Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 December 2021

Cara Memohon Surat Kuarantin Kontak Rapat Covid-19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Ujian dan Dugaan tu hadir dari Allah SWT. Siapa kita nak menidakkannya. Nak dijadikan cerita 3hb Disember baru ni kami sekeluarga diuji. Mama dan Papa disahkan dijangkiti virus Covid-19. Virus yang semua orang takut. Allahu perasaan tu tatau nak gambarkan macam mana.


Sekaligus menjadikan Abang dan Adik yang tinggal serumah sebagai kontak rapat. Abang dan Adik kerja swasta. Jadi paham jela kan. Bila kerja swasta ni dah tentu majikan nak hitam putih surat. Walaupun status mysejahtera dah bertukar warna ke merah menyala pun. Majikan tetap nak surat hitam putih sebagai putih.


Maka bermacam-macam nombor telefon lah yang saya hubungi. Bertanya dan nak mohon surat kuarantin. Bagi korang yang tinggal dan kuarantin di Perak. Boleh cuba hubungi CAC yang bertugas di nombor bawah ini.


  • Bahagian Covid Kinta, Perak

05 - 2433 962

019 - 930 8195

019 - 930 8545


  • Permohonan surat kuarantin kontak rapat Kinta, Perak

05 - 5286 158


Semoga membantu. Dan semoga diberikan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya. Amin Amin 

15 December 2021

Hasil Berblog

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sedar tak sedar 11 tahun dah berblog rupanya. Dari sebulan berpuluh entry sampai la sebulan satu entry pun bertuah hahahahaha. Sebelum ni memang buat blog sekadar suka suka tempat meluah perasaan. Beberapa tahun kebelakangan ni je nama blogger naik dan dipandang sebagai salah satu medium influence. Dari blogger menjadi retis pun ada. Salah seorangnya Hanis Zalikha. 


Alhamdulilah Kiera Sakura pun pernah dan sedang menjadi sebagai salah satu medium influence. Promote iklan, promote barang, promote tempat, promote makanan. Salah satunya Escape Penang dan Escape Water Theme Park. Alhamdulilah, big thanks juga dekat kawan kawan blogger yang sama sama ajak join team mereka.


Yang personal pun banyak. Tapi tula sebelum ni hasil berblog tu memang tak nampak seketul. Tapi hasil collaborate dengan PgMall, payment masuk dalam ewallet sana. Makanya, hasilnya pun kita nampak lah seketoi. Tidak tu hasil payment lebih kepada belanja makan family je kihkihkih




Kipas berdiri Pensonic dan Vacuum sebelah dia tu juga antara salah satu 'hasil berblog' yang nampak dimata dan seketoi gedebuk situ. Memang saja beli barang elektrik perkakas rumah. Nampak la jugak kan hasilnya tu



Alkisah wall fan ni haaa. Memang dah niat nak beli kipas dinding letak dekat dapur. Nak makan berpeluh peluh panas. Tiba tiba masuk job Pgmall. Alhamdulilah dapat beli wall fan hasil part time geli geli. Siapa nak bagi kan? 

Ada keberkesanan ke hire blogger sebagai influencers product sesuatu product? Gambar di atas analysis pembaca yang masuk ke Entry Escape Water Play. Dari hari post entry sampai ke tarikh hari ni. 3.66K mata melihat. Tak pernah takda hari yang pembaca tak masuk. Jadi korang rasa berbaloi ke tidak untuk hire seorang blogger?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...