Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

16 February 2015

Cerpen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kalau tengok pada traffic sources tu macam tak percaya je kan dalam blog seorang ummi uwais ni ada cerpen. hewhewhew. tapi itulah hakikatnya sebelum lahirkan Fateh Uwais dulu memang rajin mengarang cerpen. idea mencurah-curah datang. nak pulak masa baru-baru kawen. hati berkebun bunga takde musim luruh hahahahaha. 


dan cerpen lah traffic tertinggi dalam blog ni. *mujur ada cerpen* kihkihkih :p macam mana idea datang mengarang? entah la. mungkin faktor sekeliling. lagi satu faktor dengki tengok suami mengarang cerpen suwit muwit kadang boleh buat air mata mengalir. memang selalu dengki. hishhh awat la dia ni ada idea mengarang sampai macam ni. hahahaha dengki sokmo. nasib dengki berfaedah hahahahaha :p tapi satu benda yang sama kami berdua kalau masa mengarang. mesti nak kena on satu lagu. konon macam lagu tu la penguat semangat idea mencerpen datang. play la sampai abis ending. selagi tak habis selagi tu la lappy kena nyanyi sampai serak suara hewhewhew :3

tak percaya suami boleh mencerpen? iyeeee itulah hakikat yang patut ditelan kahkahkah. siap kadang pelik, macam mana dia ni seorang lelaki tapi boleh buat cerpen watak utama perempuan. macam dia tu perempuan sejati. sebab iols tak reti nak buat watak utama lelaki hahahaha. tengok dengki lagi :p

seronok tau tak mengarang cerpen. sebab dari awal sampai habis kita boleh buat ikut suka hati anak tekak kita. ko nak ending mati ke, hepy ending atau ending sedih ke. ko punya suka. yela kadang kalau baca novel rasa nak marah bila ending tak ikut apa yang kita rasa kan? hahahaha perangai sungguh!!!

dah lama sangat tak mencerpen. sejak lahirkan Fateh Uwais cuma ada kistot je. kistot tu kisah kontot. hurmmm faktor usia mungkin yang buat mood cerpen tu tak kunjung tiba :p abiiiii jom cerpen jom teheeeeeee :D

27 February 2013

Cerpen : Baby Diaries

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“eh awak dapat planner baru ye?” soalku usai suami keluar dari kamar mandi.

“a’ah awak nak ke? Ambil la” aku Cuma meneliti apa yang terkandung didalamnya. Lengkap dengan jadual perbelanjaan sebulan untuk diisi, dan segala jadual yang boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengawal perbelanjaan isi rumah.

“tak nak la, diari saya yang ofis bagi tue pun tak guna” dan aku berlalu ke sisi suami.

“hurm. Apa kata kita buat dia jadi baby diaries” aku merenung wajah suami.

“ummi tulis la apa ummi nak tulis dalam tue, dan nanti abi pun nak tulis sama” suami tersenyum memandangku.

Usia kandunganku baru 9 minggu. Tak terlewat rasanya kalau kami sama-sama coretkan pengalaman sepanjang zuriat kami ‘tinggal sementara’ didalam rahimku.

“yela nanti bila baby dah besar boleh la baca apa yang ummi dengan abi lalui sepanjang nak membesarkan dia” aku akhirnya bersetuju dengan cadangan suami.

“dan nanti boleh la ummi korek-korek rahsia abi yang nak sampaikan dekat baby kan?” kami berdua tergelak. Dan planner itu aku pandang, sambil tersenyum.

*****
baby hari nie ummi kata dia tak sihat, makan tak lalu. Bila makan ummi muntah. Risaunya abi. Kalau lah abi boleh terbang dah lama abi terbang ke sana temankan ummi -20 January 2013-

aku tersenyum membaca helaian tersebut. Aku beralih ke halamannya berikutnya.

Ahad lepas abi bawak ummi naik Cameron. Ummi teringin sangat nak makan strawberi cicah garam kat atas tue. Abi gelak je bila tengok ummi terus buat apa yang dia ngidam tue sebaik sampai je. Ummi kata baby yang teringin, haaaa baik baby ngaku cepat -28 January 2013-

Aku tergelak. Tak sangka suami juga rajin mencoret itu dan ini di dalam baby diaries kami. Perhubungan jarak jauh antara kami membuatkan adakalanya masa kami berdua terbatas untuk berhubung. Dengan suami yang busy dengan urusan kerjanya, aku juga sibuk uruskan kehidupan seharian aku disini. Hanya disini, di baby diaries kami coretkan segalanya.

Dan aku mula melarikan pena menulis segala pengalaman yang aku lalui. Aku tersenyum.

*****
Risaunya abi tengok ummi bertarung nyawa tadi sayang. Abi terasa abi nak gantikan tempat ummi, tapi abi tak mampu. Abi hanya mampu berdoa moga Allah bagi kekuatan pada ummi. Moga Allah lindungi ummi dengan baby -31 August 2013-

Seronok abi tengok ummi menyusukan Uwais, walaupun wajah ummi pucat tapi ummi tetap tenang dan cuba menenangkan abi. Abi risau. Doctor kata keadaan ummi masih belum cukup sihat. Kita doakan ummi ye sayang -1 September 2013-

Alhamdulilah sayang abi, Uwais dah boleh keluar wad. Tapi ummi masih ditahan di hospital. Keadaan ummi makin teruk. Abi menangis sepanjang hari sayang, tapi abi tak nak menangis depan ummi, abi nak cuba bagi kekuatan pada ummi. Setiap hari abi doa moga Allah pelihara kesihatan ummi. Moga Allah lindungi ummi. Moga Allah selamatkan ummi. Abi sayang ummi sangat -7 September 2013-

Aku tutup diari itu. Sepanjang hari itulah yang sering aku baca. Air mata mengalir lagi.

“sayang jom abang suapkan bubur nie, tau tak hari nie abang masak sendiri, ikan bilis lada hitam nie pun abang buat sendiri. Mama Cuma bagitau je cara-caranya” aku tergelak dan ku rangkul leher suami. Suami membalas.

“terima kasih sebab masih setia ada kat sisi sayang dengan Uwais, jaga kami berdua. walau sampai saat sayang belum mampu jaga makan pakai abang macam sebelum nie” air mataku mula jatuh, lekas suami menyekanya. aku mengalami kontraksi yang terus semasa melahirkan zuriat kami. Hampir sebulan aku terlantar dan hanya mengharapkan bantuan dari insan sekeliling.

“abang nak bersama dengan sayang bukan waktu senang dan gembira je, tapi setiap waktu abang nak luangkan untuk kesayangan abang nie. Abang tak rasa membebankan pun jaga sayang, malah abang bersyukur yang Allah bagi abang peluang merasa indahnya setiap saat dalam hidup abang dengan adanya bidadari dan khalifah abang nie”  jemariku dikucup suami. Dan aku tersenyum bahagia.

“haaa sebab sayang dah makin sihat meh sayang pulak suapkan abang makan” baru sudu itu aku capai terdengar bayi kami Uwais merengek di dalam katilnya.

“alaaa Uwais nie suka kacau kalau abi nak lebleb dengan ummi” kami tergelak, suami segera ke katil khalifah kami, membawanya ke sisiku. Pantas kami hadiahkan ciuman kasih sayang di pipi kiri dan kanannya.

 #BabyDiaries

#mula nak buat kisah kontot tapi terpanjang pulak terus letak term cerpen nanti Cikde dengan uncle Kay-are bising lagi :p

20 July 2012

Cerpen : Cinta Bersatu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ralit aku merenung lelaki dihadapan. Putih kulitnya,bibirnya merah mungkin dia nie tak merokok, keningnya lebat, telinga tak capang orang tua kata kalau telinga tak capang dia spesies dengar kata, hidung dia erm tak ada la mancung pun, mata dia ehh ehh dia kenyit mata kat aku. Huhu


Fitri ketawa melihat wanita dihadapannya. Sengaja dia mengenyitkan mata mengusik, itulah merenung macam dia tak punya perasaan je. Hei Cik Iman tau tak saya pun punya perasaan. Ingat saya tak rasa apa-apa ke bila awak buat macam tue. Haa kan dah tertunduk malu. Hihi

“ok saya bagi peluang tue kat awak” lagi sekali aku rasa macam darah menyerbu naik ke muka. Dari tadi bila ayat tue berulang di telinga sendiri mesti rasa muka kena simbah air panas. Dah kenapa nie, tak pernah pun rasa macam nie.

“saya memang tak pernah kenal dan tak pernah menyintai awak. Tapi saya nak cuba menyintai awak, menyukai awak. Awak sudi bagi saya peluang tue?” itu yang terbaik buat masa sekarang. Biarpun mereka berkahwin atas pilihan keluarga namun dia lebih percaya pada jodoh Allah. Ini pilihan Allah untuk dia. Amanah untuk dia, senget perjalanan rumah tangganya, sengetlah bahunya besok bila diakhirat.

“Iman sampai bila awak nak merenung baju tue? Muka saya tak cukup hensem ke sampai awak tak mau tengok” Fitri simpan ketawa, dia sebenarnya suka melihat pipi merah isterinya. Ya! Dia sudah beristeri sejak 4 jam lalu. Pilihan keluarga, dia tak menolak seperti selalu. Mungkin kerana ini jodohnya mudah sahaja dia menerima.

Dagu dia sangat comel, bibir dia kecik manisnya bila dia tersenyum. Tak perlu bulu mata palsu, bulu matanya sendiri cukup menawan. Mata dia sangat cantik. Renungannya eh dia jeling aku lah.

“saya nak tengok isteri sendiri pun tak kan salah kot? Kenapa awak jeling saya? Awak tau tak saya tergoda tengok awak menjeling macam tue” Fitri mengusik lagi.

“malas layan awak nie” kusyen kecil tepat mengena mukanya. Makin kuat dia ketawa. Nurul Iman nama itu sudah mula ada dihatinya. Dia tersenyum.

*****
“kenapa nie? Awak tak nak pergi ke?” dari tadi Fitri nampak isterinya resah seperti ada yang mengganggu. Kerana bulan madu mereka kah?

“sebenarnya saya tak tau nak bawak baju awak yang mana. Rasa bersalah nak usik baju-baju awak tue semua”

“laa kan saya dah izinkan tadi. Awak bawak la baju mana pun saya tetap pakai sebab itu kan pilihan isteri saya. Mestilah saya suka apa je yang isteri saya pilih” Fitri mendekat isterinya. Dia suka melihat isterinya kalut bila dia mula mendekat. Fitri tersenyum lagi.

Sudah! dia nie cakap jela tak payah la nak datang dekat. Duduk kat situ pun aku boleh dengar lah. Jangan lah. Ehh wanginya bau dia, Encik Fitri tolong berhenti kat situ! Dalam hati boleh la nak jerit. huhu

“izinkan saya menyintai awak” Fitri merenung dalam mata isterinya. Jarinya lebih pantas memegang dagu si isteri. Dia sendiri terkelu bila bibir sendiri lebih pantas singgah dipipi mulus isterinya. Bukan saja Nurul Iman, dia sendiri terkejut.

Laju tangan menolong isterinya mengemas baju. Menutup rasa malu diri sendiri.

“saya tunggu kat bawah” cepat dia menggalas beg mereka. Pangkor, destinasi bulan madu mereka yang pertama. Pertama? Dia tercekik air liur sendiri.

Lama dia merenung diri didalam cermin. Diperiksa andai ada aurat diri yang tak ditutup. Tidak mahu suaminya ditarik ke neraka kerana dirinya. Tersenyum dia mengingat keletah nakal suaminya. Pintu bilik ditutup rapat. Suaminya sudah menunggu dibawah.

*****
“terima kasih, sejuk hati saya tengok awak pakai macam nie” lembut dan perlahan kata-kata itu ditepi telinganya. Dia hanya tersenyum memandang suami disebelah. Feri mula bergerak meninggalkan Jeti.

“kalau awak rasa nak muntah, awak peluk la saya mana tau boleh hilang rasa loya tue” Fitri ketawa mengusik. Lebih lebar senyumannya bila jari mulus isterinya singgah dilengan kirinya. Laju jarinya mengusap lembut pipi perempuan disebelah kiri dia. Nurul Iman tertunduk malu.

“bagi la saya bawa beg tue satu, bukannya saya tak larat nak bawak” dari sampai Jeti Pangkor hinggalah keluar dari kereta sewa puas aku minta nak tolong ringankan beban dia. Tapi jawapan yang aku dapat.

“saya tak sanggup nak susahkan kesayangan saya. Biarlah saya bawa semua” haa tue la jawapan yang selalu aku dapat. Dia tak tau yang aku pun risaukan dia, dah la semuanya berat.

Fitri hanya menggosok perlahan kepala isteri disebelah bila terdengar rungutan kecil. Pintu bilik dicucuk kunci. Badan direbah atas katil empuk. Letih! Mata sempat menjeling wanita dibalkoni bilik. Ada perasaan yang mula menjalar dalam hati. Dia bangun.

Ehh apa yang menjalar kat pinggang nie? Bau dia wangi macam bau suami aku. Eh dah memang la dia, sejak bila pulak dia pandai menggatal nie.

“auchh sakit la sayang, nak bermanja dengan isteri sendiri pun tak boleh” lagi kuat pulak dia peluk siap tumpang bahu aku lagi pulak tue. Ingatkan serik bila dah kena cubit.

“awak jom tidur, saya penat la” haa kan dah sakit kena tarik telinga dengan aku. Kuat sangat mengusik la dia nie. Sabar jelah.

*****
“Iman ikut je kalau itu yang ibu dengan ayah tetapkan” aku termenung melihat jari sendiri yang dihias indah. jari kaki pula menjadi sasaran, berwarna inai. Aku tersenyum, terasa bahang merah dipipi bila si suami meletakkan sekeping nota kecil diatas tapak tangan. Aku mendongak melihat dia.

“jom jalan-jalan kat pantai” huluran tangannya aku sambut. Suami aku kan, bukan dosa kalau nak pegang tangan pun. Hihi

“saya bersyukur miliki awak, saya bertuah ada isteri macam awak, saya bahagia” air mataku menitis bila mendengar. Terdengar ucapan syukur dari lelaki disebelah kanan ku ini. dalam diam kalimah yang sama aku lagukan di bibir.

Siapa kata perkahwinan aturan keluarga tak boleh bahagia. Siapa kata pilihan keluarga semuanya menjadi kesilapan dan siapa pula kata yang mereka berhak tentukan jodoh mereka sendiri. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya. Perjalanan sebuah rumah tangga hasil corakan dari diri sendiri dan suami. Hitam warna yang diletak kelamlah perjalanan yang dilalui begitu juga sebaliknya.

Jari suami aku genggam erat.

“Kau sempurna bagiku, Tak kurang sesuatu, Kau terima apa adaku”

“ku sempurna bagimu, tak kurang sesuatu, cinta bersatu” aku menyambung melengkapkan nyanyian suami disebelah. Tergelak kami berdua. Terima kasih Allah memberi aku cinta ini. aku bahagia.

“saya tengah makan sambal nie awak” tersedak aku bila ternampak dia mengeyit mata, dah la aku tengah menguyah fish cake, siap bersambal pulak tue. Makin berbulu mata aku tengok dia seronok gelakkan aku kat depan. Terdengar dia menjerit kecil bila jari ketam aku singgah dilengannya. Aku tersenyum, bahagia.

Love u dear

Nota kecil yang suamiku beri tadi aku simpan kemas dalam beg tangan. Kepala ku dongak mahu melayan cerita yang keluar dari bibir suamiku didepan. Banyak cakap rupanya suami aku nie..

*****
Kenangan tiga tahun lepas masih segar diingatannya. Mana mungkin kenangan indah itu berlalu pergi. Rasa tak selesa yang datang sejak malam semalam kembali singgah. Peluh dingin memercik, belakang badan mula lenjun. Resah. Sakit yang dirasa berulang datang.

 “Allah mana suami aku. Abang!!” bergema ruang bilik tidur mereka dengan jeritan Nurul Iman. Telinganya menangkap bunyi pintu dibuka. Air ketuban yang mula pecah membuat dia tak tentu arah.

Bebola matanya menangkap susuk tubuh yang mula masuk ke dalam kamar peribadinya. Dia terkejut. Nafasnya mula terasa sesak. Kenapa dia kembali lagi?

“apa awak buat dalam rumah saya?” Nurul Iman kaget, dia cuba mengundur kebelakang. Sakit yang terasa makin bertambah.

“awak tau kan saya tak boleh hidup tanpa awak, kenapa awak tak cuba tolak permintaan parents awak?” lelaki itu makin mendekat.

 “Tolong saya Shahrul, air ketuban saya dah pecah. Tolong bawak saya ke hospital” rayu Nurul Iman. Dia hanya mencuba nasib kiranya lelaki itu mahu mengubah fikiran.

“awak nak suruh saya selamatkan anak lelaki yang dah rampas awak dari saya? Saya benci dia dan tentu sekali saya benci keturunan dia” sinis Shahrul menjawab.

Dia datang mahu membalas dendam. Nurul Iman menolak cintanya demi menunaikan permintaan orang tuanya. Sedangkan waktu itu dia sedang berada ditahun akhir pengajian. Sedang berperang dengan kertas ujian. Tegar Nurul Iman menghancurkan hatinya. Keputusan ujiannya jugak jatuh seperti hati dan jiwanya saat itu. Kini mahu diselamatkan anak lelaki tak guna tue? Shahrul tersenyum sinis.

“tolong Shahrul sakit, Ya Allah!!” Nurul Iman hanya mampu menjerit sakit. Shahrul mencengkam perutnya kuat. Terasa pandangannya kabur. Hilai tawa Shahrul mengantikan jeritannya. Ternyata lelaki itu masih belum mahu mengerti yang dia tidak pernah ada perasaan untuknya.

*****
Fitri tersenyum saat matanya terpandangkan bebola mata kesayangannya, Nurul Iman. Lafaz syukur dilagukan dibibir.

“mana anak kita bang?” lekas Nurul Iman memegang perutnya. Leper dan kosong. Air matanya laju turun ke pipi. Dia belum hilang ingatan untuk lupa segala kejadian yang menimpanya.

“syhhh sabar sayang, jangan macam nie nanti awak sakit lagi teruk” dia tahu suaminya menyimpan sesuatu. Raut muka suaminya memberitahu. Makin lebat air matanya turun.

“Alhamdulilah kembar kita selamat, diorang ada dekat wad rawatan rapi. Alhamdulilah mujur Firdaus cepat sampai dan bawa awak ke hospital” tenang Fitri berbisik di telinga Nurul Iman.

Firdaus datang ke rumah mereka petang itu. Kertas kerjanya tertinggal di bilik tamu, dah sebulan dia menumpang dirumah abang dan kakak iparnya sementara menanti rumah yang disewanya siap diperbaiki.

Jeritan nyaring kakak iparnya dibilik atas mempercepatkan hayuan kakinya. Saat sampai dihadapan pintu bilik abangnya. Firdaus terkejut, kakak iparnya terbaring lemah dihadapan seorang lelaki yang sedang duduk.

“laki tue dah dihantar ke hospital mental kak” Firdaus menyambung.

Makin laju air mata Nurul Iman. Lafaz syukur diucapkan. Syukur kerana kembar yang dinanti selama 3 tahun selamat. Wajahnya disembam ke dada suaminya disebelah melepaskan segala bebanan perasaan yang tersimpan. Lembut belaian jari suaminya menenangkan dia.

Kerana takdir Allah mereka bersatu, kerana janji Allah perasaan mereka bersatu, dan kerana kehendak Allah cinta mereka bersatu biarpun berbagai dugaan dan ujian yang datang menimpa, Jika sudah Dia Maha Pencipta mengatakan kun faya kun.

Fitri bersyukur isterinya mampu menyintainya biarpun namanya tidak pernah ada dalam hati kesayangannya sebelum mereka bersatu. Nurul Iman juga begitu, bersyukur kerana suaminya mampu menyayanginya biarpun dia lambat mengandungkan zuriat mereka.

“didekatmu ku merasa bahagianya aku dapat ku mencintamu..” mereka berdua tersenyum bahagia. Biarlah kisah duka dulu berakhir dengan makin eratnya tautan cinta mereka.
 

#saja nak guna nama Nurul Iman, itukan nama kereta saya.. hihihi

#cerpen yang dah lama peram baru la nie nak publish.. :p

#Terasa hambar kan cerpen nie

29 May 2012

Cerpen :: Dendam Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hanya keluhan berat yang mampu dilepaskan. Dalam renungan Firdaus pada gadis kesayangannya. Dalam diam lidah membisik kalimah Allah mengawal gelodak hati yang mula dibisik hasutan syaitan. Menyayangi bukan bererti memiliki. Dia akur.

“maafkan saya awak” suara kesayangan menampar lembut cuping telinganya. Dia bangga dengan ketaatan Syukriyah. Patuh pada kehendak keluarga, mengorbankan keinginan sendiri.

“saya mendoakan yang terbaik untuk awak. Kalau perlukan pertolongan jangan segan nak minta pada saya” Syukriyah memejam matanya rapat-rapat. Doanya biarlah ini hanya mimpi. Keluhan halus dilepaskan ada air jernih yang mula menitik dalam rintik hujan yang mulai turun.

*****
Sudah setahun ikatan perkahwinan yang diatur keluarga berjalan menyelusuri kebahagiaan. Syukriyah bersyukur suaminya mampu menerima dirinya walaupun mereka berkahwin tanpa ikatan cinta. Dia cuba menjadi isteri yang baik, kerana dia tahu syurga isteri dibawah tapak kaki suami.

Panas yang dijangka sampaikan ke petang rupanya hujan ditengahari, semuanya berubah bilamana suaminya mula menunjukkan dirinya yang sebenar. Segalanya bermula lewat petang itu.

“awak tau kan saya nikahi awak tanpa perasaan cinta? Saya terpaksa ajar hati saya lupakan kekasih saya semata menerima pujukan keluarga saya. Saya dah cuba cintakan awak Cuma satu yang saya minta. Izinkan saya berkahwin satu lagi. Saya tak boleh lupakan dia” Syukriyah terpanar. Suaminya meminta izin berpoligami saat usia perkahwinan mereka baru setahun.

Sejak dari itu rumah tangga mereka bergolak. Naim sering pulang lewat malam. Bila ditunggu pulangnya hanya herdikan yang diterima. Bila dia tertidur keletihan tamparan yang dihadiahkan  atas alasan dia tidak tahu menghormati suami.

Dia letih. Naim menunjukkan tanda protes bila dia meletakkan syarat menyuruh Naim sendiri berbincang dengan keluarga mereka.

“poligami tue Sunah Nabi! Awak tak mahu payung emas ke kat sana nanti!” hanya itulah yang sering diulang tayang dihadapannya bila Naim tetap berkeras mahu hajat hatinya dipenuhi. Dia bosan.

“setia juga Sunah Nabi. Rasulullah setia pada Siti Khadijah walau usianya jauh berbeza. Rasulullah tak pernah berkahwin lain semasa hayat Khadijah. Rasulullah sendiri tak pernah membelakangkan isteri-isteri yang lain bila baginda nak berpoligami. Dan awak sendiri tahu yang Rasulullah berpoligami bukan kerana turutkan rasa hati bukan kerana cintanya sendiri. Lihat saja dengan siapa baginda menikahi..” belum sempat kata-kata dihabiskan terasa perit pipinya ditampar. Terasa berpinar dunianya sebentar.

Naim seperti kerasukan. Rambut Syukriyah ditarik dan dicengkam dengan kuat, jeritan sakit isteri yang mula disayangi langsung tak diendahkan. Rayuan Syukriyah minta dilepaskan dirasakan seperti mencabar jiwa lelakinya. Akhirnya dia tersedar apabila azan maghrib dari surau berdekatan sayup kedengaran. Pantas isterinya dilepaskan dia segera keluar dari rumah.

Peluh dingin mula memercik keluar dari dahi. Puas didail talian rakan sepejabatnya namun hanya telefonis yang menjawab panggilan. Mahu menjerit meminta tolong pada jiran baru dia teringat jirannya pulang ke kampung usai subuh tadi. Firdaus!! Walaupun berat nama itu disebut namun dia tidak punya pilihan. Darah makin banyak mengalir keluar, dia sakit.

“awak tolong saya” Firdaus kaget. Perasaan kurang enak mula menerpa dalam diri. Syukriyah! Kenapa dengan dia. Tak sempat suara melontar persoalan hanya bunyi talian terputus kedengaran. Firdaus segera mencapai kunci keretanya.


*****
Pintu pagar yang terbuka luas menjentik perasaan Firdaus. Dia tahu ada sesuatu yang tidak elok terjadi. Segera enjin dimatikan. Salam yang diberi tidak bersambut kaki dipaksa melangkah menghampiri pintu utama. Terasa mahu pitam saat matanya mula hinggap pada tubuh kecil Syukriyah yang terdampar diatas lantai. Darah pekat membanjiri tubuh kecil itu. Segera dia menolak daun pintu utama.

“Ya Allah! Riya kenapa nie?” segera tubuh Syukriyah didukung, helaan nafas wanita itu terlalu lemah. Hati membisik memohon ampunan Ilahi, menyentuh bukan mahramnya Dia terpaksa jika tidak dikhuati nyawa wanita itu menjadi galang gantinya.

Mujur Firdaus cepat datang menyelamatkan Syukriyah. Syukriyah kehilangan darah yang banyak dan lagi menyedihkan anak yang baru dua bulan dikandungnya juga gugur. Firdaus keliru apa yang terjadi. Kata doctor Syukriyah seperti dicederakan. Siapa pula yang mencederakannya. Tak mungkin Naim kerana dia tahu Naim sayangkan isterinya.

Lembut wajah Syukriyah dalam lena menjentik tangkai hati Firdaus. Benar dulu wanita itu pernah menjadi kesayangannya namun kini dia hanya menyayanginya sebagai seorang sahabat. Dalam dia tidak sedar ada hati yang terluka melihat adegan itu. Ada dendam yang mula menyulam.

*****
Kaki yang menggeletar terpaksa digagahkan juga. Dia tahu dia salah. Banyak dosanya pada isteri yang dinikahi. Besar dosanya pada Ilahi kerana gagal membawa amanah yang disandangkan pada bahunya. Dia puncanya dan dia harus menjernihkan keadaan kembali.

Keadaan rumah yang gelap membuatkan fikirannya cemas. Apa sudah jadi pada isterinya. Tak pernah Syukriyah bergelap seperti ini. suis lampu utama dihidupkan saat kaki mula melangkah masuk kediaman mereka. Dia terpanar. Bau hanyir darah menyerbu rongga hidung. Puas dicari Syukriyah merata namun langsung tak kelihatan. Dia benar-benar cemas.

“Riya maafkan abang” deringan telefon mematikan persoalan yang berlegar dimindanya. Pihak hospital baru saja telefon memaklumkan perihal isterinya. Wajahnya diraup, air mata dibiarkan turun. Dia menyesal. Kunci kereta dicapai dia harus segera ke hospital.

*****
Dia kenal lelaki itu. Perasaan cemburu mula mengasak menyucuk warasnya hati. Segera dia beristighfar, tak mahu ulangi kesalahan yang sama. Bahu lelaki itu disentuh.

“bro maafkan aku, aku terpaksa bawa Riya ke sini. Dia lemah sangat masa aku sampai tadi. Aku tak tau apa yang jadi. Maafkan aku terpaksa sentuh isteri kau” cepat Firdaus menjelaskan keadaan sebenar dia tak mahu Naim salah faham kebaikan yang dia hulur. Senyuman yang dilempar Naim melegakan hatinya.

“aku yang kena berterima kasih dekat kau sebab tolong bawa isteri aku kesini” hatinya sebak melihat insan yang mula disayangi terlantar lesu dikatil. Dia menyesal lebih menyesal bila doctor memaklumkan isterinya keguguran.

Firdaus menepuk lembut bahu Naim. Segera dia beredar memberi ruang untuk Naim dan Syukriyah. Walau apa pun yang terjadi diluar batas pemikirannya hanya doa yang mampu diiringi. Dia sayangkan mereka.

“maafkan abang Riya, maafkan abang” bersungguh Naim memohon maaf dari isterinya. Jemari isterinya dibawa ke bibir. Sungguh dia menyesal mengabaikan perasaan isterinya.

“awak” segera wajahnya diangkat. Senyuman dari bibir pucat isterinya lebih membuatkan dia sebak. Syukriyah terlalu baik. Dia makin dihimpat rasa bersalah.

“maafkan abang. Abang..” belum sempat dia meneruskan ayat pantas jemari Syukriyah menghalang.

“awak tak salah, tak ada sape yang salah. Cuma jadi kesalahan kalau awak ulang kesilapan yang sama” walau payah Syukriyah gagahkan jua menyambung kata. Tak sanggup dia mendengar kata maaf dari suaminya lagi. Baginya kekesalan yang terlukis diwajah suaminya sudah cukup membuat dia tahu yang suaminya ikhlas.

*****
Perlahan Atia memasukkan ubat tidur dalam jarum. Niatnya ingin memberi lena yang panjang buat wanita yang dia benci. Kerana wanita itu cintanya ditolak, Firdaus tegar menolaknya demi perasaan cinta dan kasih untuk wanita itu. Syukriyah! Dia benci wanita itu, Firdaus sendiri pernah berterus terang dengan dia.

Tray ubat ditolak dengan berhati-hati, gelodak jantung yang tidak sekata cuba dikawal. Terasa peluh dingin merembes keluar dari dahi. Dari jauh dia Nampak Syukriyah tekun membaca buku. La Tahzan Buat Muslimah. Sempat dia membaca tajuk buku yang dibelek Syukriyah.

“kenapa saya tengok awak senyum dari tadi” Atia pelik melihat senyuman tak lekang dari bibir Syukriyah dari tadi. Hatinya tiba-tiba tertarik untuk bertanya.

“Ya Allah! Maaf saya tak perasan awak datang” terjatuh buku dari tangannya akibat terkejut akan kehadiran Atia yang tiba-tiba.

La Tahzan sekiranya cintamu ditolak. Sempat dia membaca tajuk dari mukasurat yang terdedah. Segera dicapainya.

‘boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia buruk untukmu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itulah yang terbaik untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak’ Atia tergamam. Jarinya bergetar. Terasa bagai ada sesuatu yang meresap dalam hatinya saat terpandang secebis ayat Quran yang sempat dibaca. Dia terjerit saat jari Syukriyah menyentuh lembut tangannya.

“maaf. Awak Nampak pucat tiba-tiba, awak okey?” segera dia menyusun langkah meninggalkan Syukriyah. Jarum suntik kemas disimpan dalam poket pakaian seragamnya. Dia berlari masuk kedalam bilik air. Tangisan dilepaskan.

Terasa diri teramat kotor kerana membiarkan hati dan akal dikuasai hasutan syaitan. Terus dihayun kakinya menuju surau, dia berdosa. Makin cepat hayunan kakinya saat terdengar suara Firdaus.

*****
Deruman motor Yamaha Fz150 mematikan lamunan Syukriyah. Laju kakinya melangkah turun ke bawah. Senyuman terukir dibibir, suaminya lewat pulang hari ini. ada mesyuarat yang habis lewat katanya.

Terus tangan kasar suaminya disalam, beg kerja lelaki itu berkalih tangan. Terpamer keletihan diwajah Naim. Dibiarkan saja langkah kaki suaminya ke atas. Terasa dingin layanan suaminya malam ini. Naim keletihan. Tiada senyuman seperti selalu, tiada ciuman yang hinggap dipipi seperti kebiasaan. Cuba dipujuk rasa hati agar tidak terus layu dihasut syaitan.

“abang bangun mandi solat dulu, lepas tue abang tidur ye” Syukriyah gelisah sudah 30 minit suaminya tertidur dikatil mereka.

“erm abang bangun la ni” Naim masih begitu, mata masih terpejam rapat. Dia benar-benar letih. Mesyuarat yang panjang namun tiada kata putus yang dicapai. Dia penat.

“abang bangun la sekarang, dah lewat sangat ni abang belum solat kan?” Syukriyah terus berusaha memujuk. Jam didinding dijeling. Jarum menunjukkan 11.45 minit malam. Suaminya juga sudah berpesan agar mengingatkan solatnya yang belum ditunai.

“kan abang cakap abang bangun!” jeritan Naim mengejutkan Syukriyah. Dia terpanar, salahkah dia kiranya mengingatkan kewajipan suaminya. Suaranya mati dihujung bibir. Hanya ekor mata mengiringi Naim memasuki kamar mandi mereka. Ada cecair panas yang lahir dihujung kelopak matanya. Segera dia menarik selimut menahan gelodak hati. Dia trauma.

Isteri yang terbaring dikatil dipandang sayu. Dia tahu dia bersalah. Tak patut dia melampiaskan amarah ditempat kerja pada isterinya. Dia mengeluh, kecewa dengan sikap baran sendiri. Pipi mulus isterinya dibelai.

“sayang, abang minta maaf. Abang tak sengaja tadi” dia tahu isterinya belum tidur. Segera tubuh isterinya ditolak membelakangi dirinya. Perlahan juga tubuh wanita itu dipeluk dari belakang. Dibiarkan sahaja isterinya menangis. Mungkin dengan cara itu boleh membuang segala perasaan sedih dalam diri isterinya.

Makin erat pelukan pada buah hatinya saat esakkan kecil kedengaran, hatinya makin dihurung rasa bersalah. Pipi kekasih hatinya dikucup lama.

“abang betul-betul minta maaf, abang sayangkan Riya, abang tak sengaja tadi, abang letih sangat. Maafkan abang ye” perlahan dia memujuk di hujung telinga Syukriyah. Sungguh dia beku dalam memujuk.

“dah la jangan la minta maaf lagi, saya yang salah sebab terasa hati tak tentu pasal” segera tubuh suaminya dipeluk, tangisan pecah didada sasa lelaki itu. Belaian lembut dirambut membuat dia tenang. Dia tahu suaminya tak sengaja. Kemas pelukan suaminya. Dinginnya malam membuat mereka hanyut dengan selautan rasa kasih dan cinta.

*****
Firdaus masih begitu. Dia lebih selesa bersendiri buat masa ini. bukan dia menolak pernikahan namun dia mahu menebalkan ilmu didada dahulu. Biarlah segalanya datang sendiri, dia percaya pada takdir Allah. Jika jodohnya sudah tiba nanti pasti hatinya juga bisa menerima.

Atia malu dengan tindakan yang cuba dibuat dahulu, mujurlah dia cepat tersedar jika tidak pasti dia dihantui rasa berdosa seumur hidup. Sekarang masanya banyak dihabiskan dimajlis-majlis ilmu. Hatinya makin tenang, jiwanya tidak gelisah seperti dulu. Dia bahagia.

“Eh maafkan saya cik” Atia tergamam. Firdaus juga. Dia kaget melihat penampilan gadis itu. Berbeza sungguh. Tudung labuh dan auratnya ditutup kemas. Hatinya dijentik perasaan halus. Yang pasti perasaan yang indah. Keduanya berbalas senyuman..

TAMAT

dah dekat 3 minggu cerpen nie terperuk dalam draft. tak ada jiwa nak selesaikan sebenarnya. huhu.. kritiklah saya terima :) *jeling2 budak sorang yang dah ada 84 cerpen tue* hihihihi :p

02 May 2012

Cerpen :: Hatiku Milikmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

“saya menyintainya, tolong lah izinkan saya merasa kasihnya juga” Waaqiah terkaku diam.

“awak kejam, awak hanya pentingkan diri awak sendiri, saya hanya minta sedikit belas ihsan dari awak.” Perlahan kelopak mata dipejamkan.

Dari awal bulan hingga hari ini tak henti dia menerima private massage dari teman rapat tunangannya. Ada kalanya gadis itu menghantar gambarnya bersama tunangnya, Muzammil, membuktikan bagaimana rapatnya mereka berdua. Waaqiah tersenyum Cuma dia sendiri keliru apa sebenarnya yang berlaku.

Muzammil dan dia bakal diijab kabulkan tak lama lagi. Persiapan sudah 80% disediakan. Tiada masalah antara mereka berdua. Bahagia menghitung hari menghalalkan hubungan. Nadia muncul mahu berkongsi kasih Muzammil dengannya. Meragut sedikit keceriaan yang mengisi sekeping hati wanitanya.

Nadia dan Muzammil sudah lama bersahabat. Waaqiah tahu kerana Muzammil tak pernah merahsiakan perihal itu. Kerana itu juga Waaqiah menghormati Nadia, menghormati persahabatan mereka berdua.

*****

 Nadia memandang redup lelaki dihadapannya. Bagaimana hari-harinya nanti setelah Muzammil menikahi Waaqiah. Dia takut kehilangan lelaki itu. Dia takut tidak dapat melihat senyuman dibibir sahabat baiknya itu. Nadia tersentak, hatinya mahu menganggap Muzammil lebih dari sahabat baik tapi apa kan daya Waaqiah yang menjadi pilihan Muzammil.

“hello awak kat mana nie?” Muzammil mengawang-awang tangannya dihadapan Nadia. Dia perasan gadis itu hanya termenung panjang dari tadi. Nadia tersengeh Cuma. Cuba membetulkan letak duduk yang terasa sumbing. Tangan menyambut huluran Nescafe dari Muzammil.

“awak tahu, saya berdebar sangat nak salam tangan Tok Kadi nie. Tak sangka tak lama lagi saya bakal menamatkan zaman bujang. Bakal menjadi suami orang” Muzammil tersenyum. Ada kebahagiaan yang terpamer. Nadia pantas memalingkan wajah melihat orang ramai lalu lalang, hatinya sakit.

“awak jangan lupa apply cuti datang kenduri saya nanti. Kalau tak datang, saya merajuk dengan awak” Muzammil cuba mencari wajah sahabatnya.

“insyaAllah saya datang” terasa tersekat dikerongkongnya mahu menuturkan kata. Hatinya seakan mahu menjerit mengatakan dia cintakan lelaki itu.

Sedari tadi hanya nama Waaqiah dan keterujaan mahu menamatkan zaman bujang yang keluar dari mulut lelaki itu. Nadia terluka. Terasa menyesal mengajak lelaki itu keluar hari ini.

“awak dengan Waaqiah ok?” dia teringat pesanan yang dikirim pada Waaqiah. Sudah sebulan namun wanita itu hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu Waaqiah membacanya atau tidak. Dia tahu dia kejam pada Waaqiah namun dia tidak sanggup menyeksa dirinya sendiri.
“awak ajak saya keluar kenapa nie? Dari tadi yang saya dengar awak mengeluh je” Muzammil pelik. Selalunya Nadia tidak berhenti bercakap. Ada sahaja modalnya hingga kadang kala Muzammil pula yang mati akal. Ada keruhan diwajah sahabatnya.

“awak fikir pasal budak laki yang datang propose awak tue ye?” senyuman nakal menghiasi bibir Muzammil. Nadia benci mendengar nama lelaki itu. Baginya kehadiran Megat membuatkan hubungannya dengan Muzammil makin menjauh.

Megat setiap hati datang menghulur salam perkenalan tapi tak pernah disambutnya, hanya jelingan tajam yang diberi. Muzammil pula selalu menggunakan nama Megat untuk mengelak dari kerap keluar berdua dengannya.

“saya kenal Megat tue, budaknya baik. Saya tak nak dia salah anggap pasal kita nanti” itulah alasan yang selalu keluar dari bibir Muzammil.  

*****
Waaqiah tersenyum. Entah mengapa tiada air mata yang keluar. Pantas kaki dihayun melangkah ke Myvi kuningnya. Niat keluar mahu membeli persiapan terakhir perkahwinan dibatalkan. Dia tahu hatinya menangis melihat Muzammil dan Nadia ketawa bersama. Dia tahu mereka keluar berdua. Muzammil terlebih dahulu memberitahu, namun hati kecilnya tersentuh bila mengetahui Nadia menyimpan hati pada tunangnya. Enjin kereta dihidupkan meninggalkan luka hatinya disitu.

Kurang tiga minggu dia dan Muzammil akan bernikah, dia tahu perkara ini harus diselesaikan cepat. Dia redha menerima setiap takdir yang sudah Allah tetapkan buat dirinya. Kaki melangkah memasuki kamar mandi. Wudhuk diambil, dia ingin mencari ketenangan.

Wajahnya lencun dengan air mata. Segalanya di adu pada Maha Mendengar. Sebulan juga dia beristikharah memohon petunjuk Ilahi mencari jalan keluar masalah yang membelenggu fikirannya. Waaqiah termenung diatas tikar sejadah, mulut berbisik zikir memuji kebesaran Ilahi. Deringan telefon bimbit menyentakkan lamunannya. Nama Muzammil tertera diskrin Samsung SII miliknya.

“Assalamualaikum, awak dah balik?” suara itu yang dirindu Muzammil. Terasa ketenangan setiap kali dia mendengar suara tunangnya. Dia memejamkan mata memohon pada Yang Maha Kuasa dipermudahkan jalan mereka menuju gerbang cinta yang diredhai Allah.

*****
“awak bercakap seperti saya tidak punya hati dan perasaan Nadia” Nadia tahu dia dah melukakan hati Waaqiah.

“saya sudi berkongsi kasih dengan awak Waaqiah. Saya sudi jadi isteri kedua asalkan saya tak kehilangan Muzammil.” Terdengar esak tangis Nadia. Waaqiah menghampiri mengusap lembut belakang gadis itu. Hatinya kasihan dengan Nadia. Dia tahu Nadia tidak punya sesiapa lagi. Ibu bapa nya terlibat kemalangan aidilfitri lepas. Hanya Muzammil tempat dia mengadu.

“saya tidak setabah Siti Aisyah dan isteri-isteri baginda Nabi yang lain” Waaqiah menarik dalam nafasnya sebelum menyambung. “awak minta jadi isteri yang kedua sedangkan saya belum menjadi yang pertama. Biarlah Muzammil buat keputusan. Saya terima apa saja keputusan yang keluar dari mulut dia, saya terima takdir yang tertulis buat saya” Waaqiah tenang. Dia tahu kekuatan dan ketabahan itu datang dari Maha Kuasa. Dia bersyukur masih punya ketenangan dan kekuatan berdepan perkara ini.

Muzammil hanya diam memerhati kedua gadis dihadapannya. Waaqiah baru memberitahunya mengenai Nadia. Dia sendiri terkejut dengan pengakuan Nadia. Tidak sangka perhatiannya selama ini disalah anggap. Tangan meraup lembut rambutnya kebelakang. Muzammil bangun.

“saya ke surau sekejap” Waaqiah hanya memandang kelibat Muzammil, dia duduk mengenggam erat jari Nadia.

“maafkan saya” Nadia dihurung rasa bersalah. Waaqiah terlalu baik. Jika wanita lain pasti dirinya sudah diherdik. Dia kagum dengan ketengan Waaqiah. Dia mahu kuat seperti wanita itu. Tanpa sedar dia sudah berada dalam pelukan Waaqiah. Makin lebat air matanya turun.

*****
“Sah!” tangan diangkat mengaminkan doa. Air mata bahagia dan syukur hadir dihujung kelopak mata.

Waaqiah bahagia melihat senyuman Nadia dihujung sana. Dia gembira melihat keindahan yang terlakar dibibir dan wajah gadis itu. Nadia memberi senyuman manis. Semanis kehidupannya sekarang. Waaqiah memanjatkan syukur dalam diam.

“saya tidak sekuat Rasulullah membahagi kasih dan perhatian untuk isteri-isterinya.” Muzammil menghulur senyum. Dia bahagia melihat senyuman isteri tercinta. Tangan erat menggenggam jari isterinya mengalirkan rasa cinta dan kasih yang menggunung tinggi.

“terima kasih Waaqiah. Untuk segalanya.” Nadia meraih Waaqiah dalam pelukannya. Dia sebak, terasa lembut tangan Waaqiah mengusap belakangnya.

Muzammil tersenyum Cuma. Dia tahu hati Nadia kini sepenuhnya pada Megat. Kesungguhan lelaki itu berjaya merendahkan ego Nadia. Ketulusan lelaki itu berjaya meyakinkan Nadia yang dia mampu menjaganya dengan lebih baik.

Muzammil tetap memilih Waaqiah. Itu jawapan yang Allah kirimkan buat dirinya, hatinya kuat menyebut nama Waaqiah. Nadia menerima segalanya dengan hati terbuka kerana sikap tenang Waaqiah membuat dia malu dengan tindakannya sendiri. Kekuatan dan kelembutan Waaqiah juga sedikit demi sedikit meresap masuk ke hati dan dirinya. Kini Waaqiah dan dia pula yang bersahabat, segala kedukaan dan kebahagiaan dikongsi bersama.

“saya tunggu saat isteri saya bawak perut boyot macam Waaqiah tue” terasa merah muka Nadia. Cubitan kecil singgah diperut Megat, terdengar jeritan kecil Megat. Makin menggunung malu Nadia bila tetamu tersenyum-senyum memandang ke arah mereka. Dari jauh dia melihat Waaqiah mengenyitkan mata mengusik nakal. Dia tersenyum bahagia.

 *****
“abang kenapa tak tidur lagi nie?” Waaqiah bangun memandang suaminya. Terlihat senyuman nakal Muzammil terlakar dibibir. bayi mereka yang sudah berusia tiga bulan lebih dikatil sebelah dipandang, lena sungguh tidurnya.

“Qalam tue comel macam awak tidurnya, kalau tak dapat lengan abang, tak dapat bau abang mesti sampai ke subuh besok pun tak tidur lagi” Waaqiah tersenyum, memang begitu sikap dia dan anaknya. Pasti mahukan lengan Muzammil sebagai bantal tidur, bau badan Muzammil sebagai aroma malam, jika tidak mata seakan susah mahu dirapatkan.

Teringat Muzammil bagaimana isterinya menangis bila ditegur kelakuannya. Dia hanya bimbang buah hatinya susah kiranya Allah menjemputnya dahulu.

“saya tau ajal maut jodoh pertemuan dah ditentukan Allah tapi bagi la saya nikmati apa yang saya ada sekarang. sekurangnya kalau nanti dah tak ada saya boleh ingat semua tue sebagai kenangan yang menemani hari-hari saya yang sunyi tanpa awak. saya nak hargai selagi ada depan mata, saya tak nak menyesal nanti” bersungguh isterinya menangis hinggakan dia pula yang dihurung rasa bersalah.

“abang!!” dia tersentak, terlihat muncung mulut isterinya. Pasti ada celoteh kekasih hati yang dia terlepas dengar. Pantas belakang isterinya dirangkul. Ubun-ubun Waaqiah dicium.

“sayang, hari nie dah hari yang ke seratus satu kan? Dah lepas la waktu pantang abang kan?” Muzammil ketawa geli hati melihat pipi kesayangan memerah. Terasa pedih lengannya dicubit. Dia bahagia punya isteri sehebat Waaqiah.

*****
TAMAT

kata saya : penat karang ending, teringin nak jadi sweet macam Iffah tapi tak kesampaian, kena makan gula-gula pelangi banyak-banyak ke erk? hihihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...