Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 June 2024

Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia ‘Almari Kapsul’ Fesyen Muslimah diperibadikan untuk Gaya ‘Modest to Modern’


 KUALA LUMPUR, 4 Jun 2024 - Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan Jun 2024 dalam usaha untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. Kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya bawah RM40 buat wanita dari apa jua latar belakang. 

 



Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 ke 44 tahun di platform Shopee, 7 dalam 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan. Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka add to cart pakaian yang memberi keselesaan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis, atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh.*

 

Shopee telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lalu, dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang mahu membeli-belah tanpa risau. Pelancaran program Jaminan Tepat Waktu Shopee menawarkan pilihan penghantaran fleksibel seperti penghantaran hari esok, penghantaran segara, dan pengambilan sendiri di pusat pengambilan sendiri (self-collection point) Shopee buat rakyat Malaysia. Shopee turut mengembangkan program pemulangan semula dengan pengenalan 15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal* di mana pemulangan barangan yang layak dari seluruh kategori produk juga disebabkan ubah fikiran terhadap diterima sepanjang 15 Hari Jaminan Shopee. 


"Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen Muslimah di Shopee Live di mana penjual tempatan menyesuaikan penawaran mereka dengan komuniti tempatan secara hiperlokal,” jelas Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. “Penjual seperti Panda Eyes, Lovito, dan Zoe Arissa berstrim langsung secara aktif di Shopee Live untuk menyampaikan informasi tentang cara bergaya, kesepadanan produk, dan mempertontonkan pelbagai jenis produk mereka secara 360 darjah kepada penonton seluruh negara agar mereka dapat informasi sepenuhnya untuk membeli-belah dalam talian.” 

 

"Dalam bekerjasama dengan  M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, kami telah menyusun koleksi di mana wanita boleh mencipta pelbagai gaya dengan hanya beberapa helaian pakaian,” komen Ming Kit. “Pakaian sopan kami boleh dilapiskan dengan pakaian ‘outerwear’ dan aksesori, di mana wanita boleh menzahirkan gaya individualiti mereka untuk gaya harian yang selesa dan bergaya.”

 

Sesuai untuk seluruh wanita tidak kira tona kulit dan saiz. Koleksi  GayaLitLit #ShopeeHaul yang inklusif termasuk pakaian asasi boleh digayakan kepada tiga gaya utama yang ‘in’ pada musim ini, menurut penggaya fesyen Shopee. Gaya menonjol ‘Sis Ranggi’ boleh dicapai dengan tudung turban bersama seluar atau skirt smart kasual dan jaket. Gaya konservatif chic ‘Everyday Cantik’  


boleh dicapai dengan kemeja butang bersama seluar yang boleh digayakan untuk pergi bekerja atau makan-makan di hujung minggu. Gaya elegan ‘Anggun Bergaya’ boleh dicapai dengan dress maxi bersama selendang. 

 

Selanjutnya, saluran rasmi Shopee, ShopeeMamak membawakan tips inspirasi bergaya setiap hari di Shopee Live dari 31 Mei ke 6 Jun 2024 kepada wanita Muslimah seluruh negara. Selain dapat belajar tips bergaya dari selebriti dan pempengaruh seperti Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, dan Bella Astillah, penonton juga boleh menyertai permainan fesyen untuk berpeluang menang RM3000 tunai. 

 

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee, dengan harga dari RM1 - RM40. Koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi. 

09 May 2024

Shopee Mengutamakan Pengalaman Membeli-Belah secara Lancar dengan Pengenalan Jaminan Tepat Waktu

 Shopee Mengutamakan Pengalaman Membeli-Belah secara Lancar dengan Pengenalan Jaminan Tepat Waktu



KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 - Shopee Malaysia melancarkan program Jaminan Tepat Waktu untuk memperkasakan pembeli dengan jaminan pemenuhan pesanan oleh semua pembekal logistik Shopee (Shopee Supported Logistics (SSL)). Shopee menguatkan komitmen program ini dengan baucar RM5 untuk semua penghantaran yang melebihi waktu penghantaran yang dijanjikan. Ini membolehkan pengguna aplikasi Shopee seluruh negara dengan jaminan mereka akan menerima bungkusan mereka dalam waktu yang dijanjikan dan disokong oleh praktis pemenuhan pesanan yang diwujudkan Shopee.  


Program Jaminan Tepat Waktu dibina atas komitmen teguh Shopee untuk membekalkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan selamat untuk pembeli bijak digital. Ini termasuk membekalkan rakyat Malaysia dengan pilihan penghantaran yang pantas dan lebih fleksibel seperti Penghantaran Hari Esok (Next Day Delivery), Penghantaran Segera (Instant Delivery), dan peningkatan titik pengambilan sendiri (self-collection) Shopee. 


Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, berkata, “Shopee konsisten dalam mengimplementasikan praktis baharu untuk memenuhi keperluan pembeli dan penjual. Dengan peningkatan terhadap permintaan untuk pengalaman membeli-belah yang lancar, kami bersuka cita untuk melancarkan program Jaminan Tepat Waktu. Inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan pembeli dengan memastikan penghantaran tepat waktu, yang juga menekankan peranan penting kepercayaan terhadap praktis pemenuhan pesanan buat rakyat Malaysia.” 


Program Jaminan Tepat Waktu ini mengetengahkan proses tuntutan yang mesra pengguna. Setiap waktu penghantaran yang dijangkakan akan dipaparkan di halaman butiran pesanan. Jika penghantaran melebihi waktu yang dijangkakan, pembeli boleh menebus baucar RM5 pada halaman yang sama. Kaedah yang diselaraskan ini memastikan kepuasan pembeli. 



Rangkaian praktis pemenuhan pesanan Shopee yang teguh, yang termasuk rakan penghantaran yang dipercayai, memberi jaminan operasi program yang lancar. Rangkaian ini menawarkan pelbagai pilihan penghantaran untuk memenuhi kehendak individu, sementara mengekalkan jangka waktu pengantaran yang konsisten. Dengan ini, Shopee memenuhi keutamaan pengguna untuk penghantaran tepat waktu lalu memperkuatkan keyakinan pembeli dan memacu aktiviti perniagaan berulang di platform. 


Pengalaman Pengguna dan Penjual Postitif


Program Jaminan Tepat Waktu telah menjana maklum balas positif dari pengguna yang telah diberi peluang untuk menggunakannya semasa waktu sebelum pelancaran rasmi. Matthew, seorang pengguna Shopee dari Selangor, dengan gembiranya berkongsi, “Saya kagum dengan tahap kepantasan pesanan saya diterima! Bungkusan dari Lembah Klang selalunya mengambil masa tiga hari, tetapi dengan Jaminan Tepat Waktu, saya menerimanya dalam masa dua hari - seperti yang telah terpapar dalam jangka waktu pesanan diterima.”


Berkongsi pengalamannya terhadap penghantaran yang boleh dipercayai Emankamel, ahli Shopee Affiliate berkata, “Saya penuhi bekalan untuk studio baharu saya dengan banyak barang dari Shopee. Saya membeli banyak barangan bersaiz kecil dan saya tidak perlu risau kerana barangan diterima dalam waktu yang dijanjikan oleh program Jaminan Tepat Waktu Shopee. Dengan ini, saya boleh membeli apa sahaja barangan dan ia pastil akan sampai dalam jangka masa yang pendek.”


Program ini bukan sahaja memanfaatkan pengguna, penjual Shopee juga mempunyai pengalaman positif dari program ini. Pengasas Asikin Ahmad, Asikin Arifin berkata, “Saya yakin Program Jaminan Tepat Waktu ini merupakan inisiatif terbaik Shopee kerana ia membolehkan penjual untuk menyediakan pesanan tepat waktu. Ini memastikan terdapatnya waktu yang cukup untuk menghantar pesanan dalam jangka waktu yang dijanjikan. Seterusnya, pelanggan akan lebih yakin untuk membeli barangan kami melalui Shopee.” 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Jaminan Tepat Waktu, layari: https://shopee.com.my/m/on-time-guarantee .


19 April 2024

Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

 Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian

Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pengasas Bayu Somerset

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 - Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana. Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang, warna kulit, saiz, majlis, atau musim.  

Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknologi dan memberi fokus terhadap trend semasa seperti berstrim langsung dan pemasaran affiliate.

"Peralihan kepada e-dagang memerlukan kita untuk sentiasa belajar dan adaptasi, terutamanya dalam mengikuti trend semasa,” kata Emir. "Ianya memerlukan pelbagai sumber penting, tetapi potensi manfaat yang boleh dikecapi syarikat dan jenama tidak boleh dinafikan. Shopee merupakan salah satu sumber kritikal dalam membantu kami mengharungi cabaran dalam talian. Shopee bukan sahaja membantu menarik pelanggan untuk membeli tetapi juga meluaskan kesedaran jenama kami. Pendedahan jenama amat penting dalam dunia e-dagang, dan kestabilan platform Shopee adalah sesuatu yang saya amat hargai.” 

Bayu Somerset mengambil pendekatan dinamik terhadap Shopee Live, berstrim langsung lapan jam sehari, dua jam setiap sesi, tanpa mengira musim. Strategi ini memastikan keterlibatan pelanggan yang konsisten dan melangkaui kemuncak musim seperti Raya. Walaupun mengakui prestasi jualan meningkat sepuluh kali ganda semasa musim Raya, Bayu Somerset mengutamakan kelestarian berbanding kebergantungan terhadap kemuncak musim. Selari dengan visi mereka untuk mempromosikan pemakaian baju kurung sebagai pakaian harian, Bayu Somerset memperkenalkan sekurang-kurangnya dua koleksi baharu setiap bulan, dengan saiz sehingga 5XL untuk memastikan keterangkuman.   

Semasa sesi Shopee Live Bayu Somerset, pengacara dengan bersemangat berkongsi tentang keselesaan memakai baju kurung dengan mengetengahkan keselesaan fabrik kapas yang diguna bersesuaian dengan cuaca Malaysia. Dengan memastikan kemampuan milik, mereka menawarkan pakaian dengan harga serendah RM79, tanpa kompromi terhadap kualiti. Semasa bulan Ramadan, pengacara juga mempamerkan koleksi Raya yang merangkumi lapan koleksi berbeza di mana setiap koleksi mempunyai enam ke sepuluh corak, dan koleksi-koleksi ini termasuk pakaian kanak-kanak dan pakaian lelaki. Rekaan diinspirasikan dari budaya Malaysia dan gabungan ceria pelbagai budaya seperti dilihat dalam koleksi Moroccan, Mexican, dan African. Tambahan lagi, Bayu Somerset baru-baru ini berkolaborasi dengan pengilustrasi tempatan, Arina Azhar untuk membawakan ‘whimsical vibe’ dan ‘twist’ menyeronokkan terhadap penawaran pakaian mereka.

Review pelanggan dan ruangan komen Shopee Live Bayu Somerset dipenuhi dengan pelanggan yang berpuas hati dengan pembelian mereka seperti “Saya memakai baju kurung Bayu Somerset semasa berkebun! Ianya sangat versatil, saya amat sukakannya!”, “Saya selalu memakai baju Bayu Somerset untuk ke pasar raya atau cafe hopping. Fabrik yang mereka gunakan amat ringan tetapi tahan lasak, sesuai untuk pakaian harian.” Sesi strim langsung Bayu Somerset bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan produk, tetapi turut memupuk komuniti berkaitan keselesaan berpakaian dan fesyen versatil.  

Bayu Somerset aktif mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui ciri Shopee seperti Shopee Coins dan baucar untuk meningkatkan lagi perjalanan membeli-belah mereka. Penawaran diskaun dan ganjaran memberi insentif untuk pembelian berulang dan membina kesetiaan pelanggan. Tambahan lagi, penyertaan mereka dalam kempen Raya Shopee, termasuk pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang berstrim langsung dan ditontoni 70,000 rakyat Malaysia, menggunakan kebolehcapaian meluas platform semasa musim perayaan untuk mempamerkan koleksi terkini dan menawarkan promosi istimewa. Dengan menggunakan ciri dan kempen Shopee secara strategik, Bayu Somerset menguatkan kesedaran jenama dan meningkatkan pengalaman pelanggan.  

Tambahan lagi, Diana menjelaskan kejayaan jenama dengan program Shopee Affiliate: “Kami dapat melihat impak signifikan dari ahli affiliate yang aktif mempromosikan Bayu Somerset dalam platform media sosial, terutamanya di aplikasi X. Ahli-ahli affiliate ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kredibiliti jenama melalui testimonial dan perkongsian pengalaman memakai produk kami, yang memacu aktiviti pembelian.” Dengan program Shopee Affiliate, Bayu Somerset, dengan efektif berjaya menyebarkan mesej tentang nilai jenama mereka, harga mampu milik, dan rekaan unik, lalu meluaskan kecapaian dan impak pasaran. 

Bayu Somerset bercadang untuk meneruskan perjuangan. Dipacu semangat keusahawan, pesan Diana dan Emir kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang: “Maksimumkan penggunaan ciri Shopee seperti Shopee Live dan Shopee Affiliate untuk menguatkan pendedahan jenama,” cadang Diana. “Adaptasi strategi kemenangan dari peniaga Shopee Live yang lain dan lihat apa yang bersesuaian dengan penonton anda.” Emir menekankan kepentingan untuk sentiasa beradaptasi: “Adalah penting untuk entiasa selaraskan diri dan adaptasi trend semasa dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah untuk kekal relevan dan kompetitif. Sentiasa kemas kini strategi anda agar sentiasa di hadapan.”

 

Dalam masa tiga tahun, Bayu Somerset telah menjadi batu asas ekonomi dan komuniti tempatan, mengambil 60 pekerja sepenuh masa dan 30 pekerja separuh masa dengan 95% adalah wanita. Jenama ini juga telah terjual lebih 8,500 helai pakaian di Shopee dengan Kebarung Merdu sebagai produk terlaris. Dengan hampir 30,000 pengikut di Shopee dan rating cemerlang 4.9 bintang, jenama ini berusaha untuk sentiasa berkembang maju dan kekal relevan dengan pengkalan pelanggan mereka yang semakin berkembang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...