan plug yang boleh membuat nafas kita berbau. eh dah macam dokte gigik pulak :p
Solat sunat
jangan lupa. dalam sibuk membuat persiapan. jangan lupa pada Dia yang diatas. solat taubat, solat hajat, dan solat sunat yang lain. buatlah. insyaAllah awak akan rasa lebih tenang. mintak ampun dan berdoalah padaNya agar perjalanan awak dan suami nanti dipermudahkan dan mendapat keberkatan dariNya. dahulukan Dia. jangan sesekali lupa.
*****
itu jela yang dapat saya kongsikan serba sikit. mungkin ada yang tertinggal maafkan saya. dah 8 bulan majlis selesai. walaupun tak lupa bagaimana perjalanan majlis saya dulu tapi insan biasa tetap ada benda yang terlupa kan. apa-apa pun saya doakan moga perjalanan awak semua dipermudah dan mendapat keberkatan Ilahi. jangan lupa mencari keberkatan dalam majlis.
saya pernah baca dalam Al-Ustaz. janganlah memulakan perjalanan sebuah rumah tangga tanpa keberkatan Ilahi. janganlah hari pertama bergelar suami isteri dah langgar perintah Ilahi.
oh ye sebenarnya ada saya letakkan perjalanan saya dan suami dalam ruangan Satu Perjalanan. atau boleh tengok widget kat sebelah kiri nie, boleh pilih je kat situ. rajin-rajinlah ke sana kalau nak tau apa yang saya dah pernah lalui. tapi tak semua lah. sebab kekangan masa satu hari dulu. tak sempat nak sharekan segalanya ;) moga info nie dapat membantu :)
Gk request la nie hahahahaha
ReplyDeleteThanks sangat-sangat akak.....dah favourite dah ;)
ReplyDeleteyes...harus prepare seawal boleh supaya x kelam kabut.K.zai hr tu dlm ms 2 bln(btunang 2 bln) kena prepare...jenuh gak la...tu pon pk dh cukup sempurna dh tu :)
ReplyDeleteKlau rmai kakitangan yg kretif boleh tolong ok la...mau tgn kayu jenuh nk buat sorang2
aduhai ... tgk jer dah tak larat . byk sungguh . lagi la klu kena wat sendiri semua persiapan ...
ReplyDeleteok thanks syakira...
ReplyDelete;)
Heheh...macam perunding perkahwinan je Kiera...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThanks.. banyak membantu dalam duk pikiaq ni..
ReplyDeleteTerima kasih.. sekurang2nya bagi idea sikit nak ready apa.. especially tang cuci gigi tu.. x terpikir pun.. hehe.. salam kenal ^_^
ReplyDelete