Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

21 September 2023

SPX Celebrates Record Women Empowerment

 SPX Meraikan Pemerkasaan Wanita

Kurier e-Dagang mengambil 40 kali ganda pekerja wanita sejak dua tahun lalu


KUALA LUMPUR, 21 September 2023 – SPX, pembekal perkhidmatan penghantaran kumpulan SEA dengan 118 hab di seluruh negara meraikan dua tahun memperkasakan wanita dan merapatkan jurang jantina dalam industri kurier yang secara tradisionalnya dikuasai lelaki. 


Sejak 2021, SPX telah mengatasi pesaingnya dengan memperkenalkan inisiatif terangkum di tempat kerja dan meningkatkan pekerja wanita sebanyak 40 kali ganda dalam pelbagai peranan pengurusan seperti penyelia, ketua hab dan ketua syif. Ini termasuk di bahagian operasi seperti pengisihan, penghantar dan penunggang. Kini, sebanyak 13% penghantar dan 40% pengisih adalah wanita. SPX juga satu-satunya rakan kongsi kurier e-dagang di Malaysia yang diterajui pengarah wanita, Cheah Lee Sun.


Lee Sun, Ketua SPX


“Saya mengalu-alukan wanita penghantar di seluruh negara kerana tidak memandang industri ini dipelopori lelaki. Tiada pekerjaan yang terlalu berat bagi wanita di sini, sama ada tugas itu memerlukan mengangkat barang berat atau memandu kenderaan komersial. Semua orang dialu-alukan, dalam semangat keterangkuman dan memberi sokongan kepada peningkatan kemahiran bakat tempatan di komuniti yang kami beroperasi,” kata Lee Sun, Ketua SPX.


Polisi Terbuka di Seluruh Syarikat untuk Tempat Kerja Lebih Selamat


Lee Sun berkata, mendapatkan kapasiti logistik tambahan pada kemuncak kempen e-dagang boleh menjadi sangat kompetitif. Dia turut melawat hab-hab SPX, kemudahan pengisihan dan gudang. Malah, Lee Sun turut mengikuti penghantar lelaki dan wanita bagi memastikan setiap pekerja diberi layanan sama rata, seterusnya memberi maklum balas untuk mempertingkatkan prestasi. SPX telah melaksanakan inisiatif Polisi Terbuka bagi pekerja melaporkan isu berkaitan integriti atau gangguan tanpa perlu mendedahkan nama pengadu. 


Siti Sakinah Yusof bermula sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan dan kini bekerja sepenuh masa di SPX

Siti Sakinah Yusof, 33, mula bertugas sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan. Berpegang teguh kepada integriti dan beretika melayakkan dia diserap sebagai pekerja tetap dengan SPX. Sebagai ibu kepada tiga anak, Siti Sakinah menjadi contoh mewujudkan persekitaran pekerjaan yang positif dan boleh dipercayai. “Wanita harus tahu bagaimana untuk melindungi diri dan jangan teragak-agak untuk menegur individu dengan tingkah laku yang tidak beretika," katanya.


Fleksibiliti Kerja Memacu Prestasi Lebih Baik


Nadiah Mohd Shukor menjaga kebajikan pekerja wanita yang mempunyai anak-anak di hab Hulu Langat, Balakong, Serdang dan Titiwangsa

Sebagai pelatih Program Pemangku Pengurus Kawasan, Nadiah Mohd Shukor, 34, menjaga kebajikan pekerja wanita yang mempunyai anak-anak di hab seliaan di Hulu Langat, Balakong, Serdang, dan Titiwangsa. “Saya memastikan mereka mengambil cuti apabila anak sakit, rehat tengahari dan makan secukupnya ketika kerja, walaupun pada waktu kemuncak," katanya. Sebagai ibu kepada tujuh anak, Nadiah memahami keperluan segelintir pekerja wanita dengan dua pekerjaan yang perlu bekerja mengikut syif. 


Lee Sun menyokong usaha tersebut yang memperkasakan wanita dengan memberi kelonggaran untuk menguruskan jadual penghantaran sambil membina kerjaya sendiri. Ketika bekerja sebagai penghantar SPX, golongan ibu boleh menghantar anak-anak ke sekolah sambil menguruskan penghantaran bungkusan sebelum syif tamat.


Menghantar Dengan Lebih Empati


Hasil daripada dasar pengambilan pekerja yang inklusif, terdapat budaya pematuhan dasar, disiplin dan pembinaan komuniti yang menggalakkan di SPX. “Lebih berhati-hati dalam mengendalikan bungkusan dan mengingati pelanggan setia kami merupakan sikap yang diterapkan oleh wanita yang bertugas di semua kawasan kami. Berdasarkan pemerhatian ketika mengikuti mereka bertugas, saya dapati mereka lebih bersabar, sopan dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling,”' kata Lee Sun.


Ruzita Puzi memastikan operasi harian di hab Alor Setar berjalan dengan lancar

Ruzita Puzi mahu mengambil lebih ramai pekerja wanita untuk merapatkan jurang jantina 

Ruzita Puzi, 45, mempunyai 20 tahun pengalaman kerja dalam industri kurier dan dia berazam untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk wanita di Kedah di hab Alor Setar. “Saya mahu wanita dari semua lapisan masyarakat untuk percaya kepada diri sendiri kerana mereka juga boleh berjaya, sama ada dalam perniagaan atau memegang peranan kepimpinan dalam syarikat. Sebelum ini, hab tersebut tiada pekerja wanita. Kemudian, kami mengupah dua wanita untuk bekerja sebagai pengisih dan berharap dapat mengambil lebih ramai wanita untuk menutup jurang jantina,” katanya.


Antara pelanggan yang menerima buku Unveiling Malaysian Gems menjelang Hari Malaysia


Sementara itu, sempena sambutan Hari Malaysia, penghantar SPX di seluruh negara berganding bahu untuk menghantar sebanyak 15,000 buku percuma berjudul Unveiling Malaysian Gems kepada pelanggan tetap sambil mengibarkan bendera negara dan mengambil gambar. Buku ini mengetengahkan perniagaan milik wanita di setiap negeri dengan segelintir mereka menyokong wanita dalam komuniti dengan mengupah dan memasukkan ke dalam perniagaan yang diusahakan.


-TAMAT- 


17 July 2023

Shopee Memperuntukkan Sehingga RM50 Juta untuk Pelajar Malaysia

Kerjasama Strategik dengan Sasbadi Memanfaatkan 2.5 Juta Pelajar di Seluruh Negara



KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Shopee, platform e-dagang terunggul di Asia Tenggara dan Taiwan secara rasminya bekerjasama dengan Sasbadi, syarikat penerbitan dan penyedia solusi pendidikan terkemuka di Malaysia, untuk memperkasakan pelajar dalam usaha mencapai matlamat pendidikan mereka. Kerjasama ini dilancarkan agar bahan pembelajaran dan ulang kaji berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh komuniti pelajar Malaysia agar mereka cemerlang dalam pelajaran. 


Bermula 1 Julai 2023, Shopee menyumbang 50 juta ringgit untuk membantu para pelajar membeli bahan pembelajaran dan mencapai kecemerlangan akademik. Ini dapat dilakukan melalui baucar bernilai RM20 tanpa perbelanjaan minimum yang boleh digunakan untuk menebus bahan pembelajaran di kedai rasmi Sasbadi di Shopee, eksklusif buat pelanggan baharu Shopee. Sepanjang tahun ini, baucar ini akan dicetak dalam bahan penerbitan Sasbadi terpilih dan diedarkan melalui Shopee dan kedai buku seluruh negara. 


“Buat mereka yang memerlukan bahan pembelajaran berkualiti tinggi, anda tidak keseorangan – Sasbadi komited untuk membantu anda mencapai potensi secara menyeluruh. Kami percaya bahawa Shopee mampu menyediakan sokongan yang sangat diperlukan ini untuk para pelajar di seluruh Malaysia, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan dan yang amat memerlukannya. Kami akan sentiasa meneroka peluang untuk meningkatkan kesedaran terhadap usaha-usaha seperti ini,” kata Law King Hui, Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas Sasbadi. 


“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sasbadi dalam menyokong keperluan pendidikan pelajar luar bandar dan yang kurang berkemampuan daripada pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong komuniti tempatan menggunakan teknologi. Saya percaya bahawa pendidikan amat penting dan bersama-sama dengan pasukan saya, saya gembira kerana dapat membalas sokongan yang saya terima semasa saya belajar dahulu. Kami berharap agar sokongan daripada Shopee ini dapat membantu para pelajar mencapai impian mereka,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. 


Shopee menjalankan usaha yang sama pada Mei 2022 dan berjaya mengumpul hampir 300 ribu ringgit untuk penerima *#ShopeeGivesBack seperti UNICEF Malaysia dalam memenuhi keperluan kritikal kanak-kanak terpinggir dan keluarga mereka ketika COVID-19.  


Sepanjang kempen ini, platform Shopee akan menyediakan tawaran mudah akses yang disuai padan dengan keperluan pelajar berdasarkan pemahaman berpacukan data. Terutamanya, pencarian pelajar terhadap keperluan pendidikan seperti buku nota atau keperluan sekolah, buku teks sekolah, peralatan bantuan pendidikan, dan bahan ekstra kurikulum. Pada masa yang sama, bahan penerbitan Sasbadi yang boleh didapati di Shopee dan kedai buku di seluruh negara akan disertakan dengan baucar RM20 untuk membolehkan para pelajar menebus bahan pendidikan dengan mudahnya di kedai rasmi Sasbadi melalui platform Shopee. 


Imbas kod QR yang dicetak dalam buku terbitan Sasbadi terpilih untuk menebus baucar


14 May 2023

Top Malaysian Pick: Dishwasher Review

 

Dishwashers are still a relatively new kitchen item for Malaysians. People have recognized that they clean well and are incredibly handy, thus they are becoming more and more popular these days.

 

Dishwashers come in three primary categories on the market: free-standing, countertop, and built-in.

 

The majority of individuals can use freestanding and countertop dishwashers since they are the simplest to install. If you want your kitchen to have the right aesthetics, you may choose a built-in dishwasher.

 

Bosch Series 4 SMS46GI01P



 

The wirecutter and consumer report are just two of the numerous reputable reviewers that consistently rank Bosch dishwashers as the best.

 

The Bosch Series 4 SMS46GI01P has a capacity of 12 place settings, or around 11–12 people. For small to medium-sized families, it is ideal. If your household is tiny, you may gather all the dirty dishes and wash them all at once after supper.

 

For more cutlery storage, the dishwasher has VarioFlex baskets. Users of the Rackmatic System rack system have the most freedom since they can alter the basket height by up to 5 cm even when it's completely filled.

 

The motor in this dishwasher is an EcoSilence Drive. It is a brushless DC motor, which is incredibly power-effective and silent. About 46dB of noise is produced when the dishwasher is in use.

 

This dishwasher has a total of 6 programs: Pre-Rinse, IntensivePlus, Auto, Eco, Quick Wash 65°C, and Quick Wash 45°C. You mostly just need to operate it on Auto mode, which offers the finest cleaning results. In accordance with the degree of soiling, it automatically modifies the temperature and water use.

 

Beko Dishwasher DFN05R11W



 

Another well-known manufacturer of dishwashers is Beko. Bosch dishwashers Malaysia are widely used as comparisons. There is a 13-place setting limit for this Beko dishwasher. It offers a lot of versatility for customers to arrange for cleaning large kitchen utensils like pots and pans thanks to its sliding cutlery basket and adjustable plates support.

 

Five distinct washing cycles are offered: Eco 50°C, Intensive 70°C, Clean & Shine, Quick & Shine, and Mini 30°C. Additionally, there is a Half Load option for washing only a few dishes. Only one of the top or lower baskets has to be loaded in order for the washer to begin using less water and time.

 

Toshiba DW-14F1



 

One of the more well-liked dishwasher models on Lazada/Shopee is the Toshiba DW-14F2. because it offers more affordable prices than Beko and Toshiba.

 

The Toshiba DW-14F2 offers a ton of excellent features for less than RM 2000. It has a dual wash zone, UV LED sterilizer function, and is classified as having A++ energy efficiency.

 

The dimensions of this Toshiba washing machine are 59.8 x 60 x 84.5 cm. The 14 place settings it can hold are the most of any dishwashing model we've reviewed so far. It is therefore perfect for a large household.

 

With a cutlery bin, sliding cutlery tray, height-adjustable top rack, and folding flip tines, the dishwasher is incredibly adaptable. All kitchenware and utensils may fit in the machine with ease.

 

Auto Daily, Hygiene, Eco, Glass, 90 Minute, and Rapid modes are the six distinct washing programs. There are two new choices for Power Wash and Extra Drying. With all of these functions, this dishwasher gives you the best cleaning possible.

 

The Toshiba DW-14F1 dishwashing machine has twin washing zones, just like the Beko Dishwasher DFN05R11W. You may wash dishes in small batches with it. The dishes may be placed on either the top or lower rack, and the appropriate spray arm can be used to clean them.

 

Being able to get the Toshiba DW-14F1 dishwasher for only RM1,899 is almost a deal given all the functions it has to offer.

 

Electrolux Compact Dishwasher - ESF6010BW productnation



 

A small 55cm dishwasher with deep enough storage for effective dishwashing, the ESF6010BW has six distinct automated cleaning routines. productnation

 

This appliance may be placed anywhere there is a water outlet, and it is highly suggested for people who don't have a lot of room but yet want a dishwasher. You may either put it into your kitchen or leave it on the counter thanks to its freestanding design.

 

With the multiple-washing program, you may select the precise cleaning setting required for a certain wash cycle. You can rest certain that this dishwasher is among the most energy-efficient ones on the market thanks to the offered Eco wash mode.

 

Many current customers have discussed how this appliance has greatly enhanced their life; some have even remarked that this dishwasher "washes better than ordinary hand washing." They are also happy with how simple it is to install, how quiet it is, and how little room it takes up. However, several consumers did draw attention to the fact that the dishwashing detergent occasionally fails to dissolve correctly.

 

Toshiba DW-08T1



 

For the money, the Toshiba DW-08T1 tabletop dishwasher has the finest features and abilities. It has 8 place settings and measures 55 x 50 x 59.5cm. Small- to medium-sized households can utilize the capacity.

 

Despite being a countertop dishwasher, this one is actually rather roomy. You can clean silverware, mugs, and small dishes on the top rack. You may wash dishes, soup bowls, and even small pots on the lowest rack.

 

The Toshiba DW-08T1 has 7 pre-installed programs. It offers options for hygiene, normal, eco, glass, 90 minutes, rapid cleaning, and self-cleaning. In the hygiene mode, 99.99% of germs are destroyed by washing in water that is up to 70°C.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...