31 July 2013

Iftar Bersama Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah sabtu lepas berkesempatan ikut serta majlis iftar bersama Kami Blogger Utagha (KBU), bertempat di restoran tepi sungai, alor setar kedah. sebenarnya dah lama KBU tak anjurkan gath. mungkin atas faktor admin yang sorang travel ganu-sitiawan-kl, sorang lagi kat KL yang tengah bizi uruskan persiapan walimah, sorang kat kedah yang tengah rancak membaking, sorang yang dimurahkan rezeki bukak kedai taun nie, dan sorang lagi yang tengah memboyot membawak perot. nak mencari masa yang sesuai tue memang payah, memasing ada komitmen sendiri. takpe la kan. tak dapat selalu macam sebelum nie at least dalam setahun tue ada sekali kira ok la tue :P

saya dengan suami sementara ada masa terluang dan takde terikat dengan aktiviti family untuk tarikh tue, ambik la peluang turun alor setar beriftar dengan diorang. bila free je boleh la lelaju join, tapi kalau dah terhalang dengan aktiviti keluarga tak dapat la nak membantu.


antara yang hadir, saya dengan suami belum sampai lagi waktu nie. bukan terlewat dari penang tapi sebab singgah tesco beli barang dulu. hihihi. ampunnnnn :p 


sebelum iftar kak shida ada bagitau nak bawak kek karamel pelangi. nasib Oshin tak makan kek, dapat la merasa saya. kalau tidak sungguh saya pegi potong orang lain punya sorang sikit kek tue. depa dah bahagi awal-awal sebelum kami datang. sampai hati tau tak taruh kat kita sikit!!! :p Kak Shida memang dah biasa ambik tempahan kek, banyak jenis lagi kek dia. kalau nak oder sila pm di sini.


bila tengok gambar nie mesti tergelak. agaknya memasing dah MATANG kot kan. posing gambar pun tegak semacam je. macam nyanyi nasyid kata kak shida. kalau tidak gath sebelum-sebelum nie gambar macam-macam pesen ada. 


ramai yang nak balik awal lepas je solat maghrib dan sesi bergambar tue. saya dengan suami memang nak stay kat alor setar memandangkan ahad besoknya hari saya berkerja. pelan awal kami suami isteri memang nak makan kat beger bakar abg burn cawangan alor setar. elok Solihin pun join iftar terus tanya dia kat mana lokasi yang sebenarnya. dia pun nak lepak makan situ katanya. terus la kami pun decide nak melepak sekali. 

mulanya kak shida takmau join tapi lepas kena cucuk-cucuk akhirnya dia pun tersangkut. yang bestnya kawasan beger bakar tue black out =.= tapi masih lagi beroperasi dengan lilin yang menerangi. tapi cuma dapat oder beger bakar biasa dan meatball jela. takpe la janji dapat makan meatball memang tingin dah lama huuu. oh ye air yang boleh dipesan cuma 3 jenis sebab gelap diorang tak nampak nak bancuh air lain. ok la tue dari air kosong je ye tak? :p

walaupun bergelap tapi rasanya itu antara kenangan terindah kami semua yang hadir malam tue. paling tak boleh lupa bila kertas lapik meatball terbakar disambar api lilin. jenuh keras perot gelak kat situ. insyaAllah ada masa, ada rezeki lagi kita akan berjumpa lagi. insyaAllah :)

terima kasih pada semua yang sudi hadir. 

Tempahan Tshirt KBU dan Sticker Kereta / motor

Assalamualaikum semua

saya nak bukak tempahan sticker kereta dan shirt KBU (Kami Blogger Utagha)..
bagi sesiapa yang berminat nak beli shirt dan sticker KBU boleh bank in kat akaun saya dan isi form bawah nie,  lepas tue klik SUBMIT..
semua kotak tue wajib isi jangan skip2 ok... -mood cengei mai dah- hihihi. kualiti tak perlu disangkal lagi, sebab tahun lepas saya buat kat kedai yang sama dan memang berpuas hati insyaAllah.


Harga Baju lengan pendek :: RM28

Harga baju lengan panjang :: RM30

Kos Penghantaran bg yg nak saya pos :: RM6 ; kalau dua helai dan ke atas nilai kos penghantaran akan bertambah

untuk ukuran Tshirt Muslimah :: penambahan RM1 untuk seinci (terpulang nak tambah berapa inci pun) 

Material :: cotton

Warna :: Merah

url Link PENAMBAHAN RM2 :: kaler putih (link perempuan akan diletakkan dibahagian depan baju, link lelaki akan diletakkan dibelkang baju)

kolar :: roundneck 

SIZE XXL  ke atas :: penambahan RM3


 design yang serupa seperti di atas. cuma baju bertukar kaler MERAH dan logo berubah kaler HITAM. untuk baju perempuan logo akan dibawak ke bawah baju sedikit (takde la komplen logo tertutup dengan tudung kannnnnn :p )


PERHATIAN!!!! sila ukur size di badan sendiri, jangan malas!! sebab ukuran baju kat kedai nie tak sama dengan baju yang standard beli kat kedai-kedai biasa tue. baju ritu ada yang kata bila pakai besar sebab size dia tak sama dengan size biasa.

akaun maybank : Nur Syakira binti Yaakub
158172923744

akaun Cimb : Nur Syakira Binti Yaakub
08240004875529

dah bank in, mesej atau pm saya inform tarikh, masa dan nilai korang bank in tue ataupun copy paste je detail nya.. sebarang pertanyaan blh pm saya kat sini..

tarikh akhir tempahan dan bayaran pada 30 SEPTEMBER 2013

tinggalkan kosong kotak address bagi yang nak ambik baju by hand.. untuk yang nak ambik by hand boleh ambik di Pekan Rabu Alor Setar atau di tesco extra Seberang Jaya.

**TERBARU
tempahan sticker KBU untuk kereta dan motor





 sekeping :: RM3

bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan sticker nie isi dalam form bawah, untuk yang oder baju boleh isi form tempahan baju KBU di bahagian Quantity dengan perkataan seperti contoh di bawah nie 


Quantity : 1 beserta sticker kereta

atau 

Quantity : 1 beserta sticker motor

atau

Quantity : 1 beserta sticker kereta dan motor (*untuk yang nak beli dedua sekali)

tapi kalau yang nak beli sticker sahaja tidak berserta dengan baju boleh pm kat sini

 






Name:




Phone Number




Address




Size

s

M

L

XL

XXL



Facebook Name
(e.x : Syakira Yaakub)




Url Link




Lengan Baju

short sleeve

long sleeve



Quantity















Click here to put a form like this on your site.

24 July 2013

Kisah Khalifah #Pengalaman Puasa Ummi Dan Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah tahun nie selain dapat berpuasa dengan suami, dapat pengalaman puasa dengan baby dalam perut. lagi sonok bila dia dah faham, dan boleh berinteraksi dengan ummi dia nie. mestilah cara dia tendang-tendang je pun. itu pun dah boleh ummi ketawa geli hati. jadilah anak penghibur di saat ummi sedih jauh dengan abi. 

sebelum puasa saya dah research macam mana nak berpuasa dalam keadaan hamil nie. Alhamdulilah hasil maklumat yang dapat, membantu jugak serba sikit. tinggal rajin atau tak je nak buat tue. 

bangun sahur memang wajib. dan wajib makan 7 bijik kurma. suami pesan suruh makan 7 bijik. selain ikut sunnah, memang takde la rasa lapar terjelepok sampai berbuka. perut berbunyi sikit-sikit tue adat la hihi. selain makan kurma 7 bijik, saya tambah dengan jus kurma masa sahur tue. saya kan kena makan ubat tambah darah, jadi tak boleh la nak minum dengan teh atau milo nanti susah nak serap ubat yang dimakan tue. 

nak mencari kordial kurma tue sampai ke econsave bukit mertajam nunnnn. cari dalam tesco tengok ruang tue kosong. syukur la dapat jugak. kalau dah kata nak jugak, memang nak jugak-jugak sampai dapat hihihi. selain makan kurma, saya makan jugak nasi masa sahur. nak bagi bertambah tenaga. yela kesian kat anak nanti. dan takut saya pulak tak dapat nak bertahan dalam keadaan berbadan dua nie. 

masa berbuka memang kena ambik nasi, walaupun kadang menu berbuka mee atau makanan lain selain nasi. tapi tetap saya ambik nasi walaupun sikit. tujuan yang sama untuk bagi ada serat dalam makanan. takde la tak bertenaga nanti. susu pun ambik lepas setengah jam berbuka. haaaa ingat mudah ke nak berpuasa dengan ada baby kat dalam. kena fikirkan dia dulu. kalau saya masa bujang dulu, bila malas tak bangun sahur, kalau rajin barulah bangun. dah ada anak kena la dahulukan anak ye tak.

yang seronoknya, dapat je makan. baby kecik nie bergolek tak diam. macam nak bagitau yang dia seronok dah boleh bukak pose. hihihi. macam-macam budak nie. Alhamdulilah sepanjang 14 hari berpuasa nie masih bertenaga, cuma first day pose je hampir tumbang tapi syukurlah tak pernah ponteng lagi. time waktu rehat kat ofis pulak ambik peluang tue untuk tido rehatkan diri, nak pulak kalau hari saya kena travel penang-alor setar, memang sedap la tido hihihi.  berdoa moga diberi kekuatan untuk kami berdua berpuasa penuh tahun nie. amin. 

#abi kata kalau nak puasa penuh jangan degil, dengar cakap dia. degil apa nya? degil sebab malas nak bangun sahur tue la. lagi satu degil bila dia tak bagi travel hari weekday. lalalalala :p

23 July 2013

Sakit Di Miss V Semasa Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebenarnya cerita nie dah lama pun. 28 May yang lepas. tapi sebelum-sebelum rasa segan sangat nak cerita, tapi bila fikir balik mungkin ada antara sahabat luar sana yang mengalami masalah sama macam saya. jadi tak salah kalau berkongsi kan. Kay_Are, Maafkan aku, bukannya dah kawen nie open sangat tapi mana tau boleh meleraikan sikit kekusutan mereka yang diluar yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam aku.  

28 May lepas dalam seminggu macam tue. saya mula alami sakit di bahagian kemaluan. sakit yang teramat sangat terutama masa nak kalih (beralih) tido, dari kiri ke kanan atau masa nak bangun dari tido tue. memang sakit sangat. masa tue baby baru 26 minggu. sebab takut apa-apa jadi pada baby dan rungsing fikir macam-macam saya pun cakap kat suami nak jumpa pakar dekat pusat rawatan mahsuri jitra, kedah. suami pun izinkan walaupun dia ralat sebab tak dapat nak temankan saya. 

kata pakar tue. itu normal untuk ibu hamil. ada setengah ibu yang memang akan alaminya awal, sebelum masuk trimester terakhir lagi. antara faktornya mungkin saiz badan ibu yang kecik untuk menampung berat baby. kalau sakit dibahagian Miss V sahaja itu normal, kecuali sakit di Miss V beserta sakit ditulang paha yang sampai tak boleh nak berjalan itu tanda-tanda baby dah turun ke bawah, nak bersalin. tapi bagi kes saya normal. Alhamdulilah

tetap jugak buat scan untuk rasa lebih puas hati. Alhamdulilah baby pun masa tue ok dan memang berada pada tempat yang sepatutnya di kala usia dia. syukur sangat. masa tue jugak saya dah tau jantina dia. tapi macam biasa nak rahsiakan sampai dia lahir nanti, insyaAllah ;)

kata pakar tue. sakit di Miss V bagi setengah ibu hamil akan berterusan sampai masa bersalin. lagi besar baby, lagi sakit dan untuk kehamilan kedua dan seterusnya nanti mungkin akan alami sakit yang lebih dari sekarang nie. redha jela. memang betol pun. sampai sekarang saya tetap alami sakit tue. lebih sakit bila baby dah masuk 34 minggu nie. sebab baby dah makin berat. kalau dulu masa beralih tido je rasa, tapi sekarang tengah berjalan pun boleh rasa sakit tue. takpe la sakit kan penghapus dosa :)

tapi jangan risau, insyaAllah sakit tue akan hilang lepas melahirkan baby nanti. kalau awak semua ada alami masalah nie jangan segan pergi lah berjumpa dokte. jumpa terus jangan tangguh-tangguh. sebab kita tatau keadaan diri kita yang sebenar macam mana. info lain yang saya dapat mengenai masalah ini di sini dan sini

cara mengurangi sakit di bahagian Miss V semasa tido. bengkokkan kaki ke dada dan bangun atau beralih perlahan-lahan. saya dah cuba dan alhamdulilah berkesan mengurangkan sakit tu. 

UPDATE 2016

entry terbaru sakit di miss v semasa hamil, ketika hamilkan anak kedua kami. klik sini 


**maaf atas ralat TERdelete komen2 sebelum ni sobsssss

UPDATE 1 AUGUST 2021

Since ramai yang bertanya pasal sakit ni. Untuk saya selepas bersalin sakit ni terus hilang. ketiga2 anak saya mengalami sakit yang sama. untuk anak kedua start baby 5 bulan saya dah mula rasa

dan untuk anak ke 3 start baby 2 bulan saya dah rasa sakit. Macam yang Doc kata lagi banyak kita pregnant selepas waktu sekarang (sakit) akan datang. Lagi cepat sakit datang.

Contoh

Anak first mula sakit waktu 8 bulan bawak baby dalam perut
Anak second mula sakit waktu 5/6 bulan bawak baby dalam perut
Anak third mula sakit waktu 2/3 bulan bawak baby dalam perut
Dan seterusnya

Kalau sakit lagi lepas bersalin apa nak buat? Jangan tangguhkan untuk berjumpa DOc, bagitau yang Puan dah sakit sejak masa preggy lagi. Doc mesti akan check. Jangan tangguhkan sampai banyak bulan atau selepas habis pantang. 

22 July 2013

Berbuka yang rasa bahagia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend baru lepas nie, alhamdulilah selamat berbuka puasa dengan mama papa yang dirindu kat kampung. suami pun korban ambik cuti hari jumaat sebab nak luang lebih masa dengan mama papa kat sana. terima kasih yayang. ummi hargai sangat, sungguh :) takde ape yang lebih menggembirakan selain melihat senyuman di bibir mama papa. nak-nak pulak mulut menantu diorang sorang tue manissssss sangat kemain hepy lagi diorang. alhamdulilah punya seorang imam yang mulut manis dekat mentua macam tue ;)


bila dah balik kampung haruslah request macam-macam kat mama ye tak. hihi. kuih abuk-abuk atau tepung gomak tue sebenarnya dah lama mengidam nak makan, tapi sepanjang bulan lain selain ramadhan susah nak jumpa kat tempat saya nie. tapi kalau bulan ramadhan memang senang nak cari, sebenarnya dah makan pun masa berbuka kat rumah tokmak weekend lepas, dapat kat bazar. tapi tetap teringin nak yang mama buat. alhamdulilah lepas dah teringin tue hihihi.

kuih bom tue saja mama tambah masa hari jumaat lepas, sebab family along pun berbuka sekali. mama saja tambahkan hidangan. tapi yang kuih bom pulut. lebih pulut kuih abuk-abuk saya. 

gulai tempoyak udang tue memang teringin. durian tak makan, tapi tempoyak makan. standard la tue kan. ada orang yang makan durian tapi tempoyak langsung takleh nak makan. tak pelik punnnnnn hihihihi. 

seri muka tue fevret suami saya. dulu masa abang lang singgah rumah mama sebelum datang mancing kat penang. mama ada buatkan seri muka. konon nak mintak abang lang singgah hantar kat menantu dia yang duduk kat penang tue la. tapi abang lang nampak nak cepat terus cancel. kali nie kami balik habuan suami la, kemain sonok mama tengok menantu dia habiskan satu loyang kecik seri muka tue. seksaited mama tue nak buat lagi nanti. memacam!!

sambal tumis telur puyuh tue pun atas permintaan saya jugak. dalam banyak-banyak menu yang ada tatau la kenapa duk ternampak-nampak telur puyuh tue bersalut sambal tumis. sedappppppppp. menu semua nampak simple dan biasa. takde ayam panggang atau ayam percik tapi semuanya rasa sedap sebab makan bersama yang tersayang. peliharalah keluarga kami Ya Allah. Amin2


ahad semalam, nak berbuka kat rumah mama papa memang rasa tak sempat. bukan tak sempat ape. mesti dah pukul 9 malam baru nak gerak balik penangnya, isnin saya pulak nak balik alor setar. dengan berbadan dua nie memang tak berapa nak larat, takut nanti boleh demam pulak. syukurlah family pun faham.

tapi mama sempat la bekalkan kami hidangan kat atas tue. simple je, ade nasi, ayam & ikan goreng beserta sambal belacan dengan tumis sayur. share makan berdua dengan suami, makan dalam kereta kat RnR. alhamdulilah kenyang macam berbuka kat rumah. saja bawak sepasang sudu garfu je sebab nak rasa suasana romantik makan bersuap dengan suami. alhamdulilah berkasih sayang kerana Allah di jalan yang halal. walaupun simple macam tue tetap rasa keberkatan, dan kebahagiaan. terima kasih Allah, terima kasih suami :)

18 July 2013

Bertunang, Berkahwin, Berkeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pulun duk cerita pasal baby je kan. sampai dah takde benda lain. hihihi. nak buat cam mana. kalau tak cerita kat sini, nanti takut satu hari lupa apa yang pernah terjadi. dan untuk panduan jugak kan. ok2 bagi can dekat ummi abi pulak nak deting kat sini :p


gambar nie ambik masa majlis tunang Cik Gksb dulu. bila tengok gambar tue saya cakap dengan suami "dah macam kita pulak yang bertunang kan" kan baju pun macam match je dengan tema mini pelamin tue. tapi kalau baru bertunang dah peluk tangan macam tue memang saja menempah parang la hihihi.


itu sebenarnya gambar saya sewaktu majlis tunang dulu. 25.12.2011 tarikh pertunangan kami dulu. pestime upload, sebelum nie tak pernah upload kat memana lama sosial. atas sebab nak rahsiakan pertunangan konon. tapi sudahnya terlepas jugak rahsia tue. simple, takde lace yang saya letak. takde pelamin. memang saya dengan suami yang nak simple macam tue. tudung pun recycle je balik. ye betol la tudung yang sama dengan gambar kat atas tue.

takde mini pelamin sebab malas nak buat dan kenduri kecik. ala-ala macam majlis merisik tapi sebenarnya bertunang. sedara mara terdekat je yang dijemput pun. takde lace sebab memang tak nak, nak simple. lipstik pun kena paksa pakai lepas abang ipar paksa wuuuu. tapi tak kata la yang kalau bertunang tak boleh ada mini pelamin, terpulang pada diri memasing. kita ada cara dan impian yang tersendiri kan.  

alhamdulilah dari berkawan, bertunang, bernikah dan sekarang bakal menimang cahaya mata pertama kebahagiaan sentiasa mengelilingi. gaduh kecik-kecik adat resam orang berkahwin. gaduh lepas tue beberapa minit baik balik. kalau dia ada sebelah memang saya akan pujuk sampai dia peluk balik. sebab teringat kisah Siti Muti'ah, tak silap namanya. yang mengelilingi suami yang marahkan dirinya. bila suaminya dah maafkan barulah dia berhenti mengelilingi si suami. selalu teringat kisah tue setiap kali suami marah kalau saya buat salah. yela bila suami marah bermakna dia sayang dan ambik berat kan. tak baik terus ego tegakkan benang yang basah. Allah tak redha bila suami dan ibu bapa marah ke kita. selalu ingat kan diri sendiri pasal tue. dan insyaAllah akan ingat sampai akhir hayat.

17 July 2013

Kisah Khalifah #Berjanji Dengan Dokte, Jangkitan Bakteria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam, selasa ada temujanji dengan dokte di klinik kesihatan seperti biasa. yang menguji kesabaran bila dokte panggil ikut no giliran, tak ikut sape yang letak buku dulu. sistem kat klinik yang selalu saya pegi tue no giliran hanyalah no panggilan. sape yang letak buku dulu, dia akan didahulukan tapi berbeza pulak dengan dokte sorang tue. dokte yang lagi sorang elok je ikut sistem tue. hampir sejam jugak la melangut sementara nak tunggu. bulan posa kan memang macam-macam dugaan, sabar kan aje la.

sebelum tue timbang berat dulu. eh pestime turun sepanjang mengandung nie. kalau minggu lepas 51kg, minggu nie 50.9kg. ala 0.1 je pun bezanya. mungkin sebab pose sama kot. tekanan darah, alhamdulilah sepanjang mengandung tak pernah tinggi, tak pernah rendah, diparas normal. jumpa dokte dia tak tanya apa-apa pun. cuma semak balik HB(hemoglobin) darah saya yang minggu lepas dan bagitau suruh continue makan iberet. itu aje. 

tapi disebabkan minggu nie terasa macam ada lendir dan kadang kala keputihan keluar, minggu-minggu sebelum nie takde. saya pun tanyalah dokte. risau pulak kalau diamkan. mulanya malas nak tanya sebab klinik kesihatan nie faham jela banyak ceritanya kan. tapi sebab baca kat belog dokte Zubaidi pasal jangkitan bakteria pada kemaluan semasa hamil. saya pun ajukan la pertanyaan pada dokte. dan semalam sampel dah pun diambil, tunggu keputusan yang bila nak keluar tue pulak la.

apa yang dokte semalam bagitau saya. kulat atau bakteria memang mudah dapat terutama untuk ibu hamil. ada banyak punca sebenarnya dan perlu di hantar sample untuk tau puncanya dan cara mengatasi. sebab kalau puncanya serius takut mengganggu sistem badan yang lain. kata dokte tue la. antara yang saya tau punca bakteria

membasuh kemaluan dari belakang ke depan. maksudnya dari lubang dubur bawak ke bahagian kemaluan didepan. sepatutnya membasuh dari depan ke belakang. sebab bahagian miss V memang mudah dijangkiti bakteria terutama untuk IBU HAMIL. dan lagi satu kadang berpunca dari suami. sebab tue kadang-kadang kalau kita ke klinik, dokte akan kasi antibiotik untuk suami sekali. jadi jangan terkejut pulak ye. perkahwinan kan hasil usaha sama suami dan isteri jugak jadi jangan la terkejut sangat kalau suami pun terbabit sama kena makan antibiotik. hihihi. pasal cara makan dan apa yang dimakan tue saya tak pasti pulak boleh jadi puncanya atau tidak.

jadi kalau ada apa-apa kemusykilan dan masalah jangan segan silu berjumpa dengan dokte. nama lagi dokte mesti diorang tau macam mana nak selesaikan masalah kita. jangan tanya saya pulak!!! saya pun cerita ikut pengalaman sahaja. kalau melibatkan hal yang sulit-sulit nie saya akui memang malu nak bertanya tapi kalau tak tanya sampai bila-bila la kita akan dalam kerungsingan memikirkan masalah tue kan.

semalam masa nurse tue tanya "awak nie ada discharge ****(tak ingat ape dia kata)" terus saya kata tak, mana ada. lepas tue tanya dia balik, eh ape benda tue. dia kata itu maksudnya keputihan. terus saya sengih dan cerita apa yang saya bagitau kat dokte tadi. ingatkan dia tanya discaj yang sepital tue. mana tauuuu :p dah tue dia ada sebut pulak "***(lagi sekali tak ingat) koko" saya terus kata "eh tak bukan kaler koko" nurse tue kata bukanlah, itu nama ujian nie, bukan kata benda tue kaler koko. hahahahaha adehhhh ummi ummi. selalunya kalau klinik nak buat apa-apa ujian dekat saya memang saya akan tanya dulu, untuk apa ujian tue. yela takde la menganga je kan bila orang nak buat pape.


dan semalam sampai je ofis. abang pos laju hantar something kat saya. bising mulut dia tanya itu ini. "beli kek ape sampai ke johor nun" "kek pisang pun beli jauh-jauh ke" saya kata "kek rahsia la mana boleh bagitau" gelak je dia. saya dengan abang-abang pos laju, city link tue memang boleh bawak gurau. yela selalu je jumpa kan. tak kan la nak buat muka ketat je pulak hihihi

alhamdulilah kek lapis yang tempah kat Kak Sunah dah ada kat tangan. memang ngidam nak makan. teringat kek dia yang pernah saya oder tahun lepas. jadi kita repeat oder. sesape nak oder boleh ke sini ye. atau pm je pesbuk dia nie. memang kek lapis sarawak, sebab Kak Sunah orang sarawak. hihihi. maghrib masuk je semalam lepas makan kurma, terus ngap kek lapis nie. hurmmm lazatnya. kalau dulu pernah sekali saya makan kek lapis yang rasa tengi(bukan dari kak sunah), hurm rasa macam mana ntah tak reti nak explain. tapi yang kak sunah buat nie takde rasa macam tue. beli la tak rugi pun :D

15 July 2013

Check List Keperluan Majlis Nikah Dan Walimah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sorang sahabat, GKSB nie haaa mintak buat entry apa yang perlu dan tak perlu masa walimah saya dulu. dia mintak saya cerita hari tue. tapi ibu ngandung nie kan mana dia nak ingat satu-satu benda secara on the spot *alasan* hahahaha. saya tolong share apa yang saya ingat jela ek. kalau ritu letak check list keperluan barang bayi baru lahir. hari nie nak share check list keperluan walimatul urus pulak. kira macam recall balik la. kalau ada yang tertinggal jangan marah tau!!! ok ini check list selepas awak dah bertunang atau dah merisik dan dah nak memikirkan pasal walimah pulak. 

awas. entry nie panjangggg sangat sebab malas nak pecahkan jadi dua entry. kalau malas nak baca skip kan aje. tak terasa hati pun ehehehe :p

Tetapkan tarikh perkahwinan

ini yang palinggggg penting sekali. kalau takde tarikh awak tak boleh nak budget berapa bulan lagi yang ada untuk awak settlekan semua persiapan. lepas dah bertunang tue boleh dah fikir bila nak buat kenduri. bukannya sebab eksaited atau dah gatal sangat. tapi perlu tahu, persiapan untuk buat kenduri ambik masa yang sangat panjang dan perlu plan yang rapi dan tersusun. kalau tidak akan ada pembaziran yang berlaku. lain la kalau awak tue banyak duit dan nanti nak upah weeding planner je. yang itu lagi dua bulan nak kawen baru fikir pun boleh.

Kursus Pra Perkahwinan

lepas dapat je tarikh terus daftar kursus kawen. untuk permohonan nikah sijil kursus kawen yang paling penting. tapi harus diingat tanyakan dulu pusat kursus samada sijil itu sah untuk seumur hidup atau tidak. yela kita mana tau apa akan jadi akan datang. jadi dah pergi kursus tue biarlah berbaloi dengan masa dan wang yang dikeluarkan. cari sijil yang sah untuk seumur hidup (walaupun pakai sijil hanya seumur hidup sekali :p)

Ujian Saringan HIV Untuk Permohonan NIkah

yang ini memang wajib buat. kalau takde sijil kursus kawen, takde keputusan ujian HIV lambat lagi la awak boleh nikah nya. tapi keputusan ujian hanya sah 6 bulan tak silap saya sebelum tarikh nikah. ada jugak sesetengah hospital yang hanya sah 3 bulan sebelum tarikh nikah. apa-apa pun call dulu hospital tanya berapa bulan sah ujian HIV tersebut dan tanya waktu mana saja yang boleh buat ujian. nanti takde la bazir masa ye idak?

Permohonan Nikah

90 HARI sebelum tarikh nikah dah kena apply permohonan bernikah dari pejabat agama negeri masing-masing. untuk pihak lelaki dalam seminggu macam tue tempoh proses dia. jadi pandai-pandai la nak budget bila awak perlu buat ye. ada saya ceritakan lebih details pasal permohonan nikah kat sini. pegi baca :)

ok dah selesai semua untuk nikah. boleh la fokuskan ke hal majlis pulak. sebab apa-apa pun nikah yang penting kan. tak nikah macam mana nak bergambar dalam majlis kan hikhikhik.

Baju Pengantin, Make Up, Mandi Susu, Jurufoto, Dewan Majlis, Katering, Khemah Pengantin, Pelamin

semua tue kena booking awal-awal. nak pulak kalau tarikh majlis awak tue tarikh 'hot' macam raya cina, atau time public holiday. tetapkan majlis nak buat dimana. kalau kata dewan, cari dewan yang dekat dengan rumah dan mudah untuk orang datang. sebab sesetengah tempat dewan kan terhad. nanti kalau tak booking awal-awal orang lain pulak yang dapat dulu. tapi kalau nak buat kat rumah jangan lupa servey dan booking pakej khemah yang mengikut budget. kalau tidak takut nanti khemah abis, kena buat tema garden pulak, picnic dibawah pokok. ehehe

dah dapat dewan. kalau nak pakai katering, servey pakej mana yang tak cekik darah dan sedap. dan yang penting. pakej tue tak buatkan tuan rumah pening kepala makanan tak cukup. ada yang saya pernah hadir kenduri. pukul 1 lebih makanan dah habis, katering dah susun tray. sedangkan itu waktu kemuncak orang datang majlis. tapi tuan rumah kena jugak beringat panggil tetamu biarlah bersesuaian dengan budget ketering. jangan pulak bayar katering untuk 1000 orang tapi jemput tetamu lebih 2000 itu jerat diri sendiri namanya.

tak salah servey baju pengantin awal-awal. takut nanti kalau lambat sangat orang lain dah booking tinggal kat awak baju yang dah lama dan orang dah guna pakai banyak kali. kalau nak ambik pakej servey elok-elok dulu. setengah butik letakkan harga tak berpatutan dengan apa yang kita dapat.

untuk make up sebolehnya cari mak andam yang datang make up awak dekat rumah. sebolehnya hari walimah nanti pengantin duduk dirumah sahaja. tak payah nak penat bekejar ke sana sini. dan cari mak andam yang make up cantik jangan nanti hasilnya tak memuaskan hati. 

mandi susu pun perlu untuk bakal pengantin. spa muka semua tue la. raja sehari kan. perlulah nampak seperti raja sehari. sekali seumur hidup. untuk kecantikan diri sendiri dan bakal suami jugak ;)

pelamin ambik yang simple tapi sweet. bagi saya tak perlu bazir duit hanya pada pelamin. bagi saya lagi baik budget yang tinggi untuk pelamin tue digunakan pada katering. bagi orang makan. pelamin orang boleh tengok aje ;) atau kalau kreatif boleh DIY sendiri pelamin. banyak belog yang buat tutorial macam mana nak deco pelamin yang simple tapi nampak sweet. tapi terpulang pada individu. terpulang pada budget dan keinginan bakal pengantin. macam saya, deco pelamin sendiri. ada ceritanya kat sini.

Jurufoto sebolehnya ambik diluar pakej butik. lebih murah sebenarnya. mengikut pengalaman abang angkat saya. kalau dengan butik sebenarnya butik upah jurufoto harga yang lebih rendah dari dia berikan pada kita. kat pesbuk ada banyak jurufoto dan group jurufoto. tinggal nak teliti, bertanya dan pilih sahaja. macam saya. adik ipar memang jurufoto. jadi takde masalah la. syukur hihi.

Homestay

perlu untuk bagi keluarga pihak lelaki tempat bertangkak(sementara menunggu majlis), tempat pihak mereka nak merehatkan diri dan bersiap sebelum datang ke majlis. bagi mereka keselesaan. itu kalau pihak sebelah sana datang dari jauh la. tapi kalau taman sebelah lorong je. tak perlu pun takpe kot. hihi

Kad Kahwin

yang ini pun kena servey mana kedai yang tawarkan pakej murah dan berpatutan. kira nak murah je kannnn, PERLU lah!!! nak kenduri oiii bukan pakai duit sikit, kenalah pandai-pandai plan budget sendiri. kalau tidak nanti ada yang boleh jatuh muflis kalau tak pandai nak buat budget sendiri. macam saya dulu kad kawen 2 bulan sebelum kenduri. tapi tengok pada tempoh berapa lama kedai tue perlukan untuk hasilkan kad awak. perlu ingat dalam tempoh sebulan sebelum walimah kad dah kena ada kat tangan awak. dalam tempoh 3 minggu sebelum atau 4 minggu waktu untuk family awak jemput tetamunya, dan awak sendiri perlukan tempoh 2 minggu sebelum majlis untuk pos ke tetamu-tetamu. jadi bagi saya 2 bulan sebelum tue molek dah la.

Goodies atau buah tangan untuk tetamu

bagi yang kreatif nak DIY sendiri goodies, lepas tunang dah boleh mula proses DIY. yela bukan sikit kuantitinya. kalau nak pakai 1000 unit at least takde la awak pecah kepala fikir goodies tak siap lagi walhal majlis dah sangat dekat. kalau buat awal-awal sekurangnya awak tak perlu terlalu rushing kan. 

bagi yang nak tempah. perlu jugak booking awal. untuk memudahkan pihak kedai. bagi dia tempoh jugak. nanti takde la sebab dia nak terkejar tarikh kita, barang yang dapat pulak tak elok. tak salah mudahkan urusan orang lain, akhirnya nanti urusan kita jugak dipermudah.

Hantaran

dalam 4 atau 3 bulan sebelum elok lah dah mula beli barang hantaran. bila ada barangnya dah boleh la mula fikir decoration macam mana nak buat. 2 bulan sebelum majlis dah boleh mula deco hantaran sendiri. lepas tue dah boleh fikir untuk urusan yang lain pulak. tapi kalau nak hantar tempah je. sebulan sebelum pun boleh beli. kedai kan pakar tentu diorang boleh siapkan dalam tempoh singkat.

Cincin nikah

eh lupa pulak pasal nie ehehehe. yang ini mesti masing-masing tak lupa dan tau bila masa yang sesuai nak beli. kalau dah ada tarikh nikah tue. nak pulak time harga emas tengah turun, tak perlu tunggu lagi. beli je terus walau ada lagi 9 bulan sebelum harinya. kalau tidak rugi.

kalau nak cari cincin nikah untuk pengantin lelaki. saya sarankan cari yang perak/silver atau pun platinium. tapi platinium mahal sangat, saya dulu mampu beli perak je. heyy jangan lupa Nabi pun pakai cincin perak tau. kalau emas putih atau ape ntah lagi satu namanya tue. ada saduran emas sikit. haram lelaki islam pakai. hanya perak dan platinium je yang takde saduran emas. 

Decoration bilik pengantin

ada yang kata tak perlu lah. tapi bagi saya perlu. itu kamar untuk bakal pengantin. permulaan tempat antara suami dan isteri. permulaan tempat untuk permulaan rumah tangga kita. percayalah awak memerlukan bilik yang tenang, selesa dan cantik setelah berpenat lelah membuat persiapan dan menghadapi walimah. tak perlu tempah mahal-mahal. cukup untuk diri awak sendiri rasa selesa. itu dah memadai.

Cuci gigi

ada yang terlupa hal nie. masukkan dalam list awak. supaya nanti awak tak rasa malu nak tersenyum pamerkan gigi yang cantik semasa bergambar. lagi satu niat lakukannya untuk suami. supaya bau nafas anda tidak menganggu hidung dia. dan untuk pengantin perempuan. mana tau bunting pelamin pulak kan. nanti masa dentist check gigi masa mengandung takde la rasa segan nak kata aaaaaa depan dia. cuci gigi tujuan utamanya untuk membersihkan kekotoran dan plug yang boleh membuat nafas kita berbau. eh dah macam dokte gigik pulak :p

Solat sunat

jangan lupa. dalam sibuk membuat persiapan. jangan lupa pada Dia yang diatas. solat taubat, solat hajat, dan solat sunat yang lain. buatlah. insyaAllah awak akan rasa lebih tenang. mintak ampun dan berdoalah padaNya agar perjalanan awak dan suami nanti dipermudahkan dan mendapat keberkatan dariNya. dahulukan Dia. jangan sesekali lupa.

*****

itu jela yang dapat saya kongsikan serba sikit. mungkin ada yang tertinggal maafkan saya. dah 8 bulan majlis selesai. walaupun tak lupa bagaimana perjalanan majlis saya dulu tapi insan biasa tetap ada benda yang terlupa kan. apa-apa pun saya doakan moga perjalanan awak semua dipermudah dan mendapat keberkatan Ilahi. jangan lupa mencari keberkatan dalam majlis. 

saya pernah baca dalam Al-Ustaz. janganlah memulakan perjalanan sebuah rumah tangga tanpa keberkatan Ilahi. janganlah hari pertama bergelar suami isteri dah langgar perintah Ilahi.

oh ye sebenarnya ada saya letakkan perjalanan saya dan suami dalam ruangan Satu Perjalanan. atau boleh tengok widget kat sebelah kiri nie, boleh pilih je kat situ. rajin-rajinlah ke sana kalau nak tau apa yang saya dah pernah lalui. tapi tak semua lah. sebab kekangan masa satu hari dulu. tak sempat nak sharekan segalanya ;) moga info nie dapat membantu :)

Pengalaman Pertama Kali Puasa Sebagai Isteri Dan Pregnant Mummy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah 6 ramadhan pun arini. alhamdulilah masih penuh nie. berdoa sangat moga Allah beri saya kesempatan untuk puasa penuh tahun nie bersama si kecik yang sangat aktif kat dalam rahim nie haaaa. tapi andai kata tak dapat posa penuh pun redha je. anak lebih penting kan ;)

tahun nie tahun pertama puasa sebagai isteri. mencabar tue agak mencabar la jugak nak bangun awal pagi untuk bersahur. walaupun bukan semua menu sahur dan berbuka tue saya sediakan. yela duduk menumpang kat rumah mentua kan, mestilah kena hormat bagi laluan kat mama mertua nak sediakan menu untuk family kitorang. saya tolong gitu-gitu aje. masakan saya mestilah tak sehebat masakan seorang ibu yang tetap maintain garam dan gulanya walaupun berpuasa.

kadang tue masa bujang dulu, kalau rasa liat nak bangun sahur, teguk air kosong je sambil mata elok terpejam. buruk beno pangaiii. tapi dah ada suami, duduk pulak rumah mentua. kena la pepandai rajinkan diri walau ada jugak harinya terbabas tak sedar. mujurlah ada lagi setengah jam sebelum imsak sempat la nak buat apa-apa. kadang menantu terbabas, kadang mentua terbabas. adat la tue hihi :p

kalau tahun-tahun sebelum kawen, ramadhan pertama mesti balik kampung. nak-nak pulak kalau boleh sambung cuti sampai weekend, confirm saya orang pertama isi borang cuti. macam last year seminggu cuti puasa. ambik kauuuuu!!! hahahaha. kalau kat rumah boleh la nak manja-manja semua mama buatkan. bangun celik mata je tengok semua dah tersedia, bangun pun mama yang kejutkan. lagi satu buruk pangai kan. mujurlah last year dah prepare belajar bangun awal sediakan sahur. boleh pun bukan tak boleh saja je penyakit M tue banyakkkkkk sangat.

ada suami kat sebelah, ada family mentua kat rumah. kena jugak gagahkan diri bangun awal pagi. kalau tidak sian suami yang nak kerja dengan perut lapar tanpa sahur, sian family lain yang tak sempat nak bersahur jugak. dan yang penting sian si baby kenit nie nanti berlapar seharian. lagipun kan dalam sahur ada keberkatan. jadi cubalah usaha sebanyak mungkin nak rebut keberkatan tue.  

cuma bezanya bila pregnant nie. selera makan saya berubah. dah boleh makan nasi lebih banyak dari masa bujang dulu. dah boleh habiskan kurma tujuh bijik. semuanya demi anak yang kat dalam nie. setiap pagi mesti bagitau baby "ummi posa rini, baby teman ummi ye, baby jangan buat pangai tau, kita posa penuh ok" haaaa setiap hari pesan. tapi hari pertama puasa ritu memang rasa longlai sangat.

hari pertama baby mengamuk sakan dalam perut. baring pun dia mengamuk sampai berombak-ombak perut nie haaa. sakit kena tendang, kena siku, kena lutut toksah kira la. lastnya saya tido sambil buat tatau. padan muka baby hahahaha. teruk betui ummi nie. bila berbuka masuk je makanan, minuman terus dia tendang. signal bagitau sonok dapat makanan kot. setiap hari. sahur dan berbuka macam tue la dia. sampai dah boleh hafal bila time dia nak mengamuk tue. macam-macam anak ummi nie.

tapi semalam hari pertama berjauhan dengan suami masa bulan ramadhan. Ya Allah perasaan sebak dan sedih tue tinggi sangat. kalau tidak setiap waktu ada dia boleh la nak bermanja, dan semalam mula la kena berdikari. berjemaah, berterawih bersama. semua tue saya rindu. selalu bila berjemaah dengan suami mesti baby sangat tak duduk diam, sampai goyang-goyang rasa, tapi semalam bila solat sendiri tak seaktif bila ada abi dia. agaknya dia pun dah tau rindukan suara abi. haiii anak, janganlah buat ummi sedih.

berdoa moga dibukakan pintu rezeki buat kami sekeluarga dapat berkasih sayang setiap hari setiap masa dirumah kami sendiri. amin ya rabbal alamin



rindukan dia. terutama saat melihat dia sedang lena dibuai mimpi. jaga diri ye sayang. tiap dugaan dan ujian jika kita redha insyaAllah akan disediakan ganjaran buat hambaNya kan. amin amin

14 July 2013

Checklist Keperluan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rasa macam sekarang nie seminggu satu entry je pulak yang timbul kat belog nie hukhukhuk. sangat takde mood lah nak berentry. entah la. hormon nak melahirkan terlebih kot. hihihi. kalau kat entry lepas baru je saya share yang beg bersalin khalifah kecik saya nie Alhamdulilah dah lengkap. hari nie nak share senarai-senarai panduan yang mungkin sangat berguna bagi ibu-ibu baru macam saya nie. checklist nie saya dapat dari belog Irine Nadia yang baru je lahirkan baby FM dia. macam terbau-bau je bau baby baru lahir. hihi

yang penting kalau ada baby fair cepat-cepat ambik peluang tue untuk beli barang baby. sebab barang baby nie walaupun cinonet tapi kadang lagi mahal dari barang kita sendiri. dan jangan lupa survey kedai-kedai barang baby yang tawarkan harga murah. macam ada satu kedai yang saya rajin singgah dekat kepala batas. kedai barangan baby CBC ke ape ntah. kalau sape berminat nak kesitu boleh pm nanti saya bagitau details nya ok.

senarai bawah nie boleh ikut kalau rasa perlu. tapi kalau tidak tue skip kan aje. hihi. kadang ada yang memang kita dah ada tak perlu la nak bazirkan budget pergi tambah lagi. tepuk dada tanya selera :D oh ye kalau ada yang saya tertinggal mohon tolong tambahkan diruang komen ye, terima kasih ;)

SENARAI KEPERLUAN BAYI BARU LAHIR 


Baby [PAKAIAN] 

1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..dan singlet jugak...
2- Baju malam @ tidur-baju malam, beli lengan panjang dan seluar panjang..
3- Romper dan Jumpsuit 
4- Baju jalan2
5-Mittens & Booties
6- Bonnet @ topi
7-Sapu Tangan- beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet..
8- Bib(alas baju baby masa menyusu)
9- Barut - beli yang zip zap supaya mudah, pernah guna yang ada tali bila Uwais tak duduk diam tinggal tali je yang ada kat perut dia. kain dah terlipat-lipat
10- Bedung - saya bedung kan baby dengan napkin je senang cerita hihi..


Diapering

1-Napkin – beli kalau rasa perlu tapi boleh jugak digunakan untuk bedung
2-Diapers @ Lampin pakai buang - jangan beli size new born banyak sangat sebab baby cepat membesar..
3-Wet Tissue
5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor (khas untuk baby sahaja)
6-Detergent khas pencuci baju - kulit baby lembut lagi kadang tak sesuai pakai detergent kita yang biasa


Baby Care dan Grooming

1-Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil) 
4-Putik Kapas (Cotton Bud)
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby..
6-Minyak Telon - saya beli yang brand bebiku tue. wangi bau dia...
7-cotton ball
8-Nappy Cream

Nursering [keperluan tidur baby]

1-Set Tilam - abi kata letak je atas lantai suruh dia rasa susah dari kecik =.=
2-Baby Cot - saya tak beli pun, uwais lebih selesa tido setilam sekatil dengan ummi dia ;)
3-Kelambu[mosquito net] - abi dia suruh pakai tudung saji, sama je katanya grrrrrrrrrrr

Feeding

1-Botol dan puting susu saiz S  
2-Bottle Sterilizer - tak beli jugak pasal lebih suka rebus saje hihihi
3-Berus Pembersih Botol
4- Penyepit Botol - boleh je guna penyepit biasa yang kita guna kat dapur
5- Nipple Cream - tidak digalakkan pasal nanti sebelum direct bf kena bersihkan dulu, sebaiknya ambik lebihan susu badan dan sapu dikeliling nipple
6-Nursing Pad Washable - saya beli tapi tak guna pun pasal tak selesa
7- Nursing Pad Disposal - yang ini pun sama dgn atas, beli tapi tak guna
8-Breast Pump
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] 
10- Nursing Pillow
11-Nursing Bra
12-Termos
13- Storage  bottles

Travel

1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle
3-Baby carier
4-Stroller
5-Nursing cover - kalau ada shawl yang lebar dan kain tebal boleh digunakan jugak
6-Car seat

Bathing

1 Tuala baby
2 Besen Mandi[Bath Tub - mandikan aje dalam kolah air tue kata abi. arghhhhh
3 Toiletries set

Keperluan berpantang 

1 Set jamu
2 Tungku
3 Tuam/tungku baby
4 Baju sejuk
5 Kain batik
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam / selusuh


Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby

*****
macam saya, sebab anak kakak si Afiq Danial tue baru je setahun. kakak bagi pinjam dia punya car seat dengan baby carier kat kami. Alhamdulilah tak perlu nak beli. sebab baby bukan pakai lama pun sekejap je dia dah membesar. baju new born baby pun kami tak beli banyak, baju Afiq banyak lagi dan elok nak dipakai boleh je guna balik. sebab utama macam tadi. baby baru lahir nie cepat membesar, macam Afiq tue baru sebulan badan dah macam dipam-pam. tak kisah la kaler ape pun. pakai je janji pakai baju seluar hihihi. 



Barang Baby Yang Nak Bawak Ke Hospital

·         5 keping pampers newborn - macam saya dulu bawak banyak sebabnya Fateh Uwais kuat membuang.
·         5 pasang baju bayi (tapi ikut la nak bawak berapa) - kalau lagi lama duduk sepital lagi banyak baju diperlukan
·         1 paket baby wipes/wet tissue
·         Stoking dan sarung tangan baby
·         Barut baby
·         Bedung baby
·         1 botol minyak telon
·         Surah yasin
·         Air zamzam & kurma untuk belah mulut baby

asingkan sepasang baju, sehelai pampers, sepasang mittens booties, dan sehelai blanket bertopi untuk kegunaan bayi selepas dilahirkan nanti. senang staff nurse di labour room ambil dan pakaikan pada baby kita. takde la nanti dorang tercari-cari barang dalam beg baby yang kita sediakan.

Barang Ummi Yang Nak Bawak Ke Hospital (yang ini ada yang saya saja tambah)

·         3 helai Kain batik
·         2 helai tshirt tangan panjang - biasanya tak pakai pun kain batik dan tshirt sebab diwad tak dibenarkan pakai baju luar kecuali baju pink yang pihak hospital sediakan.
·         2 helai tudung
·         1 biji Termos
·         1 biji Cawan
·         5 paket Coklat 3 in 1
·         Susu
·         Minyak angin
·         1 helai towel mandi
·         1 helai sweater
·         3 pasang stoking
.      maternity pad - boleh pakai pad biasa lagi mudah untuk uruskan :)

*****

info : kedai barangan bayi yang murah di Kepala Batas, Pulau Pinang

CBE
55, 57, 59 ground floor, lorong bertam ria 2, taman bertam ria, 13200 kepala batas