Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label satu perjalanan. Show all posts
Showing posts with label satu perjalanan. Show all posts

10 November 2016

E M P A T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Happy 4th Anniversary dear husband. moga ikatan perkahwinan kita sentiasa mekar mewangi hingga ke taman-taman syurga, diberkati Ilahi, disinari dengan cahaya keimanan, dikurniakan zuriat yang soleh solehah, dijauhkan dari fitnah dunia akhirat, menjadi ketenangan antara satu sama lain dan berkekalan hingga ke syurga Allah hendakNya amin amin ya rabbal alamin. IloveYou husband. Love you so much. 


Empat tahun bersama. hidup dengan lelaki yang tersangat asing. Alhamdulilah Allah permudahkan walaupun tetap diuji dengan kesakitan, keperitan namun tetap Allah pulangkan nikmat kebahagiaan kegembiraan keceriaan yang melimpah ruah. Alhamdulilah. Mencintai dan dicintai oleh seorang Abi UwaisUqbah adalah nikmat yang indah untuk dikenang dan dicipta. terima kasih Allah. 


lelaki yang tak kisah nak basuh pinggan dalam sinki, basuh barang baking isteri, basuh bontot mandikan anak dedua, bangun tengah malam bancuh susu anak, bangun tengah malam salin pampers anak, lipat baju kain yang bertimbun, bangun tengah malam mesin kain, sidai kain, masak, dan segala kerja orang perempuan yang mungkin bagi sesetengah lelaki lain mereka tak perlu nak sentuh atau 'alergic' kalau buat. 


Empat tahun mungkin tempoh masa yang belum cukup untuk saling mengenali dengan lebih dalam. kami tetap belajar hari demi hari untuk saling melengkapi dan memahami. menjaga ikatan perkahwinan yang direstui dengan taburan bunga sakura yang mewangi. sayang. sangat sayang dengan ikatan perkahwinan ini. sampai satu tahap bila takut kehilangan dia mesti akan dapat mimpi yang 'terpaksa dan dipaksa kawen dengan orang lain' tapi iols menangis2 dalam mimpi takmo kawen dengan orang lain. lepas tu bangun tido mata sembab sebab jaga2 sambung nanges lagi hahahahaa :p  


terima kasih suami sebab memahami diri saya. menjaga saya dan anak-anak dan berikan apa yang perlu kami dapat dari seorang lelaki atau imam dalam rumah kita. saya sayang awak. moga kasih sayang dan cinta ini sentiasa diredhai Ilahi. 


kenal sebulan terus ajak tunang. rasa macam erkkkkk dia ni betol ke tidak. Istikarah. Istikarah Cinta. Alhamdulilah jawapan yang Allah bagi tak pernah salah. Moga Allah terus kekalkan hati kami berdua kekal hinga ke syurgaNya nanti. amin amin

  
 "I love you they way you are. Syakira will always be my syakira forever. So no need to change" - Nadzri 2016

11 November 2015

Happy 3rd Anniversary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



10.11.12 - 10.11.15

Happy Anniversary Nadzri & Syakira. kejap je dah tiga tahun pun hidup dengan lelaki yang langsung tak pernah kenal sebelum ni. lelaki yang tercukup asing tetiba berkongsi hidup sekali. hewhewhew :p

terima kasih suami atas segala-galanya. terima kasih atas layanan yang baik, tabah dan sabar melayan seorang isteri dan perempuan, berkongsi segala rasa sedih dan gembira bersama, berkongsi segala rahsia berdua, dan untuk segalanya yang tersimpan kemas antara kita berdua dan Allah SWT.



lelaki yang baik dan terbaik untuk seorang syakira. abi yang baik dan terbaik untuk Fateh Uwais. moga Allah sentiasa kuatkan iman kita berdua mengharungi segala ujian, cabaran dan dugaan dalam hidup. moga kita selalu ingat tujuan utama kita bernikah satu masa dulu. moga kita terhindar dari fitnah dunia. dan moga kita sentiasa berkasih sayang sampai syurga hendakNya amin amin.

we love you abi :)



masih jauh lagi perjalanan. moga kita sama-sama kuat dan tabah hendaknya...

post signature

31 March 2015

PJJ ke PDM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perkahwinan Jarak Jauh ke Percintaan Depan Mata. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah syukur akhirnya Allah makbulkan doa kami dan doa semua yang pernah mendoakan kami sekeluarga. akhirnya abi pulang ke pangkuan kami, cewahhhhhh hahahahaha :p




suami dah resign dekat kilang lama dia, kat penang sana. dan ambik keputusan untuk tinggal dengan kami berdua dekat sini. Alor Setar Kedah. walaupun ikutkan jarak penang-alor setar tu sejam lebih tapi mampu ke oii nak berulang hari-hari. kopak duit T.T dan bahaya ke keselamatan seorang abi uwais di atas jalan raya. dah lah masa ummi berulang sebelum bersalin dulu setiap minggu mesti terjumpa eksiden atas highway sampai trauma dan fobia rasanya >.<

keputusan yang dibuat bukan mudah. lama kitorang berbincang. lama muhasabah diri. yela dengan komitmen yang sedia ada dan yang akan bertambah macam mana nak tanggung keluarga. dekat alor setar bukan senang nak cari kerja. bukan tak pernah apply mana-mana, bukan jugak memilih tapi mungkin belum rezeki. belum masanya. belum takdirnya.

yang akhirnya Allah bukakan lorong rezeki sedikit demi sedikit. dari hari ke hari Allah akan jawab setiap keraguan kami. sungguh. kami sendiri kadang tersentak bila hati mula keliru tapi Allah hadirkan jawapan. macam mana? contoh terdekat bila diri mula kembali rapat dengan Al Quran. Dia akan jawab melalui tafsir quran yang dibaca. bukan berlagak alim sangat tapi ini pengalaman saya. cuma share pengalaman yang ada. ehhh kau siapa yang Allah asyik nak jawab soklan ko? kadang soklan ni datang dalam diri jugak. Allah tu satunya tuhan yang saya ada, wajib percaya padaNya dan wajib sandarkan seluruh kepercayaan kekuatan pada Dia. dan saya yakin bila kita letakkan seluruh kepercayaan hanya pada Dia takkan Dia tinggalkan kita. satu tapak kita menghampiri seribu langkah Dia berlari ke arah kita, insyaAllah yakinlah!!..

kadang semalamnya kami keliru, mula ragu dengan keputusan. esoknya bila baca quran sekali dengan tafsir nahhh Allah jawab "Maka ingatlah kepada-ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-ku. Wahai orang-orang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar" surah Al Baqarah ayat 152-153. masa tu jugak terus terdiam. Allahhhhh. nikmat Tuhan Mu yang manakah yang engkau dustakan?

jadinya suami kerja ape dekat sini? dia kerja macam-macam. demi menyara keluarga dan dirinya sendiri. insurans, baja, itu antara kerja yang dia sedang buat dan bakal buat. ustaz ada kata. kenapa kita tengok orang bukan islam ada yang kaya dari kita orang islam. sedangkan dorang menyukutukan Allah. kenapa Allah beri nikmat pada mereka? sebab Allah tu Maha Penyayang. Dia bagi lebih pada orang yang usaha lebih. tak kiralah walau siapa orang tu. cuma beri dengan sihat ar rahman atau ar rahim sahaja yang bezanya. jadi kenapa perlu kami takut dan risau kan. usaha lebih mesti Allah bagi lebih. cuma kena kuat dengan tidak je. moga kami sama-sama jadi lebih kuat semangat dan lebih dekat denganNya lepas ni amin amin. 

10 November 2014

10.11.12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dan hari ni 10.11.14 dua tahun dah berlalu. Alhamdulilah syukur sangat dah dua tahun kami melayari baitul muslim kami berdua. hari demi hari makin banyak yang sama-sama pelajari dalam ujian rumah tangga kami.

sungguh la bagai dikata 5 tahun pertama, biasanya rumah tangga ni akan diuji dengan kewangan. dan kami sedang melaluinya. perit? ye memang perit tapi alhamdulilah berkat sabar, usaha dan berdoa setiap hari. kami yakin dan pasti yang Allah tak pernah memulangkan yang kosong pada tangan kita yang berdoa setiap hari. bagi yang faham situasi kami, alhamdulilah dan terima kasih. bagi yang tak boleh nak faham, takpe la mungkin mereka tak pernah ada dalam situasi kami. kami maafkan. 

bersyukur punya keluarga yang selalu ada dibelakang untuk kami menumpang bersandar. kalau takde mereka mungkin jugak kami dah jatuh terduduk siap terbaring lagi kot ehehehehe :p dan sesungguhnya terima kasih suami yang masih setia disebelah, tak berganjak walau sebesar mana ujian yang diberi, setia menemani dan menghargai setiap hari setiap waktu. terima kasih Allah meminjamkan dia untuk saya.


dia, lelaki ketiga dalam hidup yang saya respect. tak pernah berkira tenaga nak membantu meringankan kerja rumah, pinggan yang sebijik dia makan, dia reti basuh sendiri. tak pernah lagi saya tengok dia tinggalkan pinggan makan dia dalam sinki meskipun saya ada, kecuali bila saya kata tinggalkan nanti syg basuh. dia jugak lelaki yang tak pernah berkira nak kendong anak dekat pasar tanpa ditemani saya, membeli keperluan barang rumah. yang tak pernah merungut membasuh bontot anak walau saya ada disitu. yang tak segan silu membeli kotex untuk isteri yang dalam pantang. kalau nak disenaraikan memang tak tersenarai, lagi karang orang muntah pulak kata saya melebih-lebih :p jujurnya bersyukur dijodohkan dengan dia, Nadzri. seorang lelaki yang sangat saya sayang dan cinta. insyaAllah mudah-mudahan biarlah berkekalan hingga ke syurga amin amin.


dan bersyukur jugak dalam kami melayari baitul muslim kami, dihadirkan si khalifah kecil Fateh Uwais yang cukup lengkap serba serbi, sempurna takde cacat cela, bijak pandai dan comel macam ummi. kahkahkah :p bila dengar azan, terus rukuk solat. bila dengan ayat Al Quran terus berhenti dan tadah tangan. alhamdulilah. moga Fateh Uwais terus sematkan kemas-kemas Allah dan hati dan diri sayang ummi sampai bebila amin amin.

07 May 2014

Jodoh Langgar Bahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

balik dari bubble Taman Jubli Emas aritu suami call abang Razak dia nak tanya sup tulang kat mana yang best kat Alor Setar nie. walaupun isteri tercinta dia duduk sini dah hampir 5 tahun tapi bukan rajin jenjalan cari makan kat sini. ekekeke. kata suami masa dia buat site kat perlis dulu pernah makan kat satu kedai area kuala kedah.

oh tatau pulak abi pernah datang kedah buat site. mula la saya pun buat kiraan. kalau ikutkan masa abi datang tue ummi dah duduk sini tapi masa tue belum kenal dia lagi. "haaaa ntah2 masa dulu kita pernah terlanggar bahu tak, tapi tak perasan yang sebenarnya kita berdua nie berjodoh" suami senyum je. "kalau tau lebih awal, mesti kita kawen lagi awal" suami gelak je. hebat kan perancangan Allah. walau hakikat pernah berlanggar bahu tapi kalau belum waktunya tak jadi jugak.

eh saya pun tak pasti kami pernah berlanggar bahu ke tak. imaginasi seorang ummi je tue. ummi nie kan ke kuat berangan. kes banyak baca novel la nie. tetiba terbayang angin bertiup melambai-lambai kain tudung. drama sangat!!! kahkahkah :p


"tue dah kuar segedebuk sorang tue" ayat abi kalau ummi throwback kisah lama :p

06 May 2014

Air Laut Bagan Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

minggu lepas lagi kami suami isteri dah decide cuti khamis aritu nak bawak anak teruna manja sorang tue main air laut kat RNR Bagan Ajam kat penang nie. main sekejap je tak payah la jejauh hihihi. dalam kereta memang dah ada bubble lebih main aritu. jimattttt kihkihkih


bawak adik ipar dengan isteri dia sekali. sebab adik ipar nak test lense yang baru dia beli. nak shoot gambar Fateh Uwais. mula dia ajak ke Pantai Robina. kat situ kalau nak shoot gambar memang lah cantik. tapi niat pertama saya dengan suami nak bagi Uwais main pantai. nak bagi cepat berjalan kononnya hahahaha. jadi suami pusing stereng kereta ke Bagan aje. dah warning adik ipar sesiap jangan pulak lepas dua bulan baru dapat gambar. ewahhh banyak bunyik pulak dah la free pastu banyak songeh hahaha :p


kemain suka dapat pijak pasir pantai tue. menonong berjalan kejar ombak. lawak betoi awak nie Fateh Uwais kihkihkih. selalu kalau ajar dia bertatih dalam rumah kaki sokmo tinjat. tapi bila tatih atas pasir pantai elok pulak kaki tue jejak pasir. ermmm nak kena pegi pantai selalu nie kuikuikui :p dah la tue takmau naik pulak. asal abi dukung nanges bebai2 nak turun bawah balik. adehhhh =.=




nikmat kegembiraan yang Allah kurniakan buat keluarga kecik kami, syukur Alhamdulilah. seronok sangat tengok suami dengan anak hepy. si kecik nie pulak sepanjang ada abi, sepanjang tue la merap dengan abi. sampai abi keluar bilik pun ngamuk, ingat abi nak kemana-mana tinggal dia. ummi pun tak merap sampai macam tue Ehhh!! :p


hepy 8 month manja kecik. sekejap je dah 8 bulan awak hadir dalam hidup kami semua. dan sesungguhnya kehadiran awak menambahkan lagi kasih sayang dalam diri ummi abi. segalanya demi awak sekarang nie anak. membesar dengan sihat ye sayang. kami berdua sayangkan awak sepenuh hati. gabung hati ummi abi tau!!! satu hati ummi, satu hati abi, dedua untuk baby!!! emmuahhhhh ;)

02 April 2014

Ummi Manja atau Mengada?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 ummi yang mengada dan manja bertempat :p

pernah tersentap dengan satu petikan ayat yang saya dengar nie. masa tue kami tengah bersiap-siap nak balik Alor Setar. "hang hantar dia balik alor setar, lepas tue hang balik mai seberang jaya naik bas pulak?" tak pasti la petikan ayat tue sesaja dia cakap atau ada maksud lain. orang itu datang sekali sekala mungkin tak paham situasi kami macam mana.

tapi jauh disudut hati saya sentap dengan ayat tue. macam saya nie mengada sangat pulak mintak suami hantarkan balik alor setar. bukan sengaja nak mengada atau nak jadi manja. tapi sesape yang tak pernah lalui atau tak pernah paham situasi saya setiap kali travel memang akan mudah menuduh saya mengada.

ingat mudah ke nak travel dengan ada baby kecik kat sebelah. satu jam perjalanan dari alor setar ke penang ingat senang ke handle emosi baby kecik tue? kalau dah boleh cakap senang la jugak nak tanya apa yang dia tak selesa setiap kali menangis. tapi dengan baby umur 7 bulan tue bahasa dia apa je yang saya boleh paham. ingat tenang ke nak drive bila dengar anak menangis meraung merengek kat sebelah? siapa yang tak lalui tak akan paham. jadi saya maafkan aje sesape yang menuduh saya manja dan mengada itu kiranya ada.

saya sanggup pejam sebelah mata, dan gagah jugak balik sendiri ke seberang jaya pun rasanya dah cukup besar pengorbanan tue. plan asal. suami akan ambil dan hantar kami ke alor setar. tapi kerana sayangkan suami, kesiankan dia, saya berkorban dan pujuk anak. cumanya bila nak balik ke alor setar semula mintak suami hantarkan. masa anak tak keluar lagi dulu tak pernah saya nak susahkan suami ambik hantar sebab saya paham suami jugak perlukan rehat disamping boleh jimat duit travel. itu pun kalau ada yang nak kata saya mengada tatau la cakap macam mana lagi. 

tapi syukur Alhamdulilah suami faham keadaan saya dan anak. suami sayang dan hargai kami. sikit pun dia tak merungut bila badan letih berulang alik hantar anak isteri. saya tak peduli apa orang nak fikir. janji suami tetap ada di sisi. 

25 March 2014

Pesan Ustazah : Belajar Apa Yang Suami @ Isteri Suka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pesan Ustazah : tips rumahtangga bahagia. Belajar apa yang suami atau isteri suka. kalau tak mampu belajar pun jadi pendengar setia setiap kali suami berkongsi kesukaan atau kegemaran dia.

kalau dulu sepatah haram tak paham bila suami cerita pasal dunia trade dia. tergaru-garu kepala setiap kali dia cerita. menguap pun ada kekadang kahkahkah (tak baik betoi :p) tapi cuba la jadi sesetia mungkin mendengar. karang kalau orang lain yang jadi pendengar setia ada pulak yang nak makan hati, beremosi huhuhu

alhamdulilah berkat sabar mendengar dan cuba fokus, dah mula faham apa itu floating, profit, SL, TP, EU, EJ dan bla bla bla. boleh la nak bahas balik bila suami berkongsi cerita. takde la jadi komunikasi sehala yang membosankan. suami pun jadi seronok nak kongsi cerita. cari kita dulu tiap kali nak kongsi sedih atau seronok.

dan dia pun jadi seronok nak dengar bila tiap kali saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan proses pam susu. dia pun dah boleh mula paham apa itu demand & supply (ibu2 mengandung paham sangat la bahasa nie). wujudlah komunikasi dua hala yang menyeronokkan.

pernikahan bukan hanya tuntutan seks semata. tapi saling melengkapi antara satu sama lain. saling berkongsi suka dan duka. moga baitulmuslim yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan kekal mewangi hingga ke taman-taman syurgaNya amin amin amin

tapi kalau share cerita nak pasang pencawang lain memang ada yang berhajat tido kat kaki-kaki lima la gamaknya :p

**baru setahun jagung berkahwin tapi tak salah nak kongsi apa yang baik kan? ;)



mendoakan moga ada keajaiban pada MH370, kuasa Allah menandingi segalanya. bersabar dan bertabahlah pada keluarga mangsa yang terlibat. Allah lebih tahu. Al Fatihah

14 November 2013

Satu Tahun Perjalanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

10.11.12-10.11.13 sekejap je dah setahun berlalu. Alhamdulilah terima kasih Allah dah setahun kami menempuh perjalanan sebagai suami isteri. ujian dan cabaran tue perkara biasa, lumrah untuk orang dah kawen katakan. bersyukur diberi peluang untuk saya menjadi seorang wanita yang bergelar isteri.

bukan mudah nak menempuh perjalanan dalam rumah tangga. kena banyak bersabar dan berkorban. berkahwin dan hidup dengan seseorang yang jauh berbeza dengan diri sendiri. banyak pengalaman baru yang dipelajari. dan yang penting hari demi hari makin mengenali insan bernama suami.

waktu mana yang sesuai nak berlawak dengan dia, waktu mana yang boleh memanja dengan dia dan waktu mana yang terbaik untuk berbincang sesuatu yang penting dengan dia. awalnya memang sesiapa pun takkan tahu. tapi percayalah semakin hari semakin diri tahu mencari waktu yang tepat.

perjalanan setahun kami lebih berseri dengan kehadiran khalifah dalam perut (sebelum Fateh Uwais lahir) setiap hari mesti share pergerakan si kecik dalam perut dengan suami. dan bersyukur punya suami yang sudi melayan karenah isteri dia nie. picit kaki lah, duduk rehat dulu lah kalau berjalan kemana-mana, layan je ape yang saya teringin nak makan, bawak je kemana yang saya teringin nak pergi asalkan time tue dia free.

setiap kali ada hero drama kat tv yang orang dok puji kata "romantiknya dia" "berkenan hero tue jadi suami" saya senyum je. sebab hero depan mata nie la yang paling terbaik. dia la sunan, dia la samurai, sebab dia lah Pakcik Imam saya.

sebut pakcik imam teringat kisah sebelum ambik keputusan nak kawen dulu. dari poem terus jatuh ke hati. kalau dulu sebelum jatuh hati selalu merungut awat la dia nie mulut bising sangat. tak letih ke pot pet pot pet. psssstt suami saya peramah pasal tue la Fateh Uwais pun riuh mulutnya hihihi :p

tapi sekarang kalau dia senyap sunyi saya pulak bosan. mesti tanya. "kenapa abang senyap? abang ok ke?" hahahaha. orang kata dah kawen hidup jadi bosan, asyik nak berkepit dengan suami atau isteri je. tapi percayalah memang nak berkepit jela kalau dah suami atau isteri tue sahabat, rakan dan teman hidup kita. tapi takdela sampai takde ruang untuk berkawan dengan orang lain.

pada suami. terima kasih jadi yang terbaik untuk saya selama nie. saya yakin insyaAllah awak jugak akan jadi terbaik sepanjang kita bersama di dunia dan akhirat insyaAllah. maafkan andai ada kurangnya dari diri saya. sama-samalah kita berusaha untuk jadi yang terbaik. "saya akan pastikan takde sape yang mampu mencintai dan menyayangi awak sebagaimana saya" ye benar, awak dah buktikan dan terima kasih untuk semuanya.

terima kasih atas penat lelah awak menghargai saya sebagai isteri. terima kasih atas kata-kata cinta dan semangat dari awak. terima kasih kerana menerima setiap kekurangan dari dalam diri saya. saya terlalu cinta dan sayangkan awak, suami. moga kita bersama hingga ke syurga. amin.

saya selalu cemburu bila teringat yang di syurga nanti akan ada bidadari lain disamping awak. tapi sekarang tak lagi sebab saya tau seorang isteri akan menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga kelak. dan saya akan berusaha jadi ketua bidadari yang terbaik untuk awak. insyaAllah

dan semoga dengan kehadiran Fateh Uwais akan lebih mematangkan kita dalam berkasih sayang. moga bahagia milik kita hingga syurga amin



saranghea ;)

15 July 2013

Check List Keperluan Majlis Nikah Dan Walimah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sorang sahabat, GKSB nie haaa mintak buat entry apa yang perlu dan tak perlu masa walimah saya dulu. dia mintak saya cerita hari tue. tapi ibu ngandung nie kan mana dia nak ingat satu-satu benda secara on the spot *alasan* hahahaha. saya tolong share apa yang saya ingat jela ek. kalau ritu letak check list keperluan barang bayi baru lahir. hari nie nak share check list keperluan walimatul urus pulak. kira macam recall balik la. kalau ada yang tertinggal jangan marah tau!!! ok ini check list selepas awak dah bertunang atau dah merisik dan dah nak memikirkan pasal walimah pulak. 

awas. entry nie panjangggg sangat sebab malas nak pecahkan jadi dua entry. kalau malas nak baca skip kan aje. tak terasa hati pun ehehehe :p

Tetapkan tarikh perkahwinan

ini yang palinggggg penting sekali. kalau takde tarikh awak tak boleh nak budget berapa bulan lagi yang ada untuk awak settlekan semua persiapan. lepas dah bertunang tue boleh dah fikir bila nak buat kenduri. bukannya sebab eksaited atau dah gatal sangat. tapi perlu tahu, persiapan untuk buat kenduri ambik masa yang sangat panjang dan perlu plan yang rapi dan tersusun. kalau tidak akan ada pembaziran yang berlaku. lain la kalau awak tue banyak duit dan nanti nak upah weeding planner je. yang itu lagi dua bulan nak kawen baru fikir pun boleh.

Kursus Pra Perkahwinan

lepas dapat je tarikh terus daftar kursus kawen. untuk permohonan nikah sijil kursus kawen yang paling penting. tapi harus diingat tanyakan dulu pusat kursus samada sijil itu sah untuk seumur hidup atau tidak. yela kita mana tau apa akan jadi akan datang. jadi dah pergi kursus tue biarlah berbaloi dengan masa dan wang yang dikeluarkan. cari sijil yang sah untuk seumur hidup (walaupun pakai sijil hanya seumur hidup sekali :p)

Ujian Saringan HIV Untuk Permohonan NIkah

yang ini memang wajib buat. kalau takde sijil kursus kawen, takde keputusan ujian HIV lambat lagi la awak boleh nikah nya. tapi keputusan ujian hanya sah 6 bulan tak silap saya sebelum tarikh nikah. ada jugak sesetengah hospital yang hanya sah 3 bulan sebelum tarikh nikah. apa-apa pun call dulu hospital tanya berapa bulan sah ujian HIV tersebut dan tanya waktu mana saja yang boleh buat ujian. nanti takde la bazir masa ye idak?

Permohonan Nikah

90 HARI sebelum tarikh nikah dah kena apply permohonan bernikah dari pejabat agama negeri masing-masing. untuk pihak lelaki dalam seminggu macam tue tempoh proses dia. jadi pandai-pandai la nak budget bila awak perlu buat ye. ada saya ceritakan lebih details pasal permohonan nikah kat sini. pegi baca :)

ok dah selesai semua untuk nikah. boleh la fokuskan ke hal majlis pulak. sebab apa-apa pun nikah yang penting kan. tak nikah macam mana nak bergambar dalam majlis kan hikhikhik.

Baju Pengantin, Make Up, Mandi Susu, Jurufoto, Dewan Majlis, Katering, Khemah Pengantin, Pelamin

semua tue kena booking awal-awal. nak pulak kalau tarikh majlis awak tue tarikh 'hot' macam raya cina, atau time public holiday. tetapkan majlis nak buat dimana. kalau kata dewan, cari dewan yang dekat dengan rumah dan mudah untuk orang datang. sebab sesetengah tempat dewan kan terhad. nanti kalau tak booking awal-awal orang lain pulak yang dapat dulu. tapi kalau nak buat kat rumah jangan lupa servey dan booking pakej khemah yang mengikut budget. kalau tidak takut nanti khemah abis, kena buat tema garden pulak, picnic dibawah pokok. ehehe

dah dapat dewan. kalau nak pakai katering, servey pakej mana yang tak cekik darah dan sedap. dan yang penting. pakej tue tak buatkan tuan rumah pening kepala makanan tak cukup. ada yang saya pernah hadir kenduri. pukul 1 lebih makanan dah habis, katering dah susun tray. sedangkan itu waktu kemuncak orang datang majlis. tapi tuan rumah kena jugak beringat panggil tetamu biarlah bersesuaian dengan budget ketering. jangan pulak bayar katering untuk 1000 orang tapi jemput tetamu lebih 2000 itu jerat diri sendiri namanya.

tak salah servey baju pengantin awal-awal. takut nanti kalau lambat sangat orang lain dah booking tinggal kat awak baju yang dah lama dan orang dah guna pakai banyak kali. kalau nak ambik pakej servey elok-elok dulu. setengah butik letakkan harga tak berpatutan dengan apa yang kita dapat.

untuk make up sebolehnya cari mak andam yang datang make up awak dekat rumah. sebolehnya hari walimah nanti pengantin duduk dirumah sahaja. tak payah nak penat bekejar ke sana sini. dan cari mak andam yang make up cantik jangan nanti hasilnya tak memuaskan hati. 

mandi susu pun perlu untuk bakal pengantin. spa muka semua tue la. raja sehari kan. perlulah nampak seperti raja sehari. sekali seumur hidup. untuk kecantikan diri sendiri dan bakal suami jugak ;)

pelamin ambik yang simple tapi sweet. bagi saya tak perlu bazir duit hanya pada pelamin. bagi saya lagi baik budget yang tinggi untuk pelamin tue digunakan pada katering. bagi orang makan. pelamin orang boleh tengok aje ;) atau kalau kreatif boleh DIY sendiri pelamin. banyak belog yang buat tutorial macam mana nak deco pelamin yang simple tapi nampak sweet. tapi terpulang pada individu. terpulang pada budget dan keinginan bakal pengantin. macam saya, deco pelamin sendiri. ada ceritanya kat sini.

Jurufoto sebolehnya ambik diluar pakej butik. lebih murah sebenarnya. mengikut pengalaman abang angkat saya. kalau dengan butik sebenarnya butik upah jurufoto harga yang lebih rendah dari dia berikan pada kita. kat pesbuk ada banyak jurufoto dan group jurufoto. tinggal nak teliti, bertanya dan pilih sahaja. macam saya. adik ipar memang jurufoto. jadi takde masalah la. syukur hihi.

Homestay

perlu untuk bagi keluarga pihak lelaki tempat bertangkak(sementara menunggu majlis), tempat pihak mereka nak merehatkan diri dan bersiap sebelum datang ke majlis. bagi mereka keselesaan. itu kalau pihak sebelah sana datang dari jauh la. tapi kalau taman sebelah lorong je. tak perlu pun takpe kot. hihi

Kad Kahwin

yang ini pun kena servey mana kedai yang tawarkan pakej murah dan berpatutan. kira nak murah je kannnn, PERLU lah!!! nak kenduri oiii bukan pakai duit sikit, kenalah pandai-pandai plan budget sendiri. kalau tidak nanti ada yang boleh jatuh muflis kalau tak pandai nak buat budget sendiri. macam saya dulu kad kawen 2 bulan sebelum kenduri. tapi tengok pada tempoh berapa lama kedai tue perlukan untuk hasilkan kad awak. perlu ingat dalam tempoh sebulan sebelum walimah kad dah kena ada kat tangan awak. dalam tempoh 3 minggu sebelum atau 4 minggu waktu untuk family awak jemput tetamunya, dan awak sendiri perlukan tempoh 2 minggu sebelum majlis untuk pos ke tetamu-tetamu. jadi bagi saya 2 bulan sebelum tue molek dah la.

Goodies atau buah tangan untuk tetamu

bagi yang kreatif nak DIY sendiri goodies, lepas tunang dah boleh mula proses DIY. yela bukan sikit kuantitinya. kalau nak pakai 1000 unit at least takde la awak pecah kepala fikir goodies tak siap lagi walhal majlis dah sangat dekat. kalau buat awal-awal sekurangnya awak tak perlu terlalu rushing kan. 

bagi yang nak tempah. perlu jugak booking awal. untuk memudahkan pihak kedai. bagi dia tempoh jugak. nanti takde la sebab dia nak terkejar tarikh kita, barang yang dapat pulak tak elok. tak salah mudahkan urusan orang lain, akhirnya nanti urusan kita jugak dipermudah.

Hantaran

dalam 4 atau 3 bulan sebelum elok lah dah mula beli barang hantaran. bila ada barangnya dah boleh la mula fikir decoration macam mana nak buat. 2 bulan sebelum majlis dah boleh mula deco hantaran sendiri. lepas tue dah boleh fikir untuk urusan yang lain pulak. tapi kalau nak hantar tempah je. sebulan sebelum pun boleh beli. kedai kan pakar tentu diorang boleh siapkan dalam tempoh singkat.

Cincin nikah

eh lupa pulak pasal nie ehehehe. yang ini mesti masing-masing tak lupa dan tau bila masa yang sesuai nak beli. kalau dah ada tarikh nikah tue. nak pulak time harga emas tengah turun, tak perlu tunggu lagi. beli je terus walau ada lagi 9 bulan sebelum harinya. kalau tidak rugi.

kalau nak cari cincin nikah untuk pengantin lelaki. saya sarankan cari yang perak/silver atau pun platinium. tapi platinium mahal sangat, saya dulu mampu beli perak je. heyy jangan lupa Nabi pun pakai cincin perak tau. kalau emas putih atau ape ntah lagi satu namanya tue. ada saduran emas sikit. haram lelaki islam pakai. hanya perak dan platinium je yang takde saduran emas. 

Decoration bilik pengantin

ada yang kata tak perlu lah. tapi bagi saya perlu. itu kamar untuk bakal pengantin. permulaan tempat antara suami dan isteri. permulaan tempat untuk permulaan rumah tangga kita. percayalah awak memerlukan bilik yang tenang, selesa dan cantik setelah berpenat lelah membuat persiapan dan menghadapi walimah. tak perlu tempah mahal-mahal. cukup untuk diri awak sendiri rasa selesa. itu dah memadai.

Cuci gigi

ada yang terlupa hal nie. masukkan dalam list awak. supaya nanti awak tak rasa malu nak tersenyum pamerkan gigi yang cantik semasa bergambar. lagi satu niat lakukannya untuk suami. supaya bau nafas anda tidak menganggu hidung dia. dan untuk pengantin perempuan. mana tau bunting pelamin pulak kan. nanti masa dentist check gigi masa mengandung takde la rasa segan nak kata aaaaaa depan dia. cuci gigi tujuan utamanya untuk membersihkan kekotoran dan plug yang boleh membuat nafas kita berbau. eh dah macam dokte gigik pulak :p

Solat sunat

jangan lupa. dalam sibuk membuat persiapan. jangan lupa pada Dia yang diatas. solat taubat, solat hajat, dan solat sunat yang lain. buatlah. insyaAllah awak akan rasa lebih tenang. mintak ampun dan berdoalah padaNya agar perjalanan awak dan suami nanti dipermudahkan dan mendapat keberkatan dariNya. dahulukan Dia. jangan sesekali lupa.

*****

itu jela yang dapat saya kongsikan serba sikit. mungkin ada yang tertinggal maafkan saya. dah 8 bulan majlis selesai. walaupun tak lupa bagaimana perjalanan majlis saya dulu tapi insan biasa tetap ada benda yang terlupa kan. apa-apa pun saya doakan moga perjalanan awak semua dipermudah dan mendapat keberkatan Ilahi. jangan lupa mencari keberkatan dalam majlis. 

saya pernah baca dalam Al-Ustaz. janganlah memulakan perjalanan sebuah rumah tangga tanpa keberkatan Ilahi. janganlah hari pertama bergelar suami isteri dah langgar perintah Ilahi.

oh ye sebenarnya ada saya letakkan perjalanan saya dan suami dalam ruangan Satu Perjalanan. atau boleh tengok widget kat sebelah kiri nie, boleh pilih je kat situ. rajin-rajinlah ke sana kalau nak tau apa yang saya dah pernah lalui. tapi tak semua lah. sebab kekangan masa satu hari dulu. tak sempat nak sharekan segalanya ;) moga info nie dapat membantu :)

Pengalaman Pertama Kali Puasa Sebagai Isteri Dan Pregnant Mummy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah 6 ramadhan pun arini. alhamdulilah masih penuh nie. berdoa sangat moga Allah beri saya kesempatan untuk puasa penuh tahun nie bersama si kecik yang sangat aktif kat dalam rahim nie haaaa. tapi andai kata tak dapat posa penuh pun redha je. anak lebih penting kan ;)

tahun nie tahun pertama puasa sebagai isteri. mencabar tue agak mencabar la jugak nak bangun awal pagi untuk bersahur. walaupun bukan semua menu sahur dan berbuka tue saya sediakan. yela duduk menumpang kat rumah mentua kan, mestilah kena hormat bagi laluan kat mama mertua nak sediakan menu untuk family kitorang. saya tolong gitu-gitu aje. masakan saya mestilah tak sehebat masakan seorang ibu yang tetap maintain garam dan gulanya walaupun berpuasa.

kadang tue masa bujang dulu, kalau rasa liat nak bangun sahur, teguk air kosong je sambil mata elok terpejam. buruk beno pangaiii. tapi dah ada suami, duduk pulak rumah mentua. kena la pepandai rajinkan diri walau ada jugak harinya terbabas tak sedar. mujurlah ada lagi setengah jam sebelum imsak sempat la nak buat apa-apa. kadang menantu terbabas, kadang mentua terbabas. adat la tue hihi :p

kalau tahun-tahun sebelum kawen, ramadhan pertama mesti balik kampung. nak-nak pulak kalau boleh sambung cuti sampai weekend, confirm saya orang pertama isi borang cuti. macam last year seminggu cuti puasa. ambik kauuuuu!!! hahahaha. kalau kat rumah boleh la nak manja-manja semua mama buatkan. bangun celik mata je tengok semua dah tersedia, bangun pun mama yang kejutkan. lagi satu buruk pangai kan. mujurlah last year dah prepare belajar bangun awal sediakan sahur. boleh pun bukan tak boleh saja je penyakit M tue banyakkkkkk sangat.

ada suami kat sebelah, ada family mentua kat rumah. kena jugak gagahkan diri bangun awal pagi. kalau tidak sian suami yang nak kerja dengan perut lapar tanpa sahur, sian family lain yang tak sempat nak bersahur jugak. dan yang penting sian si baby kenit nie nanti berlapar seharian. lagipun kan dalam sahur ada keberkatan. jadi cubalah usaha sebanyak mungkin nak rebut keberkatan tue.  

cuma bezanya bila pregnant nie. selera makan saya berubah. dah boleh makan nasi lebih banyak dari masa bujang dulu. dah boleh habiskan kurma tujuh bijik. semuanya demi anak yang kat dalam nie. setiap pagi mesti bagitau baby "ummi posa rini, baby teman ummi ye, baby jangan buat pangai tau, kita posa penuh ok" haaaa setiap hari pesan. tapi hari pertama puasa ritu memang rasa longlai sangat.

hari pertama baby mengamuk sakan dalam perut. baring pun dia mengamuk sampai berombak-ombak perut nie haaa. sakit kena tendang, kena siku, kena lutut toksah kira la. lastnya saya tido sambil buat tatau. padan muka baby hahahaha. teruk betui ummi nie. bila berbuka masuk je makanan, minuman terus dia tendang. signal bagitau sonok dapat makanan kot. setiap hari. sahur dan berbuka macam tue la dia. sampai dah boleh hafal bila time dia nak mengamuk tue. macam-macam anak ummi nie.

tapi semalam hari pertama berjauhan dengan suami masa bulan ramadhan. Ya Allah perasaan sebak dan sedih tue tinggi sangat. kalau tidak setiap waktu ada dia boleh la nak bermanja, dan semalam mula la kena berdikari. berjemaah, berterawih bersama. semua tue saya rindu. selalu bila berjemaah dengan suami mesti baby sangat tak duduk diam, sampai goyang-goyang rasa, tapi semalam bila solat sendiri tak seaktif bila ada abi dia. agaknya dia pun dah tau rindukan suara abi. haiii anak, janganlah buat ummi sedih.

berdoa moga dibukakan pintu rezeki buat kami sekeluarga dapat berkasih sayang setiap hari setiap masa dirumah kami sendiri. amin ya rabbal alamin



rindukan dia. terutama saat melihat dia sedang lena dibuai mimpi. jaga diri ye sayang. tiap dugaan dan ujian jika kita redha insyaAllah akan disediakan ganjaran buat hambaNya kan. amin amin

26 June 2013

Kisah Khalifah #Tinggalkan Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

balik dari kursus minggu lepas tersangatlah malassssss nak update belog. tambah badan still rasa letih dan kurang mood nak mengadap blog. teruk betul =.= takpe2 hutang dengan kawan2 insyaAllah saya cuba langsaikan hari nie atau esok ;)

orang perempuan nie memang suka fikir jauh ke depan kan? kadang perkara yang setahun lagi akan berlaku dah mula fikir dari hari nie. tapi kalau aju kan ke suami jawapan dia "dah la tak payah fikir sangat, nanti dah sampai masanya baru kita fikir, buat serabut otak je fikir dari sekarang" =.=" FINEEEEEEE!!!! akhirnya sebab dah dibiasakan dengan ayat tue saya pun jadi macam tue skang nie. betul jugak, buat ape la nak diserabutkan otak dengan tambahnya lagi masalah sedangkan diri sendiri dah memang ada masalah lain yang perlu di hadap. 

macam contoh, anak. kalau dulu saya pernah terfikir. nanti bila khalifah kecik nie dah keluar. time weekday isnin-khamis tinggalkan dengan abi dia kat rumah mentua, saya pulak akan jalani kehidupan sorang-sorang kat alor setar nie. susu pulak nak pump siap-siap dan tinggalkan kat dalam peti ais khas untuk susu dia je. sebab niat kat hati dari belum pregnant lagi nak susukan anak sampai umur dia 2 tahun, insyaAllah. tue kan hak dia :)

tapi terfikir jugak, sanggup ke saya berjauhan dengan si anak selama 4 hari 3 malam? masa tue si kecik nie baru je sebulan dua menginap kat dalam rahim saya. tapi dari hari ke hari saya bersama dia, solat dengan dia, makan dengan dia dan untuk dia, berbual menangis ketawa dan lakukan segalanya dengan dia. terus saya cancel semua plan asal dan cakap dengan suami. kiranya belum rezeki saya dapat tukar kerja yang dekat dengan suami, saya akan bawak anak sekali duduk dengan saya dekat alor setar.

segala ujian dan dugaan saya dengan dia dekat sini, insyaAllah saya sanggup dan mampu hadapinya asalkan jantung hati saya ada sekali kat sisi saya. asalkan saya mampu tengok wajah dia setiap hari setiap malam itu dah cukup berharga buat saya biarpun saya tau saya akan penat lebih berganda dari sekarang nie. tapi selalu saya ingatkan yang Allah tak kan pernah menguji di luar kemampuan umatNya. jadi saya yakin yang saya mampu laluinya segala ujian dan dugaan yang akan datang.

untuk berulang penang-alor setar rasanya saya tak mampu dan suami pun tak kan benarkan. satunya faktor keselamatan, yang keduanya takut badan terlampau letih sampai takut nanti ada yang tertidur time tengah drive dan yang lain faktor kewangan untuk berulang tue bukan sikit. bukan tak boleh suami nak berulang tapi saya jugak fikirkan keselamatan dan kesihatan dia. keduanya penting bukan? bila anak dah lahir bermakna ekonomi kami jugak meningkat jadi tak boleh fikir buang duit atas highway. tapi saya tau setiap anak ada rezekinya dan saya yakin akan ada rezeki untuk anak kami nanti, insyaAllah. 

untuk tinggal di tengah-tengah antara penang dan alor setar contohnya sungai petani. hurmmm kami masih memikirkan hal tue. terlalu banyak point yang perlu dikaji dan diteliti. ape pun saya cuma mampu berdoa moga Allah bukakan sedikit rezeki untuk kami yang duduk jauh nie dan semoga Allah permudahkan segalanya amin. 

sape yang tak nak duduk dekat dengan suami kan? semua yang bergelar isteri memang nak tidur dalam pelukan seorang suami setiap malam, buka isu sex tapi sesungguhnya dengan mereka lah tempat kita meluah segala isi hati yang terpendam. tapi mungkin belum rezeki kami nak duduk serumah setiap hari, saya redha dan saya yakin ada pelangi yang akan muncul dalam keluarga kami nanti, insyaAllah saya yakin dengan janji Allah :)

10 June 2013

7 Bulan Sudah, dan Mereka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

salam 1 syaaban 1434H, sekejap je dah masuk syaaban maknanya lagi sebulan dah nak puasa. semoga saya mampu puasa penuh tahun nie, insyaAllah ummi mampu. dah study apa yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung untuk berpuasa dengan bertenaga, insyaAllah ummi boleh dan baby pun boleh ;)


dan bersyukur dah masuk 7 bulan usia rumah tangga saya dan suami. mendoakan moga rumah tangga kami dilimpahkan dengan keberkatan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan untuk kami tinggal dan menjalani kehidupan suami isteri serta abi ummi dibawah satu bumbung, dan ikatan antara kami mewangi hingga ke taman-taman syurga, amin. saya cintakan awak suami :D


pagi tadi dengan pagi semalam tersenyum tengok dashboard belog nie. semua angkara kawan-kawan maya yang rajin menjenguk. terima kasih daun keladi pada semua yang selalu kunjung tiba, yang selalu drop komen berjemaah Kay_Are, HaniAsyira, Noraim, Okje dan kengkawan yang selalu ada baca cerita saya yang biasa-biasa aje nie Kak Shida, GKSB, Kak Zai, Kak Sue, Adik Hlovate, Seharum Kasturi, Mama Aryan, Kak Sunah, Kesuma Angsana, Mrs Eady, Mimie Najib, OE, Liza, neesa_jun, Fiza Rahman, Sue Pelik, Jusiza, serta ramai lagi yang mungkin saya terlupa letak, atau yang datang tapi tak tinggal jejak, maafkan saya. perhatian kalian semua saya hargai dengan kasih sayang yang penuh dihati. semoga kalian semua sentiasa dibawah kasih sayang Ilahi hendaknya. Amin

dan tak lupa jugak suami yang selalu stalk belog bini kesayangan dia nie. walaupun kadang timbul tenggelam komen dia tapi saya tau dia baca tiap entry baru saya. mekasih yayang :D

#besok check up, berdebar tunggu result HB darah dan berat besok, mendoakan moga semuanya baik-baik jela. amin

20 May 2013

Satu Perjalanan #Pelamin Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

asyik cite pasal baby je kan sekarang nie. bila tengok kenduri sana sini mula terimbau kenangan masa walimah saya dengan suami 6 bulan yang lalu. sekejap je kan dah setengah tahun bergelar isteri. dan tak lama lagi insyaAllah bergelar ummi. Alhamdulilah syukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sementara nie.


masa malam sebelum hari akad nikah

pelamin kami dulu saya buat sendiri dengan di bantu Mastura dan GKSB. memang dari awal tak pernah terfikir nak bersanding pun cuma pelamin tue digunakan untuk tujuan bergambar. yela kalau takde pelamin kat mane nak diabdikan kenangan dengan mereka yang sudi hadir kan? at least bila ada pelamin ade la jugak port yang cantik nak merakamkan kenangan.

bermula seawal pagi saya dah mula kemas-kemas ruang tamu yang nak dijadikan pelamin tue. vacuum, tolak sofa, ubah itu ini. dan keluarkan segala kelengkapan pelamin termasuklah tangga hammer paku. dah tak macam bakal pengantin lagi dah. mulanya Mastura tawarkan diri nak tolong panjat tangga dan memaku tirai, saya kan bakal pengantin berdarah manis tapi bila tengok dia dok mengetuk tue terus tak confidence, suruh dia turun saya pulak yang ambik alih. yela buatnya luka tangan anak dara orang jenuh saya nak berjawab dengan parents dia.

awalnya design dah ada tapi bila dah siap langsung tak menyerupai design awal. 100%!!!! masa awal gantung tirai belakang. sangat stress. gantung ikut situ tak kena, ikut sini tak kena. nampak cacat dan pelik sangat. sangat stress, tak tipu. gantung tirai saje makan masa hampir setengah hari mungkin sehari kot.

masa tengah decorated pelamin makan langsung tak lalu. yela besoknya dah akad nikah kalau pelamin tak siap jenuh!!! masa tue kalau ada sesape cari pasal memang automatik boleh jadi singa. anak dengan adik sedara jerit-jerit main kat situ abis semua kena marah perambat main kat luar. suami mesej pun lambat-lambat je reply, ingat lagi masa tue dia msej "amboiiii bizinya sampai tak mau sembang dengan bakal suami" lepas nafas panjangggggggggg je masa tue sikit lagi nak marah tapi cepat-cepat istighfar. orang tengah stress la katakan benda kecik pun nak meroyan. hihihihi

dan masa tue bertambah stress dengan veil nikah yang takde kat tangan lagi. dah janji awal dengan akak butik tue nak veil hari sebelum jumaat tue. tapi tak dapat-dapat jugak. akhirnya bila petang dia call kata anak dia tunggu kat jalan depan cepat-cepat keluar walaupun dalam hujan sebab takmo bazir masa lagi. tinggal je pelamin yang baru 30% siap masa tue. GKSB sampai sebelum maghrib, masa tue pelamin memang tak siap lagi gantung tirai. ambik masa keluar jemput dia dan tenangkan fikiran sekejap. mungkin otak dan badan dah tersangat letih jadi langsung tak boleh fikir nak buat macam mana.


hari walimah tatau nape pelamin bertukar jadi kaler oren kekuningan. myb faktor cuaca cerah kat luar dengan baju pengantin kot #Eh :p

lepas je solat maghrib rehat sekejap. terus dapat idea nak siapkan tirai tue datang. dan Alhamdulilah dekat 1 pagi kot semuanya siap dihias. bila nampak pelamin yang cantik(bagi diri sendiri la) terhias depan mata terus hilang rasa letih tue. syukur ade dua orang bidadari tue datang tolong. walaupun bidadari lagi sorang tue tolong susun bantal je hahahaha :p 

kenangan pasang pelamin memang cukup terkesan dalam hati dan memang tak kan boleh saya lupa sampai bebila rasanya. bila nak bukak lepas abis walimah tue. bukan saya je yang rasa sayang. suami pun rasa sayang nak bukak. yela nak pasang sampai sehari nak bukak sekejap je :p

09 May 2013

Terima kasih suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

isnin masa check Bp & Eod tue dah terasa pening-pening lalat, sakit kepala sikit. agaknya pasal tak cukup rehat. ahad tue kan mengundi dan terpaksa beratur lama tunggu giliran, sampai je kat kerani SPR dalam bilik undi tue baru dia bagitau yang kalau ibu mengandung boleh terus ke depan pintu tak payah beratur. =.= dah beratur dekat sejam baru bagitau. lepas tue petang pulak drive balik penang, suami tak balik sekali sebab mengundi lain-lain kawasan. makanya i will survive dengan baby jelaaaa.

suami dah nasihat isnin tue suruh sambung cuti je sebab memang dari jumaat tue saya tak berapa nak sihat. tapi degil nak jugak kerja sebab sayang cuti huuu. sampai je ofis terus sakit kepala. bila sesema dan terpaksa duduk dalam ekon tau jela rasanya macam mane. sampai berdenyut-denyut kepala nie. petang terus pegi klinik mintak cuti rehat untuk esoknya kat dokte.

malam lepas makan ubat terus rasa badan menggeletar, sampai tak mampu nak bangun. bangun solat pun gagahkan jugak diri, selesai je bummmm terus terlantar atas katil. memang tak mampu lagi nak tahan diri, saya dah nanges-nanges, nak capai handphone pun rasa tak bermaya rasanya. bila ada sikit kekuatan terus call mama sebab itu nombor yang paling atas sebab selalu call mama. hampa bila mama tak jawab, tak lama lepas tue mama call semula. mama dah risau dengar suara anak dia tenggelam timbul sebab nangis. huuu saya memang tak reti nak berhenti kalau dah mula menangis. mama kata sekejap lagi dia tolong call suami. huuu mekasih mama. 

besoknya hari selasa suami datang jenguk bini dia kat alor setar, yela tak kan dia nak datang malam semalam tue. dengan dia yang tak berapa nak sihat jugak, lagipun mane dia nak tido saya dah la duduk menyewa dengan kawan-kawan. malam sebelumnya cuma mampu bertanya khabar melalui telefon jela. disebabkan saya menyewa dan pagi tue memang ada kawan-kawan kat rumah saya decide nak berehat dengan suami dekat hotel yang terdekat je. ye saya memerlukan rehat yang secukupnya. 

sekali lagi, lepas makan ubat badan menggigil, suami tolong peluk je dan terus tak bagi saya makan ubat tue lagi. mungkin effect ubat tue buat badan rasa sangat letih tak bermaya dan menggigil. mungkin tujuan utama dia nak bagi kita rehat. tido jela dalam bilik tue. mujurlah ada hotel yang buat sewa murah untuk duduk setengah hari. petang sebelum suami balik seberang jaya ajak dia makan pizza. nak bermanja pulak tekak nie.

disebabkan 22 mei nie besday suami dan jatuh pulak hari weekday. terus cakap "abg, boleh tak hari nie kire macam celebrate besday boy in advance?" sambil buat muka comel :p terus ada orang tuntut hadiah sebab celebrate awal =.= sabar jelaaaaaa

16 April 2013

Pestime deting malam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabtu lepas suami ada latihan badminton untuk tournament badminton anjuran tempat kerja dia. mula tue memang dah decide nak ikut sekali lepas suami ajak. yela ahad kan ada check up, lewat pulak tue masa yang diorang atur boleh la kot rehat lebih sikit. kalau ahad besoknya kerja macam biasa rasa memang peratus nak ikut sekali tue menipissss la kot hihihi. 

ingatkan petang latihannya rupanya malam. dari 9 malam sampai 12 tengah malam!!!. huwaaaaa saya nie dah la jenis tido awal, selalu tue kalau suami keluar main time malam, saya cuma hantar depan pintu pagar rumah je bila balik pepandai masuk sendiri, larat pulak mata saya nie tak tido sampai tengah malam tue nak tunggu dia balik :p 

bila petang tue perut meragam, suami pun tukar fikiran suruh saya duduk rumah je. kesian kat bini dia yang berulang masuk toilet. yeayyyyy!!! sorak dalam hati dendiam :p tapi lepas je mandi, cucuk lens dia tue terus cakap "haaa pegi la siap" aikkkk tadi bukan kata suruh tinggal rehat kat rumah ke? huuuu bila tengok dia buat muka comel dengan ayat simpati "bukan ape nak mintak ummi teman, bila pakai lens time malam kan selalu silau kalau ada ummi ada la abi semangat sikit nak drive" sobsssssss, ambik towel turun bawah masuk bilik air.

dah la tempat tue kat seberang. menyeberang bridge semata nak pegi situ, kalau dapat pegi sunshine tengok barang baby sekali takpe la jugak Ehh!! :p ikut jela teman suami, janji besoknya tue dia pulak teman saya check up dekat alor setar sana nunnn. haaa sistem barter nkoooo :p takde la memang dah niat nak teman dia kan, bukan selalu pun. 

yang budak kecik kat dalam nie. agaknya dia eksaited kot boleh kuar malam dengan abi, selalu bila malam ummi keja membuta je :p dari start keta bergerak sampai la ke destinasi kejanya mengeras je dalam perut nie. bila time abi dia main pun sibuk mengeras kemain. bila abi letak raket duduk rehat tau pulak dia pun duduk dendiam. abi mula main balik, dia pun mula buat aktiviti. amboiiii kemain menggediknya awak bila ada abi awak. jeles ummi tau :p

sebenarnya sabtu lepas tue la pestime keluar merayau dengan suami time malam. dulu sebelum kawen konon nanti time malam nak lepak pantai la, ape la. hurmmmm sudahnya angan-angan terkubur macam tue jela. dah isteri kesayangan Nadzri nie pesen tido awal. pukul 9 je dah menguap tak henti lastnya duduk jela melepak kat rumah :p

11 March 2013

Alhamdulilah Empat Bulan Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah empat bulan pun perjalanan rumah tangga saya dengan suami. syukur yang tak terhingga atas nikmat yang Allah kurniakan pada kami berdua. berdoa moga kasih sayang dan cinta yang tercipta atas kalimah Allah ini berpanjangan hingga ke taman-taman syurga hendakNya amin.

selalu tersenyum sorang-sorang bila teringat saat hari pertama ijab dan kabul. saat suami masuk ke kamar pengantin kami bersama kata-kata "mana isteri saya? saya nak solat sunat dengan dia" dan saat solat berimamkan dia, saat air mata keduanya jatuh berjurai tanda kami bersyukur teramat sangat dengan kurniaan Yang Maha Esa. sungguh sampai sekarang mata bergenang bila teringatkan moment yang indah tue ;)

doa suami saya aminkan bersama :D

masam manis rumah tangga tue semua yang berkahwin akan merasanya. cuma pandai-pandai la bawak berbincang bertolak ansur sesama sendiri, pesan mama saya. Alhamdulilah bersyukur dikurniakan suami yang memahami. yang boleh diajak berbincang yang boleh dibawak berunding demi membahagiakan rumah tangga sendiri. syukur Alhamdulilah moga kami sama-sama belajar dan berusaha memperindahkan rumah tangga yang kami bina.

lagi manis bila setiap hari sama-sama berkongsi perkembangan buah cinta yang sedang membesar di dalam. "baby tengok tue abi marah ummi" "baby sekarang nie abi tak boleh nak gurau kasar sikit mula la ummi tue merajok je" haaa boleh je ngadu kat baby yang entah dengar tak kat dalam tue. yang penting lepas tue dedua pun senyum-senyum dan ketawa ;)

berkati dan rahmatilah rumah tangga kami Ya Allah, amin ya rabbal alamin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...