Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

16 September 2019

Jangan risau.. KLIA Transit kan ADA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello geng. Sihat tak hari ni?

Jadi, merujuk kepada tajuk di atas, hari ni saya nak share sedikit info mengenai pengangkutan dan kemudahan yang ada kat Malaysia ni. Since musim cuti banyak, promo flight pun kerap muncul, mesti banyak kaki jalan yang dah start book flight kan? Ada yang international, ada yang domestic. Tak kira la mana-mana pun, mesti yang menjadi satu kerisauan macam mana nak ke airport. Nak bawa kereta sendiri, kena fikir nak parking mana. Berapa pula charge parking kat KLIA tu? Nak naik grab, boleh tahan juga mahal dia. Limited space pula bagi yang nak ke airport lebih daripada 4 orang. Tak aapa. Jangan risau. Tak perlu pening-pening untuk fikir pasal parking kereta semua. Saya cadangkan, ambil sahaja KLIA Transit. 
KLIA Transit ni merupakan satu pengangkutan awam yang disediakan khas untuk mereka yang nak ke airport (KLIA/KLIA2). Train KLIA Transit ni akan berhenti di beberapa station yang bermula dari KL Sentral > Bandar Tasik Selatan > Putrajaya & Cyberjaya > Salak Tinggi > KLIA > KLIA2 Arrival. Boleh la pilih nak naik dari station mana. Ikut pengalaman saya, saya pernah naik dari Putrajaya & Cyberjaya. Sangat mudah. Pembelian tiket pula boleh dibeli dikaunter yang disediakan di setiap station. Tetapi untuk mengelakkan kesesakan dan ingin tambang lebih murah, saya lebih suka melakukan pembelian secara online di KLIA Transit Booking yang disediakan oleh Traveloka ni. Salah satu kelebihannya ialah tak perlu beratur panjang, ada promotion dan tiada hidden charge. Sistem bookingnya pun simple dan tak memeningkan kepala. Sampai sahaja di station, terus boleh scan barcode yang dapat dari pembelian, dan boleh tunggu train sampai. Simple macam beli tiket wayang gitu.
Bagi train schedule pula boleh la check kat gambar yang saya sediakan di bawah

https://www.kliaekspres.com/wp-content/uploads/2013/01/Picture2.png 
https://www.kliaekspres.com/wp-content/uploads/2013/01/Picture1.png


So tak perlu la nak risau berkejar-kejar flight yea! Harga pun berpatutan mengikut station yang disediakan. Korang pun tak perlu risau nak tunggu lama sebab train ni akan sampai dalam masa setiap 15 minit je during peak-hours. 
Selain daripada tu, andai kata korang malas nak tunggu train atau pergi ke station, jangan fikir panjang, korang boleh order online airport taxi untuk terus hantar korang ke pintu gerbang airport tu. Yang ni pun sama juga, dari Traveloka. Zaman dah maju, dah canggih, semua benda senang je. Ni kira macam korang order Mcd Delivery la. Order online, terus sampai depan pintu rumah. So yang ni, korang boleh book airport taxi dari website Traveloka ni, isi butiran yang diperlukan, boleh terus bayar. Simple. Sampai masa yang korang dah set tu, sampai la taxi tu depan pintu rumah korang. Untuk tujuan pick-up, jangan risau sangat, sebab nanti yang nak datang pick-up tu akan contact korang melalui phone/whatsapp. So deal je la dengan driver taxi tu. Tak perlu bayar apa-apa charge tambahan dah masa dia pick-up tu. Sebab semua dah setel masa korang booking online tadi. Korang cuma naik, terus sampai ke destinasi yang ingin dituju. 
Korang akan lalui proses yang sama juga kalau dari airport nak balik rumah. Set masa, driver tu akan tunggu ikut deal yang dah dibuat. Yang bestnya kalau flight delay pun, korang tak perlu risau sebab dia boleh tunggu sampai flight korang landing. Jangan la dah sampai, korang layan maggi cup kat kedai dalam tu pulak. Kejam oi. Sistem airport taxi ni juga available 24 hours. Ikut la korang nak balik 3 pagi ke. 4 pagi ke. Tak ada hal. Yang penting booking siap-siap. Bila dah book, senang nak plan perjalanan korang tu. Dari segi keselamatan pun tak perlu risau sebab system dah ada record siapa driver yang akan pick-up korang dari airport. Tak perlu la korang nak kena pening layan driver taxi yang ramai-ramai tanya nak taxi atau tak masa keluar dari airport tu. So apa tunggu lagi? Boleh la start survey tarikh cuti korang tu. 
Selamat bercuti semua!!

16 August 2019

9.9 @ Shopee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahukah korang bermula 19 Ogos ni sehingga 9 September nanti Shopee menyahut seruan kerajaan untuk sama sama mengurangkan beban rakyat Malaysia semasa berbelanja? Sepanjang tempoh tu jugak korang boleh menikmati promosi free shipping bagi pembelian RM9 dan ke atas bagi kedai kedai tertentu yang mengambil bahagian. Saya suka kalau nampak perkataan free shipping ni. Kihkihkih

Sepanjang tempoh ni jugak korang bakal menikmati penjimatan sehingga 90% bagi setiap pembelian yang mengambil bahagian. Ehh banyak lagi sebenarnya yang korang bakal dapat ni antaranya

● Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1. 
● Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan. 
● “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh. 
● Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.
● Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup) 
● Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama. 
● Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.
● Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.
● The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.  
● Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19. 
● Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September. 
● BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.

Shopee juga dah melantik duta terbaru dorang, Cristiano Ronaldo sempena promosi 9.9 ni haaaa. Korang jangan lepaskan peluang tau. Saya pun nak sibuk sama shopping 19hb ni 🤪

19 July 2019

Tripple F.U

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Tuan blog senyap. Tetiba keluar tripple F.U kohkohkoh. Fateh Uwais, Furqan Uqbah, Faiha Ulya. Iyeeeee tuan blog ni baru dapat anak. gegirl. Alhamdulilah. tu yang senyap sunyi sepi lama sangat tu. Alahnya masyaAllah tatau nak cerita. mujur la time alah tiga bulan tu tengah cuti semester. duduk rumah layan alah jela yang boleh. nak bangun berjalan, masak, makan, uruskan lagi dua orang anak tu pun tak terdaya. nak ngadap laptop update entry lagi la tak larat. hukhukhuk.

bila dah sihat sikit busy attend kelas. dah habis kelas, busy dengan final exam lagi, assignment nya lagi. hal rumah tangga lagi. ehhh banyak nya nak kena list hihihi. dah habis final. beranak baby baru pulak. dah tu hari ni baruuuu lah rasa boleh nak update entry. itu pun kena tunggu ada 'rasa' tu dulu baru rajin nak ngadap blog nya. 

nanti la ada masa terluang kita cerita sembang banyak sikit. rindu ke blog ni sebenarnya. ini jela medium yang boleh 'cakap' banyak pun selain sembang dengan suami dekat rumah. tapi tula. banyak tapinyaaaaaaaaa


belanja gambo budak tripple F.U sekeping ;) hihihi

Delivery 24 Jam | Shopee

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Shopee siapa jela yang tak kenal kalau sebut perkataan 'Shopee' ni kan. salah satu medium terbaru untuk membeli belah atas talian atau ONLINE. saya pun kalau tak beli barang kat situ sekadar cuci mata je sambil 'jalan-jalan' dari satu kedai ke satu kedai lain. biasa la orang perempuan. window shopping kan hahahahaha

tapi yang terbaru Shopee ada buat penghantaran 24 jam terus ke pintu customer mereka. maksudnya beli hari ni esok dah boleh dapat barang. wow sangat. buat masa ni sistem delivery 24 jam khas buat pengguna di sekitar lembah klang sahaja

jadi korang orang lembah klang jangan lepaskan peluang ni. ohh ye korang jugak berpeluang untuk dapatkan rebate RM5 bagi pembelian minimum RM100. cuma apply code ini SMLEMA5 sebelum pembayaran. sah dari sekarang sehingga 21 Julai 2019




Dan ini antara item yang available bagi penhantaran 24 Jam. korang boleh select kedai dan barangan yang terpilih dalam promosi 24 Jam ni haaaaa. jadi apa tunggu lagi guyssssss 


Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...