Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 October 2012

Satu Perjalanan #24 versi Borang Permohonan Nikah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sekejap je dah 8hb bulan nie. semalam cuti lagi mama tak sihat, tak sampai hati pulak nak balik alor setar dalam keadaan mama yang tak sihat tak mampu buat pape tue. Alhamdulilah tengahari semalam tengok dah aktif nyusun bata kat luar tue, padan muka kena marah dengan laki and anak-anak dia. pantang sihat sikit mula la nak aktif tak reti dok diam. dan hari nie perot saya pulak yang tak sihat =.='

balik ipoh pun sebab nak anto borang permohonan nikah. nak kasi kad kawen ke mama untuk mama edar ke jemputan dia. Alhamdulilah selesai dah cuma tunggu hari untuk dinikahkan je kata kadi dan ustaz kat pejabat agama tue. serius lega bila dah anto borang tue sebab kalau takde borang tue jenuh la kami nak menikah nanti.


itu borang permohonan groom to be saya. tempoh siap dalam seminggu lebih macam tue kot katanya. ambik sign dua orang kariah tempat dia tak silap saya. dan perlu lengkapkan borang sebelum hantar ke pejabat agama negeri memasing. dah lulus dari pejabat negeri Pulau Pinang sebab bakal suami saya orang negeri sana maka barulah saya boleh anto ke pejabat agama negeri Perak pulak. tempoh permohonan adalah 90 hari sebelum tarikh cadangan nikah. ok saja tak sorok tarikh nikah kat borang tue :p

oh ye masa menghantar borang nie Pakcik Imam tue kena interview sikit. mengucap dua kalimah syahadah, rukun iman, rukun islam dan huraian mengenai rukun iman yang ke6. Alhamdulilah dipermudahkan urusannya semasa disana. yela ingat mudah ke nak jadi imam untuk sesebuah keluarga mesti la ustaz tue test sikit kan. sikit je tak banyak pun pandai la tue mementang pengantin perempuan tak kena soal hihihihi :p


ini adalah salah satu syarat wajib nak menikah skang nie. kena ada surat akuan bujang daripada majikan/ketua kampung. itu contoh surat saya yang dikeluarkan oleh ofis saya. pasal surat nie abis satu ofis kecoh pasal saya nak menikah. kan dah kena soal hari-hari pasal menda yang sama =.='


dah complete semua ada boleh la mintak sign kadi daerah memasing. lepas je dapat sign kelulusan terus hantar ke pejabat agama negeri perak. Alhamdulilah selesai dah semua tunggu hari untuk dinikahkan je. pesan kadi tue "suruh pengantin lelaki hafal rukun nikah" ;)

#awak semua doakan walimah kami nanti dipermudahkan ye, mekasih ;)


19 comments:

aDisH.sHidA said...

sebulan 2 hari je lagi kan..semoga semua nya dipermudahkan...

NHML said...

insyallah moga di permudahkan.....
kita orang perak tak kena soal tapi hsbnd orang peneng hari tu pun tk kena jugak kekeke....orang dekat pejabat agama tu just tanya, kerja apa,tinggal mana, dah lama ke duduk sarawak hhe....

Mummy LiYzA ^^, said...

mmg kalo menikah lain2 ngeri nih kna surat perakuan bujang tuh eh~sbb membe yg 1 negri xpyh pon..hehe,anyway slamat menempuh alam brumah tgga yg sgt mencabar dan penuh warna warni..tarikh nikah tuh lawa la~ ^_^

cik nana said...

whoaaa macam ni step2 nak nikah rupanya. siap ada perakuan bujang lagi.apa2 pun smoga semuanya dipermudahkan ye..aminnn..

Anonymous said...

moga dipermudahkan semuanyer ye!

OKje said...

Dah tak ingat procedure nk nikah..he...apa pun OKje dapat bayangkan betapa seronoknya Kiera sekarang ni....mesti tak sabau kan!! he...he...

cheryna zamrinor said...

banyak tok kadi yg garang zaman sekarang...bukan setakat rukun yg ditanya, ada masanya berjam2 melalui pemerhatian.

ramai org marah dgn borang2 yg banyak nieh tanpa enjoy keadaan mendirikan masjid dan prosedur yg terpaksa dilakukan.

aihhh..bina rumah pon byk borang juga kan?

apa2pon terima kasih kerana berkongsi ye!

inche hlovate said...

JGN LUPA JEMPUT SYA HIHI

Shila said...

bole tak kite nak exksaited lebih dari pengantin...???



aaa..mmoga dipermudahkan segala urusan..!

aku HaniAsyira said...

moga baik2 sahaja yea.. moga majlis tu jugak diberkati Allah dan berjalan lancar.. dan yang yang supaya sepanjang perkahwinan itu juga berjalan lancar.. =)

Everything's Everythings said...

Alahai mcm2 borang lah pula, mcm leceh je ;P
Ap2 pun semoga dipermudahkan segala urusan ^^

Zai Zamree said...

Insyaallah semua dipermudahkan

Unknown said...

byknye

leceh sungguh nk kawen ni heee

Jna marcello said...

congratssss awk..semoga smua yang dirancang berjalan dengan lancar Insyaallah ;))(kite lak yg xcited haish)

kay_are said...

banyak gak step lain kne wat ye.. baru aku tau.. moga dipermudahkan untuk bape kali ntah aku wish bende ni.. =P

tupperware_merah said...

ermm.. erm... boleh tak nak rasmi katil baru? ahaksss!

نورعيم said...

dah makin dekat tu harinya.

lecehnya. taknak kawen la. haha.

nursuriani said...

huhuhu bestnyaaa dia nak kawen! hihihih selamat jadi pengantin baru yer!!!:)

cik Anggur said...

90 hari sebelum erk...noted !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...