Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

06 December 2011

Kerana sebuah Novel, part II

Assalamualaikum semua

ini adalah bahagian kedua, sambungan dari cerpen yang ini..
jemput baca, maaf andai terkurang serba serbi :)

*****
Satu persatu nota-nota kecil yang terselit disetiap penghabis episode dibaca. Bagaikan diari kehidupan. Luahan perasaan dan harapan seorang wanita yang bergelar isteri. 

Lepas je insiden ‘berlanggar’ mata hari tue,
Terus perasaan nie hadir,
Perasaan yang sama tiap kali bersalaman usai solat.
Perasaan apa ye?
Qisya, 2 Disember 2011

“Ya Allah aku bersyukur punya isteri seperti dia. Ya Allah bersyukurnya aku kerna Engkau memakbulkan doaku yang tidak pernah putus dari bibir dan hati yang kerdil ini.” setitis air mata kesyukuran terbit di hujung kelopak mata Khairi.

Hari ini seperti biasa, pantas sahaja tangan kanannya mengambil novel yang sudah separuh dibacanya kelmarin diatas meja kopi diruang tamu. Satu penemuan yang amat-amat mengejutkan dirinya. Novel sama kepunyaan isterinya. Pantas Khairi menjejak anak tangga naik ke bilik mereka.

Sabar Khairi menunggu isterinya bersolat. Solat sunat mungkin. Terdengar esakan halus dari isterinya. Pantas Khairi duduk menghadap si isteri. Wajah isterinya yang lencun dengan air mata ditatap.

“hei, kenapa nie?ape dah jadi? anything want share with me?” lembut Khairi memujuk isterinya, Qisya.

Lantas Qisya menghulur lukisan tangan yang dijumpai didalam novel milik suaminya yang sama seperti yang dibelinya tempoh hari.



Tanpa mampu ditahan, pantas Khairi memeluk isterinya. Seeratnya. Bibir tak mampu menutur walau sebutir kata, hanya pelukan hangat yang dapat diberikan menggambarkan, hangatnya cinta dan sayang untuk isterinya. Hanya buat isterinya.

“Alhamdulilah, syukur Allah permudahkan semuanya”

Hanya kerana sebuah novel bertajuk “Doaku untukmu Sayang” yang sarat dengan nota cebisan luahan perasaan Khairi dan Qisya akhirnya menemukan ruang bahagia buat keduanya.

*****

“sayang, rumah kita nie senyap sunyi bila kita masing-masing menghadap novel kan? Mungkin kalau ada suara-suara kecil yang akan buat rumah kita bergegar lepas nie?” usik Khairi dalam tawa, suka benar dia melihat muka merah isteri kesayangannya.

*****
TamaT 

terima kasih sudi membaca :)

11 comments:

fRaMe+LenSeS said...

ahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahah

**pengsan** :P

Gen2Merah said...

terhibur membacanya.. keep it up (",)

محمد رازيق said...

tahniah.. menarik :)suka baca.. ada bakat jadi novelis.

Iffah Afeefah said...

sgt best

tak terkata kak

kiera'sakura said...

Nadzri ::

bushhhh,,, **siram dgn air ujan

Gen2merah ::

hihihi, thanks ye :)

Razik ::

hihihi, memain je nie.. byk kurangnye lg.. :)

Iffah ::

thanks iffah :)

aDisH.sHidA said...

best....sampai ke hati akak...

tahniah

kiera'sakura said...

kak shida :: mekasih akak :)

shida anwar said...

best...akhirnya hr ni ada peluang membaca..

*meh nak tolong siram pakcik atas tu ngan air ujan gak*

kiera'sakura said...

kak shida ::

mekasih akak sudi baca :)

MR & MRS MAKMUM said...

rasa mcm boleh buat sambungan lagi nie hehehe

aryan azra said...

best3...senyum sorang2 akak membacanya

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...